♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 5 Mac 2013

Home » , , , , » Pencerobohan Di Lahad Datu

Pencerobohan Di Lahad Datu

    


Semalam yang sibuk.. hari ini yang kelangkabut.... tapi sempatlah juga diri ni menjengguk kawan² semua.... (^_____^)v cuma tak sempat nak update entry terkini... 

Rasanya daripada minggu lepas sana sini menulis perkembangan di Lahad Datu ... Paling sebak semalam bila perkembangan daripada beita memaklumkan 6 orang anggota terkorban kerana serangan hendap... tak kala mata menonton siaran langsung jenazah sampai.. air mata jatuh bercucuran.. sungguh pun mereka bukan ahli keluarga ... tetapi terasa kesedihannya, banga kerana mereka adalah pejuang negara.. terkorban kerana mempertahankan negara....

YaAllah moga pejuang² negara dilindungi.... hanya itu yang ku pinta... jauh disitu hati.. masih kehairanan kerana ada yang menganggap ini semua adalah propaganda politik.. kenapala ada manusia yang masih berfikiran begitu.. walau siapa pun kerajaan memerintah.. itu bukanlah soalnya untuk diperbalahkan sekarang.. keutamaan negara adalah yang utama.

Info kepada sesiapa yang tertanya-tanya kenapa PDRM yang handle kes Lahad Datu dan bukannya ATM (sekurang-kurangnya buat masa ini)

Persoalan Kenapa polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula. 


Pagi ini perkabaran terbaru ada ledakan bom seawal 7 pagi, hatiku mula bergelodak... sungguh.. mendoakan yang baik² sahaja buat mereka.... 

Ramai yang update sana sini perkembangan di sana... terutama di fb, tapi nasihat diberikan agar kita.... MENYIMPAN RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT-KETATNYA!!!

NASIHAT DARI PDRM - PLEASE SHARE!!

tolong pesan dgn orang lain..tolong jgn
update dekat facebook kalau ternampak ATM
tgh buat roadblock dekat mana dan kereta
dekat mana..percuma Penceroboh dapat
info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2
simpan dalam hati..mereka sedang
memerhati!!
Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan
sebarkan maklumat di fb atau dimana2
sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM
lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu
adalah rahsia pertahanan negara... Tolong
jangan merasa bangga dgn maklumat yg
anda sebarkan... Anda hanya akan
mengeruhkan lg keadaan... Secara tak
sengaja anda hanya membocorkan
maklumat kepada pengkhianat negara...

Sekarang anda juga memegang amanah
negara dgn tidak menyebarkan
maklumat... Pegang amanah itu erat2...
TOLONG SEBARKAN!
sabahtech: rasanya update pasal info berapa
yg terkorban itu tiada masalah.. atau update
info agar semua orang lebih berhati-hati itu
tiada masalah.. cuma jangan update info yg
berkaitan dgn gerakan PDRM dan tentera di
luar sana..


Sama²lah kita mendoakan keadaan mereka Di Lahad Datu .... Ada juga saya terbaca perkembangan rakan blogger yang duduk disana... memang agak menakutkan juga. Moga mereka juga dilindungi... 



Bicara Hati : Adik sepupu juga baru ditugaskan disana baru 2 bulan... harap dirinya dilindungi demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara..... kami doa kami disini sentiasa mengiringi kamu disana.






13 ulasan:

emarieys berkata...

pengisian yang bermakna tentang hal Lahad Datu...sama-samalah kita mendoakannya

miss yatie berkata...

apa pun yang kerajaan lakukan itu pasti yg terbaik buat semua dan negara kan?

Aine Ainun berkata...

ye...mmg sebak...
same2 la kite doakn..

Unknown berkata...

cpt2 laa aman...

Tie HT berkata...

moga semuanya selamat dan selesai dengan aman..takut pulak teringat sedara2 kat sana

Nora Karim berkata...

Mmg sedih berita pencerobohan di lahad satu ni... berdoalah.agar semuanya kembali aman, dan semoga Allah.lindungi semua yg bertugas di sana... moga mereka pulang dgn.selamat...amin...

fizalinolie berkata...

Risau dgr berita ni wpun tiada family yg terlibat. Negara kita kan, terasa marah jugak kena ceroboh wpun bkn di tmpt kita. Harap2 ianya cepat berakhir.

Unknown berkata...

As salam Masya,

Itulah kan ramai sgt hero tak rasmi di FB, twitter & blog ni... Kita pun faham semua pun sayangkan negara tapi kdg2 tindakan kurang bijak tu bkn je memakan diri... menyusahkan org lain juga... Doa yg baik2 semoga segalanya selesai dgn segera...

mamaarifakeemaisy berkata...

Hanya mampu doakan, moga perwira kita selamat di sana, n krisis ni segera berakhir.. mmg sedih.. :(

Falsya berkata...

semoga mereka semua dlm lindungan-Nya..amin2..

ade gak baca..byk betul org pertikaikan isu nie...negara kite ade undang2..mana boleh main serang jer..kadang xpaham mentality org2 yg suke sgt create isu yg tah pape..

::EIDA:: berkata...

Jom berdoa, mintak ALLAH lindungi mereka di sanaaa ;)

Liyana Anuar berkata...

moga keadaan kemabali aman di sana..

fieda berkata...

moga semuanya akan kembali damai seperti sediakala..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...