♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Sabtu, 4 April 2015
Waktu Sesuai Untuk Mengemas Rumah
Jumaat, 3 April 2015
Semalam Masih Dalam Ingatan
Khamis, 2 April 2015
Hati Perempuan
Rabu, 1 April 2015
Terkelu
Isnin, 9 Mac 2015
Minggu Ujian Sebelum Bercuti
Semalam ada mesyuarat PIBG disekolah, cukuplah hubby yang pergi sebagai wakil ... sekadar untuk mengetahui perkembangan ....
Hari ini pula amir ada ujian, iye sepanjang minggu ini ada ujian ... harap sangat di tenangkan hatinya bila menjawab ujian² tu ... pagi petang ada ujian penilaian ... mujur jugak amir sudah baik demam .. alhamdulillah hikmah yang tak terhingga. Ibu doakan amir jawab dengan baikkk ..
Bicara Hati : Ibu yang rasa syukur sangat amir dah pandai baca jawi, ejaan jawi sekarang ni banyak berubahkan ....
Jumaat, 6 Mac 2015
Pak Pung Pak Pung Achik Akhirnya .......
Ni gambar achik nikah, kengkawan wassuppppp .... kat group .. mereka semua yang happy achik dah nikah pada 14 februari 2015 hari sabtu pagi. Tema biru pepel ... cantik² ....
Ni pulak gambar masa bersanding hari ahadnya, sebab demam amir tak kebah lagi .. ahad pun aku tak berani nak anto achik .. takut senin kang demam amir tak kebah .... tu pun gigihlah aku dengan hubby bawak pergi berurut sebab dah makan ubat cam tak berapa nak turun suhunya ... risolah sekarang ni macam² penyakitkan .. lagi² musim panas ni.. senang bebudak nak demam. Alhamdulillahhh hari isnin dah boleh sekolah .. badan pun dah okeyy tak demam... (eh² ni cite achik kawin ker?? cite amir demam muahahahaha )
Oleh kerana masa majlis rumah perempuan tak dapat pg moh sakan bergambar kat rumah achik hihihihihi .... ;p aku datang bergilir jadinya pukul 12.00 tengahari dah terpacak ... kat rumah achik ngelat tak datang rewang.. sebab ayah amir yang rewang ... kikikikiki ..... achik kul 12.00 tengahari dah sanding .. kita orang datang (aku dengan iza sampai sama² bawak hadiah achik .. beli kongsi² dengan geng suke² 83) achik dah selamat makan beradap... amboii kemahinn lapo eh pengantin ... kita orang datang pun tak nampak.
Apa² hal sampai cari tempat dan makan.. borak² jumpa kawan² sekolah ... sakanlah kita orang berborak ... mujur limit hubby bagi sampai kul 2.00 petang sempatlah bergambar dengan kengkawan semua .... pengantin dah elok je lah kat singgahsana pelamin tu ... macam raja hihihi.... kalah retis possing .. layankan kerenah kita orang nak bergambar ni.
Yeahhhh dapat good daripada rumah achik ohsem sangat tau.. air gas botol besar, kek batik, epal dan FM daripada pengantin.. bertambahlah koleksi ...
Akhir sekali meh bagi gambar dengan pengantin pulak.. sebab aku datang sendirian .. kongsilah dengan angah bergambar .. angah pun husban dia kena kerja huhuhuhuhu .... ;p merah menyala² baju pengantin kooooo ... dengan cuaca hari tu panas terik ... memang risolah kot amir ikut dalam demam² tu .. aku yang tak demam pun balik pening kepala.
Kami semua mendoakan agar achik bahagia hingga ke akhir hayat .. insyaallah hingga ke jannah .... selamat melayari kehidupan berumah tangga .. di kurniakan anak² yang soleh dan solehah .... tak sabar tunggu achik junior. Orang tua² kata 5 tahun pertama itu memang banyak ujiannya .. moga berjaya harungi .. insyaallah .. aminn ..... (^____^)v
Bicara Hati : Yeahh semua geng dah kawin .. bolehlah cuti² malaysia geng² adik beradik semua ....
Selasa, 3 Mac 2015
Throwback Januari : Edisi Permulaan Awal Tahun 2015
Alhamdulillah amir dah masuk darjah satu .... dan tak meragam pun mula sekolah ritu .. satu pengalaman yang indah dapat peluang hantar anak sekolah .. dalam usia 31 tahun muehehehehe ... bila orang tegur .. anak sulung ker?? haah .. iye .. ni lah anak sulong .. muda lagi .. anak dah sekolah ... sorang je .. takda adik lagi .. owhhh anak tunggal .. glupp aku .. (dalam hati ... baru sorang .. insyaallah adalah adiknya tu nanti).
