♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 18 Ogos 2014

Home » , , , , , , , , , » Jadual Penuh Hujung Minggu Sepanjang Syawal

Jadual Penuh Hujung Minggu Sepanjang Syawal


Assalamualaikummmm ..... penuhnya jadual hujung minggu setiap kali syawal, orang kata selagi tak habis raya .. memang meriahlah sana sini open house.. tak hausss lahhhh dibuatnya, cuma nak harung jem tak tahan huhuhuhu ..... lagi² kalau tempat yang nak dituju agak jauh walaupun masih di selangor.

Salunya kami suami isteri memang dah rancang awal² perjalanan dan perancangan hujung minggu, jarang kami terjah jer nak pergi rumah orang ni... keutamaan yang buat open house dan dah sampai rumah kami (yang ni macam balas kunjungan) .. dan sedara mara yang terdekat... 


Salunya bila ada open house ni adalah menu unik sikit salah satu yang saya jatuh cinta tahun ni ialah kali pertama makan mihun sup dengan cili jeruk, ya allah seyes sedappp siap ada bawang putih goreng asing .. memang super duper kelainan lah tak pernah saya jumpa.. sampai sekarang dok terliur² tau huhuhu haru betul .... sedappnya .. salunya makan dengan cili kicap jer, dan rezeki jugak tahun ni dapat makan laksa johor masa open house rumah kawan hubby kat kapar... ishh dappnya.




Masuk minggu kedua syawal kita orang memang dah rancang nak pergi rumah penyewa yang sewa rumah kami sebab nak amik surat, sambil² tu pergilah beraya rumah jiran tetangga lama .. tak sangkalah pulak dia orang dapat tau kami nak datang ya allah setiap rumah dok hidang makanan malu wehh dibuatnya ... kekenyangan kami hari tu daripada petang sampai pukul 11 malam baru balik .... amir paling seronok jumpa kawan² lama ....

Paling terharu mek masakkan nasi kerabu, ya allah dahlah rindu dengan nasi kerabu mek lama tak dapat.. bertambah² hubby yang dulu kununnya tak reti makan tu.. sekarang pandai pulak dia makan... kalah orang mengidam.




Hubby dapat jemputan open house rumah kawan lama dia masa belajar dulu .. kawan sekolah menengah kot.. hahahaha .. kemahin lama baru dapat berjumpa kat fb apa lagi semangatlah nak pergi .. kebetulan pulak sama tempat dengan kawan saya buat open house senanglah sekali harung kami beraya ... amir siap pakai baju melayu tak berapa nak lengkap sebab pagi tu ada open house tabika .. kikiki nanti up story mori eh.

Nak dijadikan cerita kawan hubby ni buat kat area event kondominium dia.. siap ada kolam renang dengan taman permainan .. adehh amir nampak² itulah yang nak ditujunya takmoooo makan dah.. mujur jugak kat sekolah dah makan banyak. Tak padan dengan berbaju melayunya selamba jer.. main... orang lain pun tak amik pot sangat sebab kata raya kan.. apadahal dah 21 syawal pun pakai baju melayu lagi kikikiki .. anak oh anak.

Rasanya ini jelah kot yang sempat pergi sebab sabtu ni nak beraya dengan kengkawan sekolah saya, hubby ada sekolah ganti ... ahad pulak ada kenduri rumah mertua.. memang dah tak beraya manalah.. lagi .. tapi tak tahulah kot malam minggu tu ada tempat nak tuju kikikiki  >___<




Bicara Hati : Rasanya syawal kali ni masa singkat sangat, jangan kata syawal ramadhan hari tu pun cepat jer berlalu.. ramai lagi tak sempat nak ziarah ... tunda tahun depanlah yer.. selamat panjang umur, moga murah rezeki diberikan kesihatan yang baik.



10 ulasan:

safurara berkata...

seronok sangat jalan jalan raya.tgk2 dh malam.masa pon kejap sgt rasa.

Nieyla Nadia berkata...

wah..byk g open house..
Rezeki...:)

puanstoberi berkata...

Kadang akak rasa kalau orang tak jemput lagi baik, sbb tak dapat nak penuhi semua jemputan.
Dan akak juga harap takde la orang nak kecik2 hati kalau tak dijemput, sbb tu dah kira hikmah juga orang tak jemput sbb memenuhi dah jatuh hukumnya wajib
Tapi, dah jadi golongan urban ni, ziarah menziarah kena tunggu jemput.. rasa cam dah lari konsep.. takde jemput, takde orang nak ziarah kat rumah.. sedih.. -_-"

Tie HT berkata...

alhamdulillah rezeki selepas ramadhan :)

Unknown berkata...

Zura tahun nih baru pergi 2 open house.. mmg tunggu weken jer lah.. hehehe

mamaarifakeemaisy berkata...

Salam syawal... betul sgt..pantas sungguh ramadhan n syawal berlalu pergi... takdan apa..huu...
N3 kt blog pun tak sempat draf.. huu..sedey la..

nad berkata...

mmg bz..
tp seronok la kan sbb dapat beraya
dapat gak rapatkan ukhuwah :)
weekend mmg jammed jek memasing p beraya kan :)


saya ada wasap yana smlm ^_^

dear anies berkata...

kalu terliur tu kena buat gayanya...

LYAfrina berkata...

Lg x hbs syawal.. lg tu byk ada jmputan.. yela... bkn smua kt blh pegi kan.. ada y btmbung mjlis n xkena dgn jadual kt.. mmg tpksala x pergi

Julia Johari berkata...

Syok pi open house...mcm2 leh rasa masakan...bihun sup ngan cili jeruk waaaaaaaaaaaaa dah lapar ni masya hehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...