♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadiah. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Jun 2014

Giveaway - Buku Resepi Roti


Assalamualaikum ... lama masya tak buat giveaway kan, biasanya bulan jun blog masya ni penuh dengan kemeriahan hadiah², sebab bulan jun kan bulan istimewa tuan tanah kedaung .. tahun ni macam sepi jer .. apakan daya tuan tanah kedaung kesibukkan tak berkesempatan nak buat giveaway yang grand, tapi takpa ... masih ada rezeki kawan² insyaallah ... rezeki yang sikit dikongsikan bersama lebih barakah.... tunggu sehingga 30 jun ada hadiah buat pengomen tegar blog masya.

Oklah bagi kawan² yang dah baca entry semalam mesti terunggu² entry giveaway buku resepi ni kan ... senang jer .. giveaway ni khas untuk blogger yang berada di malaysia sahaja ... kawan² yang berminat boleh tinggalkan komen saya nak buku resepi roti dan jangan lupa tinggalkan url blog. Yups url blog sahaja .. tak perlukan entry .. tapi kalau buat entry pun okey jer... bagi link tau. Tarikh penyertaan tamat sehingga 12.00 tengahmalam ini sahaja 27.06.2014 hihihihihi .. insyaallah minggu depan masya umumkan pemenangnya yer... pemenang akan di cabut undi oleh putera masya, harap dia bagi kerjasama okeyyy (^_____^)v




Inilah buku resepi roti tu .. ada satu sahaja , cepat² kalau berminat meh ler join. okey sebab hadiah ni ada satu .. masya akan bagi 2 hadiah tambahan tau .... tapi bukan hadiah buku .. hadiah fm ... suka tak? suka tak .. fm tu special sangat² tau... quilling fm birthday amir hazim ... okey kalau nak dapatkan hadiah tambahan ni kena jadi orang yang pertama join atau menjadi url blog tertinggi link giveaway buku resepi ni .. hihihihihihi ..... good luck yer.. 







Okeyy masya kongsikan salah satu resepi dalam buku ni .. sorry gambar kabur ... hp tak bape nak canggih .. kosa nak amik gambar pakai kamera opsss..... ;p





Selamat Mencuba , Moga hari jumaat terakhir bulan syabaan ini akan memberi rezeki buat kawan² yang join ..... jangan malu² .. bukan follower pun boleh join .. jadi masa pengumuman cecepat serah diri .. kalau tak jangan salahkan saya kalau buku ni saya bagi kat orang lain.













Isnin, 9 Jun 2014

Turn 6 For My Son





Assalamualaikummmmm ..... isnin macam biasalah agak lambat bersiaran, menyiapkan semua kerjaan di pejabat setelah 2 hari bercuti .. sementara nak mengambil cuti panjang bermula rabu ni hihihihi .... perlulah ku siapkan semua laporan dahulu .. takut menjengkelkan bila kembali bekerja ada yang mencari pasal.


Turn 6 for my son, aloh² tajukkkk masya kemahin bahasa inggeris ko .. lepas tu cerita takda nak bahasa inggeris sangat hahahaha ...;p


Syukur sangat² kerana diberikan peluang merasai nikmat untuk melahirkan seorang anakanda tercinta pada ketika itu .. saat² ini kurasakan hazabnya merasai kesakitan untuk melahirkan mu ... puas ibu teran nak oiiiii ketingkap jugak kamu mahu lonjat yer ... takpa ibu percaya kalau itu ketentuannya ibu syukur .. yang penting kamu lahir² kuat suara tangisanmu ... cukup sifatmu .. ya allah menitis berjujuran air mata ni marasai nikmat itu .. nikmat yang belum tentu orang lain merasainya .. dan belum tentu ibu berpeluang merasainya lagi .. tapi ibu syukur sangat².


Tahun ni insyaallah ada rezeki kita sambut besaran² sikit yer (kata sambut 2 tahun sekali kan)... tak banyak sikit jadilah sekadar memeriahkan sempena cuti sekolahkan.. kita sambutlah sekali dengan sepupu².






Hadiah advance ayah bagi .. kemahin teruja amir .. beli kat bata tesco setia alam jer pun.. tu pun sebab ada offer .. dan last size hahahaha ... suka betul amir, ibu lagi berganda² suka sebab amir dah mula minat nak pakai kasut sarung .. kalau tak kehulu .. kehilir dok pakai selipar tau ...







