♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label TASKA AL-HUFAZ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TASKA AL-HUFAZ. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Januari 2013

Anak zaman sekarang

  

Anak zaman sekarang serba mewah?? iye ker??? tak pastilah saya ... apa yang saya buat dengan hubby adalah tanggungjawab kami sebenarnya jauh sekali bermegah².. ataupun menunjuk² iyerlah anak baru sorang (itulah kata² sinis yang seringku dengari)

Tak mahulah komen lebih² pasal bende tu ... biarlah apa pun orang lain nak cakapkan kan.. yang penting kita pun janganlah mudah melenting dan istigfarlah banyak² moga kita bukan tergolong dalam kategori riak ni... Dah kalau bukan ibu dan ayah yang manjakan sapa lagikan .... 

Okkk berbalik pada tajuk anak zaman sekarang ni ... bukan apa sesi persekolahan pun dah bermula tak kiralah anak yang dah mula ketadika (macam amir), ke sekolah rendah, menengah atau pun masuk asrama.. semuanya pun baru bermulakan.. moga² anak² kita diterangi hatinya dalam menuntut ilmu. Tadika sekarang banyak pilihan kalau tak nak pergi KEMAS , boleh pergi Pasti ada juga Tadika swasta pilihlah nak aliran dan kelebihan masing².. memang banyak pilihan berbanding dulu ...

Sejujurnya saya sendiri dulu tak pernah ke tadika, sebab dulu kami bukanlah kategori orang senang atau dengan erti kata lain abah bekerja pagi balik lewat malam.. tadika pulak agak jauh daripada rumah, mak pulak nak jaga adik² yang lain.. dah sapa pulak nak ambil dan hantar saya ketadika.. jadi abah amik kreativiti sendiri buat ABC dan Ejaan A=AYAM B=BOLA sampailah Z abah tambal kat dinding rumah pakai kad manila.. Lepas tu mak sambil masak dan jaga adik² sambillah melayankan saya ni sibuk nak belajar hihihihi... tengahari bila pukul 11 macam tu saya main² kat laman mesti saya nampak kawan² balik tadika lalu depan rumah.. sayu jer hati .. orang lain pergi tadika kita tak merasa pun... mak selalu pujuk nanti kakak sekolah tau.. mula tahun depan abah hantar naik motor ... tak nak nangis²... (owhhh sebak jap buat entry ni)


Seronok sangat tengok amir dah mula kesekolah, Tadika Al-Hufaz... harap sangat amir berdikari dah mula sekolah ni nanti... ibu pun tak merasa dulu macam ni tau.... Selain Tadika sebenarnya kat sini pun ade juga pakej untuk budak² Tahfiz.


Sempat ambil gambar kat dewan aktiviti masa sesisuaikenal semalam....
nampak tak amir kat bahagian mane.... hahahaha.. semua dah nampak macam sebaya jer.. padehal dalam ni ada budak umur 4,5 dan 6 tahun... macam² gelagat siap ada yang menjulurkan kaki ...
Masa sesi pembelajaran barulah mereka dibahagikan mengikut umur kelas masing²..


Yuran Taska Amir :

Pendaftaran masuk setahun sekali RM 200.00
Buku Pelajaran RM 200.00
Makan Pagi RM 100
Alat Tulis dan Buku Tulis RM 100.00
Baju Rasmi+Kopiah RM 45.00
Baju Lengan Panjang dan Seluar Sukan RM 35.00
Hari Sukaneka RM 40.00
Peperiksaan 2x setahun Jun & Sept RM 20.00
Buku Rekod Pelajaran RM 5.00

Semuanya RM 745.00 buntang mata kejap masa nak bayar
Sebenarnya ada lagi yuran tambahan macam untuk Konvokesyen, Lawatan dan Lain² lagi ada yang saya tak bayar lagi.. saya bayar yang penting dulu untuk keperluan dia.. lagipun Pengetua bagi pelepasan boleh bayar secara ansuran lagi pun amir duduk nurseri kat situ .... 
Yuran bulanan Tadika dan Nurseri setiap bulan RM 300.00



Bicara Hati : 

" Jangan anggap perbelanjaan yang kita buat untuk anak-anak adalah satu bebanan kerana anak-anak akan merasakan diri mereka ini menyusahkan ibu bapa...Dan setiap perbelanjaan yang kita keluarkan pasti akan mendapat balasan yang setimpal...Mungkin bukan waktu sekarang tapi fikirkan untuk masa akan datang... "

Dipetik daripada kata-kata semangat Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah



Khamis, 3 Januari 2013

Bila Sesi Persekolahan Bermula .....

