♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Air Tangan Ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Air Tangan Ku. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mac 2013

Wraps - Lempeng Nipis Mudah



Misi asal saya sebenarnya nak mencari tortilla, tortilla ni ala² macam lempeng atau capati lah gitu .. tapi itulah bila di cari tak jumpa²lah pulak.. ke saya yang cari kat tempat tak betul huhuhuhuhu ... sudahnya misi mencari tortilla gagal... Misi utama cari tortilla ni cumalah nak pulak pizza lah.. ala² crunch² domino gitu.. 

Tapi saya tak putus asa.. sebab tak jumpa tortilla saya terjumpa wraps hihihi... kira macam adik beradiklah jugak ni yer... wraps ni pun ala² macam tortilla juga.. ni pun saya jumpa kat jusco .. banyak pilihan perasa rupanya wraps ni yer.. macam jakun pulak bila dah banyak pilihan ni... wraps ni ala² macam lempeng readymade lah.. seyes nipis.. kalah capati okkkk ....


Rambang mata banyak pilihan dan perasa rupanya, ada original, tomato dan onion pun ada...
Satu pek ni ada 8 keping RM 5.99 saya tak pasti kat pasaraya lain kalau lagi murah.. yang ni harga jusco (aeon kan nama baru.. lain macam pulak nak mengejanya)



Saya pilih yang original sahaja .....



 Saya masak sempoi² jer.. yang ni versi gulung dalam tu ada telur goreng hancur saya letak tomato sikit lepas tu saya gulungkan letak salad dan mayonis ... cili sos sikit jer.. amir tak suka pedas ....



Yang ini pulak versi lempeng tapi saya guna inti kuah spageti kebetulan masak sapageti.. jadi saya panaskan wraps ni.. letak inti kuah spageti yang dah masak siap² dengan daging hancur.. saya letak cheese dan saya tutup terlipat macam tu.. nyumi² hubby makan bertambah²... jangan salahkan saya.. hilang diet hubby masuk banyak cheese dalam mulut hahahaha ...



Nnati nak cuba perisa tomato pulak, dengar kabarnya boleh di goreng tau.. potong kecik² .. goreng dengan minyak jagung.. jadilah kudapan depan tv kan...



Menu² pilihan menggunakan wraps ni memang jimat masa dan tenaga.. macam² korang boleh cuba tau.. ni contoh² mudah jer yang saya buat.. korangkan lagi bijak memasak.. mesti lagi kreatif.. sebab sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Rasa macam nak menangis gambar yang pizza crunch² tu amir terdelete .. dia silap tekan, siap  mintak maaf dekat saya dengan muka sayu... takpalah.. lain kali saya tunjuk bila saya buat lagi.. sebab wraps pun ada lagi kat rumah hihihihihi .... amir delete pun tak senga.. ada hikmah juga tu.. kalau tak mesti kawan² ibu terliur... hahaha.. macamlah ramai yang baca blog ibu ni kan.... blog picisan jer... 





Bicara Hati : Saya di kampung.. entry ni autopublish... korang sarapan apa pagi ni?? 






Khamis, 21 Mac 2013

Kurangkan Kencing Manis Masa Mengandung



Puaslah saya dok google sana seni.. mencari resepi yang boleh menurunkan kencing manis masa mengandung. Puncanya bila adik saya kene tahan kad wad sebab kencing manis... capaian ujian darah dia mencecah 13 fuhhhh tinggi tu .. getar bibir nak menyebutnya.. apatah lagi adik saya kan.. sebab tak pernah merasai situasi itu.... jauh sekali duduk kat wad lama²kan.. cian dia sampai cakap.. traumalah nak tidur.. dengar bunyi ambulans... alahai.. sabar yer dik.. dugaan mengandung tu... moga dipermudahkan saat melahirkan nanti...


Peria goreng tepung


Akhirnya terjumpalah satu blog ni kata peria boleh mengurangkan kencing manis ok, saya call mak.. mak pun apa lagi buatkan adik air peria campur epal hijau sikit... saya pulak gorengkan peria katak ni dengan tepung.... kami usaha² jer.. maklumlah bukannya ada kencing manis .. cuma kene masa mengandung ni .. manalah nak ada pengalamankan.. walaupun doktor dah bagi adik diet diabetis tapi bila ujian darah tahap kencing manis adik masih 6 atau 7, tu yang kene cucuk insulin... muka dah toyekk jer.. nak balik rumah....

Alhamdulillah ... lepas makan dan minum air peria ni bila ujian darah turun 4, tu pun semalam mak buatkan air mengkudu... adik saya dah redhoo jer... tak boleh nak mengelaklahkan... sebab diet kat hospital ni.. sama jer.. macam tak diet .. sarapan pun bagi roti jugak, tengahari pun makan nasi siap lauk nanas.... tapi semua tu bukan tak boleh makan.. boleh jer.. cuma jangan banyak sangat.. kalau tak makan takda tenagalah nanti...



