♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 22 Mei 2014

Home » , , , , , » Homestay Murah Di Terengganu

Homestay Murah Di Terengganu

Kalau sebelum ni saya ada ceritakan sikit percutian singkat kami di ganu, kali ni saya nak cerita tempat tidur kami malam tu .. semalam jer pun tidur ... tapi kalau 2 malam pun masih berbaloi² lagi dengan harga homestay ni tau.

Oklah lepas makan tengahari tu kami pun pakat² manalah nak tidur ni, lepas cari homestay barulah aman nak buat semua urusan yang sepatutnya kan ... orang kata dah berehat .. jadi otak tu dah tenang, badan pun dah mandi .. dah semangat balik. Sebenarnya ada beberapa pilihan tempat .. tapi kami pilih homestay pulau musang. Pulau musang????? koooo rasa dengar tu agak gerun tak kikikiki .. iyelah kot memalam kang musang lalu depan rumah haru wehhhhh .... tapi takda maknanya dah memalam nak keluar rumah .. semua kepenatan .. cari tilam sahaja.

Jujurnya inilah pertama kali tau kat ganu ada nama pulau musang, saya tahu kat kelantan jer ada nama tempat gua musang hihihihihi .... masa mula² tu risau jugak, rumah ni adik saya yang cadangkan sebab baru ni kan mak dengan adik pergi bercuti ke ganu . dia orang tidur sinilah ... dia orang cakap selesa cuma tempat dia jauh sikit macam ke kampung.




Taraaaaa  .. inilah rumahnya ... rumah ni berkembar sebenarnya, tapi kami sewa satu jer.. itu pun dah cukup luas dan selesa ada 3 bilik dan 2 bilik air di bilik utama ada satu bilik air. Rumah kami yang sebelah kanan kalau tengok daripada gambar ni yang depan kereta exora tu. Siap ada ampaian lagi.




Okk ni pemandangan depan rumah tu, ada sungai besarrrr .. ada orang bela ikan .. mula² sampai jer amir dah teruja nak tengok, esok paginya bangun² pun sibuk nak tengok jugak. Lorong kerumah ni agak sempit sikit daripada jalan besar... pada saya memang kereta tak boleh selisih, tapi sepanjang kami disana alhamdulillah dipermudahkan ... yang gelihatinya malam² sempat lagi nak ssat barat masuk lorong rumah, padahal sebelum tu dah amik gambar ingat trandmark tiang lampu TNB B 14 hihihihihi .. betul² depan lorong nak masuk rumah ni.


Okkk .. jom tengok sisi dalam rumah ni pulak, tadi baru gambar luar kan ... 


Ada ruang tamu ... cukup luas .. siap ada tv siaran astro hihihihi .... jadilah bukan datang nak tengok tivi sangat pun .. malam jadi port tidur ...




Ni ruang makan, ruang daripada ruang tamu nak ke dapur .... malam² jadi port kami tidur jugak, sebab memasing takmoo tidur bilik hujung yang ketiga kat dapur.. kami pakat angkat tilam .. lepas tu tidurlah kat sini ... selesa sikit... Ruang ni memang besar kalau tidur ramai pun takda masalah kot .. kalau bawak oto lebih, sebab kat rumah ni cuma ada 2 toto lebih sahaja.




Ni bilik utama, bilik ni ada bilik air dan econ .... memang selesa .. lagi 2 bilik tak sempat amik gambar hihihi .. masing² masuk terus pilih bilik ... kami jugak rileks² tidur luar .. janji ada tilam hihihihi ...;p bila dah nama pun bercuti mestilah nak keselesaankan... kami ni lagi jauh perjalanankan ... sebab tu rasa macam bersyukur sangat dapat rumah ni .. kira rezeki kamilah agaknya... murah pun murah, yang pasti adik berbulu jer tau .. sebab dia booking pun tak dapat harga ni ngeh .. ngeh .. ngeh ...




Ni ruang dapurnya, lagi luas daripada dapur rumah kita tau ... kira lengkaplah jugak kepeluannya .. cuma takda gas jer, ada peti sejuk, periuk nasi, ada bekas isi air utuk panas dan sejuk .. tapi kami rebus air gunakan periuk nasi cepat sikit hihihihi ... pinggan² pun ada .. kalau korang tidur kat sini nak buat steambot pun best ... kalau tak nak makan kat luar ... sebab dah malam nak keluar macam jauhkan.. tapi sebenarnya tak jauh pun kalau nak ke pasar payang atau ke masjid kristal tu hihihihihi .....




Dan .. dan .. paling best ada mesin basuh, jadinya kalau korang tidur malam lebih daripada semalam, korang tak bawak bekalan baju banyak bolehlah basuh baju weeeeeeeeeeeeeee ........ manyak syokkan.. nanti balik bercuti takdalah nak gigih sangat membasuh banyak baju kan .. kan ... sempat baju tu kering sebab ada ampaian luas kat luar tu.