  


Sejak sekolah mula ni, jadual bangun pagi pun akan mula berubah.. ditambah pulak amir dah mula kesekolah tadika hari ni.... 


Semalam ok lagi.. walaupun rutin macam biasalah bile mula sekolah hubby akan amik alih buat sarapan hihihihihi... kerjasama itu penting kan ayahhh kan.. kan... jangan nak banyak songeh apa hubby masak untuk sarapan bawak jer bekal tak kiralah pau kukus segera, nugget goreng ataupun roti sapu kaya .... takda maknanya pagi² nak semeja bersarapan... sambil bersiap tangan ni memang mencapai jer.. apa yang ada atas meja tu .... hihihihihihi ... terima kasih ayah .. sangat² menghargainya (itulah satu² azamku setiap tahun yang takkan menjadi kenyataan untuk menyiapkan sarapan awal pagi waktu bekerja sejak dah ada anak ni) Tapi Tapi.. kalau terbangun awal sangat pagi tu saya masaklah lauk siap² hihihihi.. tengahari hubby balik boleh masak nasi.


Okk.. sebab hubby dah buat sarapan, tugas saya pulak akan kejutkan amir.. mandikan dia dan siapkan dia untuk ke tadika, tapi tu lah.. bile mak ni yang mengejutkan mengeliatnya mengalahkan ape jer... kalau dah lambat memang masukkan dalam kereta jer mandikan kat opis (nasib baiklah tadika dekat dengan opis anak oiiii) kalau tak mau lah mak ni jadi hulk pagi² atau tarzan.. allahuakbar.

Payahnya nak suruh possing sebelum masuk tadika...
Malu katanya.. tengoklah tu.. macam² pesenlah dia ... tutup muka ...


Oleh kerana dah hantar amir ke tadika bermula tahun lepas, jadi tahun ni alhamdulillah dah takda masalah sangat.... amir pun ok.. kemain eksyen lagi dengan beg beroda dia tu... semangat berkobar²...
Pesanan ibu macam biasalah ... dalam kereta tu kan... bukan apa, takut jugak kot² amir meragam nanti kan.. jadi kenelah bagi tahu awal² hari ni dah mule sekolah....


Doakan semoga anak² kita diterangi hatinya dan mudah menuntut ilmu ..
Moga Doa anak pandai belajar ...
Amin...





Bicara Hati : Terlalu pantas masa berlalu... Amir dan pun 5 Tahun, macam² ragam dan kerenahnya yang perlu ditangani makin dewasa ni.... 




Jumaat, 28 Disember 2012

Year End Sale katanya .....

  


Y.E.S (Year End Sale) apa yang ingin dicari??? rasanya macam takda apa sangat yang nak dicari tapi tu lah... kalau ikut rasa memang takda apa.. tapi kalau dah depan mata rambang semua nak di beli hahahaha...

Hujung minggu baru ni hubby ajak beli barang, yang sebenarnya lebih pada kepeluan barang hubby biasalah bile dah sesi persekolahan baru biasanya hubby akan beli kemeja baru, buku dan adalah barang² lain sikit ... sapa kata budak nak sekolah jer beli barang cikgu pun kene beli barang juga tau hihihihi ....

Seluar berjalan² pun dah takde, banyak yang tak muat.. nak dijadikan cerita seluar sehelai beli masa raya tu hari zip pulak rosak hadoilah.... carilah seluar jugak, nasib baik sekarang perut dah tak buncit senang hati ibu carikan size ..


2 helai seluar amir RM100.00
tu pun nasib baik ade diskaun 50% kat jusco tau.. kalau tak mau gigit jari ketaq nak keluarkan duit.



Lepas dapat seluar amir, hubby nak cari kemeja tapi banyak yang dia tak berkenan.. yang sebenarnya hati hubby tu dah memang jiwa Durban (memang itulah pilihannya daripada dulu sepanjang kenal hubby), bagilah jenama lain walau corak cantik mana pun mesti dia kata tak cantikk.. ade jer yang tak betulnya kain keraslah, tak tahanlah.. ade² jer... Ok misi cari baju hubby tak berjaya.. kenelah cari kat tempat lain.


