♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 5 September 2014

Home » , , , , , , , , , » Pengalaman Hantar Mertua Ke Tabung Haji Kelana Jaya

Pengalaman Hantar Mertua Ke Tabung Haji Kelana Jaya



Assalamualaikum .... tak semua orang berpeluang dan merasai nikmat dan rasa kesayuan ini ... mujurlah kelana jaya bukanlah jauh sangat lokasinya daripada rumah kami (tapi tu pun ketaq lutut bawak kereta)... hahaha .. memang takkkklahhh nak drive kan, shah alam pun sesat barat lagi hik hik hik hik ... >___< ni kan nak ke kelana jaya.

Ok kalau sebelum ni dah cerita kenduri kesyukuran untuk mertua sebelum pergi haji , kali ni nak kongsikan pertama kalinya ke kelana jaya pulak hantar mertua pergi haji. Sebelum ni atuk atau embah pergi ataupun saudara mara yang pergi .. saya memang tak pernah hantar ... salunya kat rumah jer.. orang lain yang pergi .. tapi kali ni fil dengan mil pergi saya pun hantar sekali.


Pengalaman pertama kalinya hantar pergi haji ke kelana jaya.... saya rasa korang pun patut pergi walaupun takda nak menghantar orang tau .. saja cari pengalaman .. tengok orang lalu lalang .. tengok prosedur penghantaran, tengok prosedur macam mana ... nanti ada peluang memang nak pergi dah tau dah ... tidaklah macam kami ni... terkulat² dibuatnya...


 Hubby kan kursus, patutnya terus pergi jumpa kat kelana jaya, tapi hubby balik petang tu kat rumah mak suprise sangat .. hahahaha ... dia kata kelas malam skip pun takpa .. nanti belajar dengan kawan sebab bab tu tak penting .. betul jugak ... hantar mak dengan bapak lagi penting, peluang datang seumur hidup sekali dan bila hantar daripada rumah nak pergi haji ni sayu dia lain macam.. perasaan dia semacam ....




Malam tu memasing adik beradik dah berkumpul daripada petang, sempatlah maghrib jemaah bersama .. sempatlah jugak baca yassin adik beradik ... kemudian ada sedara mara jugak yang datang nak hantar ke kelana jaya, mak dengan abah saya pun hantar jugak .. naik dengan kami .. tapi last minit hubby kena bawak kereta jugak .. cian hubby sebab ada sedara mara lain nak hantar ke kelana jaya tapi takda kereta .. takpalah ... saya, abah, mak dengan amir naik dengan pak cik saya (sebab saya ketaq nak drive).



Ni beg mil dan fil, yang kuning ni memang tabung haji bagi .. yang besar tu beli sendiri ... kain sarung malaysia tu jer tabung haji bagi ... semua pun akak ipar yang siapkan balut² ... saya tak sempat tolong, tau² dah siap nak bermanga huhuhuhu ... sebab yang beg besar tu nanti nak letak kat kargo ... mil dan fil akan turun di madinah dulu buat umrah dala 7@8 hari baru lah ke mekah.





Sebelum gerak sempatlah kami anak beranak bergambar .... kalau tak silap dah 9.30 malam .. kami gerak dalam pukul 10.00 malam .. sebab takut berhimpit ramaikan, maklumlah jemaah yang turun kat kelana jaya pun ramai ... tu pun kami sampai 10.45 dah ramai.. parking sesak ... yang pendaftaran 9 malam baru nak gerak daripada dalam bas ... elokk jer bas bersusun. mil dan fil kalau ikutkan pendaftaran pukul 1 ... korang boleh bayangkan betapa lamanya kami menunggu .. tapi percaya tak.. tak rasa lama pun sebab kami borak² .. tengok suasana keliling macam² kerenah orang ... masuk² jer disambut dengan jualan buih belon dan macam² jualan lagilah ... meriah sangat. Dalam pukul 12.00 lebih dia orang umumkan ... ada kena serahkan borang pengesahan lepas tu amik beg dan taq untuk letak kat beg ... panjang sangat beratur, adik² ipar yang beratur amikkan untuk mil dan fil.




Kami gerak dalam suasana yang cukup sayu .. lagi² masa abang ipar laungkan azan ... ya allah sayup² jer tau sebaknya .... masa kat rumah mil tu, mil dan fil naik van dengan abang ipar ... hubby bawak kereta, saya dengan abah satu kereta, adik² ipar satu kereta , ipar duai ada 2 kereta .... kiranya 6 kenderaan jugaklah gerak malam tu ... sampai sana memasing berpecah cari parking ... sebab terhad sangat² .. dan memang sesak .. kami pun dapat tempat parking yang bayar rm5 hinggit... mujur sekali bayar, kalau sejak harga tu .. naya jer ....




Ni masa dah di umumkan jemaah boleh mula beratur untuk masuk kedewan .. memasing dah berjujai air mata ... bersalam peluk cium, tapi macam biasalah masya dia cool kunun² cover comell takmoo nangis depan mil .. amik candid sana sini .. ermmmmm cayalah sambil amik gambar sambil kesat air mata .. touching sangat .. camnalah lagi 4 tahun nak hantar mak pulak dengan abah nanti ... masa taip ni pun , air mata dah bergenang .... 



