♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 4 Januari 2013

Ragam Nak Ke Tadika

  


Semalam sebelum ketadika singgah opis dulu, motif amir tak sempat mandi kat rumah.. hadoilah hari pertama nak ketadika dia buat perangai.. nak kene mandikan dia dulu ... tu lah.. ibu suruh tidur awal tak boleh tidur katanya.. mata ni tak mahu tidurlah ibu walaupun dah pejam huhuhuhuhu .... tu pun saya matikan semua lampu.. suruh juga dia pejam mata sambil tepuk² bonot dia suruh tidur... Sudahnya pagi bangun liatlah bile disuruh mandi.

Jam dah menunjukkan pukul 6.40 pagi sebelum ibu kelewatan dan ayah pun akan kelewatan adalah lebih baik amir ayah dukung masukkan dalam kereta keputusan muktamad mandi kat opis ibu je lah.....

Biasalah bile dah mula sekolah jalan pun mulalah jem, alhamdulillah sempat sampai opis 7.30 pagi, mandikan amir dan siap²kan dia.. sempatlah kami dua beranak sarapan yang ayah bekalkan.... tapi amir tak mahulah pulak.. dia nak roti coklat... nasib baiklah ada stok kat laci.

 
Muka dah siap mandi .... 
Sarapan roti dulu kat opis ibu ... takut nanti amir kelaparan pulak sebab tadika sarapan pukul 10.00 pagi




Semangat kemain lagi dengan beg baru ....
Sebak ibu masa hantar amir tau...walaupun sebenarnya ibu yang risaukan amir tapi alhamdulillah dia okk jer.. mungkin sebab amir pun dah masuk 4 duduk kat nurseri tu.. jadi dia dah serasi kat situ....




Masa sesi suai kenal, ramai juga ibu bapa yang menunggu kat luar ...
Seronok tengok budak² ni.. macam² kerenah .. 
Tu... Korang nampak x?? ade anak dara sapalah menjulurkan kaki tu hihihihihihi.. sabooo jerlah padahal cikgu tengah berucap kat depan tu...




Fokus sikit (sorry gambar blur)... amir kat mane?? tu yang saya bulatkan tu.. elok jer dia duduk sebelah teacher Ain, sekarang tak bolehlah main² sanga sebab Teacher Ujie hanya jaga budak² Taska jer...

Keseronokkan semalam kat tadika dan keterujaan amir bercerita daripada naik kereta sampailah kerumah kereta dah parking pun dia tak habis² lagi bercakap, amir kata seronoklah ibu sekolah baru ni banyak mainan... cikgu kata pagi masa untuk belajar, pukul 10.00 sarapan.. tengahari makan lepas makan mandi bolehlah tidur .. petang baru boleh main....

Syukur sangat ... harap amir lebih berdikari nanti ... insyaallah... ada cerita lucu kami dua beranak masa perbualan dalam kereta tu.. nanti² saya up entry tu yer.....


Bicara Hati : Jangan bosan kalau minggu ni dan minggu depan penuh entry kisah amir mula ketadika hihihihihi ....

Anak zaman sekarang

  

Anak zaman sekarang serba mewah?? iye ker??? tak pastilah saya ... apa yang saya buat dengan hubby adalah tanggungjawab kami sebenarnya jauh sekali bermegah².. ataupun menunjuk² iyerlah anak baru sorang (itulah kata² sinis yang seringku dengari)

Tak mahulah komen lebih² pasal bende tu ... biarlah apa pun orang lain nak cakapkan kan.. yang penting kita pun janganlah mudah melenting dan istigfarlah banyak² moga kita bukan tergolong dalam kategori riak ni... Dah kalau bukan ibu dan ayah yang manjakan sapa lagikan .... 

Okkk berbalik pada tajuk anak zaman sekarang ni ... bukan apa sesi persekolahan pun dah bermula tak kiralah anak yang dah mula ketadika (macam amir), ke sekolah rendah, menengah atau pun masuk asrama.. semuanya pun baru bermulakan.. moga² anak² kita diterangi hatinya dalam menuntut ilmu. Tadika sekarang banyak pilihan kalau tak nak pergi KEMAS , boleh pergi Pasti ada juga Tadika swasta pilihlah nak aliran dan kelebihan masing².. memang banyak pilihan berbanding dulu ...

