♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 30 November 2013

Resepi Biskut Marie Letak Keju Senang Dan Sedap


Dah lama peram entry ni.. tak berkesempatan nak mengarang, sorry pada kawan² yang menunggu² resepi ni dan berniat nak mencuba hihihihihi .. rasanya nama glamour resepi cheesekut.. tapi saya pakai biskut marie.. jadi saya panggil biskut marie keju hihihi ... tak panggil cheesekut.. terpulanglah nak panggil apa.. yang pasti sedapppp tau resepi ni.




Bahan² yang saya gunakan, tidaklah terlalu banyak dan mahal mana pun.. yang penting ada kesungguhan nak membuatnya... kooo kalau nak makan malas buat... memang nak kene piat tingerlah tu kan.. tapi.. kalau banyakkkk duit mau beli yang dah siap pun okkk kot ada orang juallah .. saya tak jual hahahaha .. harap maklum...


Bahan² :

Biskut marie (saya guna 2 perisa kopi dan original), susu manis, susu cair, keju tartura dan lemon kalau suka masam sikit... barulah ada rasa manis, masam pahit gitu .. ala² macam tiramisu.. tapi tiramisu lebih pada nescafe. Yang pasti kos buat ni lagi jimat daripada tiramisu tak sampai rm 20.00 pun... 




Anak saya yang baik hati tengah berkobar² nak menolong saya hihihihi .... campurkan keju, susu manis dan susu cair .. pukul sampai kembang.. memang lenguhlah.. agak² yer susu manis tu dengan susu cair ikut citarasa tekak korang nak pekat mana dengan manis macam mana.....





Dah hampir sebati perahkan lemon.. nyum² bau wangi dan masam² sikit barulah tak muak.. takmooo letak pun takpe.. kalau nak letak sunguick oren pun okk jer.. tak payah nak pening² eh... 
Gaul dan pukul sampai kembang tau... ni tak cukup kembang lagi hihihihihi .... saya bancuh.. sampai cair sikit daripada dalam gambar ni...





Lepas tu mulakan operasi rendam biskut dengan susu cair dan susun dalam bekas macam amir buat ni.. gigih tak anak bujang saya?? dia memang ringan tulang.. lagi² kalau dia pun nak makan sama.. memang tak sabarlah rasanya dia akan menolong.. bukan dengan tangan jer.. dengan mulut sekali dia dok bercerita... kenapa kene letak ni.. kenapa tak boleh guna yang ini?? kenapa.. kenapa??? macam² kenapalah.. sampai akhirnya akan jadi ooooo macam tu yer.. mesti sedapkan ibu... hahahaha .....




Okkkk.. dah lepas susun tu.. letak keju yang dah pukul sebati tadi... lepas tu buat lagi lapisan marie tu.. ulang langkah yang sama.. rendamkan biskut dan susun.. letak keju.. sampailah habis.. penuh.. saya buat selang seli.. lepas marie asli, marie kopi, lepas tu marie asli.. dan marie kopi.. sebab tu saya kata tak jual.. kot jual melingkuppp nak kira camner.. orang kata bahan mudah.. saya jual mahal.. no.. no.. no.... korang buatlah sendiri yer.... tak kosaaaa nak dengar orang komplen ..;p





Dan taraaaaaaaaaa akhirnya siap 2 bekas... ni kalau tak silap saya buat raya haji hari tu hihihihihi .. sorry dah tahun baru muharram pun, baru hegeh² publish. jangan marah eh... peram entry baikk punyer... yang atas sekali tu.. ada biskut kopi lebih saya blender halus.. korang nak tumbuk² pun boleh.. hancur² pun boleh.. tabur atas tu.. barulah berselera makan .. yummmiii..... sangat² sedapppp tau...





Mantap tak.. mantap tak.. terliur tak.. terliur tak.. hahahahaha.. selamat mencuba... amir suka sangat².. kalau boleh nak makan selalu.. tapi saya tak galakkan.. sekarang ni pulak tengah kemaruk melayankan buat kek keju meleleh salju .... selagi tak jemu... saya layankan.. alhamdulillah jadi sumber sampingan juga.


Senang tak resepi ni.. senangkan .. selamat mencuba yer...




Bicara Hati : Hobi akhirnya jadi pendapatan sampingan, rezeki dimana².. yang penting ada kemahuan.











Jumaat, 29 November 2013

Gambar Kenangan Amir Dengan Kawan ² Di Tadika Al-Hufaz


Kalau ikutkan minggu ni minggu terakhir amir ditadika al-hufaz, sekolah memang dah mule bercuti.. cumanya amir masih lagi di taska sehingga akhir november, maksudnya hari ni hari terakhir amir kat tadika.

