♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 3 Februari 2014

Pengalaman Sambutan Maulidur Rasul Di Tadika



Kali pertama berpeluang menyambut bersama rakan² amir teruja sangat² dapat berarak dengan kawan² tahun ni, alhamdulillah ibu pun sempat join. Syukur sangat² tahun ni amir diberikan kesihatan yang baik.. cian dia tahun lepas sampai demam² kat tadika lama tak dapat join perarakkan.

Seawal jam 6.30 pagi dia bangun, ini pun dah lambat kiranya... ibu siapkan mandikan, bedakkan bagi wangi² .. nak bersampin.. mujurlah sampin umur 3 tahun tu muat.. (hahaha.. muatlah sangat.. ibu dok bukak jahitan tu gigih tak gigihlah demi anak) tu pun pakai kat dalam.. ala² jer.. janji masih selesa dipakai.

Patutnya pagi tu kene bawak kuih muih ibu amir ni beli sahaja.. kosaaalah nak membuat tidur rumah mertuakan... kang berkecah dapur .. sama nak kemas pagi² tu, jadi ibu beli jerlah kuih.. bunga telur bawak 3 kuntum .. telur sempat rebus malam tu ... melampaulah takkan telur rebus nak beli.. bunga telur amik kat rumah mak jer.

Hantar amir ketadika, terus ibu tolong cikgu kat tadika untuk persiapan perarakkan pagi tu ... cucuk pahar bunga manggar dan telur serta sediakan hidangan untuk tetamu (ibu bapa yang hadir) ... dah alang² datang awalkan.. hantar amir .. teruslah tolong apa yang patut .. perarakkan mula pukul 9.00 pagi ...




Sebelum memulakan perarakkan kanak² kat sekolah cikgu bagi sarapan dulu.. amboi kemain suka masing² dapat menjamu selera ... macam² ragam ada tau.




Keterujaan seorang kanak² bila dapat beramai² berkumpul dengan ibu bapa untuk perarakkan??? hah!!! korang nampak tak amir tu (yang baju biru)... kemain lagi dia.. siap cakap dengan kawan² elok²lah.. baris tu ... saya pulak yang gelihati sebab memang perwatakkan dia berubah kat tadika .. nampaklah ciri² tanggungjawab tu ada.. padanlah kengkawan takut dengan dia.. dia cakap.. kawan takmooo kawan dengan amir, saya cakap kalau garang memanglah kawan takut... dia kata ketua kene garang ibu .. kalau tak nanti cikgu rotan amir gegegege gugugu gagagaga .... >___<




Penerangan daripada ustazah jemputan sebelum berarak .. mengajar anak² murid berselawat keatas junjungan ... budak² ni pun kemain lagi semangat menyebutnya .... mula² jer tu... masa ustazah ajar .. lepas berarak .. hahaha .. korang tengok gambar bawah ni...

v

v


v


v





Hahahaha .. berteraburr masing² kat jalan raya tu.. kemain lagi dapat peluang berjalan .. macam² ragam dibuatnya, daripada pegang tangan ada yang dah lepas .. sudahnya suara mak² dengan cikgu jer yang kuat hihihihihi .. nasib baiklah ada mak mak.. berarak pun tak jauh pusing tadika jer  pun....





Walaupun tak jauh dan hanya tadika amir sahaja termasuk ibu bapa.. tapi terasa kemeriahannya tengok ragam budak² ni .. macam² gelagat .. gelihati.. sampaikan ada cikgu kata murid² ni ada mak ayah ada yang meragam pulak.. selalu elok jer.. sebab ada yang menangis takmoo berarak.




Lepas berarak .. sesi mendengar ceramah pulak kat dalam tadika, alahai memula kemain baik lagi mereka ni... lepas ½ jam hahahaha.. hambikk kuak lentang dad meniarap pun ada dah tak duduk dah kat dalam tu... nasib baiklah ceramah ustazah ni ada lucu² terhiburlah jugak dibuatnya.