Tak menahan ... terus pakai tau .. tak menyempat² nak simpan dalam box .. teruja punya pasal dapat kasut ni .. orang lain dah berzaman pakai .. amir baru pakai sebab baru nak berminat pakai kasut sarung, ni kira kasut raya sekalilah yer mir ... ayah dia tak berkisah pun.. tapi ibu dia bab duit memang banyak catu sikit hahahaha .... utamakan keperluan berbanding kehendak nafsu naga tu.


Terima kasih ayah belikan amir hadiah ni ... walapun bukan ini dalam perancangan utama .. yang tak dirancang itulah yang terbeli ngeh .. ngeh .. ngeh .. takpa hadiah yang kita nak beli tu kita simpan dulu yer ....





Ibu doakan dan ibu harap kawan² ibu yang baca pun doakan yang baik² buat anak ibu ... sayangg amir dunia akhirat .. satu²nya amanah dan harta dunia akhirat yang ibu dan ayah ada buat masa ni. Moga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang serta menjadi anak yang soleh.







Bicara Hati : Tengah pikir bila masa sesuai nak sambut kat tadika pulak .. sebab cui sekolahkan., goodies dah beli .. harap dipermudahkan.

















Jumaat, 6 Jun 2014

10 Tahun Bersamamu


Assalamualaikum semua .... hari yang sangat indah hari ini kalau boleh mahu senyum sahaja .... dan kebetulan pulak jatuh hari jumaat penghulu segala hari, 10 tahun bersamamu ... 8 tahun tidur sebantal denganmu .. hik hik hik sampaikan kadang lari daripada bantal yer ....



Alhamdulillahhhh .... 10 tahun tempoh kenal hubby termasuk bertunang, maklumlah tarikh bertunang dengan nikah sama weeeeeeeeeeee ... (^____^)v senang nak hinggatkan .... istimewanya pada tarikh 06.06.2006 satu tempoh masa yang cukup panjang buat orang lain .. tapi pada kami masa yang terlalu pantas singkat berlalu ... masih sentiasa ingin mengenali .. masih setiasa ingin melengkapi antara satu sama lain ... mood² honey² .. sweet² sahaja ... tapi .. no no no honey lebih okeyyyyy..




Dah asal anniversary nak tepek gambar kawin, asal anniversary nak tepek gambar kawin dah kenapa .... haruslah kan.. kenangan gitu ... malu² auwwwmmmm.. dengan kayunya tak reti possing .. jadilah tepek gambar hitam putih sudah .... memorinya saat kita kenal .. memori dan indahnya allah ciptakan jodoh kita bersama .... memorinya itu sehingga sukar untuk diungkapkan .. tapi cukup melengkapi antara satu sama lain ... kerana perbezaan itulah buat kita lebih dekat dan kuat dalam usaha untuk hidup lebih harmoni.





Gambar spontan daripada kameraman ... aloh² kameraman masa kita kawin dulu memang sporting habis dan sungguh tak sangka rupanya suami pada akak tempat saya praktikal dulu .. kantoii nak kawin kat akak k tau hahahaha .... gatai, macam² gaya kita orang possing baik dalam bilik, luar laman .. in door dan out door lah... masa tu out door tak glamourr lagi ... tapi adalah jugak kita orang amik gabar sekitar rumah mak tu ... nak pergi keluar jauh dah tak larat .. penat sungguh, lepas² tu nyesal tengok gambar orang kawin cantik² kat out door.




Asyik layan hitam putih jer kan .. meh sekeping dua gambar berwarna pulak hihihihihi ... barulah comeyyyy kan .... inilah tema kita orang dulu pepel jer ... Doakan moga jodoh kami kekal hingga jannah... saya sentiasa bersyukur apa yang ada dan saya perolehi sekarang .. moga allah berkati ikatan ini .. moga kami bahagia hingga hujung nyawa.. hingga ke jannah .. doakan moga kami dimurahkan lagi rezeki dan diberikan kesihatan yang baik ... hanya itulah hadiah yang saya inginkan tak lebih tak kurang.


Pengapit saya yang comel tu lah kawan baik saya daripada kecik hihihi.. sampai sekarang kita orang masih berkongsi cerita macam dulu .. susah senang sama².. cuma dah jarang jumpa jer ... banyak berhubung dekat fb, sms atau wassup ... 




Bicara Hati : 9 Jun bestday boboi lah pulak hihihihi .... bulan jun yang penuh dengan saat indah, insyaallah amin...