Okk... tibe² teringatkan amir pun belum ada beg sekolah lagi, beg yang selama ni pakai pergi taska pun beg daripada proton tu.. kami guna dulu hihihihi..  Bile bagi tau jer nak beli beg sekolah budak bertuah tu apa lagi kemain suka lah terus cakap amir nak beg yang ada roda tau ibu..... gegegegegege.... 


Punyerlah banyak pilihan beg kat bahaian sini yang dia berkenan ....



Mahal wehh beg ni ...
pujuk suruh amik beg lain dia tak mahu ...



Nak buat macam ni ...
Hubby kata takpelah beli jer walaupun seratus janji dia guna 2 tahun huhuhuhu ...





Ok habis sesi kat sini, sebab baju ayah tak dapa lagi daripada Jusco kami beralih arah ke Klang Prade pulak ... (^_____^)v






Bicara Hati : Gigiku sakit tak baik² ni mcm mane huhuhuhu.. gigi berlubang yang lama buat hal macam makin parah jer.. nak cabut takut...





Rabu, 26 Disember 2012

Semangat Ke Sekolah

  


 
Harganya lebih mahal daripada 2 pasang baju ayah + baju batik ayah yang baru dibeli...
Harganya juga lebih mahal daripada handbeg baru ibu ....
Semoga dengan beg sekolah idaman amir ni memberi semangat untuk belajar disekolah nanti .....
Senyuman yang sangat lebar tuan milik disebalik beg itu ....




Isnin, 3 Disember 2012

Anak Manje

  



Macam mane yang dikategorikan anak manja yer... anak tunggal, anak sulung yang lambat dapat adik (macam amir lah ni), anak bongsu perempuan, anak bongsu lelaki atau anak angkat huhuhuhuhu.....

Ramai yang kategorikan amir ni anak manje.. ape yang dia nak semuanya dapat... walhal saya bukan manje kan dia pun... tapi bile jumpe saudara mara.. mesti dia orang cakap.. iyerlah baru sorang semua nak pun dapat... manjenya dia.. nanti dah ade adik tak bolehlah macam tu.... sejujurnya amir ni jenis penjimat serba serbi kalau ade mainan jarang dia nak jahanamkan... memang jenis main tak reti nak jadi juruteknik dok bega-bega.

Pada saya, saya ni memang agak garanglah dengan anak... (tapi anak memang tak takut pun) kalau boleh saya nak tegas dengan dia.. tapi percayalah.. naluri ibu saya ni haihh mudah sangatlah cair... saya tak sekuat mane pun.. lagi² amir ni dah pandai buat drama.. kalau saya kata tak boleh mulelah dia merenggek buat muka kesian menangis.... kadang² saikoo jugaklah nak memujuknya... tau...



 Saya yang pemalu sebenarnya hihihihihihi ....

 

Kalau amir main sesuatu dan ayah suruh kemas.. elok jer.. buat, paling² melawan pun dia dia berdiri tegak kat dinding dan yang herannya kuasa apelah hubby pakai baru sebut nama jer.. amirrr.... (tak kuat mane pun.. sebut nama macam biaser jer) tapi.. percayalah.. masa tu air mata dia dah bergenang/ bertakung kat kelopak mata nak luruh.... kalau saya ade kat situ dia dah lari ke saya dah.... tapi kalau ibu ni yang suruh silap² mainan tu dicampaknya.. buat tak dengar jer.. telinga tu...

Terima kasih ina sebab kongsikan info 1 juta neuron otak anak terbakar dan hanya akan pulih 3 bulan diberi pemakanan yang sihat.


