♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Makan-Makan Sokmooo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan-Makan Sokmooo. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2013

Western - Selera Orang Putih Pulak Makan Kat ' Food Court '



Tajuk tak menahan kikikiki.. korang layankan jerlahh .. tuan tanah ,asih ting tong ni .... 

Lepas dah pusing² kat Hentian SKVE tu, kami pun ingatkan nak balik jerlah .. amir pulak... kata lapar, padahal yang sebenarnya dia tak puas lagi naik kereta kikikikiki ..... tak menahan permintaan makanan ketika lapar ialah mee sizling, harulah .. kalau dia ajak pergi care4 kan.... 

Jadi panjanglah akal hubby pikir mana yang terdekat, dan mana nak tuju.. itu yang kami singgah food court giant sg. manggis tu .. hihihihi sebab tak jauh jer keluar daripada tol SKVE tu masuk kiri hala ke pekan banting .. betul kat selekoh antara nak menuju pekan banting atau olak lempik .. kat situlah Giant.

Kali pertama pergi masa balik daripada morib goldcost .. singgah kejap jer pun ... sebab amir nak makan nasi ayam .. kali ni citarasa dah berubah pulak hihihihihi ...


Tengoklah tu.. mee sizzling sampai .. tak nak pandang kamera dah ... hihihihihi .... ibu kongsi sikit dengan amir, itu pun tak habis ... banyak sangat .. amir kata kuah dia pahit hihihihihi ...;p
Harga mee sizling ni termasuk telur RM 5.90 










Hubby makan chicken chop hohohoho... licin hubby kata sedapp sangat ... 
Pada saya sos lada hitam dia pahit, sos cendawan dia sedapp .. korang tengokk tu.. sebab pertama kali kami cuba dua² sos kai mintak hihihihi ...
Harga RM 12.00
BERBALOI²LAH JUGAK.. MEMANG KENYANG SANGAT... TENGOK HUBBY MAKAN.. KALAU SAYA SORANG BELUM TENTU HABIS.. KENTANG PUN BESAR .. 











Kami order chicken chop kat sini, dia ada jual jugak menu masakkan sup², tom yam dan makan bergoreng lain... mee sizling pulak kat sebelah kaunter air .. lupa nak amik gambar.










Kali pertama dulu hubby ada cuba asam pedas ka sini .. tapi rasa dia kurengg sikitlah .. macam lebih belacan .. saya tak boleh langsung nak makan ...











Bicara Hati : Dah makan dah kenyang .. elok lah pulak kat sini ada garden, hadoilah layankan dia kat sana pulak.. padahal sebelah food court tu ada jer playground percuma.. tapi amir tak puas.. sebab ramai orang.. tempat pun kecik jer...

















Khamis, 20 Jun 2013

Cheese Yang mengiurkan





Ramai yang dah mencuba, ramai yang dah merasa.. dan ramai jugak dah review sedapppp .... ni blog kisah hati yang baca ni .. blog kisah hati ni sudahnya telan air liur banyak²lah dibuatnya tau.. nampak gambar macam ni pagi² kat fb, sebab tengah makan hati rasanya tak dapat nak makan lagi grrrrrrrr ....

Terbayang²lah bilalah agaknya dapat merasakan .. kan... jadi sebab tak dapat nak jamu selera kat burger bakar abag burn ni .. saya jamu mata jerlah ... huhuhuhu....







Rabu, 19 Jun 2013

Peria Goreng Udang Sedap Dan Tak Pahit





Sejak kali pertama masak hubby suka makan, jadi bolehlah masak lagi hihihihi..... kalau ada udang memang sedapp .. kalau dengan telur tak tahulah hubby nak makan tidak ... sebab belum pernah cuba ...

Resepi google jer.... petua kalau tak nak peria rasa pahit sangat masa dimasak, lepas kupas gaulkan dengan sedikit garam kasar.. dan biarkan.. lepas tu barulah basuh ... insyaallah tidaklah peria tu terlalu pahit .. jadi bila masak dengan udang macam ni memang sedap sangatlah ... 

