♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label BFF Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BFF Blog. Papar semua catatan

Isnin, 21 Januari 2013

Harga Setem Baru Mengikut Berat Surat



Sekarang ni dah ada kadar baru untuk menghantar surat, rasanya bermula tahun lepas lagi .... pada yang masih tak tahu jom saya kongsikan jadualnya.. dah kebetulan tadi saya pergi pejabat pos nak pos hadiah kawan² yang suka komen di blog saya. Harap sangat setem saya tampal tu cukup ... iyerlah nanti tak pasal pulak kawan² yang terima kene tambah bayaran kan....


Mel Bukan Standard
Hanya mempunyai 3 bentuk; bersampul, berkotak & bergulung
Bagi bersampul & berkotak, ukuran maksimum ialah 600mm x 250mm x 30mm
Bagi bergulung, ukuran maksimum ialah 600mm (panjang) x 100mm (diameter)
Tidak lebih 2kg


Kadar bagi Mel Bukan Standard :
Mel Bukan StandardSehingga to 50gmRM 0.80
Lebih 50gm - 100gmRM 0.90
Lebih 100gm - 250gmRM 1.00
Lebih 250gm - 500gmRM 2.00
Lebih 500gm - 1kgRM 3.50
Lebih 1kg - 2kgRM 5.50



Sumber : http://www.pos.com.my



Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah rujuk pada laman web pos malaysia klik jer pada link sumber yang saya sertakan tu .... moga barang kawan² semua sampai dengan selamatnya tanpa masalah, maklumlah sebelum ni pernah saya pos surat tapi ada barang dalam tu yang hilang emmmmm .... tak baiklah macam tu kan.




Bicara Hati : Balik pejabat pos sempat singgah beli cendol, kekenyangan sudahh dibuatnya....




Khamis, 17 Januari 2013

Bintang Nuffnang

  

Listen .. listen .... listen ... hahaha.. terjebak jugak .... Bintang² berkelipan .... Menyinari diangkasa sana .. macam tu ke lagu amy mastura hihihihihi .. lupa lirik pulak....

Tertanya² dibuatnya .... bile korang nak update serve .. ada nampak tak bintang macam ni kat akaun nuffnang kat sebelah kanan tu .. korang punyer bape bintang?? dan sebenarnya bapa bintang yang betul eh.. sebab rasanya iklan² kat blog tu .. memang dah letak betul hihihihihihi ..... kalau saya salah bagi tahu.. kalau sapa tahu pasal ni bagilah tahu juga kongsikan dengan saya kat komen ....



Kan saya ada bagi tahu hantar tiket kat nuffnang hari tu sebab tak pernah dapat CPUV, tapi email saya pulak buat hal .. tak boleh bukak hadoilah.. macam mane ni?? nak tukar email lain.. dah cuba hantar lagi tiket kat nuffnang kata saya nak tukar email lain tapi macam takda respon jer... takkanlah saya nak buat akaun nuffnang baru pulak kan.. macam mane pulak dengan jumlah dalam akaun ni huhuhuhuhuhu .. saboo jerlah.. haru betull... sudahnya.. tak tahulah nuffnang ada balas apa² tak kat email saya tu .... sebab nuffnang ni saya pakai email lain dan memang jarang bukak inilah bahananya...


Bicara Hati : Buntu tak tahu nak buat apa dah...

Isnin, 14 Januari 2013

Terima Kasih Nuffnang

  


Menulis dari kerana hati , kisah hati , luahan hati .. sudahnya makan hati .. hahahahahaha...... makan hati bukan sebab apa.. sebab pergi blog sana kawan update dapat CPUV baru, singgah blog sini update dapat CPUV, ada iklan banyak menari² dalam blognya dan dapat CPUV jugak.... Blog Kisah Hati sudahnya makan hati kikikikikiki .. walaupun hati memang tak elok dimakankan... kan.. kan... ;p 

Setahun jugaklah join, hasilnya memang tak pernah CPUV singgah, tapi .. kalau dapat CPUV mahu meloncat depan pc ni, tak pun kerooo tengok betul ker.. betul ke.. dapat tu .. hahahaahha ... pulak kan...