Bicara Hati :   




Isnin, 26 November 2012

Zikir Terapi Diri , Jiwa dan Minda Positif

   
 
 
 
Bile drive pergi kerja sekarang dah tak bosan, tak kiralah pergi atau balik.. sebab saya dah bertemankan sibujang saya.... kalau pergi tu agak kesunyian sikit sebab angin tak tentu hala amir kadang dia masih tidur jer kat kereta sepanjang perjalanan.... kalau petang balik mulut tu riuh jer.. macam² yang dibualkan... tapi percayalah itu bile kami berdua jer.. kalau kat sekolah amir tak banyak cakap pun cikgu kata (haihhh malu tak perhabih)

Sejak amir pergi dan balik naik kereta yang sama dengan ibu ni.. saya dah jarang on radio no 1 atau radio hot² untuk didengar.... sebab amir cepatlah melayankan lagu² ni tau... bayangkan dia boleh hafal lirik lagu muara hati, najwa, jamal dan lain-lain lagi.. penuh perasaan dia menyanyi .... jadi sekarang saya dah beralih arah pada radio ikim.fm pagi² selalu ade zikir² dan teka-teki.. nasib baiklah amir okk jer.. sebab zikir² tu pun selalu dia dengar kat sekolah tadika sebelum mula kelas... balik pun same... saya pasang ikim.fm.. tapi bile naik kereta dengan ayah ayah akan tukar canel sinar.fm sesuai untuk seisi keluarga hubby kata huhuhuhuhu.. kecuali perjalanan kami tu waktu nak hampir maghrib barulah ayah tukar ikim.fm.

Buka tv nak maghrib lepas azan sekarang ade zikir terapi diri daripada hafiz hamidun.. sedapp jer.. dengar dihalwa telinga ni.... paling suke.. amir dah mule ringan mulut nak ikut... (bukanlah ibu ni mengokong tak bagi dengar muzik tapi ade had²nya tapi.. kalau boleh ibu nak terapkan nilai kerohanian yang lebih pada amir) sebab lelakikan bakal jadi pemimpin keluarga.... tapi kalau angin tak tentu hala dia datang haihhla... soh solat maghrib sama² pun takmoo.. duduk jerlah kat sejadah tu... tak pun lepas rakaat pertama sujud tak bangun² hahaha... ade jer ragamnya.... kami tak pernah paksa pun.. tapi kalau angin baik dia datang.. al-fatihah tu lagi kuat dia baca daripada ayah atau atuk yang tengah imamkan solat huhuhuhu ......


 
 CD ni dah jual kat pasaran tak???
ke kene beli online....
kalau ade nak belilah.. boleh pasang masa bawak kereta .....


Bicara Hati : Perlahan-lahan amalkan zikir ni lama kelamaan akan jadi sebati dalam diri.... moga diri sentiasa dilindungi. Amin....




Jumaat, 16 November 2012

Perkembangan Dua bulan Amir di Tadika

  
   
 
 
Keterbatasan untuk menulis blog, maka lambatlah sikit publish keputusan peperiksaan amir kat tadika, 2 bulan kat tadika alhamdulillah banyak perkembangan yang positif.. dah mule pandai bergaul dan bersosial dengan kawan²..... mungkin sebab dah mule kenal antara satu sama lain.... dah mule sebut cikgu² yang kat tadika, dan amir paling sayang cikgu ujie...

Dua bulan ditadika juga 2 kali amir dah mengikuti rombongan akhir tahun yang tadika anjurkan, kali pertama naik KTM ke pejabat pos malaysia Klang jer.. hihihihi.. tercapai impian amir nak naik tren.. nak tunggu ibu berjangut dia tak dapat² naik.. kali kedua rombongan ke Jabatan Bomba dan ke Jusco Bukit Tinggi.. masa kat jusco ni amir belajar cara membeli makanan mesti ade Lambang halal (sudahnya sekarang asal pergi pasaraya tengok tanda halal mesti tanya ni boleh makan kan ibu.. boleh belikan..) Pernah sekali saya saya duga mainan yang dia nak beli takda tanda halal, mane boleh beli.. amir jawab tanda halal untuk makanan jer lah ibu.. alhamdulillah.... pandai dia jawab.

Dan setiap kali balik rombongan maka ibu kene lah mendengar dengan setia ape jua yang dicerita kan hihihihi.. so sweet okkkk .... dengar amir cerita dengan teruja, dan balik kampung.. habis dengan semua orang dia nak cerita.... yang dia naik tren .. yang dia pergi jusco hihihihihihi ....

Pada 04/11/2012 yang lepas ade sesi perjumpaan ibu bapa kat taska amir.... bukan perjumpaan apepun sesi penyerahan buku rekod pembelajaran.... alhamdulillah.. hasilnya.. bolehlah.. sebab baru 2 bulan belajarkan... tidaklah secemerlang dah setahun disekolah, tapi ibu bersyukur sebab kat sekolah amir dah mampu berdikari dan mudah mendengar arahan.. moga macam tu lah hendaknya berterusan.