Bicara Hati : Kalau kawan² ada petua lain jangan lupa kongsikan kat ruangan komen...









Rabu, 20 Mac 2013

Diet Ditengahari



Jarang sekali dapat peluang menjamah makan ditengahari, sebab pagi mesti sarapan walaupun kadang kala lambat ambil .. terus ambil menu berat.....

Sampaikan ada yang kata.. diet tengahari ker?? bukan diet sebenarnya lebih pada... cukup²lah dah makan berat pagi.. melainkan.. pagi ambil 3 in 1 sahaja ... terpulang pada perut masing² kan....



Rezeki mek sebelah bagi lauk ikan ... jangan di tanya bila .. saya sendiri dah lupa.. dan yang pasti pinggan tu tak berpulang lagi gegegegege.. dan  yang pasti juga lauk ikan ni sedapp.. ada rasa masam² nanas.. seyes terliur dibuatnya.. amir siap puji sedapp.. maklumlah ibu tak pernah masak gaya gini.... 



Buntu memikirkan petang ni mahu masak apa.. memulangkan pinggan mek sebelah... dalam peti sejuk pun ada wrap, boleh rasanya kalau nak buat wrap gulungkan.. tapi inti sardin jer.. hahahaha.. bantailah .. itu pun kalau jadi.. bolehlah pulangkan pinggan mek sebelah... nak masak lain takda stok.. habiskan stok yang ada dulu sementara gaji nanti....




Bicara Hati : Pening cari tortilla tak jumpa² wrap pun ala² macam tortilla ker??? dah belasah dah buat pizza ranggup guna wrap tu ...



Sabtu, 16 Mac 2013

Selamat Hari Lahir - Khas Buat Blogger TIHARA


Selamat hari lahir buat sahabat blogger herba tihara, antara blogger yang rapat masa mula-mula saya wujudkan blog, saya sendiri tak ingat bermula darimana saya follow.. apa yang pasti setiap kali kunjungan saya pasti akan di balas.... walaupun kunjungan saya tidak saya tinggalkan jejak (komen)

Apapun buat kak tiha saya doakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa jua impian akak walaupun saya tahu akak suri rumah sepenuh masa.... tak semestinya tak punya impian kan.. kan.. angguk cepat...


Menu tengahari kami sekeluarga hari ni...
Kari kepala ikan jenahak, pertama kali masak penuh sekuali ... sampai takda pingan sesuai nak letak 
gegegegege ..... 
jemput kak tiha jamu mata yer... kalau dekat dah hulur bahagian sebelah (^____^)





Bicara Hati : Mek sebelah bagi laksa ... murah rezeki kami hari ni....












Sabtu, 9 Mac 2013

Masak Ketam Bercili Telur

  


Hujung minggu apa yang korang selalu pikirkan???? mesti nak masak apa kan... ke... nak pergi berjalan².. hahahahaha.. kalau berjalan² oklah boleh skip daripada masak.

Hari ni saya kongsikan resepi ketam bercili dan dicampurkan telur ayam kebabommmm..... ni versi saya, jadi .. saya masak sempoi jerlah.... saya kongsikan bahan²nya sahaja... kawan² bolehlah agak² berapa banyak ketam yang nak dimasak.

Ketam lepas bersihkan korang rebuslah dulu.... agak² macam dah mendidih matikan api (saya rabus sebab nak gunakan air tu bagi rasa kemanisannya... kalau tak nak rebus pun boleh)

Cili kering
Bawang putih
Bawang Merah
Halia
Serai (ketuk pun boleh)

Semua ni korang blanderkan dan tumis.... sehingga naik bau.. barulah masukkan ketam yang telah direbus tadi bersama² sedikit air rebusan agak²lah .. air masa rebus pun saya tak guna banyak.. aras² banyak ketam gitu... 

Masukkan garam dan gula ikut rasa yang di inginkan, dah cukup rasa pecahkan telur dalam kuali tadi.. dan gaul cepat² bagi sebati dengan ketam tu.. nyum².. mudahkan.. terliur tak.... 


Ketam Cili campur telur versi saya.... (^____^)v
Makan meratah.. memang tak hinggat apalah... sedapppppp.........



Bicara Hati : Kalau nak bau² wangi sikit... racikkan daun limau purut, tapi.. macam ni pun dah terliur dibuatnya...








