♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 26 Februari 2013

Home » , , , , » Tips Elak Anak kencing Malam

Tips Elak Anak kencing Malam



Kencing malam, atau istilah perubatannya “enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak .

Penyebab kencing malam:

Ruang pundi kencing yang kecil.

Gangguan tidur. Kebanyakan mereka yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.

Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

Sedikit Tips menangani anak yang kencing malam, sebenarnya ni pengalaman sendiri jugak disamping google sana sini.. jadi saya kongsikanlah dengan kawan² jugak yang mungkin menghadapi masalah yang sama macam saya ni.... tak banyak sikit² membantu dah kira oklahkan....

Jangan benarkan anak anda minum/ menyusu botol sebelum tidur. Kalau nak bagi pun pastikan dia dah kencing dulu.. sebab takut lepas minum susu dalam botol dia terus tidur.

Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.

Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.

Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut. (kaedah ni saya tak kejutkan.. tapi sebelum tidur mesti pesan dekat anak supaya nak kencing bangun dan kejutkan ibu...alhamdulillah.. banyak membantu)

Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Lepas anak bangun tidur, kalau dia tak kencing saya akan puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya berusaha untuk memperbaiki diri.

Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.

Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.

Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar bagi mengelakkan dia terkencing dan tembus ditilam seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.

Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.

Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Kalau kita tak sabar sapa lagi yang nak bagi semangat kat anak² kitakan... mereka perlukan sokongan.. lagipun kencing malam biasanya adalah tak disengajakan mungkin mereka keletihan main ditaska atau baru nak mula free pampers.

Ni cuma pengalaman saya.. dan hasil kongsian kawan² di blog juga yang saya amalkan untuk mengajar amir free pampers malam hari bermula 3 tahun lebih, tapi bermula 4 tahun sampailah sekarang memang malam dah tak pakai pampers.... sebab tiada size lagi yang sesuai huhuhuhuhuhu....


Possing kat kampung .... poyo jer kan... mata ke lain ....
Saya ugut jugak.. kalau kencing malam kat tilam lagi.. nanti ibu sunatkan/khatan cepat kikikikikiki... berkesan jugak ugutan tu.. kejam x??? kejamm x??? hahahahaha...... memang takut betul dia kalau bagi tahu nak potong **tut dia tu...



Kalau kawan² ada tips lain bolehlah kongsikan diruangan komen ... 



Bicara Hati : Tips² ni banyak membantu Alhamdulillah anak saya dah mula kurang kencing malam, kecuali dia terlalu penat.. memang kadang tu terkucil juga.


10 ulasan:

Unknown berkata...

tip yg sangat membantu...saya tgh alaminya sekarang..letih ler jugak kan nak biasakan dia

Fiza Rahman berkata...

Thanks for the tips. Tgh potty train anak dara nih ☺☺

Ujie Othman berkata...

Bagus masya share..walau takde anak lagi, tapi ilmu ni boleh dipraktikkan kat anak sdara.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Bagus info ni RH... Nabil sekarang dah 6 tahun pun akak pakai kan driapers tu.. dalam seminggu tu ada sekali terkencing...:P

MaMa3HerOO berkata...

tq share..good info..bole guna pakai untuk ank yg no 3..yg lg duaorang tu da setel..he3

Tie HT berkata...

kesian kan kat anak2 yg kencing malam ni, akak selalu perati kakngah akak sapu minyak angin kat perut anak dia..mujarab jugak cara tu :)

Nora Karim berkata...

tak test lagi untuk free diapers sebelah malam... thanks for da info.. nanti boleh try apply...

eita berkata...

anak sedara ita ada jugak tersasul kencing malam walaupun dah berusia 14 tahun...
bayangkan lah kencing budak besar habis satu tilam penuh....

nad berkata...

Tq for the tips :)

Puan Kutu berkata...

aiman kadang2 klu time sejuk smp skang pun asyik bolos..tak berkesan pun klu ugut nak sunatkan.haha..

sy mula free drypers siang n malam masa aiman 2taun lebih.tp mula2 waktu malam mmg agak penat la nak uruskan dia punya hancing tu.hehe..

smp skang ni utk berjaga-jaga setiap hari bila aiman tido sy lapikkan dengan plastik...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...