♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 7 Oktober 2013

Home » , , , » Kemana Hilangnya Sikap Perikemanusiaan

Kemana Hilangnya Sikap Perikemanusiaan




Enam beradik ditinggal kelaparan




KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.

Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.


********************************************************************

Tak paham kenapa ada orang macam ni, tak sakit ke masa bersalin ... takda perasaan ker?? allahuakbar .. biar susah macam mana pun anak² adalah rezeki allah ...



17 ulasan:

Ujie Othman berkata...

ada sorang pengomen kat fb yg berjiran dgn family ni kata..ni bkn kali pertama bdk2 ni kena tinggal bila makpak mereka bergaduh. cuma kali ni lama.

rasanya makpak dia ni rendah mental, pemikiran tak berapa baik. Sebaiknya anak2 ni dibela oleh org lain/pusat kebajikan. Pengaruh tak elok hidup gini.

Masya berkata...

itulah kak uji pasrah jerlah dibuatnya...

Masha Meisters berkata...

huhu...apa dah jadi sampai camtu sekali....kesian anak2 ni :-(

Unknown berkata...

Allah~ kesiannye anak2 tuh.
harap2 budak2 nih di ambil oleh JKM. kesian.. kecik2 lagi.. huhuhu

Unknown berkata...

pelik sungguh dengan manusia sekarang langsung tiada perasaan belas pada darah daging sendiri kan

Sura Mohd berkata...

Allahurobbi..kalau dah tak mampu menjadi ibubapa yg baik elok diserahkan aje anak2 tu pada pusat kebajikan...Kesian kat anak2...

Unknown berkata...

ya Allah sedihnya.. kenapalah amanah Allah tu x dijaga dgn baik.. pandai buat anak je ke ?? huh...

setuju dgn ayat ni
" Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja".. ;(

nurbijen berkata...

kesiannya kat anak2 tu... nasib baik yg baby tu masih dipanjangkan umur...

tomato oren berkata...

kesian budak budak tu esp yang baby tu...sanggup mak bapak dia buat mcm tu...

mamaarifakeemaisy berkata...

Ya Allah.... bergenang airmata membayangkan keadaan anak2 tu...kesiannye..... nak nangis rasa...
Allahuakhbar...
Takde perasaan ke makpak diorg ni...eeiiii...tak paham!

Unknown berkata...

As salam Masya,

Mmg family troublesome nih! paling kesian kat baby 7 mth tu...alahai...tak dpt bygkan mcmana laparnye die... :(

puanstoberi berkata...

akak ada baca bila kawan share kat FB.

Susah nak kata... tp cukup kesian kat bebudak tu.. ramai yg usaha bagai nak rak utk dapat anak..dia dapat rezeki cemni senang je biarkan..

Nieyla Nadia berkata...

Sungguh xde sikap kemanusiaan... ape la dosa anak2 nie.

Unknown berkata...

tergamak mereka buat camtu kan....sedih bace kisah ni

eija_sweetmama berkata...

ada gak baca berita ni smlm, mmg x patut tinggalkan anak2 camtu je, dh la anak2 kecik lg especially baby 7 bln tu..sedey baca..

Fiza Rahman berkata...

Bergenang air mata masa baca kisah ni. Kesian kat mereka especially bb 7 bulan tu. Dah nyawa2 ikan sbb menangis kelaparan.

Puan Kutu berkata...

Ya Allah nk menitik ayaq mata..mmg takde perkataan dh nak komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...