Sebelum memulakan perarakkan kanak² kat sekolah cikgu bagi sarapan dulu.. amboi kemain suka masing² dapat menjamu selera ... macam² ragam ada tau.
Keterujaan seorang kanak² bila dapat beramai² berkumpul dengan ibu bapa untuk perarakkan??? hah!!! korang nampak tak amir tu (yang baju biru)... kemain lagi dia.. siap cakap dengan kawan² elok²lah.. baris tu ... saya pulak yang gelihati sebab memang perwatakkan dia berubah kat tadika .. nampaklah ciri² tanggungjawab tu ada.. padanlah kengkawan takut dengan dia.. dia cakap.. kawan takmooo kawan dengan amir, saya cakap kalau garang memanglah kawan takut... dia kata ketua kene garang ibu .. kalau tak nanti cikgu rotan amir gegegege gugugu gagagaga .... >___<
Penerangan daripada ustazah jemputan sebelum berarak .. mengajar anak² murid berselawat keatas junjungan ... budak² ni pun kemain lagi semangat menyebutnya .... mula² jer tu... masa ustazah ajar .. lepas berarak .. hahaha .. korang tengok gambar bawah ni...
v
v
v
v
Hahahaha .. berteraburr masing² kat jalan raya tu.. kemain lagi dapat peluang berjalan .. macam² ragam dibuatnya, daripada pegang tangan ada yang dah lepas .. sudahnya suara mak² dengan cikgu jer yang kuat hihihihihi .. nasib baiklah ada mak mak.. berarak pun tak jauh pusing tadika jer pun....
Walaupun tak jauh dan hanya tadika amir sahaja termasuk ibu bapa.. tapi terasa kemeriahannya tengok ragam budak² ni .. macam² gelagat .. gelihati.. sampaikan ada cikgu kata murid² ni ada mak ayah ada yang meragam pulak.. selalu elok jer.. sebab ada yang menangis takmoo berarak.
Lepas berarak .. sesi mendengar ceramah pulak kat dalam tadika, alahai memula kemain baik lagi mereka ni... lepas ½ jam hahahaha.. hambikk kuak lentang dad meniarap pun ada dah tak duduk dah kat dalam tu... nasib baiklah ceramah ustazah ni ada lucu² terhiburlah jugak dibuatnya.
Sebab ibu bapa dipesan bawak kuih, makanan tenghari tu mereka pun makan kuih muih jugak hihihi.. nasiblah lah anak² moh habiskan kuih muih yang adooooo.. bubur nasi cikgu bekalkan bawak balik ... sebab menu hari tu bubur nasi sepatutnya. Sedang makan elok cikgu bagi bunga telur sorang satu.
Sebelum balik sempatlah amik gambar dengan kawan² lain buat kenangan, ini pun ada yang tak masuk .. memasing dah tak sabar nak balik dahhhh hihihihi ... jadi sapa yang sempat dan ada je lahhhhhh ....
Bicara Hati : 3 hari bercuti, hari ni kene kerja kat luar huhuhuhu ... mood happy² sahaja.. tak masuk opis.. entry autopublish...
17 ulasan:
Nampak Amir ada talent sebagai ketua. Pakai songok putih pulak tu lebihlah menyerlah:)
Kakak memang suka tengok anak-anak macam ini - ceria dan sejuk mata memandang:)
syoknyer boleh temankan anak..saya x dapat nak tengok sebab sekolah dia buat waktu bekerja..nasib baik ada kawan yg anak dia sekolah sekali..dia tolong ambilkan gambar anak sy :D
meriah juga kan
comel2 je budak2 ni :)
hahaha... seronoklah amir, meriah betul
dah lama xsambut maulud cm ni. zaman2 sekolah dulu jea lah kenangan yg ada
Meriah.Seronok tgk keletah budak2 tadika nih.
Meriahnyerr..untung dpt sertai...
Tabika arif pun ada buat, tapi tkde pulak jemput parents..cuma info jer...syok tengok ! :-)
happy nampaknya... alhamdulillah kecik2 kita beri didikan kepada mereka kan...
salam kenal =).tengok gmbr di atas terkenang zmn sekolah dulu
alololo comel2 belaka
comel je bebudak ni kan.. Amir jadi ketua.. wahh..bagus la Amir :)
comel je bebudak ni kan.. Amir jadi ketua.. wahh..bagus la Amir :)
bagusnya ibubapa pun boleh join sekali,
tahun ni zaquan n ziqry x dpt join sambutan maulidur rasul dkt tadika/taska sbb kami g bercuti..
sambutan kecil2an macam ni cukup terasa kemeriahannya..amir jadi ketua ye kt tadika?patut la garang.hehe
bagus amir.. mmg nampak bakat dia jadi ketua :-).. walaupun kat umah, kdg2 suka menagis, tapi bila dkt luar, terus lain perwatakan dia kan.. bagus! :-)
jabatan Ros akan buat perarakan Maulidur Rasul 16 hb ni.. lewat kan.. hihi.. Ros terlibat jugak dengan perarakan tu nanti..
alhandulillah ada perubahan. smga berterusan mempunyai keyakinan diri..
time tadika ni la nk latih supaya dorng jadi berani, berdikari kan..
good luck amir..
Catat Ulasan