Kejadian kat pejabat KEMAS Daerah, awal pagi kami dah bertolak tau.. berkumpul kat tabika ... ni kali kedua amir kesini.. ibu kali pertama... kali pertama amir datang sebab tercalon sebagai pelajar cemerlang peringkat adun kalau tak silap ... daripada 5 pelajar mengikut tabika peringkat adun masing² .. alhamdulillah amir dapat nombor 3 ... jangan tak tau no 1 dan 2 pelajar perempuan yang menang.. itu biasalahkan dominasi mana² perempuan lebih menonjol .... amir kalah bab komunikasi sosial .. dia kan pemalu ... mana nak bercakap sangat .. melainkan orang yang dia kenal. No 3 pun ibu dah syukur.. sebab keberanian dia menonjol lebih daripada rakan² pun dah buat ibu terharu... usaha lebih sayang .. tahun depan dah tak boleh malu².. ramai lagi kawan²... tu gambar ayah tengah bagi semangat kat amir hihihihihi
Sebenarnya untuk hari potensi ni amir tercalon sebagai hafazan .... dan kebetulan hadiah bagi tokoh pelajar pun diberikan sekali .. dua² pun amir dapat nombor 3 jadilah ... sebagai kenangan amir masa tabika kan ... korang tengoklah muka kepenatan dia tu .. ibu je yang ober senyum.. dia dah penat sangat tunggu lambat sangat habis.. sebab ada macam² lagi pertandingan masa hari potensi tu ....
Satu pencapaian baru buat amir sebab berani menghafaz surah kat depan tu ... ibu tahu kamu takut, ibu tahu kamu berdebar .. tapi kamu nak jugak menonjol .. kamu sangat lain daripada usia kamu 3 tahun kebawah .. alhamdulillah sujud syukur ibu .... kamu banyak berubah bila mula sekolah .. mula kenal erti berkawan baik, mula kenal erti berdikari dan mula kenal erti ingin dihargai .... korang pun tahukan amir ni tahap pemalu dia hurabiiiiiiii kalau kami pergi mana² tu asyiklah nak pegang buju baju aku hah.. ko tak pitam ... tu yang rasa terharu .. amir sekarang dah tak macam tu.
Ni cikgu tabika amir... alhamdulillah banyak membantu amir memperbaiki bacaan ... banyak bagi sokongan moral ... sampailah cikgu kata amir ni kat rumah je manja kot.. kat sekolah ok jer jadi ketua .. pfttt iye lah kot budak² memang macam tu .. dengan ibu ayah kemahin manja dia kan.. kadang² makan pun nak bersuap.. kat sekolah.. ok je makan kongsi dengan kawan².
Bicara Hati : Piala tu ibu letak kat depan tv jer, hihihi takda tempat nak simpan... asal tengok jer jadi terharu.. asal tengok jer jadi sebak.. cam tak caya .. setahun ni banyak jugak pencapaian amir.