Lain kali nak cuba dengan sotong okk jugak kot kan... Orang kata pahit itu ubat, makanan dalaman untuk kesihatan ... mula² jer rasa pahit, kalau dah selalu okk ...



Bicara Hati : Lamanya tak makan ulam pucuk betik, pokok betik rumah mak pun dah takda achaner tu .. hahahahha.....















Selasa, 18 Jun 2013

Beruntungnya ada yang sudi memberi





Bila mood aku tengah ke laut utara, tengah dan selatan .. melayang² tak tentu hala hormon redhoo dan pasrah jerlah ... hubby dan amir kat rumah nak makan apa kikikikiki ....

Dan ² mujurnya bila mood tengah tak tentu hala macam ni, ting tong .. ting tong .. bunyi loceng anak buah hubby hantar makanan .. hahahahaha .. memang senyum lebar lah masa tu dibuatnya.

Tu dia .. nasi ayam satu tupperware akak ipar hantar panas lagi, ayam tu .. tak sempatlah nak masuk pinggan memasing dah ratah yer... dan sudahnya apa pulak yang nak ku balas ni nanti, pulangkan bekas sahaja malu .. huhuhuhu .... itu belum lagi pinggan mek sebelah sudah bertimbun dirumah, idea².. juadah apa mahu masak.... nampaknya ramadhan kali ni akan lebih gigih memulangkan pinggan² sedia ada.




Bicara Hati : mengantuknya ... sudah nampak dua segala benda di depan mata huhuhuhu.....






Rabu, 12 Jun 2013

Makanan untuk alas perut dari lapar



Stok maggie cup kat opis memang ada .. tak banyak satu bekas mesti kita stanbykan ... tapi kalau kat rumah stokk maggie jangan cakaplah mestilah sebuku ..walaupun jarang makan.. saja beli, ntah habit kot .. ke pasaraya mesti nak beli buat stok .. lepas tu sebulan pun belum tentu habis makan .. hubby jer yang suka masak.

Hari ni nak kongsikan masakkan maggie goreng yang simple saya suka buat, versi goreng ni kira sebelah tangan pun boleh buatlah .. bukan pejam mata yer.. kalau pejam mata .. mana nak nampak huhuhuhu ...


maggie goreng simple, sila abaikan ada udang grill kat tepi tu hihihihi ...


Bahan :

Minyak
Telur
Maggie perisa kari
Bawang goreng


Cara Masak :

Rendam maggie, sampai kembang kemudian toskan. Panaskan minyak .. pecahkan telur hancurkan² dia... masukkan maggie yang telah direndamkan dan ditoskan. Gaul²kan sebati.. masukkan serbuk perisa maggie kari .. dan padamkan api ... letak bawang goreng .. gaul bagi sebati .. siapp... senangkan.. memang boleh buat alas perut .. tapi tak boleh buat selalu ... hihihihihi ...



Bicara Hati : Murah rezeki ada orang belanja makan KFC kat opis hari ni, jadinya tak tahulah nak masak apa malam ni.. dah kekenyangan ni...



Selasa, 11 Jun 2013

Tart Telur KFC Yang Sedap





Kegemaran baru .. kegemaran baru ...

Jatuh hati betullah makan tart telur kat KFC ni, korang pernah cuba makan tak??? okkkk .... dulu .. dululululuuuuuuu lah yer... sebut jer tart telur erkkk kembang tekak, seyes tak berani cuba ... dah habikk setelah kawan opis perkenalkan suruh cuba ... asyik nak makan tart telur ni sahaja huhuhuhuhu .... hadoilah jatuh hati betul dibuatnya. sedappppp .. sebab tart telur ni ada rasa cheese jadi dia tak muakk ... kulit tepi tu macam pai .. bukan yang tepung macam blueberry cheese tart yang selalu kita suka makan tu.