Muka dia nak akhir² kat taska ni susah nak cakap.. teruja ker, sedih ker, tak tahulah macam tak beremosi sangat jer.. ke.. tak berapa nak paham lagi ke.. camne tu... nanti dah lama tak pergi tadika mulalah dia sebut rindu agaknya... sebab bila saya terangkan nanti amir tak sekolah kat sini lagi.. dia cuma tanya kenapa?? ala.. nanti amir seklah mana? amir tak kenal kawan.. nanti amir takda kawan.. itu jerlah jawapan dia... 

Sebagai kenangan² meh nak letak gambar amir dengan kawan² kat tadika hari tu... nak framekan tak sempat cari frame lagi... jadi saya abadikan dekat blog dulu.




Gambar keseluruhan dengan kawan² tadika 4,5 dan 6 tahun.. termasuklah pengetua dan guru² tadika serta taska... sorry sila sikit .. sebab snap gambar ni..





Gambar amir dengan kawan² kelas 5 tahun dan cikgu ain... amboi kemain lebar amir senyum yang berdiri kat baris tengah no 1 daripada belah kanan ... dan setiap satu dia akan sebut nama kawan² dia... boleh dikatakan semuanya dia suka .. dia asyiklah dok puji² kawan dia baik.. kawan dia pandai.. ada jer ceritanya rahman pandai sebab dia tuisyen, syafaiq pandai sebab cikgu ain garang ... toreq tak duduk taska.. ibu dia tak kerja... dia balik tengahari.. (yang ni selalu dia petikai kenapa saya tak boleh amik dia waktu tengahari) qairena ada adik.. adik dia comel sangat ibu.. dannnnnnn macam² lagilah cerita dia.. kadang tu ada yang berulang kali dia cerita.. memang bertabahlah saya dengar sambil melayankan bawak kereta... nanti saya rindu takda sapa nak membebel lagi balik kerja.. dah takda peneman .. amirlah peneman saya drive sepanjang tahun ni.






Meh fokus sikit gambar amir dengan kawan² yang ramai² tu... bila saya tanya napa buat muka serius.. kawan semua pun serius orang amik gambar suruh buat muka macam tu ... pandailah dia menjawab tau...


ini jerlah gambar² say kongsikan, gambar lawatan takda.. bila saya mintak kat cikgu dia.. cikgu dia kata tak cuci pun.. ermmm ingat nak beli saja buat kenangan... dah tak jual nak buat camna... banyak jugaklah rombongan dia dengan kawan².. tak boleh nak simpan.. 

Pagi tadi dah cakap minggu depan amir duduk dengan ayah kat rumah tau.. nanti tahun depan dah tak jumpa kawan² ni dah.. tetiba dia buat muka pulak.. selalu tanya takda pulak buat muka.. dia buat muka ... sedih agaknya, sebab kat taska ni dia banyak berdikari .. mestilah dia rindu... tapi kalau amir tak pergi tadika kemas.. mungkin kat sini amir kat sekolah nanti.. satu harapan saya biarlah dia dapat ke tadika kemas.. nak bagi pengalaman baru.. suasana baru.. kawan² baru.. yang akan sama² ke sekolah nanti.




Bicara Hati : Rindunya zaman kanak² dulu...










Khamis, 28 November 2013

Memeriahkan Ulang Tahun Kelahiran Adeq Bongsu


Awak.. rambut awak cantiklah keli-keli... muka macam retis shasha saidin, hohoho so sweet memula kenal, kot silap cakap mau kene pang.. pingsan kat situ... kami kenal daripada sekolah menengah .. cuma tak pasti bila kami mula rapat, kami mula erat .. sehinggalah punya gelaran adeq.. kunun² yang bongsu.. sekali ada yang lagi bongsu .. tu yang tudung kuning tu .. hahahaha ... yang tu lah paling bongsu.. adeq yang pakai inner pink tu.. bestday girl comel dulu .. kini dan selamanya.. muka ala² shasha saidin maintaine jer senyuman tu. Ni kira sambut lewat sikitlah daripada tarik sebenar... 

Kami macam biasalah kot berjanji bagai nak rakkkkkk ... rancang sakan itu ini.. begitu begini.. memang takkan menjadi punya, baik wassup... okkkk esok kat jj dekat mc d lepas balik kerja (punyer lama tak pergi jj dan mc d isnin tu kami pergi mc d) dan kebetulan isnin tu saya cuti... sape yang sempat jerlah pasrah dapat join hahahahaha .. yang tak dapat join mulalah berdesup² kata .. menyesal tak dapat join.. menyesal itu.. seronokkknya korang... pang sekali baru tahu.... takmoo sedih² ... ada rezeki kita jumpa nanti ok... kita rancang allah juaaa yang menentukan.





