♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 9 Mac 2013

Home » , , , , , » Masak Ketam Bercili Telur

Masak Ketam Bercili Telur

  


Hujung minggu apa yang korang selalu pikirkan???? mesti nak masak apa kan... ke... nak pergi berjalan².. hahahahaha.. kalau berjalan² oklah boleh skip daripada masak.

Hari ni saya kongsikan resepi ketam bercili dan dicampurkan telur ayam kebabommmm..... ni versi saya, jadi .. saya masak sempoi jerlah.... saya kongsikan bahan²nya sahaja... kawan² bolehlah agak² berapa banyak ketam yang nak dimasak.

Ketam lepas bersihkan korang rebuslah dulu.... agak² macam dah mendidih matikan api (saya rabus sebab nak gunakan air tu bagi rasa kemanisannya... kalau tak nak rebus pun boleh)

Cili kering
Bawang putih
Bawang Merah
Halia
Serai (ketuk pun boleh)

Semua ni korang blanderkan dan tumis.... sehingga naik bau.. barulah masukkan ketam yang telah direbus tadi bersama² sedikit air rebusan agak²lah .. air masa rebus pun saya tak guna banyak.. aras² banyak ketam gitu... 

Masukkan garam dan gula ikut rasa yang di inginkan, dah cukup rasa pecahkan telur dalam kuali tadi.. dan gaul cepat² bagi sebati dengan ketam tu.. nyum².. mudahkan.. terliur tak.... 


Ketam Cili campur telur versi saya.... (^____^)v
Makan meratah.. memang tak hinggat apalah... sedapppppp.........



Bicara Hati : Kalau nak bau² wangi sikit... racikkan daun limau purut, tapi.. macam ni pun dah terliur dibuatnya...








17 ulasan:

fizalinolie berkata...

Ketam masak letak telur memang sedap. Resepi kesukaan saya tu. Tapi kalau saya, saya letak kari sikit. Huhu... Terliur haihhh!.

Tie HT berkata...

wow sedap resepi masya ni, mmg terliur dah ni :)

Unknown berkata...

wew~ sedapnye..
meleleh air liur neh~

puanstoberi berkata...

nomnomnom... :D

eija_sweetmama berkata...

wah nampak sedap ketam bercili telur yana buat ni,

k.eija bukan peminat ketam so mmg x pernah masak ketam..hehe, kalau dah terhidang tu jamah jgk la sikit,

k.eija x boleh mkn ketam sbb dulu masa k.eija mkn ketam terus sakit kepala smpai skrg jd takut nak mkn ketam n slhkan ketam yg jd penyebab sakit kepala..boleh pulak camtukan..tp bila minda dh reset mcm tu mmg bila mkn ketam je mula la kepala pening..

NinaAz berkata...

Vavava... bestnyaaa ketammmm...

Puan Kutu berkata...

macam sy hujung minggu ke tidak takde makna nk pk msk apa n jalan mana..setiap hujung minggu dua2 kerja.hehe

sedapnya!selalu jugak buat macam ni tp sy tak pernah rebus ketam tu,terus masuk je dlm kuah, perlahankan api n tutup smp masak..

Ruse Sulaiman berkata...

Nampak sedap. Dah lama tak masak ketam ;)

Unknown berkata...

Lama dah tak makan ketam.. Sedapnyaaaa ;D hee

Unknown berkata...

sedapnya ketam..saya terliur sungguh dah nie

eita berkata...

waaa.....menarik jugak resepi ni....
tapi sejak arwah mak dah takde...langsung tak beli ketam..
mak memang suka makan ketam..kalau takleh cuba resepi ni

mama3heroo berkata...

nampak sedap..da lme x mkn ketam ni..bese wat ketam masak lemak cili padi

miss yatie berkata...

alaaaa...sedapnya tapi sayang KY tak boleh makan ketam...

Nora Karim berkata...

sedapnya masya... terliur pulak saya pepagi buta ni.. hahaha

mamaarifakeemaisy berkata...

lama betul tak masak ketam.. yummeh ! ^_^

Cho Zila berkata...

akak kalau nampak ketamjer terus masak lemak ... mungkin resipi next week boleh dicuba yang ini.. anak2 akak mmg suka sesangat ketam..

QasehnyaRania berkata...

comfirm sedap.saya tak pernah buat.
lagi satu nak try buat ketam telur masin.. apa ntah lupa dah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...