Jumaat, 1 Mac 2013

Resepi Chicken Chop Yang Paling Mudah

  


Mengiurkan tak??? mengiurkan tak??? (^____^)


Hahahahaha.. gelak besar kejap, tajuk tak nak kalah tu.... bahana² gara² terbaca kat blog ieda cara nak membuat... 


Susulan daripada entry WW chicken chop mudah buat yang tersayang ada yang bertanyakan resepi.. serba salah dibuatnya kalau tak kongsikan resepi, sebab yang bertanya tu mak yong .... melelh pulak air liurnya kang....


Okk saya kongsikan versi saya yer... sebab apa saya kata mudah, sebab tak perlu nak beli ayam cari serbuk roti.. nak perap bagai.... saya gunakan chicken chop yang dalam pek brand ayam madu jer.. senang terus goreng.... hihihihihi ... 


Harga pek yang ni rm 6.90 kalau tak silap.. lupalah.. main amikk jer.. kalau silap maaf yer.. tapi memang tak sampai rm 8.00 pun lah... walaupun size monster ok.. makan berdua pun tak habis berulang² hahahahaha....



Ni dah lepas goreng... bentuk hati rupanya ayam tu.. sebab tu lah saya namakan chicken chop mudah buat yang tersayang besarkan.... pada saya besar sebab satu ni.. saya makan kongsi dengan hubby... 



Ni bahan² untuk buat sos pulak.. sos chicken chop yang melimpah ruah tu.. sampai tak nampak dah ayam kat bawah tu hihihihihihihi... korang panaskan campbells cendawan tu (terpulang ikut selera ada macam²... jenis) dia pekat tau.. jadi korang campurkan air sikit dalam ½ tin campbells tu... kemudian masukkan cendawan butang yang dipotong dadu dan masukkan sos lada hitam... dah mendidih tutup api.. atau korang rasalah dulu.. ikut kepedasan yang korang nak.... macam saya ni ikut selera anak jadi tak tambah lada hitam lagi.. sebab sos tu pun dah cukup pedas... saya tak tambah garam atau gula pun.. sebab pada saya rasanya dah okkk.... (^_____^)



Okkkk dah siappp.. mudahkan.. untuk bahagian tepi tu.. terpulanglah pada korang nak letak apa.. macam saya ni.. apa yang ada dalam peti sejuk tu jelah saya letak... kentang putar (versi saya) rebus kentang russet dah tu lenyekkan jer... siap.. macam kat atas, dan gorengkan kentang serta rebuskan sayur campur² (kacang pes, lobak, cendawan) nak buat coslow, mayonis pulak habis huhuhuhuhu.... salad pun takda.. tu buat apa yang ada jer dalam peti sejuk. 


Kalau nak lagi senang jom berkenalan dengan ieda, boleh tambah kenalan pada yang masih belum kenal tu... sebab ieda suka buat tergoda kalau tutorial masak² ni.. memang dia tunjuk dengan lengkap cara² nak masak hihihihihi..... sesuailah dengan saya ni yang tak pandai nak masak sangat klik sini. Boleh cuba nanti hujung minggu kan... 



Bicara Hati : Lepas ni kalau ada kesempatan nak cuba pizza ala² crunch² macam domino tu pulakkk hik.. hik.. hik.. tapi nak cari Tortilla dulu.

Jumaat, 25 Januari 2013

Pencuci Mulut Yang Sedap & Mudah



Ni kisah hari selasa baru² ni.. panas sangat duduk dalam opis, seyeslah berasap rasanya.. ntah econ problem kot... tibe² tekak rasa kalau dapat makan sejuk² mesti sedapp dan menyegarkan tekakkan.... tu yang dapat idea nak buat desert ni.... ditambahlah pulak masa tu baru tengok blog mak yong azie terliurr dibuatnya.



Jangan terliur kat sini yer..... seyes memang sedapp.. hahaha perasan puji diri seniri...



Bahan² sangatlah mudah.. campurkan semua bahan² kat gambar ni dan tambahkan ais batu .... serta lebihkan air, tapi kalau nak tambah air gas aiskrim soda pun sedapp.....



Bicara Hati : rasa macam nak buat lagi hujung minggu ni.. kan cuti panjang....






Selasa, 22 Januari 2013

Agar - Agar Roti Marbel

Banyak nama sebenarnya juadah yang saya nak kongsikan ni.. ada yang panggil puding roti marbel, ada yang panggil agar² roti marbel .. haihh .. macam² versi lah.. rasanya tok² guru dan sifu² masak lagi arif bab² masakk ni kan.. saya ni anak murid jer.. lepas tu .. derhaka pulak tu.. sebab tu kali pertama dulu buat tak jadi marbel hihihihihi .... ampunkan saya.


