♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Memaparkan catatan dengan label Macam-macam Hal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam-macam Hal. Papar semua catatan
Isnin, 3 Mac 2014
Madah Buat suami
Khamis, 20 Februari 2014
Perut Meragam Tak Tahu Punca
Selasa, 11 Februari 2014
Sakit Mata Amir Dah Hilang
Alhamdulillah dah baik dah ... bulat dah mata amir tak kuyu dan merah lagi.
Alhamdulillah dah okeyyyyy ... aminnn.. doakan amir sihat selalu tq...
Gambar tiada kaitan saja nak tempek gambar budak bam bam ni masa usia 3 tahun, masa ni sambut bestday dia.. sila percaya yang belakang tu abang sepupu amir yang dah dah darjah 3, tapi amir lagi besar daripada abang sepupu dia masa umur 3 tahun .. sampailah sekarang .. pakai baju pun sama size kikikikiki ...;p
Saya tak pasti selalu doktor bagi mc berapa hari, amir tak dapat mc pun masa pergi klinik tu... kebetulan esok pun dah sabtu memang tak sekolahkan.. agaknya kalau dapat mc pun mungkin 3-4 hari kot ... bergantung pada bengkak dan merah mata.
Alhamdulillah dah sembuh dah nieyl, tq yer... bertanya .... dan prihatin...
Alhamdulillah anak saya dah sembuh sepenuhnya, harap² janganlah terkena lagi.. memang sekarang ni cuaca panas sangat.. habuk dengan debu pun bnyk sana sini huhuhuhu .. jadi kalau boleh elakkan lah bermain diluar rumah .. semalam amir nak main basikal kat rumah atuk (syokk dia basikal dah bawak balik kg) tapi tullah panas yaaaa amattt pukul 6 pun masih macam pukul 3 ptg teriknya.
Bicara Hati : ibu yang tak sabar nak balik nak join amir main basikal jugak hihihi.. bestnya...
Selasa, 28 Januari 2014
Masuk Hospital
Semakin parah, perlukan rawatan grrrrrr .... Mujurlah dah tutup akaun dia buat perangailah pulak..... Mintak tukar baru lah tu..
Masalah2 bila yang sakitnya dekat dalam, kalau kat luar boleh jugaklah ditelek2kan.. Ni kalau dah dalaman biarlah pakar yang menentukan.... Terus hantar hospital penyelenggaraan kikikikiki.... ;p
Nampaknya sepanjang cpu masuk hospital ni kalau saya rajin saya bw daripada tab, hadoilah tulisan kecik-kecik naik keroooo nak membacanya ... Apatah lagi nak menaip entry.. Terkial-kial dibuatnya huhuhuhuhu.... Kalau saya senyappp jer tu... Korang jangan marah yer...
Oklah bye... Kelabu asap mata naik keroooo nak taip entry camni.
Rabu, 8 Januari 2014
Isu Hangat Bila Dah Mula Sesi Persekolahan
Baca kartun ni rata² ramai kawan mengeluh .. baik kat opis mahupun kat fb, apatah lagi kat surat kabar .... nak buat macam mana kan.. barang² memanglah naik harga, jadi mereka pun naikkanlah harga ... tapi tak salah rasanya kalau jual harga murah dan kecikkan kuantitinya bersesuaian dengan sekolah .. contohnya sekolah rendah .. takdanya budak² ni nak membeli nasi lemak penuh sambal .. atau donut besar² harga rm 0.50 ... lagi² kalau jual keropok tu .. agak² saiznya .. tidaklah membazir budak² ni nak membeli ...
Hadoilah hai .. tak boleh bayang kalau anak saya sekolah tahun depan .. mampu ke dia beli makanan sendiri .. bukan saya pikir mampu ke saya bagi duit belanja.. tapi pikir boleh ke dia beli makanan sendiri .. duit pun dia tak berapa nak pandai kira lagi .. silap² bagi 5 hinggit pun tak berbaki duit tu huhuhuhu ....
Nampaknya azam ibu tahun depan kene gigihlah masak sarapan untuk bekal amir .. ish.. ish.. ibu ni amir baru tadika .. azam tahun ni pun baru nak mula .. ntah sampai ntah tidak .. dah pikir azam tahun depan yer... kemain awal lagi .. hihihihihi ...;p
Oicc termembebel pulak .. hari ni .. bukan hari tanpa kata ker?? kikikiki .. sorry .. masya ni kalau dah menaip mana boleh sikit².. ade jer nak membebelnya...
Sabtu, 28 Disember 2013
Jangan Sesekali Cuai
Isnin, 16 Disember 2013
Sunyi
inilah anak bertuah ibu .. kalau dia tidur awal.. memang takdalah kawan berbual malam, kalau dia tak tidur² ibu pulak yang risau huhuhuhu .... sunyi jer rasa bila amir tidur awal .. malam ni kita tidur kampung yer ....