Oklah dah review semua isi dalam rumahkan, sebab apa saya kata murah homestay ni, sebab kami sekeluarga sewa satu malam rm 100 sahaja .. iye rm 100 sahaja .. silalah percaya, dengan segala keperluan yang ada dan keselesaan yang kami rasa .. memang berbaloi², tapi kalau korang boleh dapat lagi murah rm 80 .. waaa tabikkk .... hihihihihi .. sebab masa adik booking dulu pun rm 120 semalam hihihihi .. tu yang adik saya berbulu jer dengar kita orang dapat lagi murah hihihi ...;p


Kalau korang berminat nak sewa boleh call ken 010-2206109 , ni owner dia ... tapi yang jaga yassin .. kalau tak silap adik dia ke .. abang dia .. nama macam cina kan ... tapi tak tahulah yang datang orang islam .. nama glamour agaknya .... Harap membantu sangat² pada yang nak bercuti ke pantai timur bawak keluarga ... tak sesuai tidur hotelkan.. homestay lagi enjoy .. selamat bercuti .. cuti sekolah kali ni pun panjang .. tak lama je lagi ... 




Bicara Hati : Tobatnya nak pergi ke pantai timur lagi, jauhnya huhuhu ... perlis jauh x macam pergi pantai timur???






22 ulasan:

Ujie berkata...

Mmg elok sgt share ni yana...murah, nampak kemas bersih dan lengkap dgn mesin basuh. Akak nak save number dia lah.

Bagi akak, kalau pegi perlis tak rasa susah sgt sbb ada highway. Kalau g pantai timur ni mmg rasa jauh dan penat lebih sbb hway sikit.

Nieyl berkata...

singgah pagi..
blh masuk dlm list :)

Sal Bee Yah berkata...

thanks for the info masya.next time g ganu boleh la singgah.kalo holiday ngan family memang lagi suka dok homestay sebab selesa.kalo ngan kwn2 biasa cari hotel bajet je!

::EIDA:: berkata...

eh ida pun tajuk hari ni homestay jugak. hihihihi tapi di selangor.. huuu ~

Nafira usof berkata...

hehehehehe.. Zura yang asal terengganu nih dah lali dah dengan perjalan jauh nih.. cuma kadang2 anak2 boring lah dalam kete.. jadiknye.. balik lah waktu malam.. dorang tido je sepanjang perjalanan. hehehehe

N.Aima K berkata...

wah murah sangat tuuu

Tihara berkata...

memang jauh sangat masya
akak yang dari pahang pun berasa jauh sngat :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Memang murah lah tu Masya.. boleh juga akak simpan no tu.. mana tahu tersesat ke sana nanti :)

Mila Ahmad berkata...

murh giler rm100...cantik luas lagi.ada provide parking.

:: Mrs.SyahNia :: berkata...

Eh tak tahu plak ada gua musang kat ganu..

homestay ni dekat dgn daerah mana kak..dekat dgn kuala terengganu ker?

murah tu..

memang jauh kak..ain dulu masa suami kat sana dok pergi naik bas ekspress rasa nak patah pinggang..huhu

Nad MamaZN berkata...

rm100? rm100? rm100?
murah..!!! mcm tak caya!
dekat dgn bandar ke tmpt ni? jap nnt baca semula hehe

ps: klu letak gelatin lg elok kek nya..tp kite x jumpa kt aeon big, jd xletak ;) masih bleh dimakan :)

eita berkata...

memang muarh dan selesa..berbaloi sangat2..

MissNadia berkata...

murahnya.. siap ada banyak kemudahan. berbaloi-baloi ni

ros_reeza berkata...

belum pernah lagi ros sampai terengganu. Kelantan dah pernah . tapi tu pun dah lama. dalam tahun 2001, masa tu sekolah lagi..

Julia Johari berkata...

Yeyyy ada nombor telefon....TQ masya...itulah travel ke pantai timur mmg jauhhh...hehhehe tp dah sampai mcm2 hado hehhe

Kakzakie berkata...

Murah sangat tu kalau cuma RM100/-

Minggu pertama Jun mungkin kakak akan ke T'anu juga. Tapi anak buah kakak yg book tempat tinggal tak tahu dimana yg penting dekat dgn Gong Badak. Kami ada urusan di sana.

kakyon berkata...

tq masya. bila ada kelapangan bawa family boleh tinggal kat situ

LYAfrina berkata...

kat area mana ni masya.. nanti dtg ganu gtau la lya.. manatau ade rezeki leh jumpa.. lya duk kemaman. x singgah kmn bru2 ni? kat sini byk keropok, satar n otak2 y sedap2.. keropok sini lg sdp dari KUALA TERENGGANU punya

- AZIE - berkata...

murah sgt!!! duk ngidam nk g tganu jgk ni...nk mkn sotong celup tepung dgn losong huhuhuhu

pepatih rumah rehat berkata...

Senarai homestay di malaysia

Ahmad Khairani Hashim berkata...

Assalamualaikum. Sy ahmad @ kenny (melayu tau) dari Homestay Pulau Musang. Terharu bila baca post Masya ni. Appreciate sgt2. Kalau famili Masya nk cuti2 ke terengganu lg, wassap/sms/call kami k. 010-2206109 (ahmad/kenny), 019-9646559 (yanie).

Plus, kalau nk kek utk birthday ke apa ke, my wife blh buat ala2 secret recipe.

Skali lg tqvm masya n famili serta semua tamu kami. Mmg sy ikhlas bg murah. Janji semua hepi

Alemriverside.blogspot.com berkata...

Bagus ruang ini..kalau ke kawasan kuala Ibai, jangan lupa kunjungi

eraalemriverside.blogspot.com

Chalet dan Homestay terletak ditepi Sungai, Kg. Laut, Kuala Terengganu

Hubungi : 01125473913

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...