Ok sebab dah banyak kali buat.. akhirnya menjadi jugak marbel tu .. sebenarnya tak susahnya kalau kene caranya, tapi kalau tak kene gaya memang tak jadilah marbel tu hahahahahaha .... paling suka anak bujang sayalah memang teruja jerlah dia tu nak makan.. mulut tak renti² cakap cantiknya.. cantiknya.. nasib baiklah cepat beku ... dalam 1 jam lepas masuk peti sejuk selalunya dah boleh potong.
Dan sejak dah pandai buat ni.. senanglah kalau ada kenduri kendara memang saya bawak buat buah tangan, ada yang mahu order ker??? owhhhh tak amik order sorry .. baik korang buat sendiri lagi senang....
Agar - agar Roti Marbel
Bahan-bahan :-
  • 5 keping roti (xperlu dibuang tepi²nya)
  • 2 biji telur
  • Air 
  • ½ tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 bungkus agar kering
  • 5 sudu besar gula 
  • 2 sudu besar marjerin (cairkan terlebih dahulu)
  • 2 sudu besar coklat emulco. Pakai serbuk koko pun ok sedapp jugak  (Tapi guna coklat emulco lagi cantik warna coklatnya dan rasa lagi sedap)


Cara-cara :-

1. Masukkan air, suka guna plastik agar² tu lebih mudah, kalau guna satu pek agar² jadi air pun kenelah satu pek tu jugak, masukkan gula ke dalam periuk dan didihkan
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan tambah secawan air. Kemudian masukkan dalam periuk 
agar2 yg sudah mendidih tadi.
3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan dan kacau rata sampai mendidih lagi. Kacau
sehingga bawah periuk bagi mengelakkan ianya tidak berketul. Tutup api.
4. Bahagi adunan kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan 
coklat emulco.
5. Bila adunan telah siap, marblekan sahaja. Masukkan ke dalam peti selama sejam
sebelum dihidangkan


Cara Memarble :-

Sesenduk adunan warna asal dituang di tengah² loyang, kemudian ambil pula sesenduk 
adunan warna coklat dan dituang betul² di atas adunan warna asal tadi. Lapis sehingga habis
adunan dengan mengulang step di atas, tapi jangan kacau, biarkan adunan bergerak sendiri. 
Ketika memarble hendaklah cepat cos adunan nih cepat membeku. Kalau lambat jadi mcm 
yg aku buat kat atas.. 




Bicara Hati : Tengok adunan saya tu tengah² warna kuning nampak terbonjol sikit.. sebab dah beku hihihihihi ...;p Selamat mencuba yer.. kan cuti panjang hujung minggu ni bolehlah buat.





Khamis, 10 Januari 2013

Udang Goreng Nestum


Tak kala kepala buntu dipetang hari... publishlah gambar udang mohon idea dan jasa baik kawan².. kunun² semangat nak memasak.. hihihihihi..... tapi dah tepu ....

Okkkk .. mohon idea masa tu.. tapi tak masak masa tu pun.. sebab hubby dah belikan makanan.. so makan jerlah apa yang ada tu....

Dan.. semalam barulah sempat mencuba satu resepi baru ni.. udang goreng tepung nestum, sedapp juga.. oleh kerana baru pertama kali cuba dan sibuk sangat tak sempat google resepi sudahnya.. kita belasah jer masa masak kat rumah... dah nestum tu pun berterabur.... hasilnya seperti digambar tak nampak bayang nestum.. dan itu jerlah gambar sempat ambil.. amir hadap 6 ekor dia seorang jer... 


Masak koboi jer... pantas, cepat lagi sedappp (amir kata) ibu tak kata hahahahaa..

Udang goreng nestum versi masya :

Udang
tepung beras
nestum
air
kunyit sikit
garam

gaulkan semuanya sebati.. panaskan minyak goreng.

*** patut celupkan teur barulah tak berterabur nestum tu.. takpa .. ada lagi.. boleh cuba...


Bicara Hati : Penat macam mana pun, bila dah masak.. habis dimakan semua oleh kami .. satu kepuasan rasanya...
.

Selasa, 8 Januari 2013

Takde iDEA


  
Stok lauk pauk penuh dalam peti sejuk, tapi... idea nak masak hilang huhuhuhuhuhu ..... hadoilah.. manelah hilangnya kamu... atau sebenarnya tekak ni dah jemu masak.. ataupun dah jemu makan.. eh² boleh pulak macam tu kan...

Sekilo stok udang hubby beli kat kawan dia .... besar pulak tu... tapi tu lah dah besar sangat ni liatlah kan.. bila dimasak.... 

Idea ... Idea... Nak buat apa ni???? Sambal amir tak makan, masak lemak.. hadoilah.. dah selalu sangat jemu.... Ada juga yang goreng tepung jer nanti sudahnya hihihihihihi.....




