♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 2 Mei 2014

Roti Sarang Lebah Dengan Sos Gula Perang Yang Sedap



Saya rasa bahana pengaruh blog lagi dasyat daripada pengaruh rakan sebaya atau rakan sepejabat .. hahahaha .. terjebak² .. lagi² bab memasak, nak kata pandai sangat tu tidaklah .. setakat untuk makan anak beranak bolehlah... tapi bila kawan² tayang gambar menu masakan .. seyes tergoda .. mak tergoda tak tahan .. huhuhuhu ... apatah lagi bahan² nya senang .. cuma gigih tak gigihlah nak menguli sahaja.

Ni baru bab masak, belum bab deko lagi haru .. kepala ni dah meligat nak deko macam².. tapi semuanya terbantut sudahnya.. tengok je lah meroyan blog kawan² yang deko cantik² kikikiki.

Oklah berbalik pada roti sarang lebah ni, roti yang tengah glamour .. dan famos amos ni .. perghhhh .. patutlah ramai kata sedapp .. seyes memang sedapp.. tapi tak tahulah tang mana dapat nama sarang lebah tu ... yang saya buat ni dah tak rupa sarang dah lebah .. tembam² cam tuan yang mengulinya ... cam sarang apa jer .. tebuan kot hahahaha ...;p Amik pengajaran daripada kali pertama menguli doh roti, kali rasanya ada perubahan sikit .. walaupun resepi berlainan.

Resepi asal sepenuhnya saya ambil daripada blog ina aka intan berlian .. dan ada jugak saya ubah mengikut barang² yang ada dirumah selagi tak terlalu derhaka dan menjadi hihihihi    >____<





Saya tulis bahan yang saya gunakan, sukatan sama dengan blog ina, cuma ada di ubah suai mengikut kesedapan tangan menguli hihihihi ...



Tepung roti
Muripan
Marjerin Dicairkan
Gula 
Garam
Air Secukupnya










Saya uli semua adunan tu menjadi doh .. tak lama pun saya uli sebab tak gigih lagipun pakai tepung roti selalunya menjadi .. saya biarkan sampai doh naik .. kemudian saya tumbuk tengah dia dan uli lagi ... dan biarkan naik lagi .. tak lama pun dalam ½ jam jugaklah saya buat tu .. dengan erti kata lain 1 jam jer saya perap roti ni .. dia cepat naik tau.. mungkin sebab muripan tu saya gunakan sebungkus kikikiki .. dasyat tak .. kosa nak gunakan separuh.











Amir yang paling teruja nak tolong, anak saya yang bertuah lagi baik dan ringgan tulang ni kalau bab makan dia sanggup tunggu walaupun jam menunjukkan 10.30 malam baru semua roti ni masak... dan esok nak kesekolah.




Tengok tu .. rajinkan.. semangat dia nak letak badam .. saya gunakan badam jer.. dah itu jer yang ada kat rumah... masa sebelum letak badam tu saya dah biarkan roti ni naik dulu... amir buat yang untuk ayah yer ibu .. mesti ayah suka .. amboi kemahin lagi ... nak ayah puji lah tu hik hik hik hik.











Inilah rupa roti yang dah siap letak badam, mengiurkan sangat ... adunan saya ni dapatlah 2 loyang, satu untuk rumah dan satu lagi untuk hubby bawak kesekolah .. saya risau jugak kot tak sedap .. iyelah nak jamu tekak orangkan, sudahlah pertama kali buat .. nak bagi orang rasa pulak ;p









Ini pulak bahan sos gula perang yang saya gunakan, sebenarnya agak derhaka disini sebab ada 2 adunan sebenarnya dua² adunan sos yang berbeza hihihihi ...