Nak lagi .. nak lagi ... rege boleh tahan jugak satu ni RM 3.++ kalau tak silap, memang patutlah pun sedappp.... opsss .. sedapp pada tekak saya tak bermakna sedapp pada tekak korang jugak, kalau nak tahu sedapp atau tak .. cubalah rasa sendiri yer.. beli kat KFC.

Hubby memang tak makanlah, amir ... sekali gigit dia nak lagi .. sekali gigit dia nak lagi .. ermm sedapplah ibu .. kan... kan.. sedappkan.... rugi ayah tak nak.




Bicara Hati : Ada terbaca resepi yang mudah nak buat tart telur macam ni pakai roti canai hahahahah ... tapi .. mood tak mariiiii lagi nak buat sendiri .. sapa nak buatkan ni.. kenyit mata kat semua yang dah baca entry ni.


















Khamis, 6 Jun 2013

Lauk Kenduri - Sambal Goreng Jawa





Lain orang .. lain citarasanya kalau pergi ke tempat kenduri, tapi .. satil aku ni.. dengan hubby dah memang tekak jawa kan.. kalau korang nak bagi nasi minyak ke.. nasi hujan panas ker.. nasi beryani gam ker??? .. tekak kita ni tak berapa nak suka sangatlah .. kalau takda pun takpa.. sebab lebih suka nasi putih.

Tapi kalau pergi kenduri takda sambal goreng rasa macam haihhh tak sempurnanya makan kat majlis tu... lagi² kalau kenduri orang jawa, memang popular dengan lauk sambal goreng ni.... erkkk.. dah kenapa tetiba pulak teringatkan sambal goreng ni padahal baru jer makan hujung minggu baru ni.. tapi tulah... tak puas nak menikmati sebab kehulu kehilir .. menolong akak ipar.


inilah sambal goreng jawa yang palingggg.. saya dan hubby suka.
gambar ihsan google .. tak sempat nak amik gambar .. hari tu...






Bicara Hati : entry pasal kawin² jer... mengamit memorilah katakan..










Rabu, 5 Jun 2013

Keropok Lekor Paling sedappp saya pernah makan




Selalu beli keropok lekor, sebab amir sukaaaa sangat makan .... tapi kali ni lain ... yang ini bakal biras saya bagi ... daripada terengganu .. seyeslah sedaaaapppppnya .. patutlah kawan² saya cakap keropok terengganu ni isi ikan dia banyak memang tepung pun tak rasa sangat .. rasa ikan jer.. dan sedappnya sampaikan sepinggan ni.. makan berdua dengan amir tak perasan dah habis hihihihihi ....

Walaupun orang kata buat keropok ni senang jer bahan²nya.. tapi saya ni kategori malaaassssssss .. dan memang tak pernah buat langsung keropok ni huhuhuhu ...











Isnin, 3 Jun 2013

Duta Baru Kit Kat




Hahahahaha.. tajuk tak menahanlah ... boleh kene saman ker?? takkan... mesra seo tak agak²nya hahahaha .... sawan asyik nak mesra seo semua entry... dah kenapa.... penatnya nak cuti .. nak cuti .. tapi mana boleh awal bulan cuti, takda maknanya nak monday blues....

Cuti 2 hari tak serupa cuti untuk berehat guling².... ;p jom kita layan gambar duta kit kat yang baru, jauh sekali daripada muka zizan ... zizan memanglah duta baru yang betulnya kan... relaks.. kan ada kit kat asyiklah di ulang² ayat tu oleh sibujang ni.


Amboi bukan main lagi berseleranya, ini macam boleh jadi duta ker??? hahahaha ....
bukan senang nak tengok sibujang ni pakai baju t-shirt berkolar tau... sesuai sangatlah dengan warna merah tu.


 Terbaikkkkkk ... sedappppp, coklat amir lagi mahal daripada surat kabar ayah, itulah yang hubby selalu cakap.. kalau bawak amir pergi kedai beli surat kabar.
coklat kit kat besar ni sekarang dah rm 2.90 tau ... ke kedai depan rumah tu yang memang mahal.






