♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 22 Disember 2011

Home » » KEUNiKAN WANG KERTAS MALAYSIA SERBA BAHARU

KEUNiKAN WANG KERTAS MALAYSIA SERBA BAHARU


Ihsan gambar daripada Bank Negara Malaysia


Assalamualaikummm Semua.... (^__^)v

Unik x tengok gambar duit tu.. menarik sesangatkan.... Ciri-ciri unik yang paling ketara ialah corak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini (skema nyer ayat saya kan.... pinjam ayat bank negara ni hihihiii....). 

Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Tak sabar rasanya nak dapat pegang sendiri wang kertas yang baru ni....

Kalau tak silap wang kertas ni akan diedarkan pada suku tahun kedua 2012 maknanya bulan Julai 2012 nanti barulah dapat merasa pegang. Sekarang ni.. tengok jerlah dulu.... Bangga betul tengok wang kertas ni.. memang serba baharu.. antara yang ketara warna² dia memang menarikkan.. kan... kan...


Wang Kertas RM20 - Ihsan BNM

Cantikkan wang kertas RM20 diwujudkan semula... tapi kenapa BNM tak wujudkan RM2 balik yer... kalau ade kan best... ;p



3 ulasan:

IntaNBerliaN berkata...

tak sabar nak dapat wang kertas 20 tu... yela, dah lama duit tu xda.. hihi

emarieys berkata...

RM 20 dah kembali

fieda berkata...

ye la pelik gak..nape yer duit rm2 takde.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...