♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Sabtu, 9 Mac 2013
Masak Ketam Bercili Telur
Jumaat, 8 Mac 2013
Lagu Khas Buat Wanita
Lirik Lagu Wanita : KRU..
Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup
Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu
Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita
Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus
Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita
Gambar pagi tadi panas daripada owen hihihihihi....
Akhirnya dapat juga halfmoon corak batik ni.. labuh dan selesa sangat... (^____^)v
Bicara Hati : Tidak banyak yang kami minta sebagai wanita.. cuma hargailah kami disisi.... kami perlukan belaian dan sokongan, terima kasih hubby kerana memahami dan membimbing diri ini menjadi yang terbaik.
Selamat Hari Wanita - Doa Untuk Ibu
Khamis, 7 Mac 2013
Sakit Tekak Minum Buah Oren Segar
Waktu Mustajab Untuk Menasihati Anak
Menang Giveaway 3rd Anniversary Dari Sabah
Rabu, 6 Mac 2013
Fantastik
Selasa, 5 Mac 2013
Pencerobohan Di Lahad Datu
Persoalan Kenapa polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.
Pagi ini perkabaran terbaru ada ledakan bom seawal 7 pagi, hatiku mula bergelodak... sungguh.. mendoakan yang baik² sahaja buat mereka....
Ramai yang update sana sini perkembangan di sana... terutama di fb, tapi nasihat diberikan agar kita.... MENYIMPAN RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT-KETATNYA!!!
NASIHAT DARI PDRM - PLEASE SHARE!!
tolong pesan dgn orang lain..tolong jgn
update dekat facebook kalau ternampak ATM
tgh buat roadblock dekat mana dan kereta
dekat mana..percuma Penceroboh dapat
info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2
simpan dalam hati..mereka sedang
memerhati!!
Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan
sebarkan maklumat di fb atau dimana2
sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM
lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu
adalah rahsia pertahanan negara... Tolong
jangan merasa bangga dgn maklumat yg
anda sebarkan... Anda hanya akan
mengeruhkan lg keadaan... Secara tak
sengaja anda hanya membocorkan
maklumat kepada pengkhianat negara...
Sekarang anda juga memegang amanah
negara dgn tidak menyebarkan
maklumat... Pegang amanah itu erat2...
TOLONG SEBARKAN!
sabahtech: rasanya update pasal info berapa
yg terkorban itu tiada masalah.. atau update
info agar semua orang lebih berhati-hati itu
tiada masalah.. cuma jangan update info yg
berkaitan dgn gerakan PDRM dan tentera di
luar sana..
Sama²lah kita mendoakan keadaan mereka Di Lahad Datu .... Ada juga saya terbaca perkembangan rakan blogger yang duduk disana... memang agak menakutkan juga. Moga mereka juga dilindungi...
Bicara Hati : Adik sepupu juga baru ditugaskan disana baru 2 bulan... harap dirinya dilindungi demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara..... kami doa kami disini sentiasa mengiringi kamu disana.
Jumaat, 1 Mac 2013
Resepi Chicken Chop Yang Paling Mudah
Bulan Singkat
MENANG PERADUAN SIKECIKKU COMEL & MANJA
Tahniah juga buat kak sal menang hadiah utama lagi.. photobook.. (^____^)v mesti penuh gambar² azfar dalam tu... nantikan.. dengan keletah dia...
Dah siap² hantarkan alamat kat mereka, cuma tunggu mereka bagi no akaun bank sebab pos penghantaran ditanggung sendiri hihihihihihi ... (^____^)v
Bicara Hati : Moga ada rezeki lagi untuk tahun ni.... permulaan yang baik.. kemenangan ni.. buat amir juga...
Khamis, 28 Februari 2013
Koleksi Pertama - Radiusite
Koleksi Pertama - Radiusite
Nida Shawl RM 59 + 3 = RM 62.00
Koleksi Pertama - Peplum
Rabu, 27 Februari 2013
Deco - Deco Buah Lemon
Jakuzi Sudah Ada Di Rumah
Selasa, 26 Februari 2013
Status Nuffnang Kembali Pulih
Tips Elak Anak kencing Malam
Kencing malam, atau istilah perubatannya “enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak .
Penyebab kencing malam:
Ruang pundi kencing yang kecil.
Gangguan tidur. Kebanyakan mereka yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.
Sedikit Tips menangani anak yang kencing malam, sebenarnya ni pengalaman sendiri jugak disamping google sana sini.. jadi saya kongsikanlah dengan kawan² jugak yang mungkin menghadapi masalah yang sama macam saya ni.... tak banyak sikit² membantu dah kira oklahkan....
Jangan benarkan anak anda minum/ menyusu botol sebelum tidur. Kalau nak bagi pun pastikan dia dah kencing dulu.. sebab takut lepas minum susu dalam botol dia terus tidur.
Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.
Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.
Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut. (kaedah ni saya tak kejutkan.. tapi sebelum tidur mesti pesan dekat anak supaya nak kencing bangun dan kejutkan ibu...alhamdulillah.. banyak membantu)
Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Lepas anak bangun tidur, kalau dia tak kencing saya akan puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya berusaha untuk memperbaiki diri.
Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.
Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.
Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar bagi mengelakkan dia terkencing dan tembus ditilam seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.
Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.
Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Kalau kita tak sabar sapa lagi yang nak bagi semangat kat anak² kitakan... mereka perlukan sokongan.. lagipun kencing malam biasanya adalah tak disengajakan mungkin mereka keletihan main ditaska atau baru nak mula free pampers.
Ni cuma pengalaman saya.. dan hasil kongsian kawan² di blog juga yang saya amalkan untuk mengajar amir free pampers malam hari bermula 3 tahun lebih, tapi bermula 4 tahun sampailah sekarang memang malam dah tak pakai pampers.... sebab tiada size lagi yang sesuai huhuhuhuhuhu....
Possing kat kampung .... poyo jer kan... mata ke lain ....
Saya ugut jugak.. kalau kencing malam kat tilam lagi.. nanti ibu sunatkan/khatan cepat kikikikikiki... berkesan jugak ugutan tu.. kejam x??? kejamm x??? hahahahaha...... memang takut betul dia kalau bagi tahu nak potong **tut dia tu...
Kalau kawan² ada tips lain bolehlah kongsikan diruangan komen ...
Bicara Hati : Tips² ni banyak membantu Alhamdulillah anak saya dah mula kurang kencing malam, kecuali dia terlalu penat.. memang kadang tu terkucil juga.
Isnin, 25 Februari 2013
Sakit Kepala
Jumaat, 22 Februari 2013
Hadiah daripada IntaNBerliaN
Best seller .....
Ajarkan Aku Wahai IBU
(Kalau berkesempatan saya kongsikan info² dalam ni dengan kawan² kat blog)
Ajarkan Aku Wahai IBU
(Kalau berkesempatan saya kongsikan info² dalam ni dengan kawan² kat blog)
Terima kasih sangat²ina sebab hadiahkan buku ni... terharu kejap...
Langgan:
Catatan (Atom)