♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 26 Jun 2013

Penawar Penyakit - Air Kelapa Muda & Air Limau Nipis



Saya jumpa gambar ni kat fb dan beberapa blog kawan jadi saya kongsikan info ni buat diri jugak kat blog kisah hati saya, selain air kelapa muda dan air limau nipis.. air kembang semangkuk dan air bali pun bagus jugak ....

== PENAWAR SEMULAJADI PENYAKIT AKIBAT JEREBU ==


Banyakkan minum air kelapa dan air limau nipis ketika bencana ini. 
Air kelapa mengandungi oksigen mudah larut menembusi sel.











Cita - Cita Amir



Sebelum² ni pernah kongsikan info yang amir teruja sangat dapat crayon, dah sebab dia teruja tu .. dia hampir² buat saya nak pingsanlah bila dia terlebih menunjukkan kreativiti dia tu.



Inilah hasil kreativitinya, korang bayangkan dia menulis ni kat rumah mak, dah siap .. dengan muka tak bersalah dan terujanya dia panggil saya suruh tengok ... cantikk tak ibu.. cantikk tak??? warna warnikan... amir dah pandai tulis huruf A tak sengget dah .. A kan amir huhuhuhu ....

Bila kita tanya kenapa tulis kat sini, kan kertas banyak... kan sini kan macam cikgu ain tulis .. erkkk sabar jerlah... cikgu selalu tulis kat papan kat depan ... 

Alahai sayang itu cikgu.. amir tak bolehlah tiru gaya cikgu ... nampaknya dah ada tanda² nak ikut kerjaya ayahnya, tapi biarlah amir up sikit jadi pensyarah ker.. profesor ker hahahahaha ... apapun moga amir berjaya suatu hari nanti.

Perkembangan masih kanak² ni, kalau di tanya macam²lah jawapan cita² dia.. paling saya tak tahan bila dia kata nak jadi pemandu kereta bomba atau lori sampah ... 





Bicara Hati : Hari ni amir masih kat rumah dengan hubby, pagi ni ada darah keluar sikit dari kemaluan dia.. kesan doktor bagi ubat semalam agaknya. 





Selasa, 25 Jun 2013

Setia Menanti Episod Akhir






Ramainya tukang ramal kat FB yer hihihihihi .... tak payahlah nak ramal sangat marilah sama² kita tonton bersama haih ... dah macam² komen yang keluar masing² emosi tak sabar nak tunggu kesudahannya.

Tapi memang ramai tak duga syura boleh masuk finalkan, itulah orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapalah yang tahu.... hang tuah dah lama mati .. yang tu korang jangan pertikai pulak.

Malam ni mesti suspenkan, mesti lagi hebat cabaranyya.... mujurlah balik awal dari klinik dapatlah tengok... alhamdulillah .. amir pun tak apa².. doktor cakap bengkak jer ni.. nanti saya up cerita tu eh.




Bicara Hati : Ya allah jerebu balik tadi, tak nampak jalan dibuatnya .. nak pergi klinik pun pikir banyak kalai tadi .. tapi kenelah gaghkan diri jugak .. takut lagi melarat sakit amir.











Mengiurkan





Mengiurkan tak?? mengiurkan tak??? ... orang kata .. mengiurkan nampak makanan takpa.. jangan mengairahkan .. haru beb.. haru ... bila mata mengantuk .. tekak sakit, pagi tadi sarapan nasi dah ala² macam bubur makan dengan sup sayur .. petang ni pulak ada kawan opis hulur mangga, nampak mengiurkan sangat .. sudahlah lama tak makan .. memang tak tolaklah.. alaupun tekak tak berapa nak sihat hihihihihi .....

Sudah selamat pun ku makan semuanya kikikikiki .... tanpa sisa ... bahana² betul, bila ada yang membawa ke opis, bila ada pulak stok petis tu kat opis .... jadi sahaja kami baham.

Oic masya ko makan mangga dengan petis pun nak tulis kat blog eh .. hahahahaha .. ada yang baca mau pang kita sebab mengiurkan orang lain ...;p

Maaf yer buat kawan² yang sedang berpuasa ... melayankan entry meraban ku ini ....




Bicara Hati :  Balik ni nak pergi klinik, hubby bagi tahu amir mengadu 'tut' dia sakit lagi... ibu dah risau ni kat opis, tu ... makan mangga tak sedar dah habis sebekas ni... huhuhuhu ....









Menu Sesuai Waktu Tak Sihat



Cuaca jerebu kat luar makin teruk kawasan saya ni, seklah pun tutup lagi .... jadinya kalau nak keluar pergi sarapan pikir beribu kali huhuhuhuhu ... di tambah pulak dengan bau asap... memang buat pening.

Jadinya saya amik keputusan bawak bekal sahaja daripada rumah, kebetulan hubby masih cuti .. tadika amir pun masih tutup .. jadi langkah terbaik masakkan untuk mereka dan saya bawak bekal jugak.