Sejujurnya saya sendiri dulu tak pernah ke tadika, sebab dulu kami bukanlah kategori orang senang atau dengan erti kata lain abah bekerja pagi balik lewat malam.. tadika pulak agak jauh daripada rumah, mak pulak nak jaga adik² yang lain.. dah sapa pulak nak ambil dan hantar saya ketadika.. jadi abah amik kreativiti sendiri buat ABC dan Ejaan A=AYAM B=BOLA sampailah Z abah tambal kat dinding rumah pakai kad manila.. Lepas tu mak sambil masak dan jaga adik² sambillah melayankan saya ni sibuk nak belajar hihihihi... tengahari bila pukul 11 macam tu saya main² kat laman mesti saya nampak kawan² balik tadika lalu depan rumah.. sayu jer hati .. orang lain pergi tadika kita tak merasa pun... mak selalu pujuk nanti kakak sekolah tau.. mula tahun depan abah hantar naik motor ... tak nak nangis²... (owhhh sebak jap buat entry ni)


Seronok sangat tengok amir dah mula kesekolah, Tadika Al-Hufaz... harap sangat amir berdikari dah mula sekolah ni nanti... ibu pun tak merasa dulu macam ni tau.... Selain Tadika sebenarnya kat sini pun ade juga pakej untuk budak² Tahfiz.


Sempat ambil gambar kat dewan aktiviti masa sesisuaikenal semalam....
nampak tak amir kat bahagian mane.... hahahaha.. semua dah nampak macam sebaya jer.. padehal dalam ni ada budak umur 4,5 dan 6 tahun... macam² gelagat siap ada yang menjulurkan kaki ...
Masa sesi pembelajaran barulah mereka dibahagikan mengikut umur kelas masing²..


Yuran Taska Amir :

Pendaftaran masuk setahun sekali RM 200.00
Buku Pelajaran RM 200.00
Makan Pagi RM 100
Alat Tulis dan Buku Tulis RM 100.00
Baju Rasmi+Kopiah RM 45.00
Baju Lengan Panjang dan Seluar Sukan RM 35.00
Hari Sukaneka RM 40.00
Peperiksaan 2x setahun Jun & Sept RM 20.00
Buku Rekod Pelajaran RM 5.00

Semuanya RM 745.00 buntang mata kejap masa nak bayar
Sebenarnya ada lagi yuran tambahan macam untuk Konvokesyen, Lawatan dan Lain² lagi ada yang saya tak bayar lagi.. saya bayar yang penting dulu untuk keperluan dia.. lagipun Pengetua bagi pelepasan boleh bayar secara ansuran lagi pun amir duduk nurseri kat situ .... 
Yuran bulanan Tadika dan Nurseri setiap bulan RM 300.00



Bicara Hati : 

" Jangan anggap perbelanjaan yang kita buat untuk anak-anak adalah satu bebanan kerana anak-anak akan merasakan diri mereka ini menyusahkan ibu bapa...Dan setiap perbelanjaan yang kita keluarkan pasti akan mendapat balasan yang setimpal...Mungkin bukan waktu sekarang tapi fikirkan untuk masa akan datang... "

Dipetik daripada kata-kata semangat Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah



Khamis, 3 Januari 2013

Bila Sesi Persekolahan Bermula .....

  


Sejak sekolah mula ni, jadual bangun pagi pun akan mula berubah.. ditambah pulak amir dah mula kesekolah tadika hari ni.... 