Kek comottt .. tapi nak tayang jugak, dengan kepala yang ting tong.. toing² tu gigih jugaklah membuat apa yang adoooo .. rasa?? tak rasa pun hahahaha .. pasrah jerlah .. kawan² yang rasa kata sedap... yang tak menahan anak adeq dah teruja nak potong kek.. kami ibu² ni possing sakan tak sudah²... hadoilah ... sampaikan pelanggan kat mc d tu pun macam pelikk jer... kek coklat jer pun, nak possing mengalahkan.. kek secret resepi depan tu ...






yeahhh dapat fm daripada langkawi dan sabah... cantik².. tq achik bagi fm... muka punyer teruja sampaikan senyum lebar (^___^)v







Edisi suap menyuap haruslah adakan... eh² dah kenapa muka saya tu ke tempat lain.. tak sempat nak suap bestday girl pun... 







Antara yang memeriahkan mc d jj bukit tinggi petang tu... tak ramai pun belakang dari kiri achik dan ajaq, yang duduk daripada kiri adeq (bestday girl), hana anak adeq, cikgu azura dan saya ... serta amir dengan rambut baru.




Sekejap jer pun dapat jumpa tak sampai 2 jam, tapi seronok sangat² dapat jumpa macam ni.. dapat borak²... jumpe tak lama.. tapi kualiti masa bersama itu yang penting.. paling tak menahan kalau dah jumpe kamera mengalahkan artis.. hahahaha .. pasrah jerlah tak pedulik kana kiri dah...


Selamat hari lahir adeq.. pasrah yer dah 3 series... tapi maintaine macam 25 tahun hahahaha ... moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki .. insyaallah .. aturan allah adelah yang terbaik buat kita amin...






Bicara Hati : Tak sabar nak tungu hujung tahun ni jumpa ramai² bbq.






















Rabu, 27 November 2013

Dermalah walaupun sedikit daripada hasil nuffnang




Tadi buka² akaun nuffnang ada terperasan perkataan ni kat belah kanan bawah nuffnang, rupanya untuk didermakan sedikit hasil nuffnang pada mangsa taufan haiyan kat filipina kan... kalau tak silap.. jadi marilah sama² kita dermakan dan kongsikan sedikit hasil nuffnang tu.. sebelum nak tunaikan hujung bulan ni... moga lebih melimpah ruah lagi rezeki yang akan diperolehi... alhamdulillah masih ada lagi cpuv yang menari² walaupun hakikatnya saya sendiri tak perasan bila iklan tu muncul... maklumlah tuan tanah ni baru nak sihatkan... (^____^)v


Selamat berkongsi .. percaya dalam rezeki yang kita perolehi ada jugak hak orang lain yang patut kita kongsikan disitu.. yang penting ikhlas...












Selasa, 26 November 2013

' Cheese Cake ' Meleleh Air Liur Dan Buat Saya Tergoda



Fenomena.. fenomena... sana sini dok publish cheese kek meleleh ni, wah² sakan eh.. camne nak diet.. kalau baru nampak gambar dah bikin hura hara tak tentu arah nak merasa jugak hahahaha .... sampaikan nak tidur pun dok terbayang² cheese yang meleleh² tu...
Nafsu membuak² dibuatnya tau.. lagi² makanan berunsurkan keju.. memang sukalah kan.. kan... dan lagi tetiba kawan opis offer jomlah beli ramai² dapat murah.... ini pun sebekas rm 20.00 murah ker??? bolehlah nak banding tempat lain ada rm 25.00 tau .. owhh pingsan.. bangun.. pingsan bangun terketar² tangan nak hulur duit bayar ....



Kunun² baru nak mencuba belilah sebekas ni perisa coklat, dia ada banyak perisa.. ada pandan, dan stoberi jugak.. tapi pada tekak ni pandan manis.. coklat ni okk sikit....




Tu dia... lapisan kat dalam.. seyes sedappppppp... bangat.... tak tipu.. tak tipu.. kalau korang pengemar kek keju harus beli dan cuba.. kalau tak korang menyesal tau.. hahahaha .. boleh pulak camtu kan. Rasa dia sukar nak digambarkan.. tapi bila makan sejuk² memang sedappp... kalau boleh takmoo kongsi dengan orang lain dah.. tapi saya beli sebekas ni siap bawak balik kampung bagi mak dengan adik rasa.. dia orang pun cakap sedapp... siap cakap.. nanti belilah lagi.. gegegegugugugagagaga .. iyer mak.. saya angguk senggih² jer..




Bicara Hati : Tetiba nak makan kek keju meleleh ni sekarang, hadoilah.. kenapalah susah sangat nak dapat kamu.. kene tempah dulu...













Berkhatan



Bagi agama islam berkhatan ni wajib bagi kanak-kanak yang telah lahir seawal sehari hingga meningkat usia 12 tahun. Bagi yang mula-mula memeluk agama islam pun dikehendaki berbuat macam tu... Supaya diri bersih bila membuang hadas.. Iyerlah kot tak bersih macam mana ibadah nak diterima...