 Print screen terbaru pagi tadi daripada akaun nuffnang.
Terima kasih sangat² pada kawan² yang selalu dan sudi klik iklan² yang menari² di blog kisah hati ni .... Alhamdulillah walaupun jumlahnya belum boleh cashout tapi setiap minggu bertambah (^______^)v



Tak tahulah kat mana silapnya.. mengikut teori kawan² kenelah rajin update serve, hantarlah tiket tanyakan nuffnang (dah jugak pernah buat), UV mesti lebih 100, pernah jugak dapat .. dan inilah UV minggu lepas.. tapi iyerlah blog suam² sejukkan.. UV pun tak banyak.. tak pernah cecah 1000 pun nak update entry pun kisah hati jer.. kisah anak, kisah sukai saya jer.. manelah ada iklan sudi singgah ..... lepas tu pulak ayat sukatihati jer kann... emmm kalau ada rezeki adalah... dah kalau takda nak buat macam mane... 


Apepun terima kasih sangat kat nuffnang sebab banyak juga iklan² singgah kat blog ni.. cuma bukan rezeki saya lagi kot nak merasa CPUV.



Bicara Hati : Orang lain tak heran pun kan.. sebab dah banyak kali cashout






Jumaat, 11 Januari 2013

Selamat Hari Lahir Tok Ti

  



Selamat Hari lahir buat Dato' Siti Nurhaliza yang ke -34 tahun semoga dipanjangkan umur, bahagia bersama keluarga tersayang dan sentiasa dimurahkan rezeki .... suke sangat tengok muka siti pakai tudung litup macam ni manis jer... ayu siti pakai tudung macam ni...

Kalau melihatkan persekitaran pemandangan kawasan ambil gambar ni macam kat hospital, mungkin siti masih lagi kat hospital menjaga suaminya yang tak sihat....

Gambar² lain bolehlah tengok kat Fb akak ipar Siti, Rozi Abdul Razak , saya mohon izin kongsikan gambar ni kat sini ... walaupun tahu siti tak baca dan tak pernah tengok pun blog saya ni hihihihihi .....

InsyaAllah ... 23 Januari ni kita pulak sambut hari lahir kan.. opsss.. terbagi tahu pulak.. tapi bukanlah yang ke 34 ... ;p tapi dah menuju angka 3 jugak (^_____^)v



Bicara Hati : warna warni betul kek dato siti ... moga siti juga ceria sentiasa






Khamis, 10 Januari 2013

Suka Komen Di Blog

  


Kalau ada yang perasan dan suka komen diblog saya, mesti perasan yang saya tak publish komen kawan² bermula 1 januari 2013, motiff dan sebab musababnya saya nak cari pengomen tegar diblog saya sepanjang tahun 2012.


Alhamdulillahh akhirnya.. saya berjaya juga cari akhirnya ... blog saya pun jarang berupdate, ikut mood tuan tanah kedaung ni lah.. kalau rajin tak banyak kerja banyaklah entry.. tapi kalau sibuk memang satu entry jer hihihihihihi.... tu pun kadang² tak berupdate pun...


Oklah jom tengok sapa yang suka komen tu... ting.. ting.. ting... nama 5 blogger yang bertuah itu ialah.... sila buka mata besar² ok.. laporkan diri cepat.. hihihihihi.....



5 blogger yang suka komen dan bertuah



Harap mereka semua berbesar hati untuk menerima hadiah tak seberapa daripada saya.... hadiahnya biarlah menjadi rahsia sehinggalah... abang posmen hantar kerumah kawan² yer... 


Harap semua cepat².. melaporkan diri dengan memberi alamat pada email saya nowzyana@yahoo.com
Pada yang tak bertuah jangan sedih² insyaallah.. ada rezeki kalian di lain hari... Apapun saya ucapkan terima kasih sangat² sebab sudi datang ke blog saya dan sudi bagi komen serta pandangan yang bernas buat saya.. sayang semua.....



Bicara Hati : insyaallah.. ada suprise buat kawan² dipenghujung januari nanti (^___^)v

Jumaat, 4 Januari 2013

Angka istimewa 88

 


Angka 8 biasa sangatlah 'ong' bagi masyarakat cina kan....


Komen setakat 1 Januari Hingga 4 Januari 2013 yang dalam proses untuk dipublish... ada 88 komen semuanya... Terima kasih semua yang sudi komen... maaf pada yang baru follow kalau saya tak dapat balas jejak balik tanpa link blog..



