♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 1 Februari 2013

Doa Isteri Solehah

  

Dihari jumaat yang mulia.. marilah sama² kita bermohon keberkatan agar.. segala yang dilakukan diberkati... Amin .....







Khamis, 31 Januari 2013

Dodol Murah Di Sekincan

Suke makan dodol tak? tapi.. susah nak jumpe kalau bukan raya... okk jom saya tunjukkan tempat orang jual dodol murah.. kebetulan.. ni masa pergi kenduri awal bulan hari tu.. kenduri menghala kesabak bernam sana.. tapi dodol ni jual kat belah sekincan rasanya.... kalau daripada klang ke sabak bernam kedai ni sebelah kanan.. tapi kalau dari sabak balik klang kedai ni sebelah kiri.. jadi masa baliklah kami singgah..... sebab abah dah bagi tahu awal² balik nak beli.

Harga dodol serendah rm 5.00
ada banyak pilihan sebenarnya..... 
harga yang berbeza² dan ada juga perisa yang berlainan termasuklah durian dan campuran kacang kalau tak silap.


pek yang besra pun ada tak pasti bapa ringgit rm 9.00 kot .. ni lah bahananya entry terperam dalam draft kan dah lupe harganya gegegegege.....


Ni budak yang jual tu.. oklah jugak.. mesra alam, kata peniagakan.. kalau tak mesra mau kene boikot.... 
mak dengan abah beli banyak jugak.... kita beli 2 pek jer.. tu pun bawak opis hihihi... rasanya dodolnya oklah.. cuma macam lembik sikitlah.. lebih dengan erti kata lain.. payah nak potong dan macam singam jer.. tarik²...



Bicara Hati : Projek Mega Dirumah Mertua Kacau Dodol , Kalau kat rumah mak jangan haraplah.. sapa pulak yang nak dikerah mengacau kat kuali kang... huhuhuhuhu....

Pertama Kali Bergambar Ukuran Pasport


Satu perkembangan yang positif bila hampir sebulan kesekolah... amir dah mula belajar 'art' ok... cikgu bagi tahu pelajar² sekarang dah mula diberi pendedahan pegang gunting, macam manalah agaknya gaya amir tu yer.. kat rumah.. jangan haraplah mak ni nak bagi pegang gunting kan...

Lepas baik demam ni .. amir meragam sikit pagi² nak kesekolah... ntah.. asal pagi hubby kejutkan dia menangis semahu²nya... dah macam orang kene pukul pulak tak mahu mandi... tapi bila dipujuk² alhamdulillah dia ok... tu pun sedu tak habis²...

Pagi ni buatkan sarapan kegemaran dia... baru² ni adalah dah seminggu jugak amir asyik request nak sarapan nasi goreng telur mata... okkk.. saya turutkan jer... singgah kedai mamak beli teh tarik... okk.. sampai sekolah.. makan dulu dalam kereta barulah dia turun nak ketadika. (turutkan jerlah... harap perkembangan macam ni tak berlarutan lagi) istilah mandi² dipagi hari.. di masjid dah takde dah.. sebab sekarang pagi dah okk bangun kat rumah mandi air suam. Bile dikenang² balik rasa macam lucu jer.. tapi tu semua kenangan nanti tau.. bile diceritakan balik kat amir.. mesti amik tak mau ngaku...

Gambar pasport pertama Amir
Muka hadoilah.... susah betul nak bagi kerjasama masa amik gambar, maklumlah kali pertamakan nak amik gambar pasport macam ni sebab tadika mintak sekali dengan salinan surat beranak untuk pendaftaran insurans tadika kalau apa² berlaku ditadika.




Ingatkan dapatlah nak umum pemenang Giveaway Komen Hari Lahir hari ni ... boleh pulak amir tertidur awal malam tadi... saboo jerlah.. patutlah tibe² senyap jer kat depan tv. Maaf yer kawan² kelewatan pengumuman amatlah dikesali .... Harap malam ni amir dapatlah buat cabutan tu... sebab dah bagi tahu kat amir dah...


Bicara Hati : Esok dah masuk bulan Februari yer.. cepatnya masa berlalu... rasanya hilang penat tutup akaun pun tak hilang lagi, naziran sana sini nak datang.. ayuh kawan² siapkan fail apa² yang patut.


Rabu, 30 Januari 2013

Sesekali - Donut Big Apple




Peplum atau Baju Mengandung






Selasa, 29 Januari 2013

3 Hari Kami



Tak kala keseronokkan berlipur lara di percutian singkat 2 hari 1 malam di Morib Gold Coast ada cerita yang tak best berlaku... hihihihihi... kira kenangan jugaklah.. kan.. nanti²lah story.. ni tuan tanah kedaung mood memang kelaut ni.. nak mengarang cerita .... mood hilang kepantai morib tak habis² lagi kot hanyutnya.. hadoilah..... tak tahu nak cakap macam mane...

