Semalam agak bizi kat opis ni.. maklumlah hari ni pagi² dah ade mesyuarat.. tadah telinga jerlah kene bebel .... agak² takmoo dengar keluarlah pergi toilet.. amik angin sikit .. jalan² kat ruang yang boleh bersantai.
Oleh kerana semalam bizi jadi amik amir pun lewatlah sikit... bile dah lewat tak pasal² amir dok bebelkan ibu dalam kereta huhuhuhuhu ..... Bukannya lambat sangat pun ½ jam jer lewat hihihihi ...
Tanya pengasuh kat taska amir ok x?? ok.. makan pun ok.. cuma tak tidur jer... dalam kereta bile ibu tanya amir kata tidur pulak.. tapi tidur kejap² jer.. kawan ajak main... dok lah layankan dia .. borak sambil drive tanye itu.. tanya ini... tibe² senyap... rupenya mata dah kuyu nak tidur hihihihihi ...
Sampai rumah terus tidur, korang bayangkan daripada petang semalam dia tidur sampailah ke pagi ni... dia bangun betul² nak susu jer.. lepas tu sambung balik tidur .. saboo jerlah... tanya nak kencing pun dia geleng jer.. mata dok pejam. Kejutkan solat maghrib pun dia tak bangun².. memang betul² ngantuk dan kepenatan ni ... kesian amir masih tak berapa selesa tidur dengan kawan² kat taska.. ialah kawan² riuh rendah kat rumah ni mane ade sape nak riuh melainkan amir jerlah yang meriuh rendahkan rumah.
Seawal 5.30 pagi amir dah terjaga, memang puas betullah dia tidur malam tadi .... bangun jer ... terus nak susu, kencing dan tengok kartun ... (kalau saya dulu² jangan haraplah.. selagi tak mandi .. selagi tak sarapan.. jangan harap boleh tengok tv)
Pagi ni bolehlah pulak buat peragai nak tengok tv jer.. takmoo ke taska, hadoilah.... jenuhlah dok pujuk tak dilayankan.. sudahnya ayah dokong jer masuk kereta .. memang menangis²lah tak puas tengok kartun... dalam keretalah dok lah pujuk dia... nangis dah sedu²... bile ibu cakap.. ok nanti balik kerja kite pergi Jusco .. teruss diammm okk jer.. saboo jerlah..... (macam manelah saya nak gunakan saikologi yer pujuk amir) selalu jer tertewas..... yang sebenarnya lebih pada tak suke dengar dia menangis dalam kereta mase tengah drive.
Gambar baru semalam snap masa otw balik rumah..
hansem x amir .. halusss jer....... sambil usap² kepala....
Bicara Hati : sunyi sepi jer malam tadi ... takde kawan nak gaduh² tengok tv, habis semua canel ibu dapat tengokkk sampai puas... layan bride of the sun pun dengan aman..