Sebab ibu bapa dipesan bawak kuih, makanan tenghari tu mereka pun makan kuih muih jugak hihihi.. nasiblah lah anak² moh habiskan kuih muih yang adooooo.. bubur nasi cikgu bekalkan bawak balik ... sebab menu hari tu bubur nasi sepatutnya. Sedang makan elok cikgu bagi bunga telur sorang satu.





Sebelum balik sempatlah amik gambar dengan kawan² lain buat kenangan, ini pun ada yang tak masuk .. memasing dah tak sabar nak balik dahhhh hihihihi ... jadi sapa yang sempat dan ada je lahhhhhh .... 




Bicara Hati : 3 hari bercuti, hari ni kene kerja kat luar huhuhuhu ... mood happy² sahaja.. tak masuk opis.. entry autopublish...







Khamis, 30 Januari 2014

Hadiah Bertuah Masih Tiada Pemilik



Tajuk kemain lagi tak menahan kan, ramai dah cuti agaknya hari ni .. jalan raya pun dah tak sesak.... pakat² ramai dah balik kampung agaknya.... sekolah pun banyak dah cuti (sekolah hubbylah tu .. huhuhu.. jelsenya).

Mood nak buat kerja pun ntah hilang kemana² hala lah ni, cpu tak okeyy lagi ... mujurlah takda kerja urgent sangat... tapi bila datang kerja meja kosong tanpa cpu.. rasa semacam jer...

Oklah sebenarnya nak reminder jer ni hihihihi... saya masih lagi mencari pengomen tegar diblog saya ni.. yang ke 31 dalam entry ni... sebab masih belum ada pemenang lagi.. kalau sampai minggu depan takda pemenang nampaknya saya akan berikan hadiah ni pada yang terpantas komen sahajalah.. hihihihi.. jangan marah.... 

opssss..... hadiah tu tidaklah segah mana .. cukuplah sebagai tanda penghargaan buat rakan² .. harap sudi terima .... kita tunggu sapa yang menang.

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

opsss.. pada yang dah komen saya ucapkan terima kasih... semuanya.. kalau ada rezeki lebih memang nak bagi lebih.. tapi saya ada satu sahaja... hadiah ni ... buat bakal pemenang dalam ni bukan bekas kosong ada sesuatu yang indah di dalamnya khas buat yang bertuah... harap sudi terima. >___<

















Rabu, 29 Januari 2014

Kraftangan Pertama Amir Ditadika


Sebulan pertama awal persekolahan biasanya budak-budak tadika ni lebih pada pendedahan kemahiran melembutkan jari, lebih pada menyesuaikan diri dengan persekitaran tadika.... Bila dah lama sikit nanti barulah belajar menulis... 


Cantik ni kraftangan amir pertama di tadika, mewarna kipas menggunakan crayon... Terbaiklahhhhh ... Makin teliti sekarang bila mewarna...hijau tak pernah tinggal .. Suke sangat warna tu.


Semalam ade aktiviti sukan, tapi hujan amir kata tak boleh main kat luar... Jadi main kat dalam tadika... Cikgu bagi uli doh donut dengan karipap... Best ibu.. Cikgu ade beli acuan dia... Sweet sangat dengar amir cerita memang penuh teruja dia sebab kat rumah pun ibu buat donut dengan karipap takda acuan... Main... Agak2 sahaja.

Pengalaman baru macam ni memang buat kanak-kanak teruja, sebab kat rumah pun kalau ada peluang amir memang suke tolong saya... Tapi ibu dia ni ade angin kus kus... Ni dah lame dapur tak berasap hahahaha.... Jadi bila dah lama tak buat tu, dia terlebih teruja sikit.








Selasa, 28 Januari 2014

Masuk Hospital




Semakin parah, perlukan rawatan grrrrrr .... Mujurlah dah tutup akaun dia buat perangailah pulak..... Mintak tukar baru lah tu..