Okkk.. ibu bizi .. sebab tu ibu amir tak update blog, tapi dia jalan² rumah kawan² blog dia hihihihi .... (^___^)v .. tapi ibu amir kata .. dia dah draft banyak entry ... kawan² ibu tunggu jerlah dia publish .. ;p (bajet macam ada pembaca seia jerkan)
Selasa, 3 Disember 2013
Pendamping Dalam Kereta
Gambar takda kaitan, jangan korang komen.. tanya kat sini ada pendamping ker?? hahaha .. haru.. baca bebetul entry yer... Hujung minggu baru ni pergi mydin kunun2 nak cari barang untuk amir, nanti dia dengan ayah kat rumah adelah aktiviti takdelah buhsan... Cuma beli pensil warna jer selebihnya kami tengok2 harga... Harga sekarang tak jauh bezanya dah tak murah mana pun... Tapi kalau beli banyak murahlah kat tingkat atas sekali....
Paling lama singgah kat ruangan buku ni... Sudahnya satu buku pun tak amik hahahaha..... belek sana belek sini... baca sana .. baca sini.. hubby amik barang² keperluan sekolah, saya?? sila percaya saya tak membeli pun... tengok² sahaja... opsss.. ada beli krim muka (^___^)v
Okkk.. sambung balik cerita... tadi saja selitkan gambar hihihihi .... seyes cakap.. semalam balik kerja rasa sunyiii sangat² tau.. sampaikan baru saya terperasan tak on radio dalam kereta rupenya hihihi.. selalunya amirlah yang rajin on kan radio tu lepas amik dia.. sebab dia suka pasang CD, kadang tu mengajuk² lagu² dalam radio.... alahai sayang takda kamu dalam kereta sunyi ibu di buatnya sepanjang pergi dan balik kerja sekarang.
Dan semalam balik rumah lambat pulak.. jalan jem teruk hujan seharian... hubby dengan amir pun tak keluar rumah.. mujurlah saya dah siapkan mereka lauk untuk makan.. kalau tak mau makan maggie goreng sedap jer 2 beranak tu...
Bicara Hati : Hujung tahun dah mula bizi dah.. tak cukup masa rasanya 8 jam bekerja... apaetah lagi nak mengarang entry.. satu hari satu entry jerlah jawabnya gigih mengarang...
Rabu, 20 November 2013
Fanatik Sungguh Ni
Selasa, 19 November 2013
Fesyen Rambut Popular Pilihan Ibu Buat Amir
Abang bosarrrrrr senang hati dah takde kelas... dia duduk taska sahaja ... ibu siap bawakkan buku.. harap dia buat ulangkajilah.. kot tak.. memang tengok tivi jerlah tu agaknya... walaupun waktu pagi adae jugak aktiviti kadang² untuk budak² ni...
Sejuk hati ibu bila tengok amir tidur.. dah takdalah dia mengaru² .. panas ke hapa... kalau tak masa rambut panjang mestilah dah berpeluh² mengaru.. ni dah botak.. ibu pulak yang lap peluh tu... nampak masa dia tidur.. sejuk hati... dengan mulut seksi..
Baru nak hantar pergi taska pagi tadi dah tanya.. bila nak bulan 12 ni tak sabar amir nak duduk rumah dengan ayah, alahai anak².. bila kat rumah.. bila amir nak pergi jalan² ni .. bosan takda kawan.. saikoooo ibu jer tau.... tapi bila kat kampung.. ermmmmm jangan haraplah dia akan kata.. bila nak balik ni.. melainkan memang takda sapa nak melayankan dia hahahahaha ....
Ahad, 10 November 2013
Al-Fatihah Buat Arwah Ahmad Busu
Sesungguhnya allah itu maha mengetahui apa jua hikmah yang berlaku disebalik setiap kejadian, minggu lepas baru sahaja arwah mak adik ipar meninggaldunia... Kali ni kami dikejutkan pula dengan ahmad busu meninggal dunia.... Lepas maghrib tadi, Ahmad busu pak cik pada adik ipar.. Adik beradik dengan bapak adik ipar ..
Doakan moga rohnya tenang disana... Al-fatihah... Kami sekeluarga masih terkejut mendengar perkabaran ini... Sesunggahnya.... Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.. Dari dia kita datang... Pada dia juga kita akan kembali.
