♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 29 Disember 2014

Home » , , , , , , » Bantuan Mangsa Banjir

Bantuan Mangsa Banjir




Assalamualaikum .... Sejujurnya banyak info² yang dibaca di fb buat hati rasa sayu dan sebak .. apatah lagi di ig .. macam² gambar yang dikongsikan.... hari ini nasib mereka.. nasib kita sendiri disini .. akan datang siapa yang tahu ... tahun 2014 memang betul² tahun dugaan agaknya.

Marilah kita membantu mangsa² banjir dengan sekadar yang termampu ... walaupun pelbagai usaha dilakukan ... walaupun pelbagai bantuan dihulurkan .... masih lagi banyak yang tidak mencukupi ... bukanlah tamak .. tapi terlalu ramai mangsa .. memang lebih banyak keperluan di perlukan .. apatah lagi bila laluan highway menuju ke pantai timur dah di tutup ... jadi kita gunakanlah cara lain supaya kita juga mampu membantu mereka yang di dalam kesusahan .. Allahuakbar sebak rasanya hati.



Satu-satunyaaa kumpulan persendirian yang sangattttttttt aktif membantu mangsa banjir di Kelantan adalah dibawah naungan Dr.Raja Shamri. 




Transfer sumbangan korang ke akaun Maybank suami aku, Nik Asyraf Syafiq bin Nik Azizan, 153010538403. tak kesahhh berapa nilai dia. kita kumpulkan jadi satu. insyaAllah kita bantu setakat termampu. korang jangan risau, wallahiiiiiiiii. walillahi. satu sen aku takkan guna duit korang untuk kepentingan aku. ni semuaaaa untuk mereka yang perlu. korang boleh ikuti semuaaa perkembangan banjir yang rasanyaaaa tak masuk tv kotttt hanya di facebook Raja Shamri,percayalah. :) semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua. Amin.


Saya copy petikkan ni daripada blogger nadiafarhida.com




Walaupun saya tak kenal siapa mereka di alam nyata .. tapi saya percaya dunia maya, dunia blogger ini memang membuatkan kita mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain... moga sedikit bantuan yang dihulurkan .. mampu meringankan beban pada yang lain. Insyaallah .... Allah sentiasa permudahkan niat yang baik ... 







Bicara Hati : Cukup²lah viral yang bukan² di fb, ig dan wassup ... naik berasap hati dibuatnya grrrrr ...   (^_______^)'















10 ulasan:

Sham berkata...

salam pkenalan...

orang2 kg saya dh mula risau hujan tak henti2 dari petang semlm...moga2 baik2 shj...

folower #545... ;-)

Nieyla Nadia berkata...

Semoga dengan sedikit sumbangan dari kita semua..mampu memberi kehidupan baru pada mangsa-mangsa banjir di pantai timur.....

lia berkata...

kebaikan alam maya...

Kakzakie Purvit berkata...

Dari rumah kakak ada dua tempat terdekat membuat misi membantu mangsa banjir juga.

Kakak dgn abang dah hanatar pun. Baaaanyaaaak betul tapi misi akan dihantar pada 31-12 ini.

Unknown berkata...

InsyaAllah.. kita cuba bantu sedaya mungkin. kali ini ujian buat rakyat kelantan.. manatau esok lusa ujian buat kita pulak. jom pakat2 bantu.

dear anies berkata...

x dpt bantu dgn tangan, tadahlah dengan berdoa...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fiza Rahman berkata...

Sedih tgk gambar2 banjir. Smoga mereka tabah.

QasehnyaRania berkata...

sedih kan
saya tgk secara dekat hanya di kuala kangsar
area lembah yang kena tu bukan rumah tp lot kedai yg meniaga labu sayong, raga, n hasil rotan
Allah sedih semuanya rosak.mmg kna buang je la.. selut memang pekat likat

LYAfrina berkata...

lya pon selalu folo raja shamri ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...