Habis semua di kalernya hijau warna kegemaran dia... padehal soalannya kene warnakan sama mengikut bentuk.... tp ibu bangga ada juga yang amir dapat makah penuh mewarna ni... bukan amir tahu baca lagi pun.. mesti dia dok bayangkan jer.. ikut persekitaran sekeliling dia warnakan matahari, epal, daun dan berus gigi tu... cikgu kata amir tak pandai lagi mewarna.. tu habis semua org dikalernya sama warna rambut pun merah juga.
 
 
 
Hasil pertemuan dengan cikgu Tadika, amir masih malu² nak bukak mulut untuk membaca.... nampaknya ibu dengan ayah kenelah lebih perihatin lagi bab yang satu ni... sebab kawan² amir dah mule pandai sebut suku kata.

Rasanya anak² kawan² lagi okk kot, amir ni baru 2 bulan jer... kat tadika tu.. insyaallah.. tahun depan pun ibu dah amik keputusan masukkan kat tadika tu jugak, senang ibu nak pantau ape² hal jadi... takdelah terkejar²... lagipun permohonan untuk masuk prasekolah memng tak diluluskan.... ermmm takde rezeki amir kat situ.

Yuran untuk umur 5 tahun tahun depan RM 1,145.00 (gegegegegege... mengalahkan masuk U tapi mungkin ade yang kami takkan bayar dulu atau akan dipertimbangkan kemudian) Yuran bulanan pulak tadika & taska RM 300.00 .... ramai jugak kawan² blog kata yuran sekolah anak sekarang mahal, nak buat macam mane.. kita yang bekerja ni kalau tak hantar anak kat tadika dan taska nak hanta kemana.. kerumah pengasuh/ rumah orang pun same jer.. lebih kurang harganya.... janji mereka selesa kat situ...






Bicara Hati : Semua ibu mengharapkan yang terbaik buat anak² mereka tapi mengapa ada insan di sekeliling yang sering memandang sinis dan memperlekehkan insan lain .......






Rabu, 14 November 2012

Amir luka di Tadika

  
Luluh hati seorang ibu bile hantar pagi ke tadika dengan penuh semangat dan sihat walafiat, bile ambil petang ini jadinya.... bukan salah cikgu atau pengasuh taska.. memang mereka dah lakukan tugas dengan sempurna.. tapi biaserlah budak²... kalau dah main dengan kawan² inilah jadinya.....

Nampak sangat tenang masa tidur ..... 


Fokus pada bibir yang bengkak


Fokuskan lagi bahagian dalam pulak....


Sangat²lah besar lukanya.....
Luluh Hati ibu.. dah tidur barulah ibu sapukan ubat....
Nak makan pun payah.... Cian Amir....


Alhamdulillah luka ni semakin pulih, ni gambar² minggu lepas masa jatuh dengan kawan kat tadika, haihhhhh .. inilah anak lelaki.. pada tak main lasak sangat cikgu cakap.... dia luka jugak....



Bicara Hati : Hari ni ade konvokesyen tadika amir, tapi saya tak pergi pun.. amir pun tak pergi dok taska jer.. memang saya tak konvokan dia... insyaallah tahun depan jerlah.....






Selasa, 30 Oktober 2012

Meragam hantar ke Tadika

   


Bile dah lama ibu bercuti dan amir pun tak masuk ke tadika, mulelah dia meragam.. semalam hantar ke tadika pun dia tak mandi dari rumah.. jenuhlah kejutkan tidur jer dia dalam kereta tu..... sudahnya ibu mandikan dekat masjid dengan tadika amir. (Sebab amir takmoo mandi dengan cikgu kat sekolah haihhh macam² hal)

Okk layankan jer.. lepas mandi pakaikan baju.. sambillah dok bagi tau kat dia nanti masuk tadika jangan nangis.. ibu nak kerja.. muka dah sebekkk jer... muncung .. tak mau masuk tadika.. nak ketaska katanya.. ermmmmm ..... 

Bekalan kuih lapis jer ibu belikan sebab donut, karipap, pau semua pun takde.. semalam kedai banyak yang tutup..... gigih nak pujuk.. lepas pakai baju ibu suapkan dulu kuih lapis... anak²... nasib baiklah anak baru sorang .. memanglah melayankan kerenahnya jer.... masuk opis pun lambat semalam tau.. tapi dah thumprint siap² kul 7.30 pagi.
 