Bicara Hati : Esok cuti tapi nak kene hantar adik ipar daftar sambung belajar, ahad pulak ada jemputan kenduri .. hadoilah.. bile mau berehat ni.... 


 

Isnin, 31 Disember 2012

Top Commenters Di Blog Herba Tihara

  


Alhamdulillah sementara menanti detik 1 Januari 2013, entry terakhir ini pemberi semangat lagi untuk meneruskan menulis blog, maklumlah nak mengarang ayat kadang rasanya masih lintang pukang ... lebih suke berjalan² meronda ke rumah jiran² tetangga ... walaupun ada jiran yang tak sudi menerima kunjungan (follow saya tapi tak dapat follow balik sebab tiada link untuk masuk blognya kembali) maaf yer .. saya bukan sombong.

Tak kala meniti detik menuju tahun baru, terpanalah pada satu blog yang memang setiap hari akan ku kunjungi, ralit membaca terpana sebentar bila terpapar sebagai 5 orang Top Commenters Blog Penutup Tirai 2012 di Herba Tihara, sungguh pun ditempat terakhir nyata ada rasa syahdu disitu kerana telah jarang meninggalkan komen disana hihihihihi... tapi masih masuk senarai terima kasih kak tihara.


Penghargaan juga buat Top Commenters Blog Penutup Tirai

Kenapa blog beliau mesti saya kunjungi setiap hari???
Kerana saya suka dengan cara kak tiha menulis pada entry² di blognya, selain daripada itu beliau rajin juga buat GA (cuma aku yang tak berkesempatan nak join). 

Banyak entry² diblognya mengandungi unsur² keagamaan, kata semangat buat diri, kisah bunga² yang memang menjadi kesukaan tuan blog sampaikan ada bunga tu yang tak pernah ku dengari jauh sekali ku lihat ... walaupun tajuk blognya perkataan herba tapi jarang pula tuan tanah menulis tentang herba hihihihihihi ...(^___^)v

Minat menonton kami yang sama suka menonton drama korea, walaupun adakalanya aku culas maklumlah bergantung pada byond HD sahaja ada masa sempatlah maraton ku tonton tak sempat tonton bacalah review yang kak tihara buat hihihihihihi...

Terima kasih kak sebab akan buat entry khas buat semua pemenang yang tersenarai (^____^)v



Eh² rupanya kak tiha pun penyumbang terbanyak URL nya diblog saya sepanjang saya menulis hihihihihihi ....
Maaf nak print daripada nuffnang tapi tak boleh bukak lah pulak kat opis hari ni tak tahu kenapa huhuhuhuhu.. jadi saya print screen daripada stast blog sahaja.
Malunya nak tunjuk sebab tak ramai pun yang datang ke blog saya ni ... huhuhuhuhu...

Sebagai penghargaan saya pun nak bagi akak hadiah juga... harap kak tiha sudi tinggalkan alamat dan emailkan ke saya di nowzyana@yahoo.com
hadiahnya suprise lahhh.... mane boleh bagi tahu dulu kan.



Bicara Hati : Jom berkenalan dengan kak tihara pemilik Bolg Herba Tihara



Isnin, 12 November 2012

Petua dapat anak kembar pulak

  
Panas kat luar opis, tapi kenapa sejuk semacam dalam opis ni huhuhuhuhu.. sebab tak ramai orang kot, Topik musim mengawan semakin hangat nampaknya......

Alamak!!! ade yang cari petua nak dapat anak kembar gegegegegege... maaf yer.. saya tak dapat nak menolong nyer... saya pun takde anak kembar.

Tapi terhibur baca blog² kawan² yang ade anak² kembar suke sangat.. meriahkan... kalau nak tau petua carilah kat tempat lain.... kat blog saya ni memang takde huhuhuhuhu .... tapi pernah lah jugak kawan² bagi tips.. selalunya nak dapat nak kembar ni kenelah cari pasangan yang memang ade keturunan kembar. (tapi kalau takde pun dah memang rezeki Allah bagi kembar terima jerlah kan) (^______^)v yang penting sihat kan.

Statistik yang memang payah nak naik .. merudum adelah.....



Bicara Hati : Hadoilah macam² hal. Tergelak sorang saya baca....