Selasa, 1 April 2014

Satu Dalam Beribu .. Terima Kasih Sahabat


Ada rombakkan besar² dalam kelas, memasing muka toyekkkk .. cikgu ni kenapa suka buat macam ni tak sukalah.. tak sukalah.. nanti tak boleh borak dengan geng, amboi kemain ko kan ada geng yer kat sekolah .... padahal masa tu baru darjah 6. Sinonim sangat cikgu sekolah dulu² zaman saya.. tak tahulah sekolah lain, tapi sekolah saya tu cikgu suka tukar²kan tempat duduk kalau yang suka bersembang ni .. kalau perempuan dok sebelah lelaki.. kalau lelaki duduk sebelah perempuan ... motipnya nak kurangkan bersembang dalam kelas... hahaha berjaya jugak objektif tu tapi selalunya 3 hari jer.. lepas tu ok jer.. baik lelaki baik perempuan ... boleh aja borak.

Tapi syukur sangat² dalam part ni barisan kami 3 perempuan 1 je lelaki .. ada 4 meja .. yang lelaki tu pulak sebelah kanan saya .. memula tu cam eeeee.. kenapa cikgu bagi dia duduk sini ni .. dah lah dia nakal suka buli orang .. tak sukanya .. mujurlah hanya sekolah kebangsaan sahaja ... tapi paling best kawan yang cikgu tukarkan sebelah kiri ... yupsss.. yang sebelah kiri tu... percaya tak hikmahnya sampai sekarang kami jadi kawan baik .. iye .. kawan baik .. walaupun dah beranak pinak.

Fuhh kemain panjang mukadimah koo yer masya .... satu²nya sahabat saya daripada dulu, kini dan selamanya ... kamu sangat² memahami jiwa ini, pandanganmu, nasihatmu .. sentiasa menjadi pendengar yang setia ... apa jua yang kita kongsikan bersama susah senang dulu² sampailah sekarang punya haluan sendiri.. punya keluarga sendiri, tapi masih berhubung .. tambah² punya pelbagai cara untuk memudahkan kami berkomunikasi .... kamulah yang banyak menjadi pendengar setiaku .. apa jua masalah yang ku hadapi .. terima kasih kawan kerana sampai sekarang sudi mendengar keluhan hati ini ...




Baru belajar² print screen, memorinya gambar masa kat klcc tu kan, pergi naik putra .. ko lah penunjukk arah ... sakan bergambar .. lepas tu nak cuci jenuh tengok filem mana satu gambar yang cantik.





Kalau nak cerita pasal ko kat blog ni rasanya 4 hari 4 malam 4 page pun tak katam kot, sebab banyakkkk sangat nak ceritakan ... ko pun tahukan zaman² kita lepas spm dulu nak cari kerja.. kerja poyo² jer kat hotel bajet jadi pembantu tukang masak, kunun² nak mintak pembantu kemas bilik .. jadi pembantu tukang masak pun okey... yang penting dapat gaji .. ko lah yang banyak bagi nasihat masa kita nak kawin dulu, kata² ko.. buat kita bersemangat tq jie .. tq sangat² ... bila kita redha dengan hati insyaallah allah akan berkati setiap yang kita lakukan.




Selamat hari lahir sahabatku jie pada 1 April moga dipanjangkan umur... diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki ... terima kasih kerana menjadi sahabat yang cukup memahami diri ini, rindunya nak jumpa.. nak peluk sakan.. nak borak sakan ... isu semasa pun bleh jadi bahan .. nasi lemak pun boleh buat gosip kikikikiki ...>_____<






Bicara Hati : Tiada istilah april fool ....





Rabu, 26 Mac 2014

Cpuv Bulan Mac Sedang Rancak Berzumba



Tajuk tak menahan krikkk .... krikk .... krikkk ...



Alhamdulillah ini jelah rezeki yang tinggal mac ni.. yang lain semuanya dah kredit sob sob sob ... syukur alhamdulillah semalam dapat cpuv baru (^______^)v









Jumaat, 21 Mac 2014

Hadiah Bertuah Buat Blogger Yang Bertuah


Saya tak perasan yang entry ni terperam dalam draft, ingatkan dah publish ... masya² ... kemain lagi ko bizi kan .. sampai terlepas pandang entry ni .. ampun.. ampun sesangat. korang ingat tak saya pernah buat entry ni http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2014/01/semalam-yang-biasa-sahaja.html dan entry http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2014/01/hadiah-bertuah-masih-tiada-pemilik.html