Seminggu sekolah dia mintak jam tangan kat ayahnya, ayahnya pun layankan je lah sebab dia pun okeyy ke sekolah .. pagi bangun tak meragam .... tapi sekarang adalah jugak moody kalau terlambat tidur malam ... tapi salunya dia lah paling awal tidur .. palingg lambat bangun (tapi cuti sekolah bangun awal pfttt) penat agaknya sekolah pagi dengan petang semakin kurus ku tengok. Kulit jangan cakaplah ..... limited edisi kata atuknya .. cucu atuk .. ikut kulit atuk ler .. pfttttt ... dah pau ayah jam .. pau nak kasut baru pulak.. amir tak sukalah kasut yang ada gam tu lambat ... hamboi² seminggu sekolah kooo mintakk kasut baru .. pitam hemak tahuk.. 2 pasang kasut tu sapa nak pakai .. dia lenjannya kasut ke tabika tu jugak, kasut yang lama tu yang dia suka .. takmoo kasut baru beli ... sudahnya hubby belikanlah jugak kasut baru.. kasut tu senang terus sarung memang takda tali .. takda gam lekat² tu ... anak² ... kan senang kalau masa beli ritu cakap nak kasut gitu .. takdalah membazir.
Antara menu sarapan yang selalu di hidangkan sepanjang sarapan pagi januari hari tu .. prata .. dan kari .. kari tu salunya kari telur ... tapi ni terajin kari udang pulak ... lepas tu terus buat lauk senang.. masak itu jer.. tengahari makan dengan nasi kat rumah mak.
Ayah bagi reward .. sebab baik pergi sekolah ... akhir bulan satu tu boleh dapat jalan² dengan abang sepupu .. yeahhh main belon kat setia city mall .... panas yaaa hamattt tahuk ... takdelah sakan sangat main pun .... lepas main belon balik muehehehe .. moh ke tempat ada ekon .. takdalah peluh tiak tu ... kami singgah tesco setia alam hihihihi ...;p
Alhamdulillah ... rezeki hari lahir, hubby bagi hadiah ni muehehehehe ..... jarang rasanya dapat hadiah gini sebab aku bukan peminat tegar ... tapi kalau hubby nak hadiahkan rasa syukur sangat.. cukuplah apa yang ada tu ... bukan salu sangat pakai pun. (^______^)v tq hubbbyyy mmmuuuuaaaahhhhh cikit ....
Bicara Hati : Cepatnya masa berlalu .. dah 3 bulan tahun 2015
Isnin, 9 Februari 2015
Pembakar Semagat : Tiada Istilah Monday Blues .....
Selamat pagi semua.. kata² ini sangatlah mendalam maksudnya kan .... aku memang suka kata² semangat ... kalau kat wall fb tu memang suka post kata² semangat dah jarang update status ... tu pun memang dah tak berapa nak aktif .. tapi tetap bukak fb tu.. sayang nak tutup.. kena jugak ikut perkembangan rakan² kan .... jujurnya kata² ini tak ku tujukan pada sesapa pun.. tapi percayalah ... bila seseorang tu tinggi kedudukkannya tapi masih punya adab merendah diri .. pastinya disukai ramai .... apatah lagi jika kedudukan itu di perolehi daripada usahanya sendiri dari bawah.
Dan bila kita ikhlas dalam sesuatu yang kita usahakan pasti akan berjaya, percaya, usaha, redha dan tawakal ... pastinya kejayaan itu akan jadi sangggggaaatttt indah (^______^)v insyaallah aminnnn .... Allah janji bila kita usaha ... dia akan beri bila waktunya sesuai ... jadi janganlah putus asa ... sebab Allah beri bila tiba waktunya bukan bila kita memang memerlukannya ... kerana sebaik² pemberian adalah semuanya dengan izinnya.
Bicara Hati : Tahniah zero menang MLM eh² tetibakan .... suka sangat tarian singa tu.. sakit perut gelak ....
Jumaat, 6 Februari 2015
Awal Bulan Februari
Rabu, 4 Februari 2015
Isnin, 26 Januari 2015
Terlayan Suamiku En Sotong
Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.
Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.
Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - EricaKredit: Suamiku Encik Sotong
Novel Suamiku Encik Sotong bakal diadaptasi ke dalam drama Astro Ria. Drama ini mula ditayangkan 27 Oktober 2014. Menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai watak utama, dan juga Amyra Rosli. Jangan lupa, saksikan drama hebat ni di kaca tv u olls.
Saksikan drama Suamiku Encik Sotong
Hari: Isnin Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135
*********************************************************************************
Terlayanlah jugak cerita ni ... walaupun kadang² ada watak yang cam pftttttt adehhhh kakunya, cam tak bestt jer nak tengok.. mujurlah sharnaz dgn amyra tu berlakon best gelak² layan sharnaz dalam cite ni .. kemahin lembut dia kan.... ada kata ceritanya cam tak elok... untuk masyarakat tonton .. pada kita terpulanglah pada penilaian sendiri ...
Bicara Hati : Banyak cerita adaptasi lovel jadi drama dan filem, tak sempat baca novel layanlah drama hihihihi ...