Bicara Hati :
Nak jugak interframe .. kami sedondon .. sesuai tak .... tuan tanah kedaung bz .. bz awal bulan, nanti up lagi cerita banyak² eh...


Khamis, 30 Mei 2013

Tips membeli / pilih ikan pari di pasar



Susulan daripada entry penangan nak makan ikan pari bakar, ada kawan² blog tanya macam mana nak pilih ikan pari ni.. takut ada yang bau hancing ...
 

Saya ni tak pandai sangat, tapi berdasarkan pengalaman sendiri .. dan pesanan embah saya (panggilan nenek saya dalam bahasa jawa) nak pilih ikan pari ni senang jer...

Oleh sebab ada kawan² blog yang bertanya.. jadi saya kongsikan sedikit tips yang saya tahu .... kalau kawan² yang baca blog ni ada tips jugak, kongsikanlah kat ruangan komen yer...




Kak uji janganlah nak puji saya lebih² kak, kembang hidung dibuatnya haihhhh ... saya bukan rajin sangat pun, saya bakar guna pemangang ajaib yang saya dah miliki tu jer.. memang ajaib masa pakai aluminium foil jer.. balut².. golek² atas pemangang siappp.. hahahaha.....










Saya pun pernah diberitahu jugak ikan pari ni rupanya period seyes... selama ni tak tahu, bila saya tahu .. saya tahu bila dah berkahwin.. dan saya nak beli ikan pari kat pasar, tapi banyak yang hancing jadi saya tak jadi beli nak masak..., terus saya cerita kat mak dan embah.. jadi embah saya bagi petua kalau nak pilih ikan pari ni .. kat pasar.. pastikan ikan pari yang berkulit hitam, bukan berkulit putih.... ikan pari kan ada dua bahagian kan.. ok.. bahaian atas tu selalu hitam.. kat bahagian bawah dia tu putihkan.. pastikan korang pilih yang kulit dia hitam kat bahagian atas tu.. kalau tak hitam sila jangan beli hahahahahaha...... provokasikan.


Yupss... ikan pari ni ada dua jenis sebenarnya... ada satu tu kulit dia macam putih/ dia hitam tapi tak berapa nak hitamlah.. dia macam kelabu² gitu .. dan kulit bawah dia tu putih jugak lepas tu macam warna pink² gitu .. memanglah cantik, memanglah gebu .. saya syak itulah ikan pari betina sebab kebanyakkan akan bau hancing, saya dah kaji .. hahahaha.. dahsyatkan saya siap kaji.. iyerlah kalau tak nanti silap beli .. lagi haru tau.... langsung putus selera nak makan.

okkk harap tips ni membantu itu jerlah tips saya kalau beli ikan pari, alhamdulillah sejak tahu petua ni.. memang tak pernah lagi saya silap beli.. sebab saya suka beli pari yang dah siap potong.. senang .. tak reti nak siang ikan pari .. kalau beli 4 ketul pun dah cukup besar kami makan 3 beranak...



Bicara Hati : Abah saya sampai sekarang takmoo makan ikan pari .. gara² arwah mak tiri abah dulu pernah salah beli ikan pari .. abah fobia.... kesian abah, tapi kan.. tapikan.. kalau saya bakar macam ni abah makan.


 

Penangan nak makan ikan pari bakar



Kalau ditanya apa menu yang korang suka masak dirumah, dah tentu²lah yang simple, sempoi, super duper cepat siap janji hubby makan dengan amir ... sedapnya mengalahkan makan siakap 3 rasa atau stim asam boi hahahahaha ...;p



Cebdawan tumis air, simple lagi sedappp .. (ayat nak sedapkan hati .. masaknya pun sempoi) .. tumbuk cili padi .. betul² 2 biji tau .. ikut selera amir katanya, bawang putih dan bawang merah kecil.. tumbuk lumat campur ikan bilis.. simple .. mudah dimasak.. tumis dengan minyak sikit.. dah garing masukkan cendawan yang dah siap² di siat.. gaya bebas tu... tambah air sikit.. dan letak perasa gambar/gula sudah... ni memang gaya sempoi habis nak cepat masak.. dan cepat makan.