3 Hari cuti yang panjang, sabtu memenuhi jemputan kenduri rumah kawan hubby ok.. panas teriknya sampaikan sakit kepala kepeningan kemalam huhuhuhuhuhu .....

Ahad sepatutnya memenuhi jemputan pihak tadika Amir ada sambutan maulidurasul, tapi badan amir mula letih macam mahu demam berat hati pulak nak bawak pergi berarak.... pergi jemputan kenduri jiran pun sebab memenuhi undangan.... lepas balik kenduri badan amir memang panas sangat... sampaikan kelewat petang tidur sahaja.. tak mahu makan langsung.. susu minum pun muntah... tapi mulut bagi tahu .. Amir nak balik kampung.. nak tidur rumah embah... emmm....

Pertama kali melaram dengan baju jalur² tapi demam lah pulak...


Gagahkan diri kami semua balik kampung petang tu.. nasib baiklah kampung tak jauh sangat, tu pun amir muntah dalam keeta, cuaca ahad tu pun panas sangat ..... malam tidur amir mengigau² dengar dia macam berselawatlah.. agak² dia terbayang dia pergi berarak kot.. hadoilah.. anakku sayang.. saya dah cuak dibuatnya.. tapi nak tergelak pun ada jugak.. masa tenangkan dia...

Nasib baiklah semalam dah okk sikit, tu pun memang tak berhentilah badan ku sapukan air 'jerluman' (campuran beras+asam jawa+air diramas dan disapukan pada badan yang panas masa demam).

Alhamdulillah hari ni dah pergi tadika macam biasa, harap dia oklah naknya... walaupun pagi tadi bangun agak meragam tak mahu mandi kesekolah....



Bicara Hati : Satu kerja pun tak boleh bagi tumpuan hari ni huhuhuhuhu.......






Isnin, 28 Januari 2013

Percutian Singkat 2 Hari 1 malam Di Morib Gold Coast

  


Alhamdulillah kali ni meraikkan hari lahir ke-30tahun bersama insan² tersayang, ibu siap amik cuti tau... sebab hubby dah booking nak pergi bercuti kat Goldcoast .. hahaha.. bukan yang Australia.. yang kat Morib jer.... jadilah... ni pun baru kali pertama pergi tau.. walaupun dekat dengan rumah kalau takda promosi macam ni.. jangan haraplah nak dapat pergikan....




Okk.. yang sebenarnya mula² nak suprise hubby beli deal percutian ni.. kunun² nak beli hadiahlah.. kira saja-saja kami² 3 beranak jer.. percutian ni, sekali kene bayar dengan kad kredit daaa... kantoii sudah.. mane ibu ada kad kredit ... tu yang suruh hubby dealkan.... harga promosikan rm 150.00 mestilah nak beli.. walaupun ini kali pertama beli tau.. alhamdulillah takda masalah, kunun² nanti ibu bayar kat ayah.. sudahnya hubby kata.. tak payah bayar.... kira hubby belikan hadiah bestday.. tak aci betulkan... 




Puashati sangat percutian ni.. walaupun singkat, tapi berbaloi²... amir paling happy dan teruja hahaha.... sebab dia memang tak tahu pun kami nak bawak dia kesini sampailah masa nak pergi barulah dia tahu .... lepas tu mulut tak renti²lah bertanya itu ini .. sampaikan tibe² dia tertidur.... padahal dah nak sampai dah.... 35 minit perjalanan jerkan...



Bicara Hati : Hari ni selangor cuti .. korang kemana??? kami?? duduk rumah jerlah 2 hari ni pun jadual dah penuh.. kepenatan...




 

Jumaat, 25 Januari 2013

Pencuci Mulut Yang Sedap & Mudah



Ni kisah hari selasa baru² ni.. panas sangat duduk dalam opis, seyeslah berasap rasanya.. ntah econ problem kot... tibe² tekak rasa kalau dapat makan sejuk² mesti sedapp dan menyegarkan tekakkan.... tu yang dapat idea nak buat desert ni.... ditambahlah pulak masa tu baru tengok blog mak yong azie terliurr dibuatnya.



Jangan terliur kat sini yer..... seyes memang sedapp.. hahaha perasan puji diri seniri...



Bahan² sangatlah mudah.. campurkan semua bahan² kat gambar ni dan tambahkan ais batu .... serta lebihkan air, tapi kalau nak tambah air gas aiskrim soda pun sedapp.....



Bicara Hati : rasa macam nak buat lagi hujung minggu ni.. kan cuti panjang....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...