♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 26 September 2013

Sikap Majikan Pengaruhi Rumah Tangga




Sebab tajuk itulah saya beli majalah ni. hihihihi.. bukan sebab tajuk pun memang suka beli majalah ni pun ... ada benarnya tajuk tu.. tapi sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu .. kita kene profesional tau.. jangan jadikan emosi terbawa² sampai kerumah .... majikan pun macam tu jugak... jangan ingat pekerja kamu itu kuli kamu.. yang tiada perasaan hingga kamu memberi kerahan tenaganya .. memberi arahan kepadanya tanpa menjaga perasaannya... kerana pekerja kamu pun manusia juga... ingat tu wiwiwiwiwi .....

Khamis.. mulakan sesuatu yang baik untuk hari ini di dalam perkajaan masing²... tak kiralah suri rumah pun ada kerja jugakkan.. kan.. (^____^)v










Rabu, 25 September 2013

aulad - Majalah Pertama AMIR


Majalah pertama saya belikan untuk amir, ibu ada majalah kegemaran .. hubby pun ada.. amir pun mestilah nak jugak... macam bagus jer pengisian dalam majalah ni.. ada kesempatan saya kongsikan yer...




Makan - makan Ditaja Kawan² Pejabat




Semua pun menyelerakan ..... penuh sudah perut ini .. seharianlah kita makan menu ni tau... rojak, kek keju, nasi goreng, mee goreng macam² ada lagi... ada jamuan sikit kat opis , sempena meraikkan kejayaan seseorang .. mereka berkongsi rezeki .. kami tumpanglah makan² juga ... terima kasih semua yang belanja .... dan terima kasih tempah tahu sumbat special saya tu kikikikiki ...;p ....






Stok Kudapan Daim





Jiran sebelah baru balik jalan².. kat langkawi.. bukan jiran sebelah rumah yer.. ni jiran dalam opis kikikikiki ... bagi stok kudapan... cukuplah ni.. petang² kan mengantukkkk boleh kunyah²...








Abang Hensem Jaga Adik

 



Abang besar ker abang hensem ni???.... korang tengok.... baru mak saya suruh amir bawak rizqi pusing² kat stroller depan rumah .. (bukan selalu dapat peluang manja² bersama) kemain lagi nak pakai spek .. melaram.. yang ibu pun sempat lagi nak amik gambar dia ... yang sebenarnya nak gelak pun ada.. sebab dia kata panas tu nak pakai cermin mata, saya kata pakailah topi .. panas kat luar... dia takmoo sudahnya petang tu dia demam .. malam pun sama dedar².... macam mana nak jaga adik betul² ni amir .. baru praktis dah demam hihihihihihi ... ;p










Selasa, 24 September 2013

Hati Seorang Abah - Kasihnya Jarang Ditunjukkan



24 September,  dalam usia melewati akhir 50'an kakak rasa bersyukur sangat² sebab abah di dunia ini masih sentiasa menyokong apa jua yang akak lakukan walaupun akak dah berkahwin ... abah sentiasa menjadi sahabat, sentiasa menjadi pendengar yang setia .... dan menjadi tulang belakang kejayaan akak .... sayang abah ... peluk seeratnya. (^___^) sebak kejap...

Abah jarang mengeluh, jarang menunjukkan reaksi yang tidak menyenangkan .... walau abah penat macam mana sekali pun.. walau abah marah dan geram macam mana sekali pun dengan kami abah akan menegur kami dengan penuh hemah .. memang abah tiada penganti.. dan sentiasa menjadi heroo yang hebat di mata akak, alhamdulillah abah masih dipanjangkan umur ... moga sentiasa diberi kesihatan yang baik .... sentiasa dimurahkan rezeki ... moga niat abah untuk menunaikan haji bersama mak akan dimakbulkan dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Amin....


Gambar kenangan raya baru ni .. cucu abah yang tolong amikkan, sapa lagi amirlah hihihihihi .. bukan kat rumah kami pun.. rumah jiran .. pergi beraya masa ni ...




Sorry kalau entry syadu sikit .. bab family ni memang mudah sentap dibuatnya, asal nak menaip.. baru nak mukadimah dah nak menangis.. dasar cenggeng betul saya ni kan ..;p camnerlah orang kata anak sulung ni selalunya kuat.. anak sulung ni selalunya pemimpin.. saya rasa saya selalu mintak pimpim adalah kikikikiki (tetiba teringat hubby) ... 



Bicara Hati : Tengah pikir nak ajak keluarga saya makan² hujung minggu ni... harap termakbul hendaknya. Kira meraikkan bestday abahlah...











My First FreezerMate Set





Koleksi pertama, rezeki dan hasil daripada nuffnang .. iyer cek nuffnang yang pertama.. inilah hasilnya wiwiwiwiwiwiw .. suka²... yang sebenarnya dah jari gatal cash out baru terpikir ala.. nak beli apa ni.... ;p

Dulu masa rezeki dengan exabytes saya belikan tikar buluh dengan karpet panjang ... kali ni cek pertama nuffnang saya beli bekas tupperware .. bekas untuk letak makanan kat peti sejuk ... saja beli buat kenangan² hasil daripada berblog. Rezeki dengan exabytes pun tak panjang .. dapat sekali jer.. lepas tu nak sambung uv tak membantu.. mana tak nya masa raya tu memang jatuh terukk kosalah haihh sapa nak baca blog masa beraya .. kan kikikiki .. tapi alhamdulillah rezeki dengan nuffnang masih ada.. dan semalam pun tengok dapat cpuv baru yeahhhhhhhh ..... (^___^) mari kita mengumpul duit.

Sorry gambar pecah sikit amik kat tab, bila download jadi macam blurr pulak .. tak tahu kenapa huhuhuhuhu .... maaf yer ... kamera adik ipar guna, jadi saya guna tab jerlah amik gambar.. tak kuasalah nak amik gambar pakai kamera hubby yang besar tu ... kata blogger tegar, gambar blurr pun jadilahkan... 

Kalau tak silap bekas ni sekarang ada yang besar².. yang saya beli ni set yang kecik² jer.. ini pun RM 56.00 termasuk harga pos ... selalunya beli barang tupperware ni kat Little NS Shoppe .. sebab tokeyy dia saya dah kenal.. tak pun saya beli kat opis sahaja... kawan² opis pun ramai jugak ahli.

Selalunya kalau saya berkenan dengan barangan tupperware ni .. saya kumpul siap² duit dalam sampul .. dah cukup baru beli.. tak mampu nak beli setiap bulan.. pada saya.. biar lambat .. janji ada.. lagi harga murah .. cepat²lah saya beli kikikiki ...;p


Bicara Hati : Sikit² membeli .. lama² penuh sekabinet tanpa sedar gegegege ...;p tengah kumpul duit nak beli set besen² yang ada senduk tu wiwiwiwiw ... tunggu duit cukup (^__^)v


Kata - Kata Semangat Setiap Hari


Tiada istilah blues... sentiasa bersemangat, setiap mahu berpikiran kehadapan ... sentiasa mahu melupakan apa yang pernah berlaku .. tetapi percayalah apa yang pernah berlaku .. memang boleh dilupakan walaupun adakalanya bila bersendirian kita akan mengenang masa lalu .... biarkanlah dia sebagai kenangan ....

Jadikan kata² ini sebagai semangat dan inspirasi dalam diri setiappp hari .. iyer setiappp hari .... (^__^)v

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.











Bicara Hati :
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...