Sos Pertama :-
Gula Perang
Marjerin
Susu




Sos Kedua :-
Gula Melaka
Marjerin
Susu




Walaupun saya gunakan satu gula perang dan satu gula melaka tapi cara masak keduanya sama sahaja, cuma saya gunakan 2 gula yang berbeza setiap sos hik hik hik .. kalau korang nak cuba kelainan campurkanlah dua² gula .. tak tahulah sedapp ke tidak. Mula² cairkan marjerin, lepas tu masukkan gula .. kacau gula sampai sebati pelankan api tau.. nanti dia meletup² lepas tu barulah masukkan susu sampai mendidih .. barulah matikan api .. masukkan asen vanilla kalau ade.. saya akda jadi bahan yang ada je lah saya gunakan.







Bila roti dah masak dalam 20 minit bakar dengan suhu 160 darjah jadi korang angkat roti dan boleh teruskan letak sos gula perang atas tu .. seyes .. mengujakan ... seyes mengiurkan, nampak tak sebelah kanan tu dah hilang sebelum sempat ibu amir amik kamera nak snap .. kerjaan amirlah tu .. seriau ibu .. takut terkena loyang panas.. memang tak sabar betul dia nak merasa roti sarang lebah ni hihihihihi ....


Dan setiap kali dia ngap, dia akan puji sedapppnya roti ni ibu .. sedappnya .. sampai nak tergelak² saya dengan mak dibuatnya. Kembang hidung ibu dibuatnya anak puji gitu ... mak saya pun kata sedap ... lain kali bleh buat lagi.






Bicara Hati : Ada kesempatan nak buat roti sosej pulak, amir dah buat permintaan .. amboi kemain lagi dia kan buat permintann macam ibu pandai sangat.

















Khamis, 1 Mei 2014

Poco Popcorn Sedap Dan Manis




Ape korang ingat poco tu tarian jer ker, ni poco popcorn pun ada tau hihihihi .. seyes unik namanya .. rasanya unik sebab popcorn ni cuma lebih di komersialkan. Kalau tak silap dia pakej beli 4 bekas sekali rm 25 .. ini kawan saya yang beli .. saya rasa jer hihihihi .... selera mak yong kat opis ni lain macam .. jadi yang bukan mak yong ni dapat tempias jugak merasa hihihihi ..... Setiap bekas ada rasa yang berbeza² .. macam saya rasa yang classic ni .. dia biasa jer cuma manis sikit karemel tu kat tekak ni .. tapi yang pasti tidak memutuskan selera nak merasanya .. dah sekali ngap .. ngap lagi hahahaha .... 

Masya kalau bab makan jarang menolak walaupun dah kenyang mesti ambil sikit nak rasa .. kang hilang nikmat merasa susah oooooo

Oklah kalau korang berminat boleh bukak fb dia https://www.facebook.com/pocogourmetpopcorn apa² hal nak tanya .. tanyalah dia orang manalah tahu kot ada yang teringin nak merasakan ..... saya sekadar berkongsi info.



Bicara Hati : Selamat bercuti Hari Buruh dan salam 1 rejab selamat berpuasa.





















Rabu, 30 April 2014

Kiss Me




Suka hisap gula² ni ... korang jangan pikir yang bukan² bila tajuk ' kiss me ' hahahaha .. giler nak kiss sebarangan. Gula² ni ada macam² perisa .. tapi suka yang 2 ni sebab cherry dan blackcurrant terbaikkkk berangin jer..... sesuailah sangat kalau tengah sakit tekak .. tak sakit pun boleh jer hadap.










Saya Yang Macam Comel jer ....



Tak sangka pulak ada kreteria macam ni ... hihihihi ... korang kategori mane?? macam cantik jer .. macam comel jer .. hahahaha .... cepat² ukur.



Takda nak tayang muka tuan tanah yang macam comel pun.. cuma nak kongsikan info ni sahaja ... jangan marah ... kot² ada yang ingatkan saya letak gambar.











Selasa, 29 April 2014

Bowling - Juara Bergambar Sahaja



Bila sesekali nak join bersukan riadah ginilah jadinya ... menang bergambar sahaja pun sudah memadai walaupun main bukanlah beria² sangat.. jauh sekali bertuah menang cabutan pfttttt ... ;p main kelongkang sahaja .. buat gelak bolehlah.