Lebih kurang pukul 1 lepas diumumkan masuk kedewan, kami  hantar mil dengan fil masuk kedewan, saya, mak dengan abah balik ... dulu sebab amir dah mengantuk sangat .... esok nak sekolah ... masuk² kereta terus tidur .. hubby tunggu sampai mil dengan fil masuk dewan dengan adik beradik yang lain .... alhamdulillah dipermudahkan semua urusannya ... laluan nak kedewan pun tak susah .. tapi memang sesaklah sebab bukan jemaah jer yang beratur .. anak² yang nak menghantar pun beratur sama ... tu yang jadi sesak .... laungan di corong² pelusuk dewan dah macam kat mekah .. memang terasa sangat panggilan hajinya .. cuma sebab penerbangan ni yang terakhir (penerbangan ketiga) untuk malam tu jadi macam tak berapa nak teratur sangat .. memasing dah kepenatan agaknya urusetia .... sebab akak ipar kata macam berterabur sikit bila jemaah nak masuk dewan dengan nak tarik beg ... kesian kalau tengok orang² tua nak menarik beg .. sebab masa ni anak² tak boleh dah nak ikut.

Apapun semuanya berlaku secara perlahan dan teratur .. hubby kata sampai rumah pukul 2 lebih, kiranya tak jauh bezalah dengan kami sampai pun ... alhamdulillah dipermudahkan semuanya .. moga mil dan fil mendapat haji yang mabrur. 31 Ogos baru ni fil ada call alhamdulillah semuanya sihat kat sana ... kalau ikutkan hari ni dah seminggu lah mereka kat madinah .. insyaallah lepas ni ke mekah pulak.




Bicara Hati : Moga satu hari nanti .. kami juga akan berpeluang kesana ...






13 ulasan:

Lynda Che Lah berkata...

pengalaman Lynda hantar MIL juga..3 tahun dulu kalau tak silap..lepas Maghrib dah bertolak dr rumah..
tunggu kat Kelana Jaya sampai 3 pagi..
Tp keluarga MIL kecil..so..tak rasa sgtlah meriah mcm Yana..
hehe..

PERMATABIRU berkata...

pengalaman tu..kalau dapat ke sana lg indahnya..kan

Kakzakie Purvit berkata...

Moga PIL diberi kesihatan terbaik utk menjalankan ibadah di sana. Biasa di Madinah 8 hari utk dapatkan 40 waktu solat di Masjid Nabawi.. rindu dan terkenang bila lihat ini semua..

::EIDA:: berkata...

semoga semuanya selamat pergi dan balik ;))

eija_sweetmama berkata...

insyaallah amin..

k.eija pernah ada pengalaman hantar mak n abah k.eija pergi haji ke kelana jaya ni dulu, tp time tu k.eija br lps spm, mmg x berapa paham sgt tp mmg sgt² sayu mghntar org tersyg pergi jauh, masa azan dkt rumah sblm bertolak ke kelana jaya dh ngalir² air mata dah..

Unknown berkata...

InsyaAllah..

Semoga urusan mak dan ayah mertua Masya di permudahkan sewaktu di sana.. Amin~

puanstoberi berkata...

semoga mak dan ayah dapat haji yang mabrur..

akak ada pengalaman ni.. tapi, masa akak umo 10 tahun.. pengalaman dihantar ke Kelana Jaya.. tido kat Kelana Jaya.. dan dari KJ ke airport (masa tu kat Subang) dan seterusnya ke Madinah. Huhu. Akak buat haji dgn mak ayah masa tu.. tahun 1989.. walau dah 25 tahun..tp akak ingat la perjalanan dia.. lain dah skrg ni kan..

Aty Fared berkata...

alhamdulillah..ada rezki nak pergi.. semoga selamat pergi dan balik..dan selamat mengerjakan ibadah haji tuk mertua.. :)

Puan Kutu berkata...

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan..semoga dpt haji mabrur..Insyallah semoga suatu hari nti kita pula jadi tetamu Allah..:)

Fiza Rahman berkata...

Selamat menunaikan haji buat mertua. Smoga perjalana pergi dan balik dipermudahkan olehNYA.

Saya pon 1st time gi tabung haji kelana jaya masa hantar mak gi haji dulu.

SalbiahM berkata...

selalu gak hantar sedara mara gi haji kat sini.perasaan dia macam-macam..tengok orang nangis, sendiri nak nangis..hehe

LYAfrina berkata...

pernah htr mama lya pegi haji..tp masa tu lya sekolah rendah lg..mmg mcm dah berkampung kat lembaga tabung haji..mmg sesak la

- AZIE - berkata...

alhamdulillah..semoga mendapat haji yg mabrur...sy dua kali ada pengalaman, hantar mak n arwah abah g haji dan umrah..wpun destinasi sama, kota mekah..tp emosi berbeza..yg pasti masa pegi haji tu memg menangis teresak2 huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...