♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 23 Disember 2013

Home » , , , , , » Rindu Semakin Menebal

Rindu Semakin Menebal



Berat hati nak buat entry ni, macam sebak pun iyer jugak bile mengenangkannya ..... apa jua yang amir buat sepanjang 20 hari ni dengan ayah di rumah mahupun berdua dengan saya mesti dia akan sebut nama kawan² dia kat taska.

Memang dia betul² rindu kawan² dia tau ... saya rasa 4 tahun dia duduk rumah ibu pengasuh, siap ada kawan² kat situ .. tapi tidaklah macam ni pun .. walhal dia baru setahun sekolah dan duduk kat taska .. tapi dia punya rasa sayang .. dan rindu dengan kawan² dan cikgu sukar saya nak gambarkan... memang setiap hari ada jer cerita.

Mengaji macam biasa lepas maghrib, menghafal surah² pendek .. tiba² .. ibu yang mana surah al-qadr, hari tu wafi baca surah ni kan kat pentas .. ibu ingat tak, ya allah masa mengaji pun dia ingat kat kawan² dia ... apatah lagi waktu makan, asal makan jer .. ada jer nak cerita ini makanan kegemaran kawan ni .. kawan amir suka makan ini .. ibu tahu tak ... iyer ibu tahu .. jauh disudut hati amir rindu sangat² dekat kawan² dia ... tapi dia tak pandai nak cakap.. atau nak ucap rindu.. jadi dengan cara ini ibu paham amir meluahkan rasa hati dia... bergenang air mata tau kalau amir sebut nama kawan² dia.. rasa macam berdosa jer... berhentikan dia kat taska tu . tapi dia jugak yang tak moo dok taska alahai anak²...



Sebagai melepaskan kerinduan dengan kawan² nak menunaikan permintaan anak bujang ni hubby dan saya sepakat bawak naik komuter, dari klang ke pelabuhan klang .. pergi balik naik komuter yang sama .. hahahahah .. (kooo mampu ... pergi tak jauh mana pun) seyes teruja dia .. walaupun dalam komuter tu bercerita dulu amir naik dengan kawan² kat kerusi ni lah ibu .. kerusi panjang macam ni ....

Alahai anak² ... luhurnya hati kamu, berkali² dia ucap terima kasih .. berulang kali dia ucap seronokkkknya dapat naik komuter hari ni ... seronokkan jadi kanak² ni .. hatinya suci tak perlu nak berserabut memikirkan hal² yang tidak².. dunianya sentiasa indah.

Layan gambar ni dulu .. nanti story mori lagi gambar² naik komuter eh. (^___^)v








15 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...

Amirbudak bijak dan baik, sebab tu sentiasa ingt kawan2nya.. :-)

Falsya berkata...

Betul rindu amir kt kawan2 die..

Fiza Rahman berkata...

Siannya amir. Bawak lah gi taska jap jumpa kawan2. Lepas sket rindu nya.

jamilahamzah berkata...

hai, saya nak baca ni pun terasa sebaknya... erm, anak saya kat taska baru tu pun masih belum dapat nak sesuaikan diri lagi... dah dekat sebulan dah ni... bulan depan adiknya plak masuk taska baru.. tu lagi risau..

Ibu Lala berkata...

Adoiiii. Terharu dgr luahan hati anak anak kan. Rs nak meleleh air mata ni.knp dia x nak tadika situ dah. X pe. Tahun depan dapat la kwn baru tu..

Ujie Othman berkata...

betul2 rindu kat kawan tu. yana kena rajin main2 dgn dia kot, jadi kawan2 dia..

Unknown berkata...

tak ucapa RINDU, tapi hari-hari cerita hal yang sama. rindulah tu. sama macam saya. rindu orang. tapi tak ucap rindu. cuma, selalu bercerita dan ingat pasal orang tu.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Sifat setia kawan budak2 ni ikhlas Masya.. tu yg rindu semakin menebal... begitu juga dgn anak akak nabil selalu jugak sebut nama kawan2 nya bila teringatkan sesuatu :)

Nora Karim berkata...

alahai amir... bergenang air mata auntie... rindu sgt dia pada kawan2 dia tu...

Unknown berkata...

sebak jugak ni dear.. huhuhu.. syok jugak yer skali skala jenjln naik komuter,. penah gak naik komuter dari sentul ke port klang ngan hubby. :)

nurbijen berkata...

Alahai, saya yang baca pun tumpang sebak.. apatah lagi mama yg duk dengar cerita Amir hari-hari :(

eita berkata...

dah lama berkawan mesti lah teringat jugak...

wanie amerie berkata...

Assalam..lama x jengok blog ni..

Tuan blog apa kabar..
Kesiannya amir..rindu sgt ler tu dgn kwn2 die..sedey plak rasa kita yg membaca ni..huhu

sal ya berkata...

alahai amir!!! anak saya pulak dah bayar duit tadika baru ckp nak tukar tadika lain. fhening!!!

Puan Kutu berkata...

mungkin sbb amir keseorang dirumah tu yg rindu sgt2 kt kawan2..klu ada kawan bermain mungkin kurang sikit rindunya..sabar ye amir.doa byk2 nti kt tmpt baru dpt pengganti kawan2 yg lebih byk..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...