Rasanya dalam bekerja saya jarang sekali nak join sukan² ni .. sebab bukan pandai sangat, selalu join pun sukan yang tak mencabar carom atau bowling .. sebab kalau yang lain tu ikut jugak kesesuaian kesihatan .. tak boleh nak lasak sangat.

Pagi sabtu tu sebelum keluar rumah sempat lagi kami berkemas rumah masukkan apa yang patut dalam kotak .. zazzz 9 pagi keluar rumah .. padahal ikutkan game mula pukul 9.30 hihihi.. biasalah dalam acara macam ni mana adanya masa yang tepatkan... nak harapkan semuanya berkumpul .... memang amik masa. Kami sampai² jer.. memang dah ramai .. tapi belum mula lagi ... baru nak daftar, amik sarapan dan test line 5 minit.. 






Duta juma kata .. pipi sembab macam kena tampoo jer hahaha .. sampaikan senyum pun mata makin kecik ...












Ni kumpulan yang sama line satu kumpulan ada 3 orang sahaja ... kecohh wehhh nampak jer cam skema .. tu yang baju merah tu kemahin lagi saikoooo .. terror² dia orang ni .. kecut perut ...













Kan dah kata juara bergambar sahaja.. sana sini sibuk masya interframe .. kenangan kan ... bos² pun semuanya sporting hihihihi ... macam² posisi dan gaya ada .. tapi cukuplah yang ini jer buat tatapan ... kang kalau lagi banyak meloya wehh tengok.












Anak ibu yang tengah moody .. sebab sakit perut, malam tu dia sakit gigi .. pagi pulak sakit perut.. risau ibu dibuatnya tetiba dia cakap sakit perut... jadi tak banyaklah gambar dia terakam .. tapi mujur jugaklah abang sepupunya datang adalah jugak dia kawan.. lepas tu memang mahin tak hinggatllah... terus hilang sakit perut.







Kemahin ramai melaram AJ hari tu sebab tokey yang jual pun ada kat opis kan.. mestilah kita orang rembat hahahaha .. tu yang memasing sakan pakai tudung aidijuma hihihihi   >____<


Kami main kat Klang Prade saje .. kalau nak tahu harga dan jadual bowling boleh klik sini.








Bicara Hati : Lupe nak amik gambar goodies dapat tuala, air dan duit rm 10.00 yahoo .... 




















Isnin, 28 April 2014

Oat & Wheat Sedap ... Biskut Sesuai Untuk Diet



Oat ?? eeee uuu takda makanan lain ker?? sinonim sangat oat dengan rasa tawarnya ... yups itu kalau oat yang korang nak minum, tapi ni oat biskut siap ade wheat .. seyes sedapppppppp .. tak caya boleh beli dengan emailkan kat nowzyana@yahoo.com stok terhad .. jadi kalau berminat boleh emailkan.

Apa rasanya ?? pada tekak saya yang memang bukan tekak diet ni sedappp yaaa amat .. rasa sekali nak lagi .. rasa lagi sebungkus ... silap² berbungkus² dah ngap .. memang tak dietlah .. sebabnya rupanya ala² nestum gitu .. takdalah tawar macam oat sangat. 



BERBALOI² DENGAN SEBUNGKUS SAHAJA KORANG DAPAT 45 BUNGKUSAN KECIL DI DALAMNYA .. YANG PENTING PAGI² BOLEH MAKAN BUAT ALAS PERUT..... DAN SESUAI UNTUK YANG DIET , BAGI YANG TAK DIET LAGILAH SESUAI .. HAHAHAHA




Sebenarnya dia macam biskut oat yang di saluti coklat putih, tapi coklat tu tak banyak pun.. yang penting oat wheat ni tak berapa manis .. dan tak muak berbanding oat choco coklat .. yang itu oat choco pun saya jual tapi sekarang takda sok .. sorry ...






