Khamis, 8 November 2012

Musim mengawan

  
Mabuk jap ting tong... tingggg... toingg.. toinggg.... lame tak bukak blog, rindunya... kat semua... (saya jer rindu syok sendiri.. orang lain tak heran pun) malam tadi sempat bukak kejap jer... terima kasih sangat² yang sudi datang sini dan komen blog sepanjang tak bukak blog dan takde entry autopublish hihihihihihi .... (tak sempat buat sebab kesibukkan)
 
3 hari yang kelangkelibut jugaklah... hari ni alhamdulillah... dah kembali normal (^___^)v
 
Ok berbalik pada tajuk musim mengawan ni.... maklumlah musim hujan=sejuk=banjir=sentiasa lapar=kalau boleh nak berselubung jer dalam selimut=rambut basah (hahahahaha... toingg.. toingg.. lagi)

Lame tak bukak blog mesti tengok graf dulu ... terkejut makkkk tau... blog yang suam² kuku dan tak pernah dapat BE ni masih ade yang sudi datang singgah... bile tengok graf naik tu.. mulelah jari gatal nak tengok apelah yang dicari orangkan.. terus bukak akaun nuffnang ... sekali hah!!!!!!!! gegegegegegege.... keywords popularrrrrr scroll kebawah yer.... silalah bukak mata seluasnya.... jangan juling sudah.

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


 Ramai orang dok google tips cara nak dapat baby rupenya.. wahhh paling ramai nak baby boboi, motiffff tak nak baby gegirl nape yer????



Terima kasih pada yang tinggalkan jejak dan komen.. insyaallah saya sempat saya singgah... sediakanlah ape² yang patut yer.. lapar ni ....



Bicara Hati : Sedang mencari semangat untuk menyiapkan kerja yang banyak atas meja ni. (^___^)v







Rabu, 31 Oktober 2012

Tahniah buat ch@ a.k.a Hijaucantik dan ina a.k.a IntaNBerliaN

   
Cepatnya masa berlalu sekarang ni.... hari ni dah 31 Oktober, yer.... dah akhir bulan.. hadoilahhhlahh terkelip² mata ni.. lagi 2 bulan jer nak masuk tahun baru 2013 dan lagi beberapa minggu jer nak masuk Awal Muharam.

Rasanya bulan oktober tahun ni paling banyaklah yang sambut kelahiran baby tak kiralah dikalangan kawan blog mahupun yang disekeliling saya ni haaaa.... tu tak termasuk lagi kawan² kat kampung dan jiran tetangga.. haihh meriahhnya.. bertambah umat..... tu belum lagi yang sediaada sambut hari lahir hihihihihihi .. meriah².. tragedi oktober (^___^)

Tahniah sangat² saya ucapkan pada kawan² blog saya ch@ dan ina, yang saya wajib singgah setiap hari .. baca bebelan mereka.. baca kisah² anak dara mereka.. dan ragam².. mereka.. maklumlah rumah kisah hati ni ade anak bujang jer.. belum ade anak dara.. jadi bile baca kisah mereka tu selalu mencuit hati saya, dan info buat saya jugak kalau ade anak dara nanti kikikikikiki ... (^____^) Pinjam yer gambar² baby baru letak kat sini .. sucinya muka baby baru lahirkan.

Rasanya macam baru jer baca kisah lucu cha yang baru tahu mengandung sedangkan cha sibuk pakai PB nak kurus kikikikikiki ...... Alhamdulillah baby rizqi dah selamat pun dilahirkan memang membawa rezeki betul.

Rasa macam baru jer baca ina disahkan hamil, rupenya dah 9 bulan berlalu yer.. pantasnya masa sekarang .... Alhamdulillah alisha dapat adik gegirl.



Selamat menyusukan baby kalian semua sepenuhnya.. insyaallah usaha, niat yang ikhlas demi membesarkan anak² kalian akan diberkati amin.. saya doakan dari jauh jer.. maklumlah tak pernah bersua muka.. hanya kenal di alam maya.


Bicara Hati : Doakan saya pulak yer... Amin.


