
Bangun seawal pagi .. badan kepenatan sampaikan tidur pun tak berapa nak lena .. asyik terjaga² .... amir pulak sejak tak pakai pampers ni tidur lena sampai ke pagi .. malam tadi pulak merenggek² sebab kepenatan jugak kot.
Pagi ni buat perangailah pulak, bile dah lame ibu dengan ayah bercuti , walaupun ibu tak berapa lama cuti berbanding ayah tapi amir dah seronok bangun pagi jer nampak muka kami .. sarapan siap berhidang ... Hari ni bile hantar rumah pengasuh tak nak lah pulak.. hadoilah jenuh pujuk ... takmoo turun kereta .. kat luar hujan pulak tu .. yang dalam kereta dah hujan jugak. Sayu hati ibu dibuatnya ...
Meronta² amir kene tinggal pagi tadi. Amir jerit² nak ikut ibu pergi kerja .. dalam menangis tu siap cakap amir tak kacau ibu .. amir diam jer ... huhuhuhuhuhu .. lagilah ibu sayu .. tapi nak buat macam mane .. ibu terpaksalah jugak tinggalkan amir .. Kebetulan hujan ayah naik kereta sama² juga. Kebetulan sebelum ni pernah bawak amir ke pejabat dia nampak trend lalu dekat dengan opis ibu .. tu yang dia sibuk nak ikut ibu pergi kerja.
Dengan berat hati .. tinggalkan anak kat rumah pengasuh, dengan harapan dan doa semoga amir nangis tak berpanjangan kesian kat akak pengasuh tu .... Cepatlah hendaknya amir diam dan leka layan kartun kat tv.
Gambar raya pertama, amir kepenatan lepas ikut baraan family kat kampung.
Bicara Hati : Tak mula ape kerja pun dari tadi .. sebab masih terbayang² muke amir nangis pagi tadi .. tibe² air mata ni pun nak mengalir laju jer terkenangkan anak