Bila cuaca tak sihat ni menu yang sesuai masuk kat tekak ni cumalah sup² sahaja, makan bergoreng, makan berkuah kari rasanya tak sesuailah .. apatah lagi makan yang terlalu berat²... hubby pun dah mula batuk, amir pulak asyik mengadu sakit mata.. pedih ibu.. padahal 2 beranak tu kat dalam rumah jer....


Soorrryyyy kalau gambar ni buat kawan² kembang tekak, dah tercampur barulah nak amik gambar .. saya bawak bekal asingkan dia sup sayur sawi telur dan fish ball .. ni masak cincai jer pagi ... petang semalam pun masak lebih kurang macam ni, amir makan pun berselera... semalam pagi tak sempat nak masak.. jadinya mereka makan lauk yang dah tapau dari rumah mertua masa kenduri hihihihihi ....




Ini pemandangan pagi tadi lebih kurang 7.20 pagi, fuhhh korang bayangkan dah siang pun kami pasang lampu.... memang jalan tak nampah putihh sangat .... pagi tadi memang keluar lambat sikit ... nasi baiklah jalan tak jem .. sebab ramai anak² cuti sekolah mak pak pun kene cuti kot, amir kira beruntung sebab ayah dia pun cuti sekolah .. kalau tidak ibu dialah yang kene cuti....



Bicara Hati : Harap sangat esok dah oklah naknya.... 






Ampunkan Dosaku



Alahai bila musim jerebu ni, rasanya macam tak nak dah pergi kerja .. nak baring jer.. nak duduk dalam rumah jer.. tapi masalahnya kawasan rumah pun tahap IPU tinggi, kat kampung pun sama .. jadi mana nak melarikkan diri ermmm.... pusing² satu malaysia pun dah jerebu....




Tetiba rasa macam takut pulak, itulah orang banyak dosa memang macam ni ... allahuakbar .... bila diuji macam ni .. macam²lah dalam kepala ni terpikir.... 







Isnin, 24 Jun 2013

Akhirnya .. Bila keadaan dalam opis membimbangkan




Hohohohoooo hari entry penuh pasal jerebu, kawan sana sini pun up pasal jerebu .... nak buat kerja pun mata sudah pedih dalam opis ni, kepala jangan cakaplah sudah mula ting tong ... haihh itu dalam opis belum lagi luar opis ... tak boleh bayang kawan² yang tengah kerja kat luar tu mcm mana ... korang bersabarlah yer...



Sudahnya aku pun jadi model pakai mask dalam opis huhuhuhu .... 
nak minum kenelah selak sikit mask tu huhuhuhu .....




Risaukan amir kat rumah jer dengan hubby, hari ni tadika amir dah mula tutup ... sekolah hubby pun tutup .. kalau ikutkan hubby suruh cuti jugak, sebab aku pun macam tak sihatkan .. tapi .. bila mengenangkan dibuatnya esok hubby sekolah .. tadika amir tak bukak lagi sebab cikgu dah sms akan maklumkan semula bila tadika dibuka untuk perasi .. jadi masa tu aku lah pulak kene cutikan ... hubby dah tentu² tak boleh cuti sukati.

Semalam bila berkumpul ramai² kat rumah mertua sebab memang rutin macam tu bila malam nisfu syaaban adalah bacaan yassin dengan adik beradik dan makan² sikit .. petang tu .. amir ngadu kemaluan dia sakit (adehh part ni ngeri sikit) bia dia demam atau sakit yang ibu nampak .. tapi.. jangan bab sakit kat tuttt dia tu .. memang ibu palinggggggg risau .... ntah apalah yang dia main dengan sepupu dia.. kat tutt dia tu bengkak sikit.. dah sapu jeli aloe veramalam tadi .. harap balik ni okklah naknya.. tak memudaratkan atau melarat.




Bicara Hati : Nak makan pun tak lalu sakit tekak ni .. huhuhuhu ...












Kesan Kesihatan Akibat Jerebu


Tekak makin perit, seyeslah walaupun duduk dalam opis sahaja, mata pun sudah pedih .... opis baru jer bekalkan topeng mask tutup mulut .. dalam opis pun wajib pakai bukan kat luar sahaja... sebab dalam opis pun dah bau asap huhuhuhu

Simptom simptom gejala jerebu1 Di sebalik kelibat Jerebu...




1-Banyakkan minum air

2-Kurangkan aktiviti di luar rumah

3-Banyakkan tinggal dalam rumah atau bangunan

4-Gunakan penutup hidung (nasal mask)

5-Berhenti merokok

6-Gunakan hawa dingin sekiranya ada (kenderaan/bangunan)

7-Mereka yang berisiko tinggi, digalakkan keluar (bercuti dsb) daripada kawasan jerebu.

8-Datang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan


Kesan Kesihatan Akibat Jerebu


Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik

Asma

Radang paru-paru

Sakit jantung

Sakit tekak

Sakit mata

Batuk 

Selsema




Bicara Hati : Berpikirlah secara positif , jangan jadikan isu jerebu sebagai isu politik pulak huhuhuhuhu ....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...