Sebab saya dah memang niat.. dan hadiah pun dah ada.. jadi saya kenalah tunaikan ..... sebenarnya saya niat kalau ada pengomen ke 31, tapi sebab takda yang sudi komen lagi .. (maklumlah saya pun kadang malas nak komen juga) saya amik pengomen yanggggggg paaaalllliiinggggggg awal sekali .. bukan apa nak memudahkan kerja .. takut amir takmoo bagi kerjasama je kalau soh dia cabutkan... lagi² bila kami duduk kampung ni... memang masa terhad sikitlah .. nak buat itu ini.





inilah hadiah yang saya nak bagi tu.. apa dalamnya?? adalah.. rahsia.. tunggu sampai pada penerimanya yer.. hihihihihi >____<


Dan pemenang yang bertuah ialah sila scroll sampai bawah....

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



Tahniah mama ...... mama nanti emailkan kat saya alamat tau .. nowzyana@yahoo.com .. 




Bicara Hati : Tak sangka ada rezeki menang giveaway blog yatie.. lama tak join.. masih ada rezeki menang.





Rabu, 19 Mac 2014

Ole-ole Beli Di Petrosains

  


Sebab hari ni ww, meh nak tayang ole² sikit hihihihihi ... nanti kita cerita lagi panjang yer... 





FM Petrosains dan Baju Warna Ceria 















Khamis, 13 Mac 2014

Mana Nak Order Quilling Art Yang Cantik









Simple tapi sangat² cantik dan kreatif .. itulah yang boleh ku gambarkan, aku?? nak buat .. ermmmm alamatnya terseliuhlah jari tangan nak ku quill kikikikiki .... ;p




Alasan² ... nak menjahit pun tak terjahit²... apatah lagi potong kain, ntah tak tahu mana hilangnya skill tu semua .. sejak asyik pegang kalkulator kot ... tu yang tetiba minat ni hilang ... hilang gitu jer ...... bukan tak minat, tapi tak di mulakan .. lepas tu pulak ... sibuk .. sibuk .. sibuk ... sudahnya .. langsung tak menjadi. Bila nak mulakan balik .. takda pulak yang nak bagi semangat .... tu kelauttt jer ... ehem.. ehem.. tapi baru ni dah potong kain buat shawl hik hik hik ... nanti story mory lain kali eh.




Cantikkan corak bunga ni, ni kawan saya buat .. dulu dia satu opis sekarang dah kerja tempat lain ... jujurnya saya minat sangat² quilling² macam ni ... sebab tu lah saya order super duper FM Comel² khas buat pembaca blog saya ... pada yang dah dapat tu tahniah yer... pada yang belum dapat lagi.. insyaallah adalah rezeki tu.. saya tempah khas memang untuk 2014 sahaja.











Alhamdulillah ini yang saya tempah .. khas untuk pembaca blog saya (cam ramai no yang baca blog suam² neslo ni), tapi saya order daripada rakan alam maya .... sebab rakan alam nyata saya tu bizi huhuhuhu .... takmoo layan ... cantik tak?? cantik tak???? ni semua khassss untuk pembaca blog saya.. sepanjang 2014 saya akan berikan.. setakat ni dah bagi 3 orang ... 




Mana saya order quilling fm yang cantik² ni?? hah!! korang mesti teruja kalau tengok blog art dia.. super duper cantik².. korang request lah nak macam mana pun.. mesti di layan punya .. tapi harga berbaloi²lah dengan apa yang korang nak kan.... tuan yang yang tangan kreatif punya 3 askar ni ialah cha si hijau cantik atau pun blog art dia orencantik.blogspot.com












Rabu, 12 Mac 2014

2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU



Sebagai tanda sokongan saya nak join.. saya nak join.. macam best jer, macam menarik jer.... jomlah ramai² memeriahkan blog yatie ni .. yang rajin komen kat blog saya hihihihihi (^_____^)v


Kalau berminat klik pada bena yer .. jom lah join memeriahkan... sebelum tamat tempoh
5 Mac sehingga 12 Mac 2014

Saya taq 3 orang blogger ni dan semuaaaaaaa yang membaca entry ni hahahaha  :

Nad mamaZN
Cha Hijau Cantik
Fasya mama tembun qisya 


Nak tahu hadiah apa klik sini.. hadiah² menarik yang bakal dimenangi....



fuhhh yang lama dan jarang dah join GA 























 

Selasa, 4 Mac 2014

Cara Menghargai Anak Seusia Amir



Berapa banyak entry penghargaan nak buat .. walaupun tajuknya kadang² berbeza² isinya lebih kurang sama, biarlah lagi banyak saya luahkan.. lagi saya nak amir tahu.. bila dia baca blog ni .. ibu sangat² menghargai kehairannya dalam hidup ibu. Ibu bersyukur sangat²...