Bicara Hati : Kosong .. kosong .. kosong ....

Jumaat, 28 Disember 2012

Sedapnya Cempedak Goreng



Buah cempedak yang belum digoreng ...


Salah satu makanan kegemaran juga, ada musim kalau nak membelinya ... sekarang ni tengah musimkan... maklumlah sekarang ni musim durian, petai dan tentu²lah musim cempedak juga...

Tapi ... cempedak ni angin, iyer ker??? tak pastilah saya sejauh mana kebenarannya .. tapi kalau lambat menunggu bile nak beli mau lah juga naik anginkan hahahaha....

Sedapnya kalau dapat minum petang dengan cempedak goreng penuh sepinggan, ni gambar masa beli kat sungkai tu hari... malam tadi akak ipar bagi pulak  adelah 2 biji dah selamat pun saya goreng pagi buat bekal sarapan ke opis hihihihihi ....

Cara nak goreng cempedak supaya sedap??? macam mane yer ... meh saya bagi tau ...
pssttt .. pssttt .. ni mak mertua yang bagi tahu hihihihihi ....

Tepung gandum
Tepung beras sikit
Garam
Kunyit sikit kalau nak ada warna² kuning, pewarna pun okk juga... 
Gula sepucuk sudu (supaya cempedak yang tak bape manis akan manis digoreng, ade ke cempedak yang tak manis hihihihi) tu bukan jer resepi mak mertua .. penjual gerai pun guna kot .. opsss.... marah tokey kedai cempedak goreng saya bagi tau macam tu ....
Air secukupnya ... pastikan adunan tepung tak terlalu pekat atau cair
Masukkan lah cempedak, goreng dengan minyak yang dah dipanaskan... mesti makan sedapp ditambah dengan minum air kopi hangat.


Bicara Hati : Baru basuh kereta hujan lah pulak kat luar ... sabar jer lah...




Khamis, 27 Disember 2012

Pisang Muda Goreng

  


Pisang muda goreng tepung cicah sambal kicap


Selalu bercerita kegemaran insan² tersayang disekelilingku.. jarang nak bercerita kegemaranku yang satu ini...  sebab mak ni bukanlah kategori cerewet sebab makanan ape yang ada semua pun mak ni makan jer hihihihi ... (^____^)v 


Pisang muda goreng tepung??? ade pelik ker?? tak kot kan... biasalah orang kampung.. daripada kecik dah makan menu² macam ni.. pisang belum nak tua dah ditebang.. takut² tak sempat tua... kang dah di kebas lotong (adik beradik macam monyet / beruk) belakang rumah.. haihh memang buat bergaduh...


Senang jer cara nak buatnya pun.. saya bagi tau bahan² jerlah yer... sukatan agak² sendirilah ikut banyak mane pisang korang ade... memang sedaplah kalau dimakan tak kala musim hujan ni kan... pulak minum ait teh O hadoilah.. memang tak toleh nasi dah...

Pisang muda goreng tepung
Pisang muda Lang yang telah dikupas dihiris halus (ni yang saya gunakan, pisang lain pun boleh)
Ikan bilis ditumbuk dulu atau rendam dan potong halus
Bawang merah kecil
Tepung beras angaran dalam 2 sudu ikut banyak pisang
Garam
Air secukupnya
Gaul kesemuanya.... dah panaskan minyak gorenglah ape lagi hihihihihi ....

Sambal kicap versi saya
Cili padi (goreng dengan minyak sikit dan api kecil elakkan sakit perut makan cili mentah)
bawang putih (goreng dengan minyak sikit elakkan sakit perut makan cili mentah)
gula 
kicap
Senangkan... Selamat mencuba, tapi kat bandar memang payah nak jumpe pisang mudakan huhuhuhuhu .... kat taman rumah saya tu memang takdelah... 


Bicara Hati : Ade yang terliur tak??? tak heran kot kan.. tapi itulah antara yang saya suka... 

Jumaat, 2 November 2012

Seharian makan pizza

   


Bile musim hujan, duduk dalam opis jer.. mulelah kelaparan dibuatnya... (eh² macam selama ni tak duduk dalam opis pulak yer hihihihihi...)

Okkkkk .... mulut gatal nak makan pizza, yang sebenarnya nak makan yang lasagna domino tapi tak tau lah boleh hantar tak area opis ni kan.. sudahnya orderlah pizza hut juga... dah lame tak makan dan beli sebab??? sebab ntah.. kalau orang belanja okk jer.... ni sendiri nak beli memang jarang² berlaku.. tapi hari isnin hari tu macam teringinlah pulak lagi pun dah niat nak belanja kawan² kat opis. So belilah yang macam kat bawah ni.... dah macam hanggit jer.. nak cepat kot kikikikikiki .... apepun yang nipis macam lempeng tu sedapp....