Bahana².. bila tekak nak makan ikan pari bakar, yang sebanarnya memang lama pantang makan ikan pari ni .. sejak bersalin kan amir ... seyes.. saya kan spesis penakut sikit .. jadi bila orang kata ikan pari ni bisa dan tak boleh makan lepas operate saya pun tak beranilah makan .. sampai 3 tahun jugak lah.. lamakan, terliur jer kalau nampak ikan pari masak asam pedas .. terliur jer kalau nampak ikan pari bakar bendi. Tapi.. sekarang readyyyyy masak dari rumah hahaha.. ini jer gambar sempat ambil tak semenggah betullkan... sempatlah bakar 3 hidangan kalau tak silap .. memang balas dendam betul, bahan² nak bakar 100% pek adabi ikar bakar jer saya lumur kat ikan pari ni.. saya tambah bawang putih jer... seyes memang sedapp.. lepas ni nak buat kat ikan cencaru pulak ... (maklumlah pengemar ikan bakarkan)




Bicara Hati : Yeahh petang ni balik kampung, tak masak kat rumah kot .. kita makan kedai jer.. boleh hubby .. boleh eh.. kenyit mata.... buat muka manja.









Isnin, 27 Mei 2013

Ikan Pari Bakar Bendi



Tengahari jarang dapat keluar lunch, hari ni pulak hubby hantar .. jadi tak payahlah nak buat muka sedih sangat kalau tak dapat makan hihihihihihi ... buat muka happy² giyomi sudah ... walaupun perut yang lebih giyominya.

Tiba² teringatkan lauk ikan pari bakar bendi ni .. tapi beli yang ni .. tak berapa ummmpphhh sangatlah kesedapannya... bumbu² (bahan²) dia macam tak meresap lagi dah dibakar .. sebab itulah saya kata kurang ummpphhnya.

Rasa macam tetiba² nak makan ikan pari bakar macam ni .. kat mana yang sedapp yer.. area klang ni ... alahai² tekak, ini bukan mengidam .. ini namanya bahang nak puasa dah terasa ... sebab bila puasa nanti tak berkesempatan nak makan macam ni .. walaupun banyak jual makanan kat baazar belum tentu lagi sempat pergi ke baazar.


Khamis, 23 Mei 2013

Sambutan Hari Guru DiSekolah Amir



Sambutan hari guru yang sepatutnya di raikkan pada hari selasa 21.05.2013 di ubah pada hari ini 23.05.2013, sebab minggu ni minggu peperiksaan .. jadi mereka tundalah .. hari ni 'last paper' pendidikkan islam.



Boleh tahan jugak subjek exam amir ni tau .. ada kreativiti, bahasa melayu, jawi, sains .. matematik dll patutlah lama periksanya sampai 4 hari. Mujurlah dia tak mengadu .. bukan².. setakat ni kalau ditanya semua pun ok.. semua pun boleh jawab .. semua pun takda masalah .. harap memang betullah, anak bertuah ni kan... memang macam tu senang jer dia menjawab.. takda nak pening² .. jujur katanya. hihihihi .. teringat zaman sekolah dulu budak² lelaki bukan kisah sangat pun pasal exam ni, tapi kalau budak perempuan memang pulun betullah baca buku. oic cerita exam pulak ....




Terima kasih cikgu, tanpa cikgu .. saya tiada disini...