Hari ini amir saya paksa bercuti, dengan erti kata lain ibu cutikan dia... sebab amir tak sihat (kemaluan dia sakit nak kencing .. nani ada kesempatan saya up entry ni) ... saya tak pasti kenapa.. tapi sejak hari ahad amir ngadu sakit dan susah nak kencing.. alahai.. jadi hai ni saya tak bagi dia pergi tadika.. suruh berehat kat rumah embah.. embah jagakan.. harap sangat tak melarat.


Saya tak tahu orang lain ... tapi cara saya hargai anak² seusia amir ni mudah sahaja ... saya suka kalau apa yang saya suruh dia buat atau pun kalau amir buat sesuatu dan berjaya siapkan sesuatu .... saya mesti nak bagi penghargaan .. walaupun cuma cium kat pipi hihihihihi .... 





Baru² ni cuti hujung minggu banyak sangat² cikgu bagi kerja sekolah ... boleh dikatakan ada 2 buku dan 3 helai kerja .. semua pun kena siapkan ... mujurlah hubby sabtu kerja, jadi mudahlah saya kemas rumah dan lepas tu terus tumpu mengajar amir ... biasalah kalau tak ibu kat sebelah mulahlah diakan.. kalau mewarna semua sama warna .. kalau menulis suka nak cepat siap.. sudahnya macam² bentuk ada.




Pagi tu dah sarapan isi telur mata letak mayonis, petang pulak amir nak roti letak telur hancur berkicap.. saya layankan jer.. kira macam upahlah dah berjaya siapkan semua kerja sekolahkan... sebenarnya saya lagi suka amir yang mintak dia nak makan apa.. tenghari pulak nasi dengan telur hancur kicap... menu sokmo ada telur huhuhuhuhu .... yang penting amir kata sedapnya ibu.. sedapnya..... 




Sebenarnya amir dah lama mintak ajak pergi fun fair jumaat malam sabtu baru ni kunun nak pergilah.. sekali fun fair tak bukak tutup huhuhuhu .. cian dia.. mujurlah sabtunya petang hubby ajak pergi giant main moor ni dia nak .... sebelum maghrib layankan dia dulu .... kira macam ganjaran lah jugak dia dah siapkan kerja .. kami bawaklah jalan² makan².. tak dapat main fun fair ini pun okeyy...




Bicara Hati : Dalam usia 6 tahun ni .. kalau boleh nak ajar amir riadah yang ada aktiviti sikit nak kurangkan ke kawasan mall .. tapi jerebu lah pulak sekarang ni .. nak tak nak ... aktiviti kat luar rumah kena kurangkan... jadi ke mall jugaklah.








Jumaat, 28 Februari 2014

Suprise - Kek Pandan


Wehhhhh buhsannya .. tengahari ni nak makan apa?? kunun²lah kemain korangggkan berlakon lebih .. padahal sehari sebelum tu dah bagi tahu nak makan kfc bungkus jer.. makan ramai² kat opis ... hihihihihi .. beli set jer pun ayam 9 ketul, lepas tu amiklah macam biasa kentang putar dengan coslow tu .. paling penting ade cheese wedges ... oklah sesi pergi beli bungkus kfc kerjaan aku le tu .. dengan sorang lagi kakak kat opis ni.. memang pembawa amanah... kata ada orang nak belanja kan.. jadi oklah .. lunch terus berdezubb pergi.

Dah beli bungkus kfc pulak .. kawan opis ajak singgah 99 kemain beli barang banyak.. lupa yang pergi ni 2 orang jer pun untuk stok opis hahahahaha .. dah balik opis baru pikir camne nak masuk opis ni banyaknya barang .. sape nak angkat ni, call kawan sorang lagi amik barang² kemain lagi ... selamba jer.. berlakon katanya kan.. amik barang² tu hahaha .... angkat selamba jer .. macam takde mende pun berlaku.

entry ni kira sambunga daripada entry http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2014/02/suprise-kek-ulang-tahun-kelahiran-yang.html




Kek pandan berlapis super duper yummmi .. jadi bahan hari tu.. masuk² opis pergi jer dapur opis .. suprise...... nampak kek ni .. uwaaaarrrrrrr korangkan memang pandaikan berlakon ... muka selamba jer ... kunun².. aku yang kene pergi beli kfc, lepas tu korang pakat beli kek .. padahal kedai kek dengan kfc ni tak jauh pun selang 3 kedai hahahaha .. mujur aku tak singgah kedai kek tu beli roti kegemaran amir, dan yang musykil sangat ni .. pasal ape aku tak nampak kereta korang eh... @#$%^????? seyessss.. nampak tak disitu aku hanya fokus kelaparan nak makan kfc sampai tak toleh kana kiri dah hik.. hik.. hik... kalau boleh nak cepat balik opis nak makan ...






