Y.E.S (Year End Sale) apa yang ingin dicari??? rasanya macam takda apa sangat yang nak dicari tapi tu lah... kalau ikut rasa memang takda apa.. tapi kalau dah depan mata rambang semua nak di beli hahahaha...
Hujung minggu baru ni hubby ajak beli barang, yang sebenarnya lebih pada kepeluan barang hubby biasalah bile dah sesi persekolahan baru biasanya hubby akan beli kemeja baru, buku dan adalah barang² lain sikit ... sapa kata budak nak sekolah jer beli barang cikgu pun kene beli barang juga tau hihihihi ....
Seluar berjalan² pun dah takde, banyak yang tak muat.. nak dijadikan cerita seluar sehelai beli masa raya tu hari zip pulak rosak hadoilah.... carilah seluar jugak, nasib baik sekarang perut dah tak buncit senang hati ibu carikan size ..
2 helai seluar amir RM100.00
tu pun nasib baik ade diskaun 50% kat jusco tau.. kalau tak mau gigit jari ketaq nak keluarkan duit.
Lepas dapat seluar amir, hubby nak cari kemeja tapi banyak yang dia tak berkenan.. yang sebenarnya hati hubby tu dah memang jiwa Durban (memang itulah pilihannya daripada dulu sepanjang kenal hubby), bagilah jenama lain walau corak cantik mana pun mesti dia kata tak cantikk.. ade jer yang tak betulnya kain keraslah, tak tahanlah.. ade² jer... Ok misi cari baju hubby tak berjaya.. kenelah cari kat tempat lain.
Okk... tibe² teringatkan amir pun belum ada beg sekolah lagi, beg yang selama ni pakai pergi taska pun beg daripada proton tu.. kami guna dulu hihihihi.. Bile bagi tau jer nak beli beg sekolah budak bertuah tu apa lagi kemain suka lah terus cakap amir nak beg yang ada roda tau ibu..... gegegegegege....
Punyerlah banyak pilihan beg kat bahaian sini yang dia berkenan ....
Mahal wehh beg ni ...
pujuk suruh amik beg lain dia tak mahu ...
Nak buat macam ni ...
Hubby kata takpelah beli jer walaupun seratus janji dia guna 2 tahun huhuhuhu ...
Ok habis sesi kat sini, sebab baju ayah tak dapa lagi daripada Jusco kami beralih arah ke Klang Prade pulak ... (^_____^)v
Bicara Hati : Gigiku sakit tak baik² ni mcm mane huhuhuhu.. gigi berlubang yang lama buat hal macam makin parah jer.. nak cabut takut...