Pujuk² lame² dia okk nak juga masuk .... kalau tak mau ibu balik rumah tak jadi kerja.

Petang balik jer.. cikgu taska bagi tau.. amir tak masuk ke tadika, okllahh.. dia nak ke taska pun dah cukup baik cuma main² jerlah... janji dia tak menangis, kalau tak mau ibu tak boleh buat kerja.... tanye makan x?? okk .. tidur x?? okk.. oklahh.... 


Bicara Hati : Nak pujuk amir punyer pasal semalam ibu gigihlah uli tepung masak pizza untuk dia.. haihhh anak²....




Jumaat, 28 September 2012

Hensem tak amir pakai uniform tadika


Assalamualaikumm semua dan selamat pagi ....

Alhamdulillah jumaat yang indah, hujan renyai di pagi hari .. masih terasa kesayuan di hati ini mengenangkan semalam.. tapi biarlah semalam telah berlalu .. takmoo sedih²... pandang kedepan.. demi sebuah harapan.

Hensem tak tak amir hari ni auntie², uncle², kakak² dan abang² hihihihihi .... hari ni amir semangat sangat nak pergi tadika sebab ade rombongan naik komuter dan terus kepejabat pos..... harap segalanya dipermudahkan 9balik kang tunggu jerlah cerita amir). Lama dah amir teringin nak naik komuter tapi sampai berjanggut ibu dengan ayah tak bawak² sebab ayang sibuk huhuhuhu ....

Semalam siap pergi beli kasut sekolah, sebab selama ni amir koboi jer pergi tadika pakai selipar hihihi.... tapi.. nak berjalan ni kenelah pakai kasut.. ustazah dah pesan tak boleh pakai selipar.... gigihlah petang semalam kami keluar cari kasut dengan stokin untuk amir.

 Budak yang ceria .. penuh semangat nak ke tadika hari ni ....
bangun awal siap mandi air suam lagi ...

 Menarik sesuatu... sesuatu yang dia tak berkenan dihati ...

 Bukak stokin sebab takmoo pakai kasut pulak .... 
Amir memang tak biaser pakai kasut, ni lah jadi jenuhh pujuk ..
Alhamdulillahh akhirnya okk.. berani dia takmoo pakai .. mau pagi² ibu jadi hulk

Budak bam bam majuk ... takmoo pakai baju (ni malam tadi masa ibu soh cuba pakai baju)
Baju tadika ni baru dapat minggu ni.. tapi amir kan demam jadi pergi tadika tak pakai baju tadika, dia pakai baju biaser jer... kes special orang nak habis sekolah.. amir baru masuk sekolah hihihihi .... (kawan² yang dah lama follow mesti tau ape sebabnyakan)
Kejap jer majuknnya... dia jenis lembut hati.. pandai gaya pujuk sekejap jer rajuknya...
 
 
Bicara Hati : Tibe² rasa macam nak bukak blog baru khas untuk Amir Journey .. perjalanan amir masa ditadika, sekolah dan ape² jer aktiviti yang dia lakukan..... (tok sah nak mengadalah masya.. dedikasi kat sini jer... yang ade ni pun kadang² bersawang)
 
 

Isnin, 24 September 2012

Kerenah amir bile ibu nak hantar taska pagi hari

  
 
Alhamdulilah pejam celik.. pejaammmmmmmm ... celik... dah 3 minggu amir masuk taska, yups taska jer.. tu pun banyak jugak aktiviti.. terutama yang berbentuk minda berfikir, macam susun blok plastik, tanah liat dan yang penting ade belajar bersosial. Maklumlah amir ni pemalu orangnya (macam ibu dia jugak) malu bile tak kenal jer.. dah kenal.. ade jer benda diborakkan.. dan tak berhenti bertanya huhuhuhuhu .....

Belajar bersosial ni penting bagi budak yang tak biasa bergaul dengan ramai orang, sosial ni bukan sosial apepun.. diajar cara berkawan ... berbual .. bertanya ... jadi dari situ budak² akan terdidiklah keyakinan diri (silap² terlebih keyakinan diri .. jadi cikgu dok depan) ape.. kes....

