♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 26 November 2013

Berkhatan



Bagi agama islam berkhatan ni wajib bagi kanak-kanak yang telah lahir seawal sehari hingga meningkat usia 12 tahun. Bagi yang mula-mula memeluk agama islam pun dikehendaki berbuat macam tu... Supaya diri bersih bila membuang hadas.. Iyerlah kot tak bersih macam mana ibadah nak diterima...

Pada cuti sekolah biasanya ibu bapa amik peluang khatankan anak, koooo ce tanya kat amir nak khatan memang laju jelah dia geleng kepala hahahahahaha.... Silapppp2 tak berhenti geleng tanda tak bersedia lagi.

Baru ni ni hujung minggu kami pergilah rumah sepupu dia yang berkhatan tu.... Muka takutt jer amir... Kikiki.. Sakan dia kene sakat... Sebab hubby kata kalau takmoo dengar cakap nak khatan dia kikikikiki....





Eh2 boleh pulak same pakej baju amir dengan langsir wak yah .... Yang berkhatan yang tengah pegang tab tu.. Tak nampak macam muka orang sakit pun... Relak jer.. Sebab sekarang kat klinik berkhatan dah tak macam dulu nak berbungkus bagai... Ni pakai macam klip jer.. Tu yang dia pun selamba dah pakai seluar... Huhuhuhu....




Bicara Hati : semalam cuti, hari ni macam mamunnn jer nak buat kerja... Huhuhuhu....







Sabtu, 23 November 2013

Terima Kasih Hubby Kerana Pengorbanan Dan Kesedaran Ini







Alhamdulillah... sangat² walaupun mungkin hubby tak baca kata² mereka.. atau mungkin pernah baca tanpa pengetahuan kami.. tapi hubby dah diberikan kesedaran.. demi sayangnya pada kami... terima kasih sangat² .. moga Allah tetapkan pendiriannya... saya pernah buat entry ni yang hubby dah berhenti hisap rokok sekarang ... 

Sayang hubby peluk erat² takmoo lepas hahaha.... mau tak bernafas dibuatnya...














Jumaat, 22 November 2013

Kualiti Masa Bersama


Pagi ni lambat bersiaran, dapat perkabaran bapa kawan satu opis meninggaldunia.. jadinya kami pergilah ziarah.... al-fatihah buat arwah en. badrulhisham, moga rohnya tenang disana.

oklah.. kualiti masa bersama yang tersayang, masa sekarang ni laju berjalan... jarang dapat peluang sarapan bersama².. apatah lagi makan bersama² melainkan hujung minggu.. jadinya bila hubby dah mula cuti sekolah.. amir pun dah mula bercuti... kami gunakanlah peluang ini untuk bersama² menikmati suasana pagi bersarapan.

Tak kisahlah makan apa pun, yang penting dapat sarapan bersama²... suap satu sama lain hihihihi.... melayankan keletah amir tu.. memang sampai mati akal ibu nak cari jawapan tau...

Pagi tadi hubby hantar, bila hubby hantar cuti sekolah hubby sukalah lalu jalan besar yang depan Hospital Tengku Ampuan Rahimah tu.. kalau bukan cuti sekolah jangan haraplah lalu situ... sebab jem terukkk oooooo kematu montot dengan kaki tekan brekkk....

Bila hubby lalu situ jer.. reaksi amir???

Amir : Napa ayah lalu sini .. salah jalan lah...

Ayah : salah jalan ?@#$% habis lalu mane?? ala.. camne ni.. dah salah jalan.

Amir : Kalu lalu sini dah sesat, tu banyak kereta .. sesat dah ni ayah

Ayah : Sesat???

Amir : iyerlah sesat.. nanti amir lambat pergi taska, tak boleh main dengan kawan²....

(Saya dah nak tergelak².. paham maksud amir bukan sesat .. dia nak cakap sesak.. tapi dia pergi cakap sesat)

Ayah : Owwhh ni bukan sesatlah, ni banyak kereta sesak... 

Amir : iyer ker?? mengajuk upin ipin bercakap... sesat tu ape??

Ayah : Sesat tu salah jalan ... 

Amir : iyerlah ayah salah jalan ni.. ibu selalu jalan pusing sana....

hahahahaha .. kalau dibiarkan berborak.. memang pusinglah kepala nak menerangkan.. tapi macam mana pun kami mesti terangkan, sampailah amir paham dan tak keliru... yang sebenarnya amir memang nak bagi tahu jalan ni dah salah .. nanti sesak/ jem ... pakej sekalilah dia kata sesak dan sesat tu.


Yuhuuuuu sayang bam bam ibu (dah boleh penggil bam bam balik dah tembam) kami sarapan nasi lemak daun pisang terbaik.. lepas punch singgah kedai mak cik.. dekat jer pun dengan opis.. alhamdulillah kenyang sampai sekarang.


Bicara Hati : Hujung Minggu ni jadual penuh kenduri kendara, bakal besan keluarga mertua pun nak datang gegeegege .... 







Khamis, 21 November 2013

Suka Menangis Bangun Tidur



Dah lama rasanya amir tak buat perangai pagi hari, tiba² pagi ni dia buat pergailah pulak.. bila ibu tengah bersiap², eloklah pulak dia bangun terjerit².. hadoilah anak².. dah macam kene cubit jer gayanya pagi hari... bila cuti sekolah ni pulak jiran mestilah sunyi sepi.. memasing bangun lambatkan.. memang dengarlah suara dia jer pagi tadi setaman tu .. huhuhuhu ... 