Kali terakhir saya berjumpa arwah cukup ceria masa majlis aqiqah anak adik... Sempat kami rakamkan gambarnya... Masa arwah datang ziarah minggu lepas saya tak sempat jumpa.. Tapi mak bagi tahu arwah sihat dan dah mula berjalan tanpa tongkat... Tapi kuasa Allah.. Tiada siapa yang mampu menahannya walaupun sesaat....
Al-fatihah... Moga rohnya dicucuri rahmat
Tahniah Fizo Dan Mawar
Diketuai oleh hero malaya.. Kemain lagi 7 orang kalau tak silappp... Dato Rosyam ketuanya....
Jongkong emas antara barang hantaran yang unik dengan burger .... Tak mampu wehhh nak tempah jongkong mcm tu siap ada nama lagi..
Alhamdulillah tahniah buat mereka ... Fizo dan mawar moga jodoh mereka berkekalan hendaknya... Bercinta selepas kahwin lagi berkat amin..... Insyaallah.. Suka pengacara majlis bercakap tadi... Tak bosan penuh pengisian dan ada jugak lucunya sikit2 selingan hiburan....
Isnin, 4 November 2013
Jiwa Yang Sensetif
Ni gambar pagi tadi ... ibu kata possing ² senyum... sekali dia buat muka gitu lah.. apa motiffnya tu alahai.. anak².. hari ni dia cuti dengan esok.. dah balik kampung pun.. saya?? saya kerja... hubby hantar... petang balik kerja teruslah balik kampung.. bukan jauh pun kikikiki ... malam ni ada kenduri sikit adik beradik hubby jer kat rumah mertua sempena awal muharram macam biasalah pak mertua akan buat doa selamat baca doa awal tahun dan akhir tahun... moga dipermudahkan semuanya...
Sabtu, 2 November 2013
Tragedi Hujung Minggu
Mek bagi gulai daging hohohohoho .... Sedapnya memang terbaiklahhhhh... Seyes saya tak reti masak macam ni... Memang sedapppp sangat?. Amik seketul jer yang lain hubby habiskan.. Sebab tengah menikmati ikan percik mek bagi... Mek ni macam tau2 jer nak makan ikan percik... Kot buat sendiri tak terbuat2.... Resepi dah ada... Nanti2lah....
Melayan permintaan putra nak makan wedges, keropok ganu kawan saya bagi... Memang berselera dia makan.... Ibu makan sikit jer....
Haihhhh nasibaiklah sempat gorengkan permintaan amir, tetiba gas habis ... Iyer gas habissssss..... Kot tak haru dibuatnya.... Patutlah mood nak masak tak berapa nak ada kikikikikiki..... Kot beria masak tetiba gas habis lagi haru kan.... Tragedi hujung minggu makan kedai lah jawabnya....
Jumaat, 1 November 2013
Kenapa Perut Amir Tiba - Tiba Sakit
Ubat cacing zentel cecair sesuai usia 5 tahun
Baru saya teringat.. kali terakhir bagi amir minum ubat cacing akhir tahun lepas kot.. masa dia selalu muntah² pagi, selalu macam tak sihat awal pagi ... rupanya dah hampir setahun dia tak makan ubat cacing .... jadi balik tu saya terus belikan kat farmasi ubat cacing bagi amir minum petang tu .. lepas makan malam.
Tak bagi tahu dia pun itu ubat cacing.. saya cakap itu ubat doktor bagi suruh habiskan kalau nak sembuh.. amir pun pasrah jer makan sebotol.. 2 sudu besar jugaklah dia makan ... esoknya dia membuang semahu²nya ... tidak keluar pun sekor² cacing tu.. cacing tu hancur dah.. dia membuang macam biasa jer... tapi memang muka dia lega sangat²lah... dia kata perut dia pun dah ok... tak sakit dah .. saya pegang pun tak panas dah...
Kantoi balik kampung sabtu tu.. bila embah tanya amir dah sihat?? dah.. ibu bagi makan ubat.. ibu bawak jumpa ustaz.. lepas tu saya cakap bagi makan ubat cacing kat dia.. dah amir dok tanya² bila amir makan ubat cacing ibu.. eeeeeee... ubat cacing, cacing ada dalam perut .. eeeeee... camner tu.. hahahahaha.. jenuh saya nak terankan.. dan kantoilah nanti kot nak bagi makan ubat.. amir dah ingat botol ubat cacing tu kikikiki ..;p
Opsss.. sebelum terlupa .. lepas cek darah kat klinik kesihatan, saya ada bawak amir berurut.. malam tu, sebab ingatkan dia demam urat.. sebab darah normal.. tapi lepas berurut pun dia tak ok.. sebab itulah kami pilih darussyiffa .. alhamdulillah serasi disitu.. dan saya jugak baru tahu.. boleh buat rawatan kesuburan dalaman rupanya disitu.. patutlah pernah terbaca kat blog seorang sahabat blogger...