Semalam ok lagi.. walaupun rutin macam biasalah bile mula sekolah hubby akan amik alih buat sarapan hihihihihi... kerjasama itu penting kan ayahhh kan.. kan... jangan nak banyak songeh apa hubby masak untuk sarapan bawak jer bekal tak kiralah pau kukus segera, nugget goreng ataupun roti sapu kaya .... takda maknanya pagi² nak semeja bersarapan... sambil bersiap tangan ni memang mencapai jer.. apa yang ada atas meja tu .... hihihihihihi ... terima kasih ayah .. sangat² menghargainya (itulah satu² azamku setiap tahun yang takkan menjadi kenyataan untuk menyiapkan sarapan awal pagi waktu bekerja sejak dah ada anak ni) Tapi Tapi.. kalau terbangun awal sangat pagi tu saya masaklah lauk siap² hihihihi.. tengahari hubby balik boleh masak nasi.


Okk.. sebab hubby dah buat sarapan, tugas saya pulak akan kejutkan amir.. mandikan dia dan siapkan dia untuk ke tadika, tapi tu lah.. bile mak ni yang mengejutkan mengeliatnya mengalahkan ape jer... kalau dah lambat memang masukkan dalam kereta jer mandikan kat opis (nasib baiklah tadika dekat dengan opis anak oiiii) kalau tak mau lah mak ni jadi hulk pagi² atau tarzan.. allahuakbar.

Payahnya nak suruh possing sebelum masuk tadika...
Malu katanya.. tengoklah tu.. macam² pesenlah dia ... tutup muka ...


Oleh kerana dah hantar amir ke tadika bermula tahun lepas, jadi tahun ni alhamdulillah dah takda masalah sangat.... amir pun ok.. kemain eksyen lagi dengan beg beroda dia tu... semangat berkobar²...
Pesanan ibu macam biasalah ... dalam kereta tu kan... bukan apa, takut jugak kot² amir meragam nanti kan.. jadi kenelah bagi tahu awal² hari ni dah mule sekolah....


Doakan semoga anak² kita diterangi hatinya dan mudah menuntut ilmu ..
Moga Doa anak pandai belajar ...
Amin...





Bicara Hati : Terlalu pantas masa berlalu... Amir dan pun 5 Tahun, macam² ragam dan kerenahnya yang perlu ditangani makin dewasa ni.... 




Inspirasi Baru

  


Dalam entry Hari Terakhir ada ku serta gambar pasu berair yang ada pokok berdaun disitu, saja sebagai inspirasi di tahun baru .. dan kebetulan kawan satu opis yang hadiahkan hihihihihihihi... tq ana.

Kalau sekali pandang memang tak perasan yang sebenarnya dalam pasu bukan sahaja ada pokok berdaun yang sebenarnya ada seekor ikan berwarna oren hihihihihihi .. tak tahulah hidupnya sampai bile sebab kita ni bukan pandai sangat pun membela ikan tapi ntah tu lah hobi baru sejak akhir² ni sejak mak bagi ikan puyu tempoh hari (alamak!! lupe nak buat entry tu) ikan tu pun semua dah mati gegegegegege.. mau tak mati ... amir dok melayan ikan tu siap bagi makan roti .. dah tu bulan 12 kan banyak cuti kejap² balik kampung ditambah kami pergi bercuti, ditambah pulak aku kerja tak menentu hala baliknya lewat petang .. sudahnya ikan tu terbiar huhuhuhuhu....


Harap ikan ni hidup lama lah sikit ada juga teman nak ku bebelkan hihihihihihi ....
Jangan ko mati sudah gegegegege....




Nampak tak ikan tu?? haihh memang payah nak diamik gambar .. malu kununnya... tu dia bagi ekor jer.. saboo jerlah kan...


Bicara Hati : Boleh bela ikan ke kat opis ni? jangan kata aku bela nyamuk sudah huhuhuhuhu ...;p

Rabu, 2 Januari 2013

Sedehana - Dengan ingatan tulus ikhlas

  


Hari istimewa mak


Kek pilihan mereka berdua buat Embah
Amir muka tak puashati ....



Bicara Hati : Walaupun adik faiezah tak dapat balik kami² sahaja dah cukup meriah, janji mak seronok ....