Sabtu, 15 September 2012

Kad Raya daripada ummi iman dan eca

  
Ape kes dah hujung syawal baru nak tayang dapat kad raya, memang kad raya ni dapat lepas syawal pertama hihihihihihi ..... takpe syawalkan sebulan.. terharu sangat-sabgat sebab tahun dapat banyak kad raya.... walaupun tak banyak macam orang lain.. tapi lebih daripada 1 kad saya dah anggap banyaklah jugak saya dapat kad rayakan..... Sebelum ni saya dapat kad raya jugak klik entry terima kasih kawan dan terima kasih kawan 1.
 
 Kad raya daripada http://ummi-iman.blogspot.com
ade lambang petronas kat sebelah atas kanan kad tu ..... teruja pertama kali dapat kad petronas....

 Bermuhasabah mencari kekuatan iman
Sebulan suntukk membendung nafsu
Bermujahadah dalam mengharungi perjuangan
Zahir dan batin menjadi satu

Bila iman dan amal membentuk jati diri
tibalah masa untuk kita meraikannya.

Baru-baru ni ummi iman tak sihat dan terpaksa kurangkan masa dengan blog, kesian kat dia .. entry akhir-akhir ni pun agak kesayuan bile baca. Demi menjaga kesihatannya sekarang ummi iman dah kurang menulis entry diblognya dan kurang BW. Saya doakan semoga UI pulih macam biaser ..... kawan-kawan pun doakan untuk UI jugak yer.....

 Kad raya daripada http://www.ecadwinkyasha.com

Memukul gendang pelbagai gaya
amat meriah riang gembira
ramai bertandang dihari raya
tersenyum riang dihari raya ......
 
Kad raya eca siap ade 'namecard' lagi, maklumlah eca ni pandai edit-edit blog tau.. kalau korang berminat bolehlah pergi tengok kat blog dia berhubung tanye-tanye ape yang korang berkenan.
 
 
Bicara Hati : Terima kasih semua.. sangat-sangat menghargai tanda ingatan kad raya ini dan kata-kata yang disematkan disitu ....

Sabtu, 11 Ogos 2012

Terima kasih kawan

 

Terima kasih ch@, sangat² hargai pemberian ini .. sungguh pun kite tak pernah bersua ... tapi saya tahu kamu lalu lalang kesini .. cuma tak tinggalkan komen jer.. kan.. kan.. kan ... hihihihihihihi

Tak sangka dapat kad daripada cha, hasil tangan yang sangat kreatif, halus mulus gambar ketupat .. owhhh rindunya nak makan ketupat .. mak dah lame tak buat .. sebab raya sekarang mak lagi suke buat lontong daun pisang makan dengan kuah daging kacang atau ayam kicap .. nyum².....

Pecah kaca 
Pecah gelas
Kalau sempat 
Saya balas
hihihihihihi .... (^______^)v 


Bicara Hati :
Kali terakhir dapat kad raya masa bertunang dulu hubby bagi .. siap ade duit dalam tu rm5.00 duit baru masa tu... ;p rasanya lepas² tu memang dah tak dapat kad, lagi² dah kerja ni .. ramai yang suke sms malam raya.




Jumaat, 10 Ogos 2012

Hadiah dari kawan alam maya

 
 
Dihari dan bulan yang mulia ni terlebih dahulu saya mohon maaf pada kawan² blogger yang telah lama mengirim hadiah² ni .. tapi baru ni saya berkesempatan publish (^_____^).

Saya sangat² suke dan hargai pemberian ini, dah lame tak dapat hadiah² macam ni .. suke kalau boleh nak loncat² ... senyum jangan katalah sampai lebar mulut ni.

Jom tengok ....

 Dapat fm cameron higland daripada h-n-i.blogspot.com a.k.a cik mot
Dah lame sangat dapatnya, maafkan saya cikmot yer.. jenuh cari fm ni rupenya terjatuh dari laci kat rumah ... 
anak saya buat main agaknya saya tak perasan .. 
kalau tak kemas rumah sebelum puase hari tu .. memang tak jumpe²lah fm ni huhuhuhuhu

Suke² dapat hadiah ni dapat dari herbatihara.blogspot.com a.k.a kak tiha 
kerana saya jadi top komen kat sana, alhamdulillah ini kali kedua saya dapat.
saya dah gantung pun pewangi ni kat bilik saya hihihi.. harum bau lemon.

