♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 31 Julai 2013
Doa Saya Buat Adik Blogger ina a.k.a IntaNBerliaN
Botol Air Baru Amir
Semalam baru belikan, sebenarnya daripada bulan lepas amir dah mintak sebabnya botol air dia tutupnya dah putus .. ganas betul huhuhuhu ... biasalah satu botol ni kadang dia kongsi² bagi kawan dia minum.. murah hati sangatlah katakan .. kan.. nak buat achaner ...
Selalu botol air amir memang saya bancuhkan air sirap, dia suka sangat dengan air sirap .. bagus jugaklah .. kalau amir suruh bancuh air bersusu risau jugak basi nanti sampai petang tak tahan.
Dah rasmikan pun botol ni pagi ni .. kemain teruja dia nak bawak botol air baru ni, amir kan tak puasa lagi .. jadi kalau dia haus ada botol air ni senanglah dia nak minum.
Penuh Juadah Berbuka Diluar
Jumaat Cuti Nuzul Quran 26/07/2013 - Buka rumah akak ipar, fuh.. penuh menu macam² ada ...
Sabtu Cuti jugak 27/07/2013 - Buka puasa rumah embah dengan adik beradik mak ... fuhhhh bukan penuh juadah jer.. penuh rumah embah.
Bicara Hati : Ahad buka kat rumah saya pulak hihihihi .. tapi adik beradik hubby jer datang (^__^)v
Selasa, 30 Julai 2013
Bubur Lambuk Percuma
Bubur lambuk ni sinonim bila bulan nak sambut hari asyura dan bulan ramadhan, saya paling suka sangat makan bubur lambuk yang banyak herba lepas tu ada isi ayam/daging, kacang tanah serta daun sup rasa macam umppphhh sangat kalau dapat makan... boleh makan berulang² kalau semua bahan² dia terasa... tapi kalau bubur lambuk jenis yang manis saya tak makan huhuhuhu ... tak reti .. sebab dah terbiasa makan yang macam ni daripada kecik.
Kat opis kalau bulan puasa mesti dapat sekurang²nya sekali .. alhamdulillah ada rezeki lagi dapat hari tu sebelum nak cuti nuzul quran memang langkah kananlah kan.. sebab macam teringin sangat² nak makan... lepas tu pulak bila dapat kat opis macam ni memang hadap soranglah ... tapi.. yang dalam mangkuk ni mek sebelah punya hihihihi .... sebab banyak sangat jadi saya bagilah mek sikit.. kalau nak harapkan kami 3 beranak jer makan .. manalah habis.
Bicara Hati : Sedapnya kalau dapat makan lagi .. ;p
Kad Raya Quilling Edisi Istimewa Daripada Ch@hijaucantik
Dapat Duit Raya Arab Daripada Herba Tihara
Top komenter tahun 2012, hampir² lupa kemenangan ini hihihihihi ...
Terima kasih kak tiha susah² jer bagi duit raya dan key-chain ni .. suka sangat² .. paling mahal duit tulah .. nak pergi mekah belum tahu bila tahunnya lagi .. akak doakan saya nanti yer.. moga dipermudahkan suatu hari nanti akan dapat jejak kesana pulak.
Maaf sangat² pada kak tiha, sejak akhir² ni saya tak boleh bukak blog akak lambat sangat² loading kat opis, kadang² keluar header jer blog akak .. kalau untung boleh baca entry .. ruangan komen akak tak keluar .. tu sebab saya dah jarang komen .. kalau sempat bw daripada rumah ... saya komen daripada rumah (^_____^) Salam ramadhan kak, selamat berpuasa ... moga diberi kesihatan yang baik hingga 30 ramadhan ni .. salah silap saya mohon maaf yer.. sepanjang kita kenal ni ..
Bicara Hati : Tengah mencari idea nak mengarang entry dapat hadiah dariapada GA dan kad raya quilling .. suke² .. suke²...
Isnin, 29 Julai 2013
Kerepek Murah Di Banting
Kerepek house, memang suka beli kat sini .. berbanding kedai² lain sebab kat sg lang ni memang banyak kedai .. jadi korang boleh pilih mana² yang korang suka .. kalau masuk sg. lang tu banyaklah signboard ... pilihlah yang mana korang nak harga semua pun lebih kurang cuma ada yang sedapp dengan tidak.. tapi kat sini .. seyes semua pun sedappp sebab tu menjadi pilihan setiap tahun .. berbaloi² dengan harga yang dibayar .... korang tengok tu.. betapa banyaknya kereta parking tepi jalan ... tu baru kereta.. dalam kedai jangan cakaplah.
Hasil rembatan .. lebih kurang 16 bungkus kerepak 1 kg ada, ½ kilo pun ada.. macam² ada.. tapi percayalah semua pun buka saya punya hihihihihi .... semua pun untuk mak, mak merua dan sedara mara yang tempah dan untuk embah hihihihihi ...
Hasil rembatan kesemuanya berjumlah RM 100.00 ngam² tau .. hahahaha .. hubby siap cakap dekat amir, patutlah ibu kerja kira duit .. tengok pandai ibu bajet duit kan mir .. ngam², gelak jer budak cashier tuuu .. dengar hubby cakap.
Gambar kat dalam tu tak sempat nak amiklah .. orang ramai sesangat, ni pun kita mabuk² pening dibuatnya nak amik tau.. hubby tukang jaga bakul dengan amir, banyak kali jugak saya pusing² nak cari kerepek .. amir pun sibuk nak menolong bawak kerepek jugak ... dia pilih yang mana dia nak makan .. tapi bukannya dia nak makan pun kat rumah .. bawak kat kampung jer.. mesti dia makan kat kampung nanti, kerepek pisang langsung tak dapat .. dah habis.. nasib baiklah mak dah buatkan kerepek pisang.. sayang mak ... tak sia² abah tanam pisang lang (eh² sama nama pulak macam nama tempat jual kerepek) dengan pisang tanduk .. ada jugak hasilnya buat raya ni.
Bicara Hati : Tergendala nak buat kuih raya cuti baru² ni sebab tetiba jumaat tu lepas balik beli kerepek pening, mabuk, muntah² dibuatnya .. angin agaknya dalam badan...
Kabus Luar Biasa Pagi Ni
Langgan:
Catatan (Atom)