Mule² bile nak hantar amir ke taska memanglah ade jer ragamnya pagi hari .... tak mahu turun kereta, hari pertama dia nangis² takmoo tinggal kat taska, hari kedua pun menangis jugak.. tapi takdelah meraung dah okk siikit.. hari ketiga pun dah ok..... masuk hari ke empat.. elok jer dia jalan sendiri lepas salam tanggan ibu terus masukk... tapi ade permintaan suruh belikan galaxy note atau tab ngee~~~~ saboo jerlah kan. (Jangan harap ibu nak belikan.. ibu pun pakai nokia c3 ayah bagi tau).

Seminggu kat taska .. amir ok jer.. ustazah bagi tau.. cuma amir tak boleh tidur, bile saya tanye amir kata.. takde tempat amir nak tidur dah penuh.. (yang sebenarnya dia tak biaser tidur ramai² dengan kawan² kat toto) kat rumah pengasuh dulu .. tidur 2 orang jer .... bagusnya taska ni lelaki dan perempuan diasingkan tidur, perempuan kat dalam bilik.. yang lelaki kat depan ruang menonton.. jadi senang nak dipantau. Jadi asal masuk kereta jer petang mesti amir akan tidur sampailah rumah.

Minggu kedua nak masuk taska, amir demam kepenatan beraya agaknya... hari isnin hantar dia kat kampung sebab dia takmoo ketaska.... alhamdulillah hari selasa dah okkk masuk taska macam biasa .. cuma petang balik asyik sibuk dok ajak nak tengok layang².... baik demam citarasa pun berubah nak makan bubur nasi atau burger kat kedai depan rumah jer.. seminggu kami layankan.. sampai dia sendiri cakap tak nak.

Masuk minggu ketiga ni... pagi² dah kurang ragam, ibu pun dah boleh hantar awal .. lepas datang opis ibu terus hantar amir.... kalau tak masa mula² masuk taska sepanjang minggu pertama ibu masuk opis dulu pukul 8.30 baru hantar ketaska. Layankan dia sarapan, bagi minum semua barulah dia nak pergi ...
Bile balik petang jer.. mesti amir nak mintak singgah kedai (sediakan duit jerlah yer).. tak kirelah belikan air atau ape² aje.. janji singgah, mata tu dok melilaulah cari lori sampah kalau ade lalu huhuhuhuhu .... 

Ustaz bagi tau baru² ni amir suke dok intai² kawan² kat tadika.. nak ikut same masuk kot.. hari tu masa pendaftaran ade jugak tanye pengetua.. tapi sebab mereka habis belajar bulan 11 dan bulan 12 cuti jadi saya tak masukkan lah amir tadika sebab macam rugilah pulak.. tu saya masukkan taska... tapi sejak minggu lepas hari khamis ustazah dah masukkan dia kat tadika, dia berkobar² pulak nak masuk tadika bile saya tanye.. siap pesan nak beg yang ade roda boleh tarik tu .... saboo jerlah..... jadi sekarang pagi amir akan ke tadika dan petang ke rumah transit .. tempat yang sama jugak (nasib baiklah sekolah tu boleh bertolak ansur buku² bayar rm 50 jer dan uniform rm 45.00 kalau sekolah lain jangan haraplahkan.. pendaftaran lain tak payah)
Itu jerlah cerita amir dan ragam amir ke taska.. terima kasih sudi baca.. dan bertanya keadaan amir bile dah masuk taska... (^___^)v

Amir yang suke sangat makan burger sekarang....
Burger Mc D happy meal pun dia dah boleh habiskan makan sorang ....


Bicara Hati : Pagi ni alhamdulillah amir dah tak  muntah, dia pergi tadika dengan penuh semangat.. semalam makan bubur nasi lagi malam tadi dah terjaga pukul 2 pagi 'membuang semahu²nya' mata pejam² pun sempat bebelkan ibu amir makan bubur nasi sakit perut hahahaha ade²  jer... 




Khamis, 6 September 2012

Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan

 
 
- Bagus amalkan doa ni setiap hari -


Bicara Hati : Alhamdulillah hari keempat hantar amir ke taska, amir dah okkk tak menangis lagi .. tapi sayu jer muka dia pandang ibu balik sambil lambai².... Sebelum turun kereta amir dah janji amir tak nangis lagi .. amir suke kat taska .. tapi amir ade permintaan ngee~~~~ terkujat kejap ibu dengar permintaan itu .. ayah!!!! sila tunaikan.(^_____^)v



Isnin, 3 September 2012

Bermulanya Fasa Baru

 

Banyak yang mahu dicoretkan .. tapi kekangkan masa akhir² ni .. kerja haruslah diutama, janji ditepati (eh² ade kene mengenaka ker?? ) Selamat Hari Merdeka ke 55 tahun Semua ........