Rezeki 2012

    


Masti ramai yang bercuti hari ni kan, jalan pun dah mula jem gegegege... amir esok baru lah mula sekolah insyaallah ibu yang hantar, tapi... ibu tak dapat cuti.. nasib baiklah taska amir dekat jer.. tadika dan taska pun ditempat yang sama.... huhuhuhuhuhu....

Alhamdulillahh.. berbalik pada tajuk rezeki 2012, memang rezekilah namanya kan sapa yang ada buat pelaburan ASB ni, tapi kami tak join pun yang dengan bank tu.. buat pelaburan sendiri jer... ada lebih masukkan.. tak ada lebih tak adalah menyimpan hihihihihi.. mengorek lagi adalah ...;p

Hari ni dah boleh update ker??? macam banyak sangatlah menyimpannya hihihihihi... adalah sikit² rezeki anak² tekak kan... jadilah daripada takda langsung.


Agihan ASB 2012 ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? UPDATE : Dividen (7.75 sen) + Bonus (1.15 sen)!
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.
Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. [Sumber :  BERNAMA]


Bicara Hati : Mesti ramai orangkan nak update kan silap² offline kat ASB tu hihihihihi ....

Selasa, 1 Januari 2013

Semangat Tahun Baru 2013

 

  


Isnin, 31 Disember 2012

Top Commenters Di Blog Herba Tihara

  


Alhamdulillah sementara menanti detik 1 Januari 2013, entry terakhir ini pemberi semangat lagi untuk meneruskan menulis blog, maklumlah nak mengarang ayat kadang rasanya masih lintang pukang ... lebih suke berjalan² meronda ke rumah jiran² tetangga ... walaupun ada jiran yang tak sudi menerima kunjungan (follow saya tapi tak dapat follow balik sebab tiada link untuk masuk blognya kembali) maaf yer .. saya bukan sombong.

Tak kala meniti detik menuju tahun baru, terpanalah pada satu blog yang memang setiap hari akan ku kunjungi, ralit membaca terpana sebentar bila terpapar sebagai 5 orang Top Commenters Blog Penutup Tirai 2012 di Herba Tihara, sungguh pun ditempat terakhir nyata ada rasa syahdu disitu kerana telah jarang meninggalkan komen disana hihihihihi... tapi masih masuk senarai terima kasih kak tihara.


Penghargaan juga buat Top Commenters Blog Penutup Tirai

Kenapa blog beliau mesti saya kunjungi setiap hari???
Kerana saya suka dengan cara kak tiha menulis pada entry² di blognya, selain daripada itu beliau rajin juga buat GA (cuma aku yang tak berkesempatan nak join). 

Banyak entry² diblognya mengandungi unsur² keagamaan, kata semangat buat diri, kisah bunga² yang memang menjadi kesukaan tuan blog sampaikan ada bunga tu yang tak pernah ku dengari jauh sekali ku lihat ... walaupun tajuk blognya perkataan herba tapi jarang pula tuan tanah menulis tentang herba hihihihihihi ...(^___^)v

Minat menonton kami yang sama suka menonton drama korea, walaupun adakalanya aku culas maklumlah bergantung pada byond HD sahaja ada masa sempatlah maraton ku tonton tak sempat tonton bacalah review yang kak tihara buat hihihihihihi...

Terima kasih kak sebab akan buat entry khas buat semua pemenang yang tersenarai (^____^)v



Eh² rupanya kak tiha pun penyumbang terbanyak URL nya diblog saya sepanjang saya menulis hihihihihihi ....
Maaf nak print daripada nuffnang tapi tak boleh bukak lah pulak kat opis hari ni tak tahu kenapa huhuhuhuhu.. jadi saya print screen daripada stast blog sahaja.
Malunya nak tunjuk sebab tak ramai pun yang datang ke blog saya ni ... huhuhuhuhu...

Sebagai penghargaan saya pun nak bagi akak hadiah juga... harap kak tiha sudi tinggalkan alamat dan emailkan ke saya di nowzyana@yahoo.com
hadiahnya suprise lahhh.... mane boleh bagi tahu dulu kan.