Jumaat, 25 April 2014

Jangan Suka Berhutang



Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, saya percaya keberkatannya ada juga rezeki orang lain di dalam rezeki kita .. kongsikan rezeki kita tak salah .. yang salah bila kita berhutang, kalau boleh elak²kanlah.




SAYA SEKADAR KONGSIKAN INFO NI, MASA TERJUMPA DI FB, BILA KITA BERHUTANG KITA KENALAH BAYAR .. WALAUPUN ORANG YANG KITA HUTANG TAK PERNAH MENUNTUT DARIPADA KITA ... TAPI KITA SENDIRI KENALAH BERINGAT YANG KITA BERHUTANG...  (^___^)V




Salam Jumaa Semua 





















Khamis, 24 April 2014

Pertama Kali Menguli Doh Roti


Bila sibuk mengemas, bila musim hujan dah mula kembali dengar kabarnya catuan hingga akhir bulan ni sahaja ... takkan berlarutan .. alhamdulillah kalau betul. 3 Beranak dirumah sibuk mengemas .. kelaparan, kepenatan .. hubby ajak keluar pun malas.. mahu beli bungkus tak menyampai hati nak suruh hubby pergi beli naik kereta .. jadi meh lah kita menghabiskan stok dalam laci yang ada ni ... tak payah nak pening².. yang penting kenyang.

Sarapan kami pagi tu jangan tak tahu air nescafe panas dengan sosej golek pemanggang ajaib sahaja .. tak tahulah bape ketul .. yang pasti kami anak beranak makan tu sahaja .. sampai tengahari kelaparan .. kami makan maggie goreng simple sahaja 2 bungkus .. untuk 3 beranak .... Bila petang pulak, yups .. petang nak buat cekodok macam tak kena jer kalau guna tepung roti .. jadi marilah menguli doh buat roti simple yang penting ada mauripan... yang pasti dah uli amir kata nak donut hahaha.. gigih jadikan adunan tu untuk donut jugak 7 ketul .. cukuplah ...




Gigih saya mengulinya gunakan tangan ooohhhmaaiiii .. gigih tak .. tak penat mana pun nak banding kepuasan yang di rasai bila dapat makan roti adunan sendiri .. macam poyo jer kan .. macam berlagak jer kan ... ishhh ni bukan berlagak namanya .. anggap je lah ini semangat .. semangat supaya lepas ni kena rajin meroti untuk hasil lebih baik.







Lepas 20 minit naik .. cepat jugakkan.. resepi saya google jer.. tapi saya ubah suai ikut barang yang ada kat dapur sahaja. Saya gunakan tepung roti, mauripan, susu manis, garam, gula dan marjerin yang dicairkan. Semua gaulkan sebati tambah air sikit².. telur takda gara² dah habiskan masa masak maggie tadi ...






Saya biarkan adunan naik lagi .. sampai bebetul naik .. dan saya rasa satu kepuasan tengok kegebuan dia naik.. terus letak marjerin sikit .. taburan cheese dan gula .... mujur kismis takda kalau ak memang dah tabur.






Fuhhhhhh ... 30 minit bakar, seyes nampak macam rentung .. lupa nak google masa yang sesuai berapa lama bakar roti ni hahahaha ... main agak² jer dah masak kot ni ... risau jugak.. keras... lepas matikan api angkat cepa² sapukan butter atas tu bagi berkilat ....







hihihi .. inilah hasilnya .. alhamdulillah tak mengecewakan ... sedapp cuma kurang lembut di luar .. dalam lembut luar agak garing .. tapi taburan cheese tu menyelamatkan rasa roti tu menjadi lemak masin. Sempat makan seketul jer sebab memasing dah kekenyangan makan donut .. jadi selebihnya bawak balik kampung ... Abah kata sedappp .. cicah dengan roti dengan kari .. siap pesan.. nanti buatlah lagi gegegege .. kalau gigihlah abah yer.. ni pun tepung berkurun baru ku uli




Bicara Hati : Lepas ni nak buat roti lain pulak.. yang ada inti amir kata nak coklat, amboi kemahin lagikan...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...