Dapat hadiah saguhati dari www.lidarahim.com
Teruja saya dapat ketip kuku dan baucer diskaun rm300.00 untuk beli PB
eheemmm.. eheemmm...... macam tau² aje tengah serve PB hihihihihi.....
nasib baik takde tamat tempoh cume kene beli dekat lida jer, insyaallah akan dipertimbangkan ....


Bicara Hati : Saya dapat kad raya daripada ch@ suke².. cantik hasil tangan cha sendiri, tak sangke saya masuk senarai jugak daripada 40 orang yang cha nak bagi (^_______^)v






Khamis, 26 Julai 2012

Selera orang kampung berbuka puasa

  
Lesu sikit puasa kali ni tak tahu lah kenapa, bile petang jer .. mulelah ting tong ....


 Statistik hari ni .. bukan nak menunjuk².. jauh sekali lah nak berbangga... memang suke tengok bile naik mendadak mulelah pelik kikikikikikiki ... lepas tu tangan pun gatallah nak bukak akaun nuff
Followers seramai 280 syukur sangat tak pernah berangan nak ramai macam ni ...
Post 456 (eh² unik pulak nombor tu ....)

Jarang rasanya ade orang search perkataan kisah hati .. jengg.. jengg.... sape sekodeng agaknya yer....
Tibe² ade orang seacrh selera org kg berbuka puasa ... gelak saya .. selera org kg macam mane?? tak same dengan orang taman ker?? tibe² teringkatkan ayam kampung masak ungkep mak buat... huhuhuhu....


 
oooowwwhhhhh baru paham nape tibe² naik mendadak ... ;p


Hadoilah pada² lesu .. berjela mukadimah .... bile dah petang masing² dok pikir nak masak ape kan... samelah saya pun ... tak tahulah nak masak ape lagi....Kat bawah ni lauk semalam buka kira macam selera kampung jugaklah yer ade telur masin saya buat sendiri hihihihihi.... ;p

Sardin makan 2 hari tak habis² ade lagi sikit tu .. nampaknya petang ni nak buat tahu sumbat letak isi sardin tulah goreng sedapp kutt.....
Sup sayur bertelur (memang betul² sempoilah semalam tak larat nak masak)
Sup tu saya makan dengan bihun, tak lalu nak makan nasi tibe²....
Telur asin rebus buat sendiri klik sini


Bicara Hati :Semalam tak sahur elok jer segar bugar ... nape hari ni lesu semacam adekah sebab keluar rumah terlalu awal pagi tadi huhuhuhuhu....eh² menu buka saya semalam takde tempe lah hahahahaha.. dah ade sup amir tak kesah sangat kalau takde tempe pun... ;p


Khamis, 5 Julai 2012

Tamat sudah kuiz A'Famosa

 


Alhamdulillah syukur rasanya masih lagi diberikan nafas di buku baru.... mood happy² aje.... pada kawan² yang berpuasa hari ni selamat berpuasa.. (^___^)v moga akan diberkati amin...

Oklah selama seminggu saya anjurkan Kuiz A'Famosa, malam tadi dah berakhir penyertaannya....
Jom tengok senarai nama penyertaan tak ramai pun.... tapi ramai yang komen disitu.. hahahaha.. mungkin susah kot soalan yang saya bagi tu.... sebab saya pun jenuh jugaklah cek list ni cari sape yang join kuiz dan yang datang komen.. harap kawan² semak yer.. takut ade yang tercicir huhuhuhuhuhu.....

  1. http://miaduniaku.blogspot.com/
  2. http://mamaaryan.blogspot.com/
  3. http://putributterflypunyablog.blogspot.com/
  4. http://ummi-iman.blogspot.com/
  5. http://mnflove.blogspot.com/
  6. http://mylovely-fieda.blogspot.com/
  7. http://thesecretsofleonerz.blogspot.com/
  8. http://salmikhairil.blogspot.com/
  9. http://zitaomar.blogspot.com/
  10. http://winkwinkwinky.blogspot.com/
  11. http://www.salya07.com/  
Alhamdulillah ade 11 penyertaan kesemuanya, ade 2 orang yang same memberi jawapan yang same .. tapi saya ambil salah satu penyertaan sahaja yer... memudahkan kerja saya menyemak....