Bicara Hati : Jom berkenalan dengan kak tihara pemilik Bolg Herba Tihara



Hari Terakhir

  


Monday blues #$%^&???? owhhhh takda maknanya.... dengan kerja yang tak bersurut² atas meja ni... tapi sempat BW kejap hahahahaha...... Terapi minda haruslah baca perkembangan kawan² dulu kan.. amik mood sebelum mulakan kerja....

Cepatnya masa berlalu sekarang ni ... Awal muharram telah menginjak ke Safar, hari ni 31 Disember 2012 esok dah 01 Januari 2013.

Impian tahun baru , tiada impian lain melainkan impianku yang satu itu... hihihihihi... sengih sambil kelip² mata.   Segala usaha telah dilakukan melainkan kini hanya redha dan percaya pada ketentuannya.


Penyeri baru dimejaku... 
Bolehlah ku bebel² dengan kamu nanti ...
So sweet .....
Payah betul nak diambil gambarnya ...


Ramai yang bercuti hari ni kan, ada yang hantar anak ke sekolah untuk pendaftaran baru, ada yang memang cuti untuk habiskan cuti tahun yang ada.. jadilah aku sebagai penjaga opis hihihihihi ... ;p

Apa yang korang tengah buat pulak, berkemas ke.. buang sampah sarap kat meja?? hihihihi ... tu agenda kita akhir bulan satu nanti baru boleh buat.. sekarang tak boleh.. nanti tersalah buang tak pasal jer... Kalau duduk rumah mesti bestkan cari ilman ubah ruang.. adalah mood sikit dalam rumah hihihihihi....



Bicara Hati : Tak pernah meraikkan untuk sambutan tahun baru, selalu duduk rumah jer.. layankan tv lepas tu kalau mata tak mengantuk lagi dapatlah tengok bunga api jiran² taman seberang pasang.. kalau mengantuk tak sedar apa pun...







Ahad, 30 Disember 2012

Hari iSTIMEWA Mak


    

Hari ini hari yang sangat istimewa buat mak, setiap hari pun istimewa tapi hari ni lain sikit.. sebab hari ni ulang tahun kelahiran mak.

Tapi dihari istimewa ini anak pun ini agak kesibukkan.. mujurlah tahun ni jatuh pada hari cuti .. makanya dapatlah anak ini pulang ke kampung sungguh pun hubby ada peperiksaan akhir hari ini di tambah taska amir ada pembukaan hari persekolah walaupun sekolah amir hanya akan bermula pada 03 januari 2013. Tapi semuanya tentang amir ibu dah selesaikan dahulu dengan membayar dan mendaftar segala keperluan yang perlu hari khamis lepas... jadinya hari ni kami di kampung bersama mak.

Tiada sambutan yang terlalu meriah tapi awal bulan baru ni dah bawak mak pergi bercuti dengan kami ke Cameron Highland  dan ke Kolam Air Panas Sg. Klah seronok sangat masa tu.. lagi² amir, dia lah paling teruja dapat jalan² dengan embahnya maklumlah amir satu²nya cucu tunggal mak buat masa ni hihihihihi... insyaallah akan bertambah lagi tahun depan.

Hari ini nak masak special sikit, tak tahu lah menjadi tak hihihihi .....




Gambar kenangan kami berdua masa bercuti baru ni ...
Selamat hari lahir buat mak yang ke - 48 Tahun, Semoga mak di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik... Sayang sangat kat Mak. (^____^)v


" .... Apabila Mata IBUmu sudah TERTUTUP, maka HILANGlah satu KEBERKATAN di sisi Allah, iaitu DOA SEORANG IBU ...."

AYAH merupakan satu satunya lelaki yang tidak pernah mengecewakan kita dan
IBU merupakan satu satunya wanita yang tak pernah patahkan hati kita sepanjang hidup kita.




