11 CIRI² ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.
Berikut ini adalah ciri-cirinya :
1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa suaminya adalah pemimpin kaum wanita.
2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.
3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).
4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.
5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).
6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)
7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.
10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.
11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain
Sumber : FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
*********************************************************************************
Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya belajar untuk menjadi yang terbaik ... moga kelebihan kekurangan diri diterima seadanya selamanya dunia akhirat insyaallah ..... Aamin ....
16 ulasan:
Semoga kita sentiasa menjadi isteri yang menyenangkan suami kita. :)
Famili bahagia dan ceria Masya ni..
Selamat Hari Guru buat en suami Masya..
Tq sharing renungan yg bermanfaat buat akak :)
Selamat ari guru buat imam masya...:-)
Ceria selalu, happy family gituw..
Insya'Allah...:)
Singga Pagi..
wahhhh pandai Amir bermonopod he3... comey comey comey...
* pasal BI tu, ktorg x reti ajar sgt tp mmg caca-merba bacaan nyer...
InsyaAllah..moga kite menjadi isteri2 yg solehah..amin3..peringatan utk diri ini jugak..
Thanks for the sharing Masya...moga tercapai impian nak jadi ahli Jannah bersama suami. :)
selamat hari guru untuk suami masya...semoga impian Masya tercapai...InsyaAllah
semoga kita isteri ni tergolong dalam wanita syurga..
Good sharing
harap ita jugak termasuk untuk ciri2 kat atas tu....
hepi tengok gambar masya ni :)
insyaALLAH...
cuba untuk menjadi yang terbaik...amiinn
Amin..
Comey gambar 1 family..:)
Selamat hari guru to your hubby yana. Smoga kita dpt menjadi isteri yg solehah buat suami.
good.. nice sharing.. semoga berjaya hendaknya
Catat Ulasan