Kami order 
Hawaiian chicken crunchy crust large
Pepperoni delight
Chicken supreme
Kalau berminat nak order hari ni bolehlah pergi laman web http://www.pizzahut.com.my/delivery



Ni buat sendiri balik kerja petang tu.. haihh tak pasal kene uli tepung tau.... sebab nak pujuk amir, kalau sape yang tak tahu sebab ape boleh klik kat sini baca.
Pertama kali guna cheese ni.. ni pun sebab hubby beli cheese lain.. lain yang disuruh beli lain yang dibeli.. biaserlah tu huhuhuhuhu..... leceh gune cheese berbuku ni kene potong atau parut... kalau nak siap² parut tu senang tinggal tabur jer....


Bicara Hati : Cara buat doh pizza jomlah buat senang jer....cheese masih banyak lebih bolehlah buat makaroni bakar hihihihihi .....










Khamis, 1 November 2012

Tradisi menghantar ' punjungan ' atau makanan pada Hari Raya

   
 
 
 
Budaya menghantar juadah makanan ??? korang ade buat x?? selalunya hari raya aidilfitri kat kampung memang buat dan memang terasalah kemeriahannya tu.. sampai tak lalu nak makan banyak sangat juadah menjelang nak raya.....

Sebab hari raya hari tu saya sibukkk tak tentuhala.. tak cuti pun jadi.. saya cuti awallah raya haji ni.... kunun jer tu pun nak cuti awal sekali kene pergi kursus 2 hari daaaa... errrmmmm ....  Bagi kite orang, orang jawa ni hantar juadah ni lagi mesra di panggil 'pujungan'.. tak tahulah nak terjemah camner.... punjungan ni biasanya bagi masa nak raya jer.... tu pun bagi dekat saudara mara terdekat dan jiran tetangga....

Gigih tau.. petang rabu dah beli ayam dan barang² nak masak hihihihihi... pertama kali nak masak rendang ayam 3 ekor dan sekilo kuah kacang berdaging (^____^)v demi untuk familylah katakan... risau jugak kalau tak sedap maklumlah bile jarang masak banyak ni takutlah kalau ramuan tak cukup ....

Okk ibu masakkk... disambut amir yang sibuk dok layan main golf (iyer... hadoilah nak mainan golf lah pulak masa ibu sibuk beli barang.. mata dia sempat lah dok kenankan mainan golf)


Hasilnya masak rendang.. tapi tanpa kerisik hahahahaha... boleh panggil rendang ker???
Kuah kacang tu.. muainya seperiuk besar jadinya ngee~~~~
Juadah untuk 12 buah rumah ...



Bicara Hati : Raya qurban kami tahun ni takde yang luar biaser sangat sebab takde ahli keluarga yang buat qurban pun .. banyaknya jiran tetangga jer... gambar juadah raya pun tak amik hihihihihi ...cuma seminggu sebelum raya ade projek mega dirumah mertua-kacau dodol.


Sabtu, 13 Oktober 2012

Sarapan Berkhasiat

     


Hari hujung minggu hari yang ditunggu-tunggu, ayah ade kelas, ibu cuti ... cuti kerja opis jer.. kerja rumah haruslah banyak yang hendak disiapkan hihihihihi ... (^___^)v


Sejak dah sekolah ni selera sarapan amir banyak yang berubah, mungkin dari segi peringkat umur pun iyer juga.... dia tak suke yang nasi atau makan berat lagipun sekolah akan bagi makan dalam pukul 9 lebih, kalau nak ketadika memang ibu belikan donut siap-siap 2 ketul, air pulak air teh amir siap pesan nak masukkan dalam botol ( kalau tak tadika dulu tak pernah lah ibu masukkan air teh dalam botol memang minum kat cawan jer....)


Minggu lepas masa balik kampung mak suap anak akak sepupu dengan nestum baby.. sibuklah amir dok menebeng nak jugak.... sudahnya mak bagilah baby besoooo tu sesudu.. haihhh dah rasa nak lagi.. siap pesan soh belikan lah pulak, ape halnya dah besar-besar nak makan nestum baby saboo jerlahh.....


2 3 hari ni dok pesanlah kat ibu soh belikan nestum tu.. tapi.. takkan lah saya nak belikan pulakkan... sudahnya saya belikan lah nestum macam ni.. jeng-jeng.... lihat gambar di bawahhhhhhh ....


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


  
Inilah sarapan berkhasiat tu ....
tengok tanda harga pun tak buang lagi ..
beli pek ekonomi jer... RM 2.75
pek percubaan, rasanya ni makan 3 beranak seminggu .. sebulan pun belum tentu habis.