Pada cuti sekolah biasanya ibu bapa amik peluang khatankan anak, koooo ce tanya kat amir nak khatan memang laju jelah dia geleng kepala hahahahahaha.... Silapppp2 tak berhenti geleng tanda tak bersedia lagi.

Baru ni ni hujung minggu kami pergilah rumah sepupu dia yang berkhatan tu.... Muka takutt jer amir... Kikiki.. Sakan dia kene sakat... Sebab hubby kata kalau takmoo dengar cakap nak khatan dia kikikikiki....





Eh2 boleh pulak same pakej baju amir dengan langsir wak yah .... Yang berkhatan yang tengah pegang tab tu.. Tak nampak macam muka orang sakit pun... Relak jer.. Sebab sekarang kat klinik berkhatan dah tak macam dulu nak berbungkus bagai... Ni pakai macam klip jer.. Tu yang dia pun selamba dah pakai seluar... Huhuhuhu....




Bicara Hati : semalam cuti, hari ni macam mamunnn jer nak buat kerja... Huhuhuhu....







Sabtu, 23 November 2013

Terima Kasih Hubby Kerana Pengorbanan Dan Kesedaran Ini







Alhamdulillah... sangat² walaupun mungkin hubby tak baca kata² mereka.. atau mungkin pernah baca tanpa pengetahuan kami.. tapi hubby dah diberikan kesedaran.. demi sayangnya pada kami... terima kasih sangat² .. moga Allah tetapkan pendiriannya... saya pernah buat entry ni yang hubby dah berhenti hisap rokok sekarang ... 

Sayang hubby peluk erat² takmoo lepas hahaha.... mau tak bernafas dibuatnya...














Jumaat, 22 November 2013

Kualiti Masa Bersama


Pagi ni lambat bersiaran, dapat perkabaran bapa kawan satu opis meninggaldunia.. jadinya kami pergilah ziarah.... al-fatihah buat arwah en. badrulhisham, moga rohnya tenang disana.

oklah.. kualiti masa bersama yang tersayang, masa sekarang ni laju berjalan... jarang dapat peluang sarapan bersama².. apatah lagi makan bersama² melainkan hujung minggu.. jadinya bila hubby dah mula cuti sekolah.. amir pun dah mula bercuti... kami gunakanlah peluang ini untuk bersama² menikmati suasana pagi bersarapan.

Tak kisahlah makan apa pun, yang penting dapat sarapan bersama²... suap satu sama lain hihihihi.... melayankan keletah amir tu.. memang sampai mati akal ibu nak cari jawapan tau...

Pagi tadi hubby hantar, bila hubby hantar cuti sekolah hubby sukalah lalu jalan besar yang depan Hospital Tengku Ampuan Rahimah tu.. kalau bukan cuti sekolah jangan haraplah lalu situ... sebab jem terukkk oooooo kematu montot dengan kaki tekan brekkk....

Bila hubby lalu situ jer.. reaksi amir???

Amir : Napa ayah lalu sini .. salah jalan lah...

Ayah : salah jalan ?@#$% habis lalu mane?? ala.. camne ni.. dah salah jalan.

Amir : Kalu lalu sini dah sesat, tu banyak kereta .. sesat dah ni ayah

Ayah : Sesat???

Amir : iyerlah sesat.. nanti amir lambat pergi taska, tak boleh main dengan kawan²....

(Saya dah nak tergelak².. paham maksud amir bukan sesat .. dia nak cakap sesak.. tapi dia pergi cakap sesat)

Ayah : Owwhh ni bukan sesatlah, ni banyak kereta sesak... 

Amir : iyer ker?? mengajuk upin ipin bercakap... sesat tu ape??

Ayah : Sesat tu salah jalan ... 

Amir : iyerlah ayah salah jalan ni.. ibu selalu jalan pusing sana....

hahahahaha .. kalau dibiarkan berborak.. memang pusinglah kepala nak menerangkan.. tapi macam mana pun kami mesti terangkan, sampailah amir paham dan tak keliru... yang sebenarnya amir memang nak bagi tahu jalan ni dah salah .. nanti sesak/ jem ... pakej sekalilah dia kata sesak dan sesat tu.


Yuhuuuuu sayang bam bam ibu (dah boleh penggil bam bam balik dah tembam) kami sarapan nasi lemak daun pisang terbaik.. lepas punch singgah kedai mak cik.. dekat jer pun dengan opis.. alhamdulillah kenyang sampai sekarang.


Bicara Hati : Hujung Minggu ni jadual penuh kenduri kendara, bakal besan keluarga mertua pun nak datang gegeegege .... 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...