Akhirnya ade 4 orang menjawab dengan tepat ..... insyaallah cabutan akan dibuat oleh anak saya.. kalau tak mendapat kerjasama kenelah saya pakai random.org.

Okkk.... jawapan soalan untuk kuiz kali ini ialah :-

1. Berapa banyak entry berkaitan percutian kami di A'famosa (kenelah baca baru tahu kan.. kan..)
  • 4 entry berkaitan sahaja (^___^)v
Mesti korang pening nak baca dan carikan sebab entry tu bercampur² dengan entry lain juga...

2. Berapa harga rumah banglo yang kami sewa.
  • Harga rumah yang kami pilih ni RM 400.00 satu malam 
4 Orang yang bertuah akan mendapat kerongsang comel² dibawah secara undian ialah :-

Bicara Hati : Insyaallah nama yang menang akan diumumkan dalam masa terdekat.. dan selewat²nya minggu hadapan.... keputusan 2 orang pemenang hadiah misteri juga saya akan umum sekali. Oleh kerana penyertaan tidak ramai.. saya juga akan memberi hadiah penghargaan pada yang sudi join kuiz ni.. terima kasih semua.... tunggu tau keputusan keseluruhannya nanti (^___^)v


Rabu, 4 Julai 2012

Kuiz A'Famosa

  





Alhamdulillah hari ni saya akan melancarkan kuiz yang dinanti²kan... seperti yang sedia maklum baru² ni kami sekeluarga pergi bercuti di A'Famosa. Walaupun percutian yang singkat tapi.. banyak momentum yang indah² hihihihihi.....

Oklah soalan mudah untuk kuiz kali ini ialah :-

1. Berapa banyak entry berkaitan percutian kami di A'famosa (kenelah baca baru tahu kan.. kan..)
2. Berapa harga rumah banglo yang kami sewa.

Syarat² penyertaan :-
1. Mestilah blogger yang berada di Malaysia
2. Mestilah yang follow blog saya diutamakan
3. Beri jawapan pada kotak komen disini sahaja... kalau sudi buat entry pun digalakkan, jangan lupa tinggalkan link disini.
Senang jer kan.....

Tarikh tutup penyertaan 04 Julai 2012 sehingga pukul 12 tengah malam.
Hadiah yang akan diterima bukan percutian ke A'Famosa yer... tapi kerongsang² dibawah bolehlah digunakan syawal nanti dan dua hadiah misteri juga ada disediakan. Dah nama pun misteri mestilah tak di beritahu disini. Selamat mencuba semua.....
   




Jumaat, 22 Jun 2012

Selamat hari lahir buat kak fieda

Assalamualaikummm semua.. khas ucapan buat seorang kakak..... 




Seorang yang saya panggil kakak, orang cute aje.. sejuk mata memandang... melihatkan mukanya yang cute mamng tak percaya umurnya melebihi 30'an, seorang suri rumah sepenuh masa (beruntungnya Kak Fieda dapat menjaga anak sendiri dengan sempurna dirumah tanpa terkejar²) seorang yang peramah di alam maya .... sangat² suke dengan akak yang peramah dan sudi berkunjung kesini sungguh pun kite tak pernah bertemu jauh sekali mengenali antara satu sama lain sebelum ini... tapi di alam maya kita bertemu.
Sempena hari lahir kak fieda pada hari ini saya sisipkan sesuatu yang istimewa buat akak semoga akak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke syurga bersama insan² disayangi. Amin. Semoga perkenalan di alam maya ini akan di susuli satu pertemuan yang indah suatu hari nanti....

 Cheese kek special buat akak
hasil air tangan saya sendiri hihihihihihihi......
Kalau takmoo makan kek pizza pun ade.. special lagi dikelilingi sosej 

    
Air special coconut shake untuk kite berdua boleh....
(gambar google jer) .....



Foto Saya
Pinjam gambar yer kak, alahai cutenya... 






Oleh kerana kite berjauhan saya hantar gambar² jerlah buat tatapan kak fieda yer... buat kawan² blogger pulak sila lap air liur jangan meleleh di sini hihihihihi... ;p


Bicara Hati : Permintaan hujung minggu anak bujang bam bam saya nak kek cheese coklat, ibu takde mood lah buat kek.. cian dia.. daripada hari tu mintak tak dapat².... insyaallah ibu gagah diri buatkan nanti yer...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...