Pertama kali ibu bancuh dalam mangkuk tau....
selalu nestum gini bancuh dalam cawan jer kat opis ...
Bancuh gaya gini .. amir kata.. amir nak yang macam baby makan dalam mangkuk (^___^)v
Bicara Hati : Lepas kenyang makan tuan putera pergi berendam kat depan rumah dalam kolam hihihihihi ....
 

Isnin, 8 Oktober 2012

Monday Blues .....

  
Ni jer yang larat masak tengahari ni untuk lunch huhuhuhuhuhu......
Bicara Hati : Alhamdulillah dah okk sikit ....

Sabtu, 4 Ogos 2012

Masak taucu sempoi tapi sedap

 
Petang ni masak yer?? haihh buntu .. memikirkan nak masak ape ....  kalau kerja ni memang tak pernah lah nak masak beria².. selalu yang simple² jer ..... kalau cuti baru lah masak best² hihihihi... selamat bercuti panjang sempena nuzul quran, opss.. ade yang kerja ke isnin ni .. selamat bekerja ..(^___^)v

Hari ni nak kongsikan resepi saya masak minggu lepas .... sambal taucu ikan bilis.
 
Bahan² :-

1 botol kecil taucu (saya guna tak sampai sebotol pun)
3 batang cili besar merah
belacan sebesar ibu jari
2 ulas bawang besar merah
1 ulas bawang putih 

ikan bilis semangkuk (saya makan berdua mangkuk kecik jer saya guna)
gula secukup rasa
sedikit aji-nomoto
minyak masak untuk menumis


Cara masak :-

Goreng ikan bilis dulu .. minyak agak² nak garing masukkan cili besar, bawang merah, bawang putih semua saya hiris jer... lepas tu saya tumis sehingga naik wangi, masukkan belacan sikit (kalau tak nak pun takpe ....) masukkan taucu (pastikan tauchu dah dibasuh dulu atau dibiarkan terendam dengan air sebab taucu akan masin kalau tak buat macam tu ..) lepastu barulah masak taucu dan masukkan air baru yang bersih untuk dimasak.... masukkan gula dan serbuk perasa dan biarkan kuah pekat sedikit kemudian angkat.
 
Saya pakai jenama ni .. kebetulan yang bilal pulak dah habis ...
ok jugak .... rendam dulu taucu sebelum masak .. amik tauchu jer rendam dengan air biasa.. airnya buang ...


Bicara Hati : Siakap masak taucu sedap tak? agak²nya .. tak pernah buat lagi hihihihihi ..... terima kasih pada kawan² yang cuba jawab suami saya bagi ape hari tu .. tapi semua pun salah .. takde yang tepat .. takpe.. nanti saya buat entry yer .. ape hubby bagi hihihihi....


Rabu, 18 Julai 2012

Menunaikan hajat anak teruna

 
 
Sebelum puasa minggu depan eloklah saya tunaikan hajat anak saya ni .. asyik bertanya setiap hari bile nak buat haihhh .... hasilnya ... buatkan juga petang semalam lepas balik kerja ...

siap muncung² nak potong sendiri.. tak bagi ayah potong same kikikikikiki ....
kek coklat cheese permintaan amir
resepi nanti² saya bagi yer.. 
kate hari tanpa kata...
opss... dah tulis berjela ni ....


Bicara Hati : Alhamdulillah tertunai jugak permintaan anak teruna saya .. tibe saya pulak teringin nak makan ni. Achaner ni.. sape pulak nak tunaikan huhuhuhuhu....


Selasa, 17 Julai 2012

Takde idea nak masak .....

Assalamualaikummmm.... mendung kat luar ... gelapnya.. nak hujan lagi agaknya .....

Pernah tak tibe² korang takde idea nak masak huhuhuhuhu... saya selalu lah jugakkan.. bukan takde idea.. yang sebenarnya jemu .. masak lauk same jer... tu belum lagi puasa nanti ... bile puasa nasi ade lah menu wajib untuk berbuka sebab hubby memang suke makan nasi .. sahur takpe sangat selalu kurma, biskut hup seng dan air teh panas pun okeyy jer .....

Baru² ni saya cuba resepi baru hihihihihi.. orang lain dah selalu buat kot .. saya jer yang baru buat .... dah jemu makan sardin masak sambal (tak habis makan dengan roti), masak lemak pedas (tak habis buat lempeng) .. jadi kali ni saya masak asam pedas hahahahaha .. sedappp tau .. tak caye .. tak caye cubalah .. confirm menjilat jari tau.... takkan tak habis hihihihihi.......


