Assalamualaikummm semua.. khas ucapan buat seorang kakak.....
Seorang yang saya panggil kakak, orang cute aje.. sejuk mata memandang... melihatkan mukanya yang cute mamng tak percaya umurnya melebihi 30'an, seorang suri rumah sepenuh masa (beruntungnya
Kak Fieda dapat menjaga anak sendiri dengan sempurna dirumah tanpa terkejar²) seorang yang peramah di alam maya .... sangat² suke dengan akak yang peramah dan sudi berkunjung kesini sungguh pun kite tak pernah bertemu jauh sekali mengenali antara satu sama lain sebelum ini... tapi di alam maya kita bertemu.
Sempena hari lahir kak fieda pada hari ini saya sisipkan sesuatu yang istimewa buat akak semoga akak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke syurga bersama insan² disayangi. Amin. Semoga perkenalan di alam maya ini akan di susuli satu pertemuan yang indah suatu hari nanti....
Cheese kek special buat akak
hasil air tangan saya sendiri hihihihihihihi......
Kalau takmoo makan kek pizza pun ade.. special lagi dikelilingi sosej
Air special coconut shake untuk kite berdua boleh....
(gambar google jer) .....
Pinjam gambar yer kak, alahai cutenya...
Oleh kerana kite berjauhan saya hantar gambar² jerlah buat tatapan kak fieda yer... buat kawan² blogger pulak sila lap air liur jangan meleleh di sini hihihihihi... ;p
Bicara Hati : Permintaan hujung minggu anak bujang bam bam saya nak kek cheese coklat, ibu takde mood lah buat kek.. cian dia.. daripada hari tu mintak tak dapat².... insyaallah ibu gagah diri buatkan nanti yer...