Semalam ambil amir kat sekolah cikgu bagi tahu hari ni ada sambutan hari guru .. ibu bapa di suruh sumbangkan sedikit makanan... tak kisah pun kuantitinya... bila dah last minit macam ni.. mana pulak ibu nak tempah kuihkan, atas permintaan dan idea amir ibu buatlah donut... donut koboi jer pun... tak berlubang, habis dah pagi² nak menguli dan mengoreng .. ibu buat ala cekodoh lepas tu potong dua... memang nampak banyak .. penuh sebekas bulat. (fuhhh mujurlah amir tak suruh buat apam beras, ibu tak katam ilmu lagi ni)


Donut bergula, macam biasa gula tabur golek sukati .. jadi memang tak berapa nak sebati....
Hadiah untuk cikgu² amir termasuk cikgu taska... pengetua punya yang bekas biru gelap tu ... harap mereka sudilah terima hadiah tak seberapa ni ... nak cari yang lain tak sempat.


Lupa nak ambil gamba amir pagi tadi, teruja betul dia nak pergi tadika hari ni .. walaupun amir tak bapa nak sihat sejak akhir² ni.. cuaca panas ni .. batuk dengan selsama.



Bicara Hati : 
Ni coklat hubby dapat masa hari guru .. mais sangat, amir tak suka .. elokkk jer dalam peti sejuk.



Rabu, 22 Mei 2013

Tiba² tekak teringin nak makan kuih ni




Alahai petang yang panas, bukan panas diluar sahaja.. menjangkau kedalam opis ni hah... kan seronok macam ni .. kalau dapat menjamah kuih tepung gomak ..(gambar ihsan google) mana nak mencari ni huhuhuhu ....

Dulu kat opis selalu order kuih ni kalau ada mesyuarat pagi, sedappnya.. tiba² teringin pulak petang² ni .. bukan mengidam apa pun.. cuma teringin nak makan jer.. lama dah tak makan.














Selasa, 21 Mei 2013

Menu Yang Pahit Itulah Ubat Kesihatan



Walaupun hubby dah belikan buku 1 hari 1 resepi, kepala ni masih lah dok buntu memikirkan menu apalah nak masak.. balik nanti .. apalah lauk nak beli ni ... walaupun stok dalam peti sejuk memang sentiasa ada hihihihihihi ... biasalah kan idea selalunya last minit barulah datang hahahaha ... nasib baiklah hubby tu jenis tak berkisah.. makan jer.. apa yang isteri sendiakan ni.


Lama rasanya tak masak peria yang besar² tu .. hari tu goreng peria katak pun untuk adik, kalau tak memang dah lama betul tak masak.. bukan apa.. takut hubby tak makan jer... jadi dapatlah idea brillion macam kat bawah ni ... hihihihihi .... barulah hubby berselera makan ... siap bertambah².. tapi takmoo pulak puji kata sedapp... tapi kalau dah makan bertambah .. habis semangkuk ni .. apa kes .... kes memang boleh masak lagi lah ni... lain kali.... sedappkan.. sedappkan...


 Peria tumis udang dan cendawan butang




Selalunya saya masak tumis dengan telur hancur jer dalam ni, pedas² sikit... tapi kali ni saya ubah sikit .. nak umpan hubby makan kan... Resepinya sempoi jer... saya tumbukkan cili padi,bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.. sampai lumat... lepas tu saya masakkan tumis dia dengan minyak sikit... masukkan udang yang dah siap² bersiang, agak² suku masak.. masukkanlah peria dan cendawan... kuah sikit jer... dan masukkan garam serta gula ... ikut citarasa masing².... makan dengan nasi panas dan telur dadar memang sedapplah...





Amir anak yang bertuah itu haihh.... jangan haraplah nak makan menu lain, ini jerlah yang dimintaknya sekarang.. hampir setiap hari tau .... telur sepapan tu tak sampai sebulan tahannya dah habis di goreng pagi, petang, siang malam .. tak goreng .. rebus ½ masak... kalau dah jemu nanti .. barulah dia mintak menu lain... amir memang macam tu.. kegemarannya bermusim.