 

 Asam pedas sardin (saya guna sardin dalam tin jer... )

Resepi mudah versi campak² :-
Sardin besar satu tin (jenama ape² tak kesah)
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
halia besar ibu jari
cili kering 5 batang/ ikut nak pedas mane ....
3 batang serai
belacan sikit
2 keping asam keping
1 biji tomato
5 batang bendi
3 kuntum bunga kantan / daun kesum pun okk ... lagi harum baunya ....

Cara masak :-
Blander cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan belacan. kemudian tumiskan dia dengan minyak dalam kuali ... masukkan serai yg telah dititik sampailah naik bau.... barulah masukkan isi ikan sardin (saya masukkan isi ikan sardin jer.. sos² sardin tu .. saya amik sikit jer.. tak masukkan semua takmo² okkk...). Kemudian saya masukkan air ikut kepekatan yang saya nak agak² 3 cawan besar sederhana macam tu.... masukkan asam keping, tunggu sampai mendidih saya masukkan bendi, tomato dan bunga kantan.
Masukkan garam, gula dan perasa sikit .. rasalah ikut citarasa masing² .....

Sedapp dan mudah .. tak caye cubalah hihihihihi... (^____^)v




Saya hidangkan dengan nasi panas dan telur dadar .... 
memang menjilat jari masa makan...
Telur dadar ni pulak saya goreng campur dengan mayonis memang gebuu tau...



Bicara Hati : Nak puasa ni tekak bukan² yang diidamnya haihhh.... tibe² hari ni mood malas masak boleh hihihihihihi.... ;p nak makan luar....



Selasa, 10 Julai 2012

Rezeki ikan duri

  


Dah lame yang sebenarnya mek sebelah rumah bagi ikan ni... kebetulan anak mek memancing, ade rezeki lebih dia bagilah kat kami sikit... yang sebenarnya saya pun tak tahu ikan duri ni macam mane.. maklumlah rabun ikan.. tak semua ikan saya kenal.. kalau pergi pasaraya memang tengok tulisan kat bahagian ikan barulah saya tahu.. kalau salah taq.. salah lah saya amik... ke pasar jarang beli ikan... selalu beli sayur jer hihihihihihi....

Bile mek sebelah tanye makan ikan duri x?? erkk mulelah buat muke terkulat² ikan duri macam mane yer.... hihihihi... bile mek tunjuk ooooo... memang tak tahu nama dia ikan duri.. ikannya ala² macam ikan haruan, ikan sembilang rupenya ade sesunggut kat depan tu... saya tak pasti kalau ade nama lain.. korang mesti lagi pakar kot bab² jenis ikan ni... maafkan saya yer... ;p

Mek kate masak asam pedas.. saya pun iyer kan jerlah.. google sane sini.. menu ape yang sedap nak masakk sudahnya memang masak asam pedas hihihihihi....
Tugas² menyiang ikan ni memang semua hubbylah yang buat.. saya basuh sampai bersih jer.. dan simpan... kalau soh siang mau lah sampai malam tak habis².. terkial²...

 Ni ikan yang mentah.. sebab saya tak biaser masak, saya goreng dulu siap tutup masa goreng takut meletop², api pun tak kuat sangat huhuhuhuhuhu.... ;p

Inilah hasilnya eh² ade 2 ekor jer dalam pinggan hihihihi... tapi hubby makan seekor jer.. sedapp katanya tapi pedas erkkkkk..... saya tak makan ikan tu.. saya hirup kuah jer.. dengan sayur².... yang lagi 2 ekor petang tu bagi kat akak ipar pulang tupperware.. dah banyak sangat kat rumah ni haihh... 

Resepi ikan duri masak asam pedas
cili kering 10 batang
1 biji bawang merah besar
1 biji bawang putih
halia besar ibu jari
belacan agak² 
semua saya blander.
2 batang serai ketuk sikit ....

Lepas blander semua bahan² saya tumis.... naik bau masukkan air dan ikan yang saya dah goreng.. lepas tu masukkan sayur bendi, tomato dan bunga kantan..
Tambahkan garam dan gula serta sedikit perasa ikut sukati selera masing² hihihihihi... (^____^)v

Selamat mencuba .. siap untuk dihidangkan..
Untuk makluman korang nama ikan ni jer ikan duri.. tapi takde duri pun dalam isi ikan tu... duri² kat tulang ikan tu biaserlah....


Bicara Hati : Apelah nak jadi dengan saya ni umur pun dah nak masuk 30 tahun dah jadi ibu dan isteri ikan pun masih tak kenal lagi hihihihihihi ...;p Terima kasih mek bagi tahu nama ikan tu ... ade lagi sebungkus tu 3 ekor.. masak kari sedapp kot kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...