Bicara Hati : Bile dah ade anak sendiri barulah aku rasa apa yang mak rasa dan risaukan padaku selama ini (^____^)v








Sabtu, 29 Disember 2012

Hadiah

  


Tak kala menemankan hubby membeli barang keperluannya untuk kesekolah, si mata isteri ni pun mulalah menjeling sana .. menjeling sini ... tapi nak juling pun iyer jugakk tengok harga barang² ... katanya sale siap ade diskaun tapi kenapa masih mahal ni.. hahahahaha.. dasar tak tahu harga pasaran, pandai² kata masih mahal.. yang sebenarnya jarang sangat serve barang handbag, perfume ataupun wallet sebab tak selalu beli.


Merungut kejap kat Klang Prade haiihh kenapa lah Parkson takde tempat duduk banyak macam kat Jusco, lenguh kaki ibu dengan amir tau ... pusing sana sini ... ade kerusi kat kawasan kasut jer... tak nak beli kasut pun kami duduk situ pusing² hahahaha .....


 Pernah dengar jenama ni??
hahahaa.. dah kalau korang tak pernah dengar apetah lagi aku ni kan...
Tak kisahlah tak glamour amourr sangat .. janji mata dah berkenan, dan kebetulan yang sedia ada dah koyakk huarrrgghhhh .... macam mintak digantikan.. sebelum ada yang menegur ada duit kedekut nak beli yang baru ...;p





Warna - memang tak pernah ada koleksi macam ni ...
Harga - alamak!!! buntang mata kejap tapi ade diskaun 70% + 10%
Setelah di kira timbang balik ... sempua semua nya ... okk ambillah... setahun sekali pun belum tentu ... kali terakhir beli nak raya tahun lepas tu pun hubby belanja sebab happy hour kat Jusco Bukit Tinggi ...
Memang ke kenduri, kendara ku usung, tu belum lagi pergi kerja memang setiap hari ku bawa sebab.. itu jer satu²nya yang ada....
Korang nak tengok ke apa yang ku rembat tu jom turun bawah tengok ....



v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v



Beg baru ... di tahun baru ..
Beli hadiah untuk diri sendiri hahahahaha...
Penat bekerjakan .. belila hadiah sendiri ada rezeki lebih nampaklah juga hasilnya ...
Harga asal 3 angka ooo memang tak mampu...
Lepas diskaun lebih kurang RM 86 bape sen tak hinggat ...
Ok lah tu...
Tapi beg amir lagi mahal tau huhuhuhu ....
Klik sini





Bicara Hati : Tak berniat nak menunjuk².. sebab rasaya korang punyer koleksi lagi banyak dan mahal kot.

Shopping Y.E.S ... Y.E.S ... Y.E.S

  

Hadoilah tajuk tak menahan, propa jer lebih tu ... sebab bukan selalu hujung tahun jer.. tu pun bukan setiap hujung tahun merasa huhuhuhu.....

Dah sesekali hubby ajak tu kan... apelah salahnya, janji jangan berlebih² untuk keperluan takpa .... Menemankan hubby shopping memanglah penat rasanya, citarasa hubby ni boleh tahan juga lah... tu baru bahagian dia belum kita ni lagi nak membeli mau semua dia gelengnya tanda tak setuju huhuhuhu.. tu yang kadang² terlepas jugaklah jari ni membeli onlie opss.... terjebak juga...(^____^)v senangkan semua dihujung jari janji ada duitnya.


Warna pilihan hubby untuk tahun depan , macam tak percaya jer.. sebab warna biru tu selalunya saya jer yang suke .. hubby boooo layan ... kikikikiki ...;p

Penat tunggu hubby pilih baju, 
sekali terpegang, terbekanan, terpilih beli hadiah untuk diri sendiri hahahahaha
oklah tu ade less 70% + 10% tau mane nak dapat kalau bukan year end sale jer.... 
Lagipun yang lama dah koyak huhuhuhu .... 


Beli² semua bayar eh² lebih Rm150.00 campur barang saya dengan hubby jadi dapatlah baucer redeem Rm10.00
Adelah rezeki amir, dah kalau rezeki anak tak kemana²....

v

v

v

v

v

v

v

v

v


Belikan dia baju tidur, takda diskaun 
Harga asal RM 29.90
Lepas tolak baucer Rm 10.00 dapatlah Rm 19.90 sebenarnya berkenan yang lain tapi dah amir berkenan yang takda diskaun ni belikan jerlah.... nanti membazir pulak kalau belikan baju yang dia tak suke ....