Terima kasih semua memeriahkan majlis super duper suprise ini huhuhuhuhuhu .... memang gegirl tanjat sangat² tengok kek siap ada belon hahahaha .... kemain kan.. padahal umur dah 31 tahun pun ... dan macam biasalah hari lahir aku kan sama dengan kak kam ... jadi meh potong kek sesama hihihihi .... walaupun umur tak sama .. yang penting sama tarikh .. kadang² perangai pun lebih kurang jer wengg nye.. walaupun kak kam lebih berumur kan.






Tok dalang majlis tu yang tudung putih dan yang tudung kuning tu .. super duper bijak² korangkan.. pandai berlakon hihihihi ... apepun terima kasih tau sob .. sob .. sob ... terharu dibuatnya tau ... jadinya hari tu lepas makan kfc kami makan kek pandan ni yang super duper sedappppppp ..... walaupun dalam gambar macam tak cukup korum .. tapi belakang tabir tu kemain ramai korang jangan tak tahu... ada yang tak interframe hihihihi ..;p



Moga persahabatan ini berkekalan walaupun adakalanya suasana di opis ni sering mencelarukan kitakan ... yang penting kita happy dengan kerja dan siapkan kerja kita tanpa menyusahkan orang lain.






Bicara Hati : Korang rasa dapat tak sama² sambut lagi tahun depan, harap² adalah rezeki berkumpul bersama lagi.












Selasa, 11 Februari 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014



Tetiba nak join GA pulak hari ni.. sebelum terlambat, walaupun setiap tahun join tak pernah menang.. tapi sebagai tanda sokongan pada ina saya nak join jugak memeriahkan GA ina ni .. jomlah kawan² join jugak.. hadiah super duper meletopp... best² tau, rugi tak join. Klik jer dekat bena yer kalau nak join.





Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)








Khamis, 6 Februari 2014

Dapat Hadiah Lagi Servis Di Proton Terbaik




Sepanjang hampir 5 tahun dengan kereta proton mpv ni, kami memang selalu servis kereta kat pusat servis proton sendiri ... belum pernahlah servis kat bengkel lain .. walaupun orang kata cas dia mahal .. tapi kami berpuashati .. dengan harga yang kami bayar .. belum pernah dah servis dia buat hal .. alhamdulillah ..... syukur sangat².


Saya tak tahulah orang lain, tapi ada yang kata .. kalau stakat nak tukar minyak hitam kat bengkel pun boleh huhuhu.. saya diam jer, tak berani nak cakap lebih² sebab kalau servis kat proton ni memang ada buku dia ... dan jadual meter yang dah digunakan.. jadi lebih mudah nak servis kereta .. tidaklah main agak² jer kan... 






suke dengan hadiah baru ni daripada proton .. tukar minyak hitam baru ni dapat ni .... cantikkan dia macam cawan tapi ada tutup... bergetah ... 



Hubby dia memang banyak mulut sikit, orang terlebih peramah hihihi .. bila tukar minyak hitam selalu dia suka cakap takda barang free ker?? orang proton ni pulak pesen kalau kita tak cakap dia memang tak bagi tau... dia orang amik barang tu hihihihi ... jadi bila hubby tanya barulah dapat barang ni .. dah banyak jugaklah koleksi barang syntium ni kita orang dapat ... antaranya ada saya buat entry beg sandang, beg balik kampung dan yang terbaru Bekas Mangkuk Tingkat Moden.

Inilah salah satu sebab kenapa suke servis dengan dia orang hihihihi ... lagipun apa² hal kene booking dulu kalau tak ramai orang nak servis kereta payah .. lama menunggu, kalau dah booking senang.




Bicara Hati : Silap² bukan buat air dalam bekas ni, buat pasu bunga hihihihi .. comelnya... siap ada gambar senyum² kenyit mata.