Bicara Hati : Gara² semalam EL, pagi ni hubby terlupa sekolah dah mula cuti.. esok depavali dan selasa awal muharram, gelihati tetiba hubby sms datang sekolah takda sesapa.. hubby²...
Khamis, 31 Oktober 2013
Takziah Buat Keluarga Adik Ipar
Rabu, 30 Oktober 2013
TELUR PUNCA MAKANAN KOTOR DAN MEMBAWA PENYAKIT
Telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum dipecahkan untuk dimasak ke dalam makanan.
Najis ayam pada telur yang masuk ke dalam makanan bukan saja membuatkan makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella.
Begitu juga pastikan telur yang dibeli tidak retak, kerana kuman Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak. Tanda awal pembiakan kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk sebaik dipecahkan.
Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam dan manusia dengan mudah mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, dengan memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam.
Hal initelah disahkan oleh Centre for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat dalam kenyataannya pada Julai 2010.
-Dr Zubaidi Hj Ahmad
Sumber : https://www.facebook.com/senanghamil
*********************************************************************************
Sebab tu selalunya kat rumah kalau beli telur mesti basuh dulu.. lepas tu simpan kat peti sejuk... senang nak masak amik jer, kadang was² nak order makanan yang ada telur kalau kekedai makan .. lagi² bila amir suka sangat makan roti telur atau pun nasi lemak telur mata .. ermmmmm .. jauhkanlah .. kat kedai² pun banyak dah yang basuh telur sesiap sekarang.. sebab ada kesedaran macam ni.
Rabu, 23 Oktober 2013
Kenapa Menyepi Tanpa Entry Baru
Hari tanpa kata ... Layan gambar intro dulu... Nanti bila saya ada kesempatan saya kongsikan diblog.
Rabu, 16 Oktober 2013
Mood Pengantin Baru Di Aidiladha
Jenuhlah hubby dok melayankan kerenah isteri ni pakaikan inai kikikikiki .. hubby jangan marah ... tetiba mood nak pakai inai datang ... dah lama tak pakai ... 20 jari sudahnya berinai pagi ni ...;p
Yang nak tergelaknya pasal apa hubby yang mengeletar tangan .. hadoilah... pakaikan 5 jari sebelah jer pun sebab saya dah pakai sendiri sebelah kanan ... dan kaki, mana boleh nak pakai lagi jari sebelah kiri .. tu mintak tolong hubby.. lepas tu dia dok tersenggih²...
Inai ni bagus kan pakai kalau jari yang ada masalah kuku .. kalau pakai kat rambut pun ok... lebih selamat dan terjamin, tak tahu tips nak bagi inai nampak merah.. saya pakai warna biasa² jer.. jadilah .. kot merah sangatkan macam pengantin betul.. amikk mood pengantin sudahlah... ;p
Stok inai ni mintak kat akak ipar tau .. terbaik daun inai tumbuk pakai lesung.. kot pakai blender lici kat rumah tu.. mahuu pijar tangan wehhh jangan nak cari pasal .. bukan blender jer bau inai .. nanti habis tangan panas dan pedas kikikikiki ...;p
Khamis, 10 Oktober 2013
Emosi Terganggu Setelah 2 hari Bercuti
Selambak .. nampak macam sikit sekali pandang .. ni ada 20 helai yer, harus di semak ... naik kerooo lah mata ni nak menyemaknya ....
Tu belum yang kat ruangan tepi meja ni lagi, tak pahamlah kat opis ni .. ada jer .. orang boleh buat kerja ni malahan bergaji 4k pun .. tapi takmoo buat.. ni baru cuti 2 hari .. kot kang 3 bulan cui tak tahulah ermmmmm .. nak tunggu kita baik kerja 3 bulan kot baru buat....
Kadang terpikir² jugak.. dah ada kerja, dah di bayar gaji .. tapi takmoo buat kerja.. kerja asyikk nak mengarah jer.. sentap dibuatnya tau .. lagi² tengah emosi sekarang ni .. sudahlah badan ni macam nak demam ... yang sepaututnya amik alih kerja masa saya cuti tu tak siapkan .. nak tak nak.. kenelah jugak buat...
Geram jangan cakaplah ... tunggu masa meletup jer ni, dah tak heran kooo nak gela singa ke.. rimau ke .. silap² orang bisu pun boleh bercakap .. kalau macam ni tau huhuhuhu ... ;p
Kalu bolehh.. kalau bolehhh lah yer.. macam nak balik jer rumah sekarang ... nak baring huhuhuhuhu
Bicara Hati : Kuatkan hatiku ya allah.. kuatkan hatiku ...
Langgan:
Catatan (Atom)