♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 24 Disember 2013

Home » , , , , , » Kerepek Sengkuang Cina

Kerepek Sengkuang Cina



Fenomena fenomena ... dia kembali lagi, kenal buah ngaku??? pernah makan buah ni??? rasa sejak aktif dunia blog lah baru saya kenal buah ni kikikiki .. dan percayalah setiap kali tahun baru cina mesti nak cari buah ' ngaku ' ni ataupun orang melayu panggil sengkuang cina .. cari sebab nak buat kerepek hahahahaha .. masa macam ni jerlah pun senang jumpe sengkuang cina .. sebab memang musimnya kan ...

Pada kawan² yang tak pernah rasa lagi buah ni, seyes cubalah .. tak salah cuba makan sesuatu yang baru .. seyes memula dengar ape kerepek sengkuang?? gegegege .. gigit jari .. sengkuang cina ni selalunga letak kat dalam kuih tepung pelita jer pun .. koooo tetiba nak buat kerepek memang pelik sangatlah memula tu ... tapi dah lepas sekali koranggggg makan .. percayalah ... gigih tak gigih jerlah nak sagat buat kerepekkan hahahaha ...;p (anak bujang sayalah tu .. dok pottt petttt pottt pettt menananya macam tak percaya)



inilah buah ngaku, sorry gambar gelap sikit .. kuali pengcahayaan di dapur kurang hihihihi ...
beli tak banyak mana pun ... adelah dalam 10 biji kot, sebab baru² ni dia masih mahal .. kot dah dekat raya cina kang murahlah sikit ....




Gigih saya mengupas 10 biji tu ditemani amir bercerita, macam biasa bercerita hal kawan² di taska ... kan best kalau boleh bagi kawan amir rasa kerepek ni ibu .. mesti dia orang suka ... cikgu kata kalau ibu susah kita kene tolong .. alahai anak².. dia pun gigih nak sagat jugak .. saya bagilah dia buat ... janji dia dapat buat dia dah seronok .. x banyak mana dia sagat pun selebihnya saya yang buat .. amir baru nak mencuba jer.





Taraaaaaaaaaaaaa inilah hasilnya, dan percayalah.. sekali goreng terus ngappp .. sekali gorengg terus ngapppp asal angkat jer tak sempat lah minyak tu nak toosss habis tau... amir dah kehulu ke hilir makan .. memang tak masuk balanglah jawabnya dah habis huhuhuhu .... ;p



Selamat mencuba yer ... pada tekak saya rasanya sedapp sangat nak goreng pun tak payah letak garam dia dah sedia rasa lemak original sedappp sangat kerepek ni .. sebab tulah amir pun suke sampai tak sempat masuk balang ...








15 ulasan:

adyna AB berkata...

Baru tahu sengkuang Cina boleh goreng ;) tak pernah makan

NinaAz berkata...

Wahh. Buat sendiri rupnyaa. Hehee. Nina ritu pernah rasa. Kawan bg rasa. Sedap!

Ujie Othman berkata...

Akak tau psl ngaku ni dari blog tiha. Sebelum ni mmg biasa nampak kat pasaraya tu, tapi tak amik tau.

Lepas ni boleh la try beli buat kerepek. Makan lepas goreng lagi sedap.

Fiza Rahman berkata...

Femes buah ngaku bila nak raya cina nih. Nak try buat kepek ngaku lah.

Ibu Lala berkata...

X prnh mkn lg. Hr tu pi jusco nmpk buah ni. Tengok je la..

jamilahamzah berkata...

teringin nak rasa.. tunggu harga dia murah dulu baru nak beli..

fizalinolie berkata...

First time dengar kerepek sengkuang ni. Macam sedap. InsyaAllah nanti nak try. Thanks yer kerana berkongsi :)

dear anies berkata...

xpenah mkn...buat apatah lg ;-)

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak suka juga biasa kalau kakak goreng buat kerepek kakak campur sikit dgn bawang putih sedap tau sebab lebih rangup...

Unknown berkata...

sengkuang boleh digoreng?? menarik gak nih.. 1st time tau.. heee..

nurbijen berkata...

mmg tak pernah makan... nama pun baru jer tahu hari ni..

Unknown berkata...

teringin plak nak cuba..rasanya sengkuang ni pon ikut musim jugak kan??payah nak jumpa ni..

Unknown berkata...

rajinnya..

Puan Kutu berkata...

baru tahu yg sengkuang cina ni boleh buat kerepek..klu yana nk tau bijik durian tu pun boleh buat kerepek tau..

sy dpt info dr bidan yg sengkuang cina ni bagus makan waktu pregnant utk elak anak kuning.walahualam

puanstoberi berkata...

sengkuang cina tu biasanya orang masuk dlm kuih tako. seakan tepung pelita, tp bukan tepung pelita :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...