Khamis, 30 Januari 2014

Hadiah Bertuah Masih Tiada Pemilik



Tajuk kemain lagi tak menahan kan, ramai dah cuti agaknya hari ni .. jalan raya pun dah tak sesak.... pakat² ramai dah balik kampung agaknya.... sekolah pun banyak dah cuti (sekolah hubbylah tu .. huhuhu.. jelsenya).

Mood nak buat kerja pun ntah hilang kemana² hala lah ni, cpu tak okeyy lagi ... mujurlah takda kerja urgent sangat... tapi bila datang kerja meja kosong tanpa cpu.. rasa semacam jer...

Oklah sebenarnya nak reminder jer ni hihihihi... saya masih lagi mencari pengomen tegar diblog saya ni.. yang ke 31 dalam entry ni... sebab masih belum ada pemenang lagi.. kalau sampai minggu depan takda pemenang nampaknya saya akan berikan hadiah ni pada yang terpantas komen sahajalah.. hihihihi.. jangan marah.... 

opssss..... hadiah tu tidaklah segah mana .. cukuplah sebagai tanda penghargaan buat rakan² .. harap sudi terima .... kita tunggu sapa yang menang.

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

opsss.. pada yang dah komen saya ucapkan terima kasih... semuanya.. kalau ada rezeki lebih memang nak bagi lebih.. tapi saya ada satu sahaja... hadiah ni ... buat bakal pemenang dalam ni bukan bekas kosong ada sesuatu yang indah di dalamnya khas buat yang bertuah... harap sudi terima. >___<

















Jumaat, 24 Januari 2014

Semalam Yang Biasa ² Sahaja



Semalam patutnya ada entry autopublish .. tapi sebab tuan tanah kedaung ni hari sebelum tu bizi .. lupelah pulak nak klik autopublish tu hahahaha .. faktor umur .. faktor umur....

Nak dijadikan cerita semalam memang cuti sebab nak renew lesen, renew lesen?? apakah maksudnya .. hihihihihi.... sampai nak bercuti, tak payah nak amik risiko .. memang selalunya cuti pun pada 23 januari setiap tahun..  dan yang menjadi confuse dimana² pun hari lahir di surat beranak dan dan di ic ku tidak sama .. jadi dah terbiasa kot kena denda tu... sebab tak renew ikut tarikh yang sepatutnya ... tapi dah kenapa pejabat pos tetiba kata ' akak kene refer jpj ni' sebab tarikh lahir akak tak sama dengan ic .. adehhh.. jangan macam² dah pukul 9.15 pagi baru nak pergi jpj memang taaaakkkkkkk lah kan, ok fine .. pergi pejabat pos lain.. fuhhh okk jer dia renew.. kalau tak tak memesallah semalam kene pergi jpj ... renew lesen yang macam ic tu yer.. nanti²lah tak wajib pun lagikan.. kan..


Sempat order cheese cupe cake oreo .. fuhhhh sedappnya ... amir makan 2 ketul tak cukup .. 'ibu .. nanti buatlah .. lagi' anakku sayang ini ibu beli.. kalau ibu tau buat .. ibu dah buat hihihihi  >_____<




Penuh rasa nikmat .. penuh rasa kesyukuran ... alhamdulillah di berikan rezeki ini, diberikan peluang ni .... moga semuanya dibawah limpahan keberkatan. Amin .....




Akhirnya tuan tanah nak interframelah jugak hahahaha ..... Alhamdulillah .. rasa syukur ku panjatkan moga diberikan kesihatan yang baik, alhamdulillah dah mencecah usia 31 Tahun ... Dalam usia yang sebegini saya mengharapkan agar perubahan secara perlahan² ke arah aura positif dan menjaga batas² aurat dikalangan keluarga yang bukan muhrim ... yups.. mungkin selama ini saya menghormati mereka, tapi.. hukum tetap hukum.. yang mana dilarang tetap dilarang terutama bab bersalaman ..... Dan moga dimurahkan rezeki, moga semuanya baik².. apa jua yang allah aturkan.. saya percaya itu adalah yang terbaik buat saya .... Amin




Bicara Hati : Saya mencari pengomen tegar yang ke 31, sempena ulang tahun kelahiran saya.... di entry ini .. hadiah misteri menanti .. jangan harap yang gah² sangat yer.... Cukuplah apa yang saya mampu.


















