♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 20 Januari 2012

Home » , , » Susu Dumek Madu Ke Susu Buah²an

Susu Dumek Madu Ke Susu Buah²an

Assalamualaikumm Semua....

Lama tak cerita pasal kesihatankan kat blog saya ni... ini bukan cerita kesihatan spesifik sangat.. cuma sekadar berkongsi kelebihan sebab ada yang bertanya susu ape anak saya minum sampai boleh jadi... mulat macam tu.... dan ape yang amir makan...

Ok hari ni saya nak kongsi dulu mengenai susu formula yang amir minum... anak korang semua mesti minum susu mahal²kan... nasib baiklah amir minum susu biaser² jer... tu pun harga satu pek rm22.00 kalau takde offer.. berat pun 900gram jer... tapi kami selalu beli masa ade offer jer.. dalam rm19.87 satu pek, beli banyak berpek² dapatlah jimat sikit.... target untuk sebulan termasuk kat rumah pengasuh mesti 6 pek tau.. banyakkan huhuhuhu....



Seawal umur amir 4 bulan dia dah xmoo minum susu badan sedih tau.. sayu jer rasa anak xmoo minum susu ibu ni.. lagipun masa tu susu badan dah kurang, dan dia dah mula rasa susu formula lagi sedap agaknya huhuhuhu.. masa awal dulu kami bagi amir minum susu Anmum sampailah umur dia 6 bulan, lepas tu minum susu NAN pulak sampai umur setahun... lepas setahun sampai setahun setengah dia minum susu Sustagen pulak.... hebatkan.. setiap 6 bulan tukar susu... memang masa tu dia cepat jemu... dan susah kami nak cari susu yang sesuai.. tau tak sebab apa saya kata jemu.. kalau dia taknak minum susu memang dia tepis botol.. xmoo minum.. kadang² minum x habis un sebotol.

Sampailah kami jumpe susu Dumex Perisa Madu Asli macam gambar kat atas tu.... percaya tak amir minum susu ni dari umur 1 tahun ½ sampai umur 3 tahun, dan sekarang minum untuk umur 3 tahun hingga 6 tahun.. memang serasi.. sampaikan badan dia pun naik mendadak diluar kawalan hihihihihi..... sedapp agaknya.. sebab dah besar ni pandai pulak komplen.. amir nak susu yang sedapp ibu buat sedapp.. sedapp macam dulu tu.. ayah buat tak sedapp Aikk.... pandai nak amik hati ibukan... kecik hati ayah tau.. nanti ayah majuk pulak xmoo buatkan susu lagi... yang sebenarnya dumex ni dah kurangkan kandungan gula dalam susu formula ni.. tu sebab susu tu amir cakap tak sedapp macam dulu.. hihihihi... ade² jerkan... tai bangus jugak dikurangkan kandungan gula tu.. nasib baiklah amir tak pernah dikategorikan obesiti kalau pg check-up dulu hihihihihi...

 
 

Sekarang dah ade susu pilihan baru ni.. amir suka yang perisa buah²an ini pulak.. sebab dah besar ibu ajarlah amir minum dalam cawan.. siap ade straw lagi.. kalau nak minum susu yang ni...

Tapi kalau nak tidoo mmg susahlah mesti nak minum pakai botol jugak... kalau tak.. amir takmoo minum... sampai dah takde akal ibu dibuatnya nak buat macam mana supaya dia tak minum susu lagi guna botol, sebab niat dihati memang nak bagi dia minum susu sampai umur 6 ahun.. tapi nampak² gayanya sekarang pun dah mula kurang minum susu... kecuali permintaan dia nak minum kat botol haihhh.. yang tu memang tak boleh nak buat apa dahh....

Tapi pada saya kalau anak masih setahun kebawah tu bagilah minum susu badankan.. lebih berkhasiat... tapi kalau dah takde pilihan bolehlah pilih susu formula ikut kesesuaian baby....

4 ulasan:

Munnafendy berkata...

mmg mnjadi formula akak ni...bulat je c amir...hehe =)

ch@ berkata...

kita blm pnh cuba lagi dumex ni, ala yana oni tu pun mnm susu murah je dutch lady. lbh kurang je harga 1kg dgn dumex. mak oni ni yg mnm dumex. hahaaa. awal hari tu oni mnm susu mmg tahap mahal s-26gold dan membawa ke aie. aie ni jimat sikit sbb skali dgn susu badan.

psstt: sudi tak buang verification word ni, mls btl la nak taip. hahaha.

IntaNBerliaN berkata...

olooo mmg sedih bila ank xnk minum susu kita kan... emm alisha ni minum susu free je.. susu badn sy..hehhe

nanti umo dia 2 tahun blhla bg susu cam amir ni pulak dia minum :-)

anisalya berkata...

anak saya pun minum dumex tp coklat. ms dia nak dpt adik ajarkan dia minum susu formula. mmg tak nak. bila jmp yg coklat ni dia minum skt. tp sekarang dah minum banyak jugak la. sebelum pergi sekolah bg minum dulu sbb dia ssh nak mkn. nak bg yg lain blm tentu dia nak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...