Masalah2 bila yang sakitnya dekat dalam, kalau kat luar boleh jugaklah ditelek2kan.. Ni kalau dah dalaman biarlah pakar yang menentukan.... Terus hantar hospital penyelenggaraan kikikikiki.... ;p

Nampaknya sepanjang cpu masuk hospital ni kalau saya rajin saya bw daripada tab, hadoilah tulisan kecik-kecik naik keroooo nak membacanya ... Apatah lagi nak menaip entry.. Terkial-kial dibuatnya huhuhuhuhu.... Kalau saya senyappp jer tu... Korang jangan marah yer... 

Oklah bye... Kelabu asap mata naik keroooo nak taip entry camni.


Isnin, 27 Januari 2014

Master Chef Cilik Tabika Kemas


Alalalalalaaaa.. comeyyynya anak ibu ni .. geram tengok dia orang ni pakai apron so sweeeettttt sangat² tau hahahaha ... lagi² bila duduk berjemaah makan. Kan ibu dah janji nak letak gambar amir pakai apron hari tu.. sekarang dah dapat apronnya... tapi ibu pulak takda idea nak jahit nama amir macam mana kat apron tu... kenelah ibu cari idea ni...

Warna biru bagi yang lelaki ... yang perempuan warna pink, lagi comel tau.. tapi tu lah.. lupe pulak nak amik gambar.. maklumlah anak saya kan lelaki ... masa makan tu kelompok lelaki.. jadi amik gambar budak² lelaki jerlah.



Bicara Hati : Alamak!! entry sambutan maulidurasull tak publish lagi .. hahaahah .. kita tengok amir pakai apron dulu yer.. nanti kita up entry sambutan maulidurasul kat tabika amir.







Ahad, 26 Januari 2014

Pisang Kegemaran Anak Beranak



Orang kata pisang ni berkhasiat kalau dimakan waktu bagi sebelum sarapan... Atau kalau tak sempat sarapan boleh memberi tenaga... Kalau kita maksn pisang ni...  Lagi-lagi ahli sukan mereka memang suka pisang....

Dah lepas makan tu .. Kulit dia sapu kat muka seyes... Kulit akan jadi licit dan lembut... Tak caya cubalah...




Tengok jer pun dah mengiurkan apatah lagi kalau ada depan mata, seyes sesisir ni makan dengan berborak tanpa sedar dah habis kikikikiki....

Dalam banyak-banyak pisang memang suka yang ni maklumlah namanya pun pisang lemak manis, memang naik lemaklah orang yang makannya dan bertambah manis ... ;p

Kalau dah tua dan masih mentah saya suke masak tumis pisang ni seyes sedappppp tau walaupun bahan2nya cuma cili, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.. Seyes makan dengan nasi yang baru masak ... Dengan ikan masin/ikan bilis goreng itu dah cukup mengiurkannn ... Adehhh telan air liur dibuatnya masa taip entry ni.

Pisang owhhh pisang kenapakah kamu x musim masak sekarang ni.? Hadoilahhh seyes tetiba rasa nak makan yang kat kg punyer... Tapi takda pulak... Nak beli macam tak best jer.... Nak jugak yang air tangan abah tanam.



Bicara Hati : hari ni nimakan lauk kenduri jerla... Lamenya kuali tergantung sekarang ni .. Dah jarang masak.





Sabtu, 25 Januari 2014

Majalah Sampingan Sesuai Bagi Anak Usia 7 Tahun Ke Bawah



Banyak pilihan sumber bacaan di luar baik komek kartun atau pun majalah, macam zaman saya membesar dulu² tahun 90an gitu memang tak banyak bahan bacaan .. tapi yang paling popular kuntum rasanya.. sampai sekarang pun masih jual. Kalau kat sekolah pulak majalah yang pusat sumber keluarkan kat sekolah dijual dalam rm 0.50 sen kalau tak silap .. ntah lupe kikikikiki .. sebab dah lama sangat.

Tapi sekarang majalah aulad dan majalah sayang muslim ni paling ramai yang suke beli.. saya pun suka jugak.. amir?? lagilah berganda² sukanya ... sebab dalam majalah tu ada macam² aktiviti boleh buat... Kiranya tak membazirlah buat pelaburan membeli majalah tu.




