♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 18 Mei 2012

Home » , , , » 7 cara kawal perilaku anak di pusat membeli belah

7 cara kawal perilaku anak di pusat membeli belah

  

Cepatnya masa berlalu.... dah hari jumaat... esok cutii yeahhhhh..... ape nak buat bile cuti... tengah bulan macam ni takde maknenya nak shoppingkan.... duit semua sudah bolosss.... ;p

Hari ni saya nak kongsikan sikit 7 tips atau cara nak jaga kelakuan anak kalau pergi ke pusat membeli belah (^___^)v
    • Sebelum memulakan perjalanan atau pun meninggalkan rumah, pastikan si kecil diberi makan secukupnya..... Sikecil biasanya tak akan meragam bila dah kenyang....
    • Pastikan berbincang dengan anak sebelum keluar dan menerangkan tujuan kite pergi pusat membeli belah, dan kite mestilah bercakap dengan nada lembut supaya si kecil lebih mudah menerima penenrangan kite.. kan.. kan...
    • Berikan mereka satu tanggungjawab seperti menjaga adik yang lebih kecil, secara tak langsung anak akan lebih matang dan rasa bertanggungjawab dengan pesanan yang diberikan... 
    •  Biarkan suasana gembira berlangsung sepanjang keluar bersama... Elakkan memarahi mereka kerana bimbang mood mereka berubah dan mule meragam jadi nak shopping pun dah tak seronok...
    • Biarkan anak juga turut memilih sendiri barang yang mereka mahukan, jangan menghalang idea mereka supaya mereka berasa seronok.... kalau tak sesuai atau tak perlu beli.. cakaplah dengan lembut dan berhemah.. pasti mereka pun faham...
    • Kite juga mestilah peka dan perihati.. bagi anak yang tak pakai pampers.. pastikan bertanya pada anak mahu ketandas atau pun mahu minum atau makan  kalau rasa dah lama sangat kite kat dalam pusat membeli belah tu.. Elakkan daripada mereka merasa terpinggir dan akan melakukan aktiviti di luar kawalan dan pengawasan serta menduga kesabaran kite ditempat awam...
    • Berikan pujian pada anak bile pulang kerumah bile anak berjaya menunjukkan tingkah lakuyang baik sepanjang shopping, dengan pujian pastinya anak kite akan rasa dihargai....

Saya pun selalu jugak buat macam ni dekat amir.. sebelum keluar rumah mesti pesan amir xmoo merenggek tau pergi kenduri, lepas kenduri ibu nak singgah beli barang sikit.. amir takmoo mintak mainan tau.. mainan dah banyak kat rumah.... alhamdulillah.. amir tak meragam.. tapi.. kalau terlupe pesan merenggek²lah jugak.. cuba belum tahap guling² jer....


 Gambar lama jalan² kat jusco dengan abang apis.. abang sepupu amir..


 

14 ulasan:

CtAyue berkata...

info yg bagus..alhamdulillah setakat ni anak sy tkde perangai kalau shopping.cuma kena jaga perut dia jelah..tak boleh lapar..nt merengeklah.hehe. bagus info ni.thanks for sharing. :)

Tie HT berkata...

saya paling risau kalo anak buah nk ikut g pasaraya...diorang ni tak duk diam ..nyorok san..nyorok sini, dah tk jd beli barang duk kepung depa... haha :D

saffiya_aleesya @ echa berkata...

budak2 kak..kena dia mula buat ragam ermmm memang kena bersabor laa banyak2

emarieys berkata...

pesanan yang baik utk anak-anak

nazayiena berkata...

Kadang2 anak kak Nurul klu x kasi beli barang yg dia nak mesti monyok je muka...

Ruse Sulaiman berkata...

Baiknya Amir :) anak saya memang jenis suka berlari.. Mana2 pun sama. Kena main kejar2 takut jd apa2 susah pula.

|| NaFiRaa || berkata...

tips yang bagus nih.. lepas nih boleh cuba kat anak2... thanks..:)

fieda berkata...

bagusnya berkongsi info ni..amir pun bagus ye dengar nasihat ibu..

Kakzakie Purvit berkata...

Kena anak-anak kakak sengaja kosongkan perut bila nak shopping kerana ambil peluang nak makan di luar...

IntaNBerliaN berkata...

sy pun selalu suh alisha pilih apa yg dia nak.. lg pun nsb alisha ni jenis xbyk karenah.. :-)

ch@ berkata...

kalau besar dgr nasihat sikit, kalau mcm auni, masih lagi dgr nasihat, dan ikut mood dia, yg penting sekali, kena tidurkan dia dahulu. kot tak mmg habislah. omak jadi mangsa.

eija_sweetmama berkata...

Kami selalu jerk pesan kat Zaquan tujuan ke shopping complex tp selalunya w/pun kehendaknya dah dituruti dia tetap buat perangai...itula masalahnya kan ragam anak2 ni lain2, dpt yg paham bertuahla..

kami berharap bila zaquan sekolah nnti kurangla dia buat perangai..

sal ya berkata...

ank2 mmg suka la tolak2 troli kalau ke mall kecuali semua msk troli br la tak ada adegan berlari2.

Puan Kutu berkata...

klu anak ramai lg ssh nak control perangai anak di mall kan?aiman yg dh besar tu pun aktif gak klu dekat mall.sbb tu sebulan sekali jer ibu abah bawak pegi mall.haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...