Bicara Hati : Ok cukup² lah tu untuk tahun ni... banyak lagi duit nak guna untuk keperluan lain ....





Jumaat, 28 Disember 2012

Sedapnya Cempedak Goreng



Buah cempedak yang belum digoreng ...


Salah satu makanan kegemaran juga, ada musim kalau nak membelinya ... sekarang ni tengah musimkan... maklumlah sekarang ni musim durian, petai dan tentu²lah musim cempedak juga...

Tapi ... cempedak ni angin, iyer ker??? tak pastilah saya sejauh mana kebenarannya .. tapi kalau lambat menunggu bile nak beli mau lah juga naik anginkan hahahaha....

Sedapnya kalau dapat minum petang dengan cempedak goreng penuh sepinggan, ni gambar masa beli kat sungkai tu hari... malam tadi akak ipar bagi pulak  adelah 2 biji dah selamat pun saya goreng pagi buat bekal sarapan ke opis hihihihihi ....

Cara nak goreng cempedak supaya sedap??? macam mane yer ... meh saya bagi tau ...
pssttt .. pssttt .. ni mak mertua yang bagi tahu hihihihihi ....

Tepung gandum
Tepung beras sikit
Garam
Kunyit sikit kalau nak ada warna² kuning, pewarna pun okk juga... 
Gula sepucuk sudu (supaya cempedak yang tak bape manis akan manis digoreng, ade ke cempedak yang tak manis hihihihi) tu bukan jer resepi mak mertua .. penjual gerai pun guna kot .. opsss.... marah tokey kedai cempedak goreng saya bagi tau macam tu ....
Air secukupnya ... pastikan adunan tepung tak terlalu pekat atau cair
Masukkan lah cempedak, goreng dengan minyak yang dah dipanaskan... mesti makan sedapp ditambah dengan minum air kopi hangat.


Bicara Hati : Baru basuh kereta hujan lah pulak kat luar ... sabar jer lah...




Year End Sale katanya .....

  


Y.E.S (Year End Sale) apa yang ingin dicari??? rasanya macam takda apa sangat yang nak dicari tapi tu lah... kalau ikut rasa memang takda apa.. tapi kalau dah depan mata rambang semua nak di beli hahahaha...

Hujung minggu baru ni hubby ajak beli barang, yang sebenarnya lebih pada kepeluan barang hubby biasalah bile dah sesi persekolahan baru biasanya hubby akan beli kemeja baru, buku dan adalah barang² lain sikit ... sapa kata budak nak sekolah jer beli barang cikgu pun kene beli barang juga tau hihihihi ....

Seluar berjalan² pun dah takde, banyak yang tak muat.. nak dijadikan cerita seluar sehelai beli masa raya tu hari zip pulak rosak hadoilah.... carilah seluar jugak, nasib baik sekarang perut dah tak buncit senang hati ibu carikan size ..


2 helai seluar amir RM100.00
tu pun nasib baik ade diskaun 50% kat jusco tau.. kalau tak mau gigit jari ketaq nak keluarkan duit.



Lepas dapat seluar amir, hubby nak cari kemeja tapi banyak yang dia tak berkenan.. yang sebenarnya hati hubby tu dah memang jiwa Durban (memang itulah pilihannya daripada dulu sepanjang kenal hubby), bagilah jenama lain walau corak cantik mana pun mesti dia kata tak cantikk.. ade jer yang tak betulnya kain keraslah, tak tahanlah.. ade² jer... Ok misi cari baju hubby tak berjaya.. kenelah cari kat tempat lain.


Okk... tibe² teringatkan amir pun belum ada beg sekolah lagi, beg yang selama ni pakai pergi taska pun beg daripada proton tu.. kami guna dulu hihihihi..  Bile bagi tau jer nak beli beg sekolah budak bertuah tu apa lagi kemain suka lah terus cakap amir nak beg yang ada roda tau ibu..... gegegegegege.... 


