♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 17 Mei 2012

Home » , , » Hilangnya DOA SEORANG iBU

Hilangnya DOA SEORANG iBU

   

Malam tadi sambil berselimut dengan amir melayan cerita hilangnya doa seorang ibu kat tv9 pukul 8.30 malam - 10.30malam, insaf betul saya tengok lakonan mantap Lisdawati..... haruslah berselimut depan tv.. dah pasang acon kan.. tapi pasang kat luar jer sebabkan hadiah untuk semua.. kalau kat bilik kan best.. nak tidur kat bilik pakai kipas juga kikikikikiki....

Laila wanita bertudung yang berkerjaya.. tapi mulut.. nauzubillahh... cakap kasar dengan mak, adik beradik dan suami.... sampaikan dapat balasan mulut berulat.. kejang langsung macam kene strokkk tak boleh bergerak.... paling ngeri bab pembalasan tulah.. dah bile mulut dia berulat² sampaikan muntah pun keluar ulat.... huhuhuhuhu... serius ngeri.. gelii dibuatnya.... semoga kite janganlah tergolong dalam insan begitu... 
 
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) "......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang su dah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingat lah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan ber sungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Wassalam.

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih…………Amin Ya Rabbul Alamin.. 
 
Sumber : klik sini


15 ulasan:

Aine Ainun berkata...

x tgk...
terlepas...

dgar menarik sgt masya..

ade tak ekk kat tonton..ble tgk kan...

nazayiena berkata...

Tgk juga cite nie tp dah tgh2 cite baru bukak.......

fieda berkata...

tgk jugak semalam sambil lipat kain..kelakarnya part sedih tu kak fieda lari gi dapur sbb nk cover airmata..takut jadi bahan dgn anak2 jer..hahaha tp cite ni mmg best..

puanstoberi berkata...

akak ter tgk kejap je..lps tu apsal tah..tekan canel lain. jarang tgk tv9 tu, tu pasal tak tgk citer tu. haiyaaaa...

saffiya_aleesya @ echa berkata...

thanks sudi kongsi ilmu ni..lepas ni insyaallah akan jadikan amalan setiap hari..bukan sahaja dalam doa slps solat ja tp setiap kali kita teringat ibu bapa kita, kita kena doakan kesihatan dan kesejahteraan mereka kan kak!! ;-)

IntaNBerliaN berkata...

sy xtgk pun cite ni.. tp org kata best.. nak tgk gak nanti..

IntaNBerliaN berkata...

eh.. tp ada ke kt you tube ek.. tingin nk tgk..

Salmiza berkata...

susah kite dpt tgk tv mlm...opal dgn katunnya aje...xde pluang tgk crta2 lain...

best eh..donlod je la nt...

ajumohit berkata...

Siyes best, bengkak2 Mata nangis hihi

CtAyue berkata...

jiran baru bagitahu tadi.tk tengok pulak.. mesti best kan.penuh pengajaran.

Unknown berkata...

ala..terlepas nk tgk...baca kat blog kak fieda pun best katanya...
er...kalau sudi jom joint segmen kat 'miaduniaku'

sal ya berkata...

ada tgk iklan kat tivi. tapi masa hujan kilat guruh semua ada. jdk tak tgk tv pn la.

Tie HT berkata...

kena muhasabah balik dgn mak ayah ni..kadang2 ske bergurau dgn mereka...walopon mak ayah dia kata akan sentiasa redho namun kena muhasabah semula..mekasih masya..drama mcm ni la bagus kan...byk manfaat pada masyarakat..ini duk tunjuk fitnah sana..londeh sana..londeh sini..muak sangat dah :)

eija_sweetmama berkata...

eija x berkesempatan nak tgk drama ni..

alhamdullillah setakat ni mmg amalkan doa ni setiap kali selepas sembahyang..:)

Puan Kutu berkata...

sy dan en suami pun layan cerita nie.mmg best dan memberi pengajaran.tahu tak aiman yg sepatutunya tidur awal sbb esoknak sekolah pun buat muka kasihan nak tgok cerita nie smp habis.hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...