Rabu, 22 Januari 2014

Hadiah Kejutan Buat Pembaca Setia Blog Masya



wuhuuuhuhuhuhuhuhu.. suprise hari rabu, selalunya spontan di hari khamis jer kan... kali ni sajalah nak buat suprise kat pembaca blog masya ni, orang kata ada rezeki lebih sama² kongsikan .... 

Rasanya sebelum ni pernah buat entry saya mencari url tertinggi yang membaca blog saya ni pada akhir Disember, tapi masa saya klik tu tak jumpe pun semuanya daripada google.. selalunya adae 3 4 orang .. paling tak pun sorang ... agaknya semua bizi kot bila saya cek² jer takdooooo ...

Jadi sebab dah berjanji tanpa sedar ... dan dah niat.. mestilah saya tunaikan. alhamdulillah kali ni saya print screen ada .. kiranya ni masuk minggu kedua berturut² ada nama blogger ni.. terharu dibuatnya... Terima kasihn sangat² awak sudi singganh blog picisan saya ni.. walaupun awak jarang tinggalka kome.. tapi sayna tau awak datang hik.. hik.. hik...


Hadiah yang saya nak bagi ini sahaja pun, harap sangat blogger tu sudi terima.. dalamnya??? haruslah ada macam² suprise hahahahaha .... dan blogger yang bertuah tu .. bolehlah tengok namanya scrooll bawah eh...


v

v

v

v

v

v

v

v



Terima kasih Eida nanti emailkan alamat yer.. kat nowzyana@yahoo.com atau tinggalkan alamat kat ruangan kome pu takpa.. sayna tak publisnh... terima kasih sebab selalu jadi url yang tertiggi kat blog saya ni.. mesti ramai pembaca blog eida kan.. kan.. kan.. (^___^) Tahiah eida ... sebenarya ada lagi hadiah² misteri isyaallah khas buat pembaca blog masya ..






































Isnin, 30 Disember 2013

Bekas Vitagen Baru Sempena Tahun Baru




Yeahhhhhh ... dapat bekas baru beli 3 vitagen hihihihihi .. manyak syoklah vitagen ni, asal beli jer dapat bekas free .. asal orang vitagen datang jer.. dah tanya awal² ade bekas free tak hahahahha .... sinonim betul .. asal muka masya muke vitagen kan².. 

Tuan tanah banyak bizi .. nak melawat kawan² pun tak sempat hari ni huhuhuhuhu ..... esok kalau sempat kita singgah eh ... layannnnnn .....







Khamis, 26 Disember 2013

Buku Mini - Mudahnya Menjemput Rezeki



Baru² ni saya ada beli barang, barangan kesihatan ... boleh dikatakan banyaklah jugak saya beli barang .. tak sangka pulak tuan penjual tu nak bagi saya buku mini ni, seyes .. saya memang nak beli .... sangat² buku ni, tapi masa tengok hari tu .. tak bawak duit lebih jadinya tak jadilah saya membeli .... orang kata kalau dah rezeki tak kemana² .. alhamdulillah syukur sangat dapat hadiah ni .. tak kisahlah walaupun mini yang penting manfaatnya ...

Sesungguhnya dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan tidak terhitung jumlahnya.
Jadi berusahalah untuk memperolehi rezeki itu .. amin .. mga rezeki yang diperolehi sentiasa di berkati.




Antara isi kandungan di dalam buku mini ni, tapi saya punyer mini jadi tak semua isi kandungan ada .. tapi saya suke sangat sebab isi kandungan dalam ni yang saya miliki ni .. bagus jugak bermula daripada bab 4- Kaitan Antara Usaha dan Rezeki. Bab 12 - Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat.




Kalau baca keseluruhan isi kandungan ni memang menarik sangat² ... walaupun buku saya ni mini tapi ada banyak jugak bab yang terkandung kat dalamnya selain 2 bab tadi saya juga dapat bab 22, bab 33, bab 37, selain iu jugak ada info tambahan huraian mengenai mengapa rezeki saya sempit, strategi melunaskan hutang, melunaskan hutang dengan strategi sedekah, bagaimana menjemput rezeki dengan surah al-fatihah dan banyak lagi .....


Tak berani nak janji akan kongsikan info lain dalam buku ni, sebab ada jugak buku yang saya dapat daripada kawan² blog saya tak sempat² nak mengarang reviewnya huhuhuhu ... tapi saya dah baca buku² tu ... seronok sangat dapat tambah baca koleksi baca macam ni ... 

Kalau ada rezeki .. insyaallah nak beli jugak buku ni satu .. yang penuh isi kandungannya, sebab yang ni mini jer.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...