♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 16 Oktober 2014

Home » , , , , » KLIA - ATUK DAN NENEK BALIK HAJI

KLIA - ATUK DAN NENEK BALIK HAJI



Assalamualaikum .. alhamdulillah ... akhirnya masa yang dinantikan tiba jua, dah tak tertanggung rasanya dalam hati saat kerinduan, kesabaran, rintihan dan ketabahan hati menanti kepulangan mak dengan bapak mertua .... penerbangan mereka pada 29 Ogos 2014 diselubungi kesayuan dihati .. hanya doa yang sentiasa kami iringi moga dipermudahkan semuanya.

 Pada 14 Oktober 2014 akhirnya penerbangan mak dengan bapak kembali ketanah air, rasa syukur tak keruan moga dipermudahakan .. moga tidak ada pernerbangan delay .... itu jer yang kami risaukan.

Aku dengan akak² ipar tak pergi Klia, yang pergi cuma ipar² lelaki, hubby dan anak² buah ... amir?? dia dah tentu² sibuk nak mengikut.


Penerbangan mendarat kalau ikut pukul 8.50 malam dah sampai kat KLIA tu, jadinya pukul 8 barulah mereka gerak daripada rumah ... tu pun sampai KLIA 9.30 cari parking lagi .. susah .. sat barat bagai.. sebab parking dah penuh katanya ... aku tau cerita daripada rumah je lah sebab anak² buah wassup hihihihi ... kan ke aku kat rumah sebab tolong akak² ipar masak kuikuikui .. sebab tau mesti masing² kelaparan balik nanti ... lagipun malas rasanya nak berasak² kat KLIA tu.





Alhamdulillah muka lega FIL & MIL bila dah sampai rumah .... sukanya tengok muka orang balik haji ni.. putih bersih jer.. suci jer tau ... cuma kesian kat MIL batuk² , demam tak baik lagi ... lepas wukuf katanya batuk balik .. mujur masa wukuf di permudahkan semuanya ... di berikan kesihatan yang baik untuk buat perkara yang wajib.






Tu anak bertuah tu dok menebeng je kat atuk, rindu kat atuklah tu.. amir kan manja dengan atuk, sekolah, mengaji, pergi kedai semua asyik dengan atuk.. dia cam pelik sikit atuk balik pakai baju putih ni.. walaupun dah bagi tahu atuk balik haji .. amir tak berapa nak paham lagi ... 




Malam tu tak ramai pun yang menyambut kat rumah kita² orang je lah adik beradik ni... ada takda adik MIL datang ... lepas tu memasing makan .. muka dah kepenatan .... nak kena serasikan dengan cuaca sekeliling ... maklumlah waktu tidur pun lain kan... haraplepas ni FIL dan MIL dapat rehat secukupnya dan kembali sihat ... tetamu ziaraha jangan cakaplah semalam pun dah ramai dtg .... sampai tak terlayan MIL.


Ramai tanya FIL dgn MIL pergi haji ko tak kirim apa² ke masya, allahuakbar ... nak kirim hapanya .. kalau boleh takmoo berkirim apa.. biarlah MIL dgn FIL dengan ikhlas doakan kami ... kesejateraan kami .. yang penting masa FIL dgn MIL kat sana dapat melakukan ibadah dengan tenang dan dapat melakukan tanggungjawab yang wajib ... itu pun dah buat kami bersyukur... maklumlah kat sana memang Allah nak uji kitakan.





Bicara Hati : Moga satu hari nanti, dapat peluang ke sana jugak, MIL bagi tahu makanan kat sana semuanya mahal² .... 










11 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulillah.. selamat pulang ke Malaysia dh yer.

Falsya berkata...

alhamdulillah selamat dh semuanye..

falsya ade satu masalah yg xboleh tgk gambau jemaah haji nak gie haji or balik dr haji..sayuuuu sggt rase hati nie..setiap kali tgk mesti bergenang air mata..sedih xtau nape..

Deq's Qienz berkata...

alhamdulillah sampay dengan selamat ya..

Kakzakie Purvit berkata...

Alhamdulillah... dah pun balik. Moga mendapat haji mabrur. Batuk tu perkara biasalah kalau ke Mekah. Kakak dulu pun sama..

LYAfrina berkata...

Alhamdulillaj selamat tiba dibMalaysia..
Mesti rmai sanak saudara dtg btndg

::EIDA:: berkata...

alhamdulillah selamat sampaii ;))

NzA berkata...

Syukur Alhamdulillah Allah prmudahkan pemergian dan blk MIL n FIL masya......trubat rindukan.

Mekah tu tanah kelahiran abah akak....sblm mama sakit saban tahun mrk kesana buat haji atau umrah smbil ziarah saudara mara kt sana....

Fiza Rahman berkata...

Alhamdulillah...Dah selamat kembali.

Puan Kutu berkata...

Alhamdulillah selamat pergi selamat kembali..dengar cerita org balik dr mekah ni mmg camtu la..faktor cuaca batuk tu perkara biasa.sementara nak biasakan diri dengan waktu tidur siang malam tu pun ambik masa jugak kan..

seronok tgok amir manja betul dengan atuk

QasehnyaRania berkata...

aamiin.semoga urusan kita nak ke sana juga dpermudahkan
seronokkan
alhamdulillah, selamat sudah kembali

puanstoberi berkata...

nak kirim apa nya pulak kan.. org ni mmg memacam..asal ada orang gi berjalan (haji ni tak la kira berjalan), mesti nak kirim. Dia tak pikir orang tu dah susun jadual cemna..dah satu hal nak carik barang dia pulak kan. Hurm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...