Bicara Hati : Takda mood nak keluar, takda mood nak makan ... mood asyik nak tidur jer.. apa kes lah mata ni haih.... 




Isnin, 20 Mei 2013

Spageti Meatball Yang Simple Dan Sedap



Ni makanan kegemaran western yang paling kita suka makan, paling suka masak hihihihihi .. simple pada saya .. tapi mungkin tidak pada korang kot ... sedapp.. pada saya tapi.. tak tahu lah citarasa tekak korang pulakkan huhuhuhuhu ....

Tapi saya kongsikan juga resepi ni.. ni versi saya .. yang dah di ubah suai mengikut citarasa versi tekak jawa saya ni hahahaha ... bukan derhaka ... tapi bila dah campur² ni.. eh² .. sedaplah pulak .. tak percaya .. tak percaya cubalah .. kalau tak menjadi janganlah marah pulak .. jomlah potluck kat rumah saya .. hahahaha .. poyooo .... 


Hasil spageti yang telah direbus bersama meatball ayam





Resepi Spageti Meatball 



Bahan - Bahan



Spaghetti
Cili kering blander siap² dengan bawang merah dan bawang putih ikut sukati kepedasannya.
1 Botol Sos Spaghetti Prego Tradisional (jenama lain pun ok)
Daging Ayam Hancur
Sosej
1 Tin Tomato Puri (guna tin kecik pun ok jugak kalau masak sikit)
1 Tin Cendawan Butang
Lobak merah (dipotong dadu)
Bebola Ayam/Daging ( Siap² cucuk kat spageti tu.. sebelum rebus.. dah cucuk baru rebus)
Asam keping (Kata versi jawa .. guna inilah .. tak payah gunakan buah tomato hihihihihihi ..)





Caranya mudah sekali. Untuk spageti, rebus air dalam periuk besar hingga mendidih pastu masuklah spageti. campurkan sikit minyak supaya spageti tak melekat, rebus sampai kembang .. sampai empukk tau... angkat dan toskan.. masa tos tu jirus air paip sikit .. biar hilang melekit² kanji dia.



Buat kuah paling sempoi lah kalau versi saya ni.. panaskan minyak/ mentega atau minyak zaiton dan cili kering yang dah blander tadi tumis sampai naik bau.. masukkan daging ayam cincang dan masak sampai naik bau dan garing dah garing masukkan sosej.. Masukkan lobak merah, cendawan butang, sosej akhir sekali sos tomato puri dan sos spageti, masukkan asam keping, gula dan garam sikit serta air supaya tak terlalu pekat atau garing.. lepas tu rasalah kesedappannya ikut citarasa masing².. nak lebih pedas.. letak lada hitam sikit.... kalau nak bau oregano .. taburkan oregano .. kita takda.. takdalah letak.. apa yang ada jerlah hihihihihi...





Hasilnya .... rasa sekali ... memang nak lagi hahahahaha .... makan banyak kali pun tak jemu .... (setakat inilah).. tak tahulah nanti .. kalau dah lama² kot jemu pulak...

Kenapa saya buat meatball dengan spageti macam tu.. supaya jimat tenaga saya .. tak payah nak berebut² dengan hubby makan meatball.. sebab kalau letak kat kuah.. memang dia akan ratah meatball tu sahaja... ;p percaya tak dulu hubby tak reti makan, gigihlah isteri ni belajar masak tau.. tak sia² .. hubby suka versi ni. sebab ada rasa masam, manis, pedas... semua lengkap.. (opss.. puji diri pulak).

Selamat mencuba yer... simple tak?? okkk.. susah .. korang tak cuba lagi .. tu nampak susah .. kalau dah cuba .. mesti korang kata simple .. haihh mudahnya, kenapalah nak beratur susah² makan kat luar ...



Bicara Hati : Lama tak masak makaroni .. ni pun sekadar menghabiskan stok yang ada dalam peti sejuk .. hujung minggu ni dah mula cuti sekolah, jadi dapur belum tentu berasap.