Punyerlah banyak pilihan beg kat bahaian sini yang dia berkenan ....



Mahal wehh beg ni ...
pujuk suruh amik beg lain dia tak mahu ...



Nak buat macam ni ...
Hubby kata takpelah beli jer walaupun seratus janji dia guna 2 tahun huhuhuhu ...





Ok habis sesi kat sini, sebab baju ayah tak dapa lagi daripada Jusco kami beralih arah ke Klang Prade pulak ... (^_____^)v






Bicara Hati : Gigiku sakit tak baik² ni mcm mane huhuhuhu.. gigi berlubang yang lama buat hal macam makin parah jer.. nak cabut takut...





Khamis, 27 Disember 2012

Pisang Muda Goreng

  


Pisang muda goreng tepung cicah sambal kicap


Selalu bercerita kegemaran insan² tersayang disekelilingku.. jarang nak bercerita kegemaranku yang satu ini...  sebab mak ni bukanlah kategori cerewet sebab makanan ape yang ada semua pun mak ni makan jer hihihihi ... (^____^)v 


Pisang muda goreng tepung??? ade pelik ker?? tak kot kan... biasalah orang kampung.. daripada kecik dah makan menu² macam ni.. pisang belum nak tua dah ditebang.. takut² tak sempat tua... kang dah di kebas lotong (adik beradik macam monyet / beruk) belakang rumah.. haihh memang buat bergaduh...


Senang jer cara nak buatnya pun.. saya bagi tau bahan² jerlah yer... sukatan agak² sendirilah ikut banyak mane pisang korang ade... memang sedaplah kalau dimakan tak kala musim hujan ni kan... pulak minum ait teh O hadoilah.. memang tak toleh nasi dah...

Pisang muda goreng tepung
Pisang muda Lang yang telah dikupas dihiris halus (ni yang saya gunakan, pisang lain pun boleh)
Ikan bilis ditumbuk dulu atau rendam dan potong halus
Bawang merah kecil
Tepung beras angaran dalam 2 sudu ikut banyak pisang
Garam
Air secukupnya
Gaul kesemuanya.... dah panaskan minyak gorenglah ape lagi hihihihihi ....

Sambal kicap versi saya
Cili padi (goreng dengan minyak sikit dan api kecil elakkan sakit perut makan cili mentah)
bawang putih (goreng dengan minyak sikit elakkan sakit perut makan cili mentah)
gula 
kicap
Senangkan... Selamat mencuba, tapi kat bandar memang payah nak jumpe pisang mudakan huhuhuhuhu .... kat taman rumah saya tu memang takdelah... 


Bicara Hati : Ade yang terliur tak??? tak heran kot kan.. tapi itulah antara yang saya suka... 

Niat Dihati Lembutkan Hati Anak

  




Masa basuh beras niatkan Ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku 

sebut nama penuhnya atau panggilan manjanya insyaallah ...

supaya anak faham agamanya ,

( kenapa Kita nak dia faham agama,

kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka )

Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi.

Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf )

sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W.

Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..

dan inga Kepada Allah sentiasa.


Sumber :FB



Bicara Hati : Masaklah dengan penuh kasih sayang juga....





Rabu, 26 Disember 2012

Semangat Ke Sekolah

  


 
Harganya lebih mahal daripada 2 pasang baju ayah + baju batik ayah yang baru dibeli...
Harganya juga lebih mahal daripada handbeg baru ibu ....
Semoga dengan beg sekolah idaman amir ni memberi semangat untuk belajar disekolah nanti .....
Senyuman yang sangat lebar tuan milik disebalik beg itu ....




Muzik , Cinta Dan Sanubari

  


Hubby peminat setia lagu-lagu Anuar Zain, dan banyak jugak lagu² yang ditujukan liriknya sangat² menyentuh hati ... ditujukkan kat diri ini... nanti ade masa buat entry pasal tu.. tapi sekarang nak layan lagu² Anuar Zain Special Kat Radio Hotfm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...