Cheezy Ball ala2 KFC itu nama glamour amournya .... tapi bahasa melayunya lebih kurang bebola dalam isi keju hihihihihihi ... resepi ni saya jumpe kat fb blog .. jadi saya kongsikan kat sini .. sebab saya nak cuba .. nak cuba.. tapi belm cuba lagi.. ingatkan nak buat hujung minggu baru ni .. tapi saya pulak macam tak berapa nak sihat.. langsung kesudah tak membuatnya padahal barang dah ada.
Bahan:
Kentang- 4 biji
Tepung- 2 cawan
Mozarella cheese- potong dadu (Cheddar pn boleh-parut lbih baik)
Telur- 1 biji
Garam- 1 sudu kecil
Lada Hitam- 1 sudu kecil (tumbuk)
Perasa (ikut suka, maggie, masala)
Breadcrum
Cara2:
1. Rebus kentang sampai empuk, lepas tu lenyek sampai hancur.
2. Masukkan garam, lada hitam, perasa. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung. Kalau lembik tambah lagi sampai tak lekat kat tangan.
4. Bulat² kan adunan tadi sama saiz.
5. Leperkan adunan tadi & masukkan cheese. Tutup & bulat²kan semula.
6. Celup ball tadi dalam telur & golek atas Serbuk Roti.
7. Goreng guna api yg kecil je supaya cheese dalam ball cair.
Serbuk Roti tu boleh buat sendiri kalau rajin... bakar roti sampai garing kekuningan kemudian blander sampai halus...
Bicara Hati : Boleh buat utk frozen sekali, jadi lebih mudah bila nak makan barulah goreng .. letak kat pembeku ...
17 ulasan:
Assalamualaikum kak masya, wahh resepi bebola keju! wewiiit. makruh tengok, hahaha haritu sheila puasa. tapi seingat sheila lah, cinonet betul yang kfc punya. baik buat sendiri kan. puas hati kot. thanks kongsi resepi. boleh cuba nanti ~~~~
Best ni boleh buat banyak-banyak dah tu forzenkan ye:)
Kakak nak cuba juga kalau rajinlah sebab kakak ni bila tengok macam nak sangat buat tapi sudahnya tak juga..
macam sedap... nanti nak cubalah
nak try la masya..nampak sedap..
makan yang kepsi punya tak puas sebab kecik..
Dah pernah buat. Nnt nak buat lagi.
Singgah pagi :)
wahhhh menarik nyerrr... nnt sy nak cuba...
ni ank2 mesti suka ni...senang tak nak kasi bulat?
bebola keju.. kalo deqla ni x leh mkn byk2 kot.. cpt muak.. kalo hubby maybe x jamah langsung.. dia kureng gemar kalo ada keju2 nih..huhuhu..
thanx untuk resepi ni.. rasa macam nak buat je ni..
senang tue...nak try jugaklah
menarik gak ni... rajin2 nanti bleh buat... simpan dalam peti...
ishhh, tetibe mcm nak cube..
Assalam
Nanti nak try buatlah... mesti sodap nih..
sebelum ni saya suka buat bebola mcm tu tapi guna roti yang dihancurkan dan letak telur... lepas ni boleh la cuba resepi ni pulak :)
sedapnya. tapi keju.. huu. kena kurangkan
byk kali tgk org upload sal ni..tp belum cuba jgk..
Catat Ulasan