Jumaat, 23 Januari 2015
Doakan Saya
Meh belanja sekeping gambar ulang tayang kuikuikui .. terima kasih mak lahirkan saya di dunia ni .. saya syukur sangat atas nikmat ni.. sekarang saya pulak berpeluang jadi mak ... alhamdulillah nikmat yang tak semua orang perolehi ... barulah tahu jerih perihnya menjadi ibu dan mendidik anak serta isteri kan ....
Semoga hidup ini lebih diberkati dan warna warni ... macam gambar cup cake ni hihihihi .. biasalah dalam kemanisan pastinya ada jugak yang pahit .. itu lumrah dalam kehidupan ... sebab daripada situlah mematangkan diri kita.
Doakan saya yer .... Terima Kasih Semua .....
Khamis, 22 Januari 2015
Cara Pujuk Anak Ke Sekolah
Kalau anak korang masih meragam nak pergi sekolah, pandai²lah korang amik hati .. pujuk .. tapi jangan manjakan sangat. Percayalah mereka sangat berdikari cuma belum biasa dengan pendedahan disekolah.. atau mungkin tak biasa lagi dengan kawan² sekeliling ... pikir yang positif okkkeyyyyy .... cikgu² kat sekolah semuanya terlatih .... mereka akan membantu kalau ada anak yang menangis takmoo sekolah.
Saya kongsikan sedikit tips / petua yang saya gunakan sebelum amir masuk sekolah , ini berdasarkan pengalaman saya yer ... saya harap membantu buat kawan² juga bagi anak² yang akan masuk darjah 1 atau akan bersekolah : -
* Dedahkan seawal mungkin dengan persekitaran sekolah, mulakan dengan hantar ke taska (seawal usia tu terpulanglah umur 4 atau 5 tahun ikut kemampuan)
* Bagi ibu bapa yang tak berkemampuan hantar ke taska awal, boleh gunakan kaedah biasakan diri buat anak bersosial, bersosial maksudnya bawak anak pergi playground , bawak pergi ke tempat yang ada ramai orang macam pasaraya .. biarkan dia bermain .. lepaskan.. sambil pantau pergerakkan dia... tengok riaksi dia.. sama ada nak pegang buju baju kita .. atau nak bermain... dan pandai terokai diri bila jumpa ramai orang.
* Pastikan bila masuk tadika 6 tahun sekolah yang kita pilih akan ada kawan² yang akan bersekolah sama pada darjah 1 nanti, lagi bagus kalau dapat masuk pra sekolah di sekolah yang sama .. maksudnya darjah 1 nanti akan bersekolah disitu... sebab dah kenal kawan² yang akan sama² belajar.
* Dedahkan akan pada tempat sekolah yang mereka akan belajar (yang ni bukan sahaja elok untuk anak yg akan sekolah darjah 1 .. kalau nak sekolah tadika pun okey) maksudnya bawak dia jalan²/ lalu sekitar tempat dia akan bersekolah nanti .. bagi tahu kat sini dia akan bersekolah.. nanti anak² akan jadi teruja.
* Bagi tahu kat anak situasi yang akan berlaku kat sekolah, akan ada kawan, akan ada cikgu, kena ikut peraturan ... dan terapkan dalam diri anak² kita kena belajar / menuntut ilmu untuk kebaikkan diri dan kehidupan di masa akan datang.
* Pastikan anak tidur awal bila mula sesi persekolah bagi mengelakkan waktu pagi dia meragam .. dan buat perangai takmoo sekolah.
* Pesan dengan anak² berkawan dengan semua orang , jangan sesekali bergaduh ... (yang ni memang puaslah ibu dok berzikir) sebab amirkan anak tunggal dia tak biasa berkongsi barang² milik dia.. risaulah kot ada kawan menyakat nak pinjam barang dia marah kawan dia... saya bagi tahu kawan pinjam takpa.. jangan sampai hilang.
Oklah itu jer tips yang saya gunakan .. bagi pendedahan awal dekat anak mengenai sekolah dan persekitaran serta suasana bersekolah .. insyaallah .... akan membantu... maklumlah ibu amir ni susah nak cuti awal tahun lagi² kerja bahagian kewangan kan... akhir tahun lagilah dah tentulah cuti kena beku pfttttt jadi inilah pilihan terbaik yang saya lakukan supaya anak tak meragam bila mula sekolah... ditambah pulak kerjaya hubby sebagai guru memang susah nak cuti kalau sesi persekolahan dah bermula.
Insyallah kalau kena cara pujukkannya anak² ni akan mendengar kata, boleh jugak bagi ganjaran kalau nak .. macam belikan sesuatu untuk menghargai dia sebab dia bersekolah ... tapi janganlah bagi mainan .. bagilah yang berfaedah macam botol air ke, beg sekolah dengan gambar kegemaran dia atau apa² je ganjaran yang bersesuaian. (tapi bab ganjaran ni saya tak suka gunakan ... tapi hubby suka.. dan selalunya memang berkesan kat amir) mihmihmihmih ....
Bicara Hati : Kemahin sebab cemerlang tahun lepas hubby bagi amir basikal baru ... nanti ada masa ibu upload gamba basikal tu .. hihihihihi (^____^)v
Langgan:
Catatan (Atom)