Majalah aulad januari 2014 .. warna warni ceria betul.




Ade buat orogami ikan.. amir suka sangat .. dia kata macam roket pun iyer hahahahaa .. ape² jerlah sayang.. janji kamu boleh bua sendiri.




Doa yang baik... walaupun amir tak pandai lagi baca jawi, tapi bila saya baca dia ikut.. dia boleh hafal.




Majalah sayang muslim, yang ni baru pertama kali saya beli.. bagus jugak dalam majalah ni ada ruangan homework .. jadi anak saya memang sukalah.. lagi² ada cara belajar tulisan jawikan.. sekarang susah nak jumpe buku² yang ada tulisan jawi.. kalau tak mula belajar daripada sekarang susahlah nanti .. harap nanti darjah 1 amir dah mule senang belajar menulis.





Keterujaan seorang anak ... amir kalau benda baru dia memang teruja .. sikit .. cuma ibu kenalah bagi semangat kat dia lebih sikit .. kalau tak mulalah drama dia .. nak baringlah.. laparlah .. nak tidurlah.. ada jer...



Bicara Hati : Cuti mau bersantai dirumah .. sahaja.. wahhh empuknya tidoo tilam...








Jumaat, 24 Januari 2014

Semalam Yang Biasa ² Sahaja



Semalam patutnya ada entry autopublish .. tapi sebab tuan tanah kedaung ni hari sebelum tu bizi .. lupelah pulak nak klik autopublish tu hahahaha .. faktor umur .. faktor umur....

Nak dijadikan cerita semalam memang cuti sebab nak renew lesen, renew lesen?? apakah maksudnya .. hihihihihi.... sampai nak bercuti, tak payah nak amik risiko .. memang selalunya cuti pun pada 23 januari setiap tahun..  dan yang menjadi confuse dimana² pun hari lahir di surat beranak dan dan di ic ku tidak sama .. jadi dah terbiasa kot kena denda tu... sebab tak renew ikut tarikh yang sepatutnya ... tapi dah kenapa pejabat pos tetiba kata ' akak kene refer jpj ni' sebab tarikh lahir akak tak sama dengan ic .. adehhh.. jangan macam² dah pukul 9.15 pagi baru nak pergi jpj memang taaaakkkkkkk lah kan, ok fine .. pergi pejabat pos lain.. fuhhh okk jer dia renew.. kalau tak tak memesallah semalam kene pergi jpj ... renew lesen yang macam ic tu yer.. nanti²lah tak wajib pun lagikan.. kan..


Sempat order cheese cupe cake oreo .. fuhhhh sedappnya ... amir makan 2 ketul tak cukup .. 'ibu .. nanti buatlah .. lagi' anakku sayang ini ibu beli.. kalau ibu tau buat .. ibu dah buat hihihihi  >_____<




Penuh rasa nikmat .. penuh rasa kesyukuran ... alhamdulillah di berikan rezeki ini, diberikan peluang ni .... moga semuanya dibawah limpahan keberkatan. Amin .....




Akhirnya tuan tanah nak interframelah jugak hahahaha ..... Alhamdulillah .. rasa syukur ku panjatkan moga diberikan kesihatan yang baik, alhamdulillah dah mencecah usia 31 Tahun ... Dalam usia yang sebegini saya mengharapkan agar perubahan secara perlahan² ke arah aura positif dan menjaga batas² aurat dikalangan keluarga yang bukan muhrim ... yups.. mungkin selama ini saya menghormati mereka, tapi.. hukum tetap hukum.. yang mana dilarang tetap dilarang terutama bab bersalaman ..... Dan moga dimurahkan rezeki, moga semuanya baik².. apa jua yang allah aturkan.. saya percaya itu adalah yang terbaik buat saya .... Amin




Bicara Hati : Saya mencari pengomen tegar yang ke 31, sempena ulang tahun kelahiran saya.... di entry ini .. hadiah misteri menanti .. jangan harap yang gah² sangat yer.... Cukuplah apa yang saya mampu.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...