Ayah pulak mood tengah tak baik, memang tak bagi sedas ke hapa.. cuma membebel² jerlah pagi hari ... saboo jerlah tau... bila saya tanya amir napa nangis .. dah besarkan.. selalu elok jer.. korang bayangkan nak mandi pun merenggek².. mata pejam.. air kencing dah keluar.. nak kencing jer pun.. menangis².. anak²... yang saya ni.. nak gelak pun ada.. nak marah pun ada... 

Lepas tu dia tunnjuk siku dia yang luka semalam, rupanya cuma siku jer pun sakit .. luka.. semalam jatuh dekat taska.. main adelah kesan calar sikit.. itu jer pun.. takda apanya.. takmoo mandilah tu pedih luka... bila pujuk² barulah dia okk sikit...



Inilah anak bertuah tu... malam tadi makan maggie goreng sedap letak telur.. buat kat rumah yang dah siap² tu jer pun.. dia punya memuji² macam ibu masak maggie ketam special jerkan... (hahahaha.. padehal tak pernah masak pun)




Bicara Hati : Bila saya potong rambut amir botak.. ramai tegur amir dah tembam balik dan berisi.. dah memang tembam pun .. berat dia naik balik baik demam ni 23kg gegegege... cikgu ain takda senang hati dia.. kat tadika tu.. takda sapa nak marah/ tegur dia lagi.










Spontan Khamis Mengenai Kecantikkan



Sana sini jualan online berleluasa baik tudung, baik baju .. baik barang baby .. baik tupperwarenya .. haihh macam²lah sekarang ni, semuanya dihujung jari... memang geyammmlah dibuatnya kan .. semuanya pun cantikkkkk ... semuanya pun nakkk dibuat koleksi... Tetiba jumpa kata² ni di fb radio ikim ... muhasabah diri dibuatnya... (^___^)v





Bicara Hati : Jubah pun dah kreatif sekarang ni macam² fesyen ada.. pandai²lah pilih .. ikut kesesuaian badan .. kalau rasa tak sesuai dengan badan jangan lah pakai hingga menjadi gangguan buat orang lain yang datang untuk bekerja... ;p










Rabu, 20 November 2013

Tosei Sedap .. Sentiasa Dihati



hahahaha ... poyonya tajuk yer masya, tak tahu dah nak letak tajuk ape??? jangan marah semua.. kalau ada yang puasa hari ni... tengah mood nak menulis korang layankan jerlah sehari 2 3 entry hahahaha .... maklumlah sepanjang menyepi berjalan² bw kerumah orang jer... kerjanya.. orang tak suke pun sibukkk dok bertandang .. tak buat entry kikikiki ... ;p cuma ada yang singgah lalu jerlah tak tulis komen pun...

Pagi ni murah rezeki.. kawan² opis buat makan².. kira sambutan depavali kecik²lah kat opis.. komuniti pun tak banyakkan.. kami ni memeriahkan jer.. bab makan laju hahahaha....


Menu utama dah tentu²lah toseikan... panas² owhh terbaikk.. tapi agak terlebih masam lah pulak kawan opis ni buat... ke.. tekak ni yang baru nak sihat ni lain macam jer rasa tak berapa nak menikmati huhuhuhu .. layan jerlah.. dengan kari ayam.




Bolehlah.. kot ada yang kembang tekak.. cecepat scroll bawah eh... dah bercampu gini kadang ada orang tak boleh tengokkk ... saya okkk jer.. vadei sampai dua.. muka jer jawa.. selera macam ni ko suka eh masya, bukan selalu makan pun.. ada makan jerlah.. kot takda.. tak yah nak guling² nak makan pulak hahahah ...



Okkk akhir sekali moh layankan tuan tanah nak interframe .. merah mak long hari ni hahahahaha.... muka ada senyum dapat makan free pagi hari...



Bicara Hati : Bersyukur punya mereka yang sentiasa baik² sahaja dipejabat ... 






Fanatik Sungguh Ni



Terpegun sebentar bila terjumpa gambar ni hahahaha.... memang betul² fanatik yer, ade korang yang punya kereta macam ni... ni kalau anak dara mama mia nampak mau lah dia mintak mama mia hihihihihi ... (^___^)v
















Selasa, 19 November 2013

Siakap Stim Menu Musim Sejuk



Musim sejuk² ni.. tekak pun tak berapa nak sihat.. jadi kita tok sah makan yang bergoreng² yer... nanti lagi parah tekak tu bertambah peritnya... Dan bila tak sihat ni elakkan minum ais, teh, telur dan pisang sebab takut lagi parah batuk jadi berkahak.. tapi telur memang tak boleh dipisahkan dengan amir .. achaner ibu nak buat.. pasrah jerlah... sebab tu batuk amir lambat baik... 

Masak stim siakap ala campak² bahan jer ni hahahahaha ... semua jadikan satu masukkan dalam pemangang ajaib.. maka ajaiblah masakkan itu jadi sedapppnya hahahaha ... menggunakan bahan yang adooo sahaja cili, halia, serai, bawang merah, bawang putih ... takda nak letak sos ikan bagai.. ada kiub ikan bilis jer.. itu pun sikit.. 

Paling terbaik saya gunakan belimbing kampung yang mak bekalkan.. orang kata belimbing besi/ belimbing buluh (^____^)v nikmat masam²nya terbaiklah...

Dan sepanjang tak sihat ni memang menu pat tam jerlah kami sekeluarga ni.. pak tam depan tu.. sebabnya balik kerja jer.. ibu nak tengok dapur pun tak lalu tau.. hadoilah.. dapat baring jer best.. mujurlah amir dengan ayah okk jer.. amirlah paling best .. makan nasi dengan telur kicap sudah...












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...