Rabu, 15 Mei 2013

Aiskrim Malaysia Pulut Hitam





Bila bubur tak habis, maka datanglah idea ini, hubby kurang makan bubur .. amir pun sama .. yang suka makan saya jerlah .. iu pun ikut menu bubur .. kalau bubur jagung bersagu memang makan bermangkuk² kikikikiki .. kalau yang lain .. ikut mood dan selera tekak ni .... 

Bubur pulut hitam ni akak ipar bagi sebenarnya, kalau nak harap kita masak sendiri dengan 3 beranak nak makan ni ... memang takmmoo buang kudrat ... sesekali tak habis dibuat ais krim malaysia macam ni.. eh² sedapp pulak .. ditambah cuaca yang panas sejak akhir² .. ni makan aiskrim ni memang tak sedarlah 3 batang habis sorang hahahaha .... buat sendiri puashati .. panjang pun ikut sukati jer... 

Kalau tak silap aiskrim ni kat luar jual rm 0.30 kan fuhh malah betul, rm 0.50 pun ada.. rasanya zaman dulu kala baru rm 0.10 jer .. memang banyak betul dah berubah sekarang ni.. ekonomi makin meningkat kan .. kan..



Bicara hati : sedapnya kalau dapat yang perisa asam boi, agak² kalau jual kat rumah laku tak?? (^__^)v







Selasa, 14 Mei 2013

Serba tak menjadi



Berkira kira aku nak menaip entry ni, malu kene gelak pun iyer jugak ... tapi kalau malu .. macam mana nak tahu apa sebabnya iya tak?? ok... sebenarnya macam ni .. susulan entry hidung amir pertama kali berdarah ... sebelum tidur, amir ada bagi tahu nak makan apam, kebetulan lah pulak malam tu nasi ada lebih.. dalam secawan kot.. jadi bolehlah buat apam beraskan....

Gigihlah ibu ni sebelum tidur buat tau.. sebab apam ni kena perap 3 jam macam tu... (sumber resepi google sahaja.. pilihlah mana yang senang) takkan nak bangun pukul 2 pulak buatkan .. jadinya .. sebelum tidur saya dah bancuh siap².. sekali bangun hambikk selambakkk naiknya dalam besen tu .. penuh... (hati berbunga².. wah mesti cantik apam ni.. mask nanti.. perasan²)



Okk.. ni gambar sebelum kukus .. siap sapu minyak lagi bekas tu.. kunun takmoo melekat...



Sekali masak gegegegegeeg... kenapa jadi macam ni??? kenapa... kenapa .. bantat erkkkkk .. rasa bersalah nak buat sarapan pagi tu... tau ... konfius dibuatnya apalah yang salah eh... bahan semua sama.. sikit pun tak derhaka tau.. acuan tu besar sangat ker?? kenapa apam tu .. tak menjadi .. streesss dibuatnya.. sampai ke hari ni tau .. terbantut nak buat apam, sebenarnya sebelum ni pun pernah buat... bancuhan tu elok jer naik.. tapi bila kukus jadi macam ni.. kenapa eh.. korang tahu x???? tolonggggggggggggg buntu cari jawapan.. kalau korang ada petua kongsikanlah apa sebabnya...



Muka tak berapa nak sihat, tapi .. sempat puji sedapp apam ibu .. hahahahaha... kita nak gelak pun ada .. sebab .. rasanya apam tu memang tak menjadi langsung .. amir kata sedapp.. siap nak makan.. bagi kat kawan² sekolah .. haru dibuatnya... saya masukkan jer dalam bekal, tapi amir tak bawak pergi sekolah pun apam .. saya kata apam tu tak jadilah .. lain kali ibu buatkan lagi ...



Bicara Hati : geram tengok apam beras orang lain bua naik mengebu .. huhuhuhu ... saya guna resepi mak gebu .. saya google itulah resepi apam beras yang saya jumpa dulu .. terus cuba, tak sangka tak jadi..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...