Zaman sekarang ni rasanya rata² suke bagi nama anak panjang².. paling² pun 2 patah perkataan .. tak pun 3 patah (nama anak saya lah tu) huhuhuhu ...
Kalau cerita bab nama ni.. memang buat bergaduh anak beranak jer tau .. bile dikenang²kan balik.. hubby nak itu.. saya nak macam ni.. sudahnya sepakat jadilah Muhammad Amir Hazim .. alhamdulillah yang penting serasi namanya... daripada hubby gertak kunun² nak boh nama anak mohd euro, sebab masa tu tengah euro world cup.. adehhh jangan macam² yer.. saya bersalin operate awak.. sakit bersalin pun tak hilang lagi masa tu .. nak ketawa ku tahan apatah lagi bersin, awak dok buat melawak... masa tu .. grrrrrrr ... geram tau .. geram.
Oklah ... Sebenarnya saya cuma nak berkongsi tips .. cara mudah nak mengajar anak² menulis nama ni, mesti korang dan mula hanta anak sekolah ni peningkan anak tak pandai tulis nama sendiri ... sebelum tu korang kene pastikan yang anak² korang dah kenal huruf .. lebih mudah nak mengajar ... macam mana cara mudah nak belajar kenal huruf boleh baca kat entry ni .. insyaallah membantu korang, sebab kalau saya dah berjaya .. korang pun mesti boleh berjaya.
Ok lepas dah kenal huruf korang amiklah buku petak/ kotak macam buku ni.. tapi ni kertas biasa ... cuma bergaris² kotak ... anak² lebih fokus kalau kita buat macam ni...
Lepas tu tuliskan nama penuh anak² korang dalam kotak tu satu kotak .. satu huruf .. macam amir ni nama dia boleh dikategorikan panjang huk.. huk.. huk.. tapinya mujurlah huruf² dia mudah dingati .. takda yang pelik.
Pastikan masa anak² menulis kita pantau dan suruh dia sebut huruf semasa menulis nama tu .. supaya dia mudah ingat nama penuhnya nanti ... jadi nanti kalau takda kotak ni dia pun boleh menulis namanya sendiri insyaallah.
hahaha .. korang tengoklah amir tu.. tekun tak tekun.. satu helai jer pun daripada tak potong rambut.. sampai balik potong rambut tak habis² menulis, anak².. ade jer helahnya.. ada jer akal meragamnya ... jadi bertabahlah wahai ibu .. demi masa depannya... kita pun kenelah cekar dan tegas sikit.
Mudah tak dengan cara ni, anak dah 6 tahun ni.. kenelah gigih belajar tulis nama sendiri.. rasanya masih belum terlambat lagikan .. kalau nak mengajar anak menulis nama dalam usia begini. Korang jangan salah paham yer... saya sekadar berkongsi ilmu dan tips yang mungkin membantu kawan² yang sedang memikirkan bagaimana cara nak mengajar anak mengingati dan menulis nama sendiri ... tiada niat lain .. hanya sekadar berkongsi ilmu yang sedikit ini.. kalau ada lagi cara yang lebih mudah kongsikan link di ruangan komen.. dan beri komen positif supaya boleh membantu orang lain jugak ...
Sekarang ni dalam usaha untuk mengajar anak saya menulis nama dalam bahasa jawi pulak .. moga amir diterangi hatinya dan lembut hatinya menuntut ilmu.. amin...
Orang kata .. ko anak sorang bolehlah masya, nak duduk mengajar macam ni.. hadoilah janganlah cakap macam tu.. berapa ramai pun anak kita.. setiap anak punya perkembangan yang berbeza.. setiap anak punya rezeki dan kebolehan yang berbeza².. insyaallah ia adalah amanah .. amanah yang perlu dijaga ... jangan ingat anak sorang itu senang di lentur .. yang sebenarnya sorang anak merangkumi 2, 3, 4, 5 akal anak kalau korang nak tahu.. cabaran dan dugaannya hanya Allah sahaja yang tahu .. moga ada hikmah semuanya.
Bicara Hati : Semalam ada mesyuarat PIBG Tabika, Cikgu bagi tahu amir jadi ketua kelas .. kerisauan ibu akhirnya terjawab.. mampukah amir memikul tanggungjawab itu ... nama panggilan kat tadika pun lain Hazim, hahaha .. confuse ibu dibuatnya.