Banyak entry tak dapat nak publish, dah tentu²lah entry kemeriahan berhari raya ... walaupun raya biaser² .. gambar pun tak banyak tapi kegembiraan tetap terasa di mana² dan setiap kali raya ade jer.. cerita lucunya.

Oklah skip jap entry raya .. nak cerita sikit fasa baru bulan september ni ... bagi kawan² yang dah lame follow saya dan baca setiap entry saya tu mesti dah tau kisah anak saya daripada awal² tahun ni yang tak mahu ke rumah pengasuh .. ditambah pulak pengasuh asyik tak sihat sejak 2 bulan akhir² ni dan cuti raya lama baru² ni .. meragam tak sudah² menangis² tak mahu turun kereta ke rumah pengasuh. Jadi bermulalah fasa baru hari ni ... anak saya ke TASKA.

Amir yang penuh bersemangat nak pergi TASKA hari ni ... siap bangun awal, mandi.
Ni gambar jalan² masa raya hari tu ... gambar hari ni lupe lah pulak nak amik.

Yups ... hari ni setelah di fikirkan masak² dan mengambil pusing dari segi semua aspek ... kami sepakat suami isteri masukkan amir kat TASKA dekat dengan opis, dekat jer .. tapi bukan dalam kawasan opis .. jauh sikit jer.. tapi senang nak pantau .. takdelah ibu susah hati lagi nak tinggalkan amir (orang lain masuk awal tahun, amir special kes lagi 4 bulan nak habis tahun baru masuk huhuhuhuhu)Mule² pergi opis dulu .. bagi tahu boss lepas tu barulah uruskan hal pendaftaran amir ke TASKA.

Lepas sarapan nasi lemak, terus bawak amir pergi TASKA. Hari ni hari pertama pendaftaran, dari dalam kereta ibu dah berbuih²lah dok pesan hari ni kene masuk TASKA takmoo nakal², dengar cakap ustazah, main same² ... tengok tv pun same² .. nak kecing bagi tau kat ustazah. Semua pun amir jawab iyer .. siap angguk² kepala lagi .... tapi??? sampai ... TASKA air mata berjujuran macam nak banjir dibuatnya tak mahu kene tinggal... hati ibu pulak yang sayu dibuatnya.Nasib baik ibu tak menangis sama haru jer.. haihhh ....

Dengan bantuan seorang ustazah pegang amir, ibu berjaya meloloskan diri ... semoga amir berdikari kat situ. Taska kat situ banyak pilihan ade yang tadika, ade yang separuh hari, ade yang tadika sekali taska .. senang cerita tik jerlah kat bahagian mane pilihan korang ... bayaran pun masih mampulah bagi kami pendapatan tak seberapa ni... tahfiz pun ade.... kalau amir selesa tahun depan pun nak tadika kat situ jugak, sebab tengok taska ni lebih pada islamik budak² tadika seawal 5 tahun dah mula di ajar solat. (sebab permohonan pra sekolah amir tahun depan bagi umur 5 tahun tak pasti lagi dapat tak tengah dalam pertimbangan). Nanti² saya sambung review.

Terima kasih sokongan kawan² di FB (^_____^)v

Lepas tinggalkan amir kat TASKA, saya sms ustazah dia tanye perkembangan .. ustazah dia cakap ok jer .. tak sampai 5 minit saya pergi dia dah minum susu dan main dengan kawan². Seeeeeeeee .... drama king jer tau ... dalam pada terjerit² dia nangis nak kene tinggal tu sempat lagi amir jerit soh belikan dia donut coklat balik nanti... ;p


Bicara Hati : Semoga segalanya dipermudahkan. Kawan² doakan juga yer yang terbaik dimasa akan datang buat anak saya Muhamad Amir Hazim. Hari ni tak sempat nak BW sangat ... bile sempat nanti semua saya maraton dan singgah terutama yang tinggalkan komen².. terima kasih semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...