♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 12 Jun 2012

Home » » Minggu Akhir Seindah Sakura

Minggu Akhir Seindah Sakura

    

Seindah Sakura merupakan sebuah drama terbaru dalam slot Akasia setiap hari Isnin - Khamis pada jam 7.00 malam (24 Episod). Drama Seindah Sakura adalah adaptasi dari novel. Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan menjalani pengambaran sekitar Kuantan dan Kota Paris.

Drama terbitan Temenggong Pictures ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Mak Mah serta pelakon-pelakon hebat yang lain.
 

Sape layan seindah sakura???? saya layanlah jugak.. walaupun tak mengikuti sangat.. tapi pahamlah jugak ceritanya.. novelnya memang tak baca pun kikikiki... ;p memang tak tekun nak layan sebab bile balik keje kene masak atau melayan amir main basikal kat luar rumah huhuhuhu.... sambil gosip² dengan jiran² owhhh agenda yang paling tak minat sebenarnya join gosip².. tapi takkan nak jadi tunggul pulakkan.. sementara nak tunggu amir main basikal tu...

Kalau tak silap Seindah Sakura mengisahkan Shakira seoarang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah . Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.

Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama menghilangkan diri muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya,

Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shakira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di hati Airil terhadap Shakira.

Ketegasan Airil telah mencampakkan Shakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Shakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Kerana Kecewa Airil mengambil keputusan untuk ke luar Negara.

Dengan ihsan Datuk Walid, Shakira berjaya meneruskan pelajaran dan mengambil SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila merasakan pandangan dan perhatian Datuk Walid kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid untuk membawa pulang ibunya yang HIV positif untuk dirawat secara rapi di rumah, Shakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun tidak akan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.

Shakira ingin menolak tapi ibunya melihat itu sebagai peluang untuknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yang membelenggu Shakira sejak lahir. Shakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yang datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yang kononnya mahu membantu dan kemudian dia juga hampir-hampir dilacurkan. Semua itu berlaku dalm tempoh kurang 2 hari. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan ‘pakcik’ seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat-syarat tersebut, lalu dapatlah dia berbini baru yang baginya seiras dengan arwah isteri pertamanya dulu.

Selepas 4 tahun ijazah, Shakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh itu dia rapat dengan Putera Haziq yang amat menyintai dia, siap curi-curi ke rumah Shakira dan melamar Shakira melalui Datuk Walid yang disangka ayah kepada Shakira. Sebenarnya masa itu Datuk Walid sedang menguruskan urusan penceraian mereka, mungkin sebab rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Shakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ini ada agenda yang baik dan positif untuk Shakira. – Berdasarkan kisah novel Seindah Sakura

Tak sabar nak tengok sape kesudahannya.... apelah jadi dengan Anida tu.. macam giler jer... agak²nya Shakira pilih sape yer... harap sangat pilih Airil.


Bicara Hati : Kalau korang perasan cerita ni tempat penggambarannya sama dgn citer Menara Cinta. Pelakon pun sama juga ade Fasha Sandha, Fahrin Ahmad dan Zul Huzaimi masa kat Kota Paris hihihihihi......

 


16 ulasan:

Liyana Anuar berkata...

saya tak tengok citer ni kak..huhu..mmg saya ni jenis tak tgk tv~~ :P

msredcheesecake berkata...

MEMULA RITU LAYAN GAK CITER NI PAS TU MALAS DA

Salmiza berkata...

kata asben kite..dorg g sana shooting byk cite...

hehe pepandai jek..

dear anies berkata...

memula cite sy layan, lately jrg da sbb slalu blk lmbt..

CtAyue berkata...

tengok jugak tp tengok camtu2 jer..sebab mmg lebih kurang mcm awak jugak bz nye time tu..hehe...ahah kan, bila berjiran ni terpaksa lah join tapi lebih suka jd pendengar aje apa org nak cite. kalau tak nt kata sombong pulak tak tegur diorang kan.

AdaM Hawa berkata...

sama kan².. cite landasan cinta tu sama dengan atas nama cinta.. save bajet maaa.. hehehe..
sedey sikit.. last episod tak dapat tgk.. huhuhuhu

Saya Disini berkata...

sy tngk citer ni

lia berkata...

bley x nk ckp, drama yg ada FS mmg x tgk hu3

~Cik Sweety~ berkata...

saya mmg layan crita seindah sakura tak penah miss.. huhuhu

eita berkata...

layan jugak citer ni...
tapi tulah masa langsung tak sesuai...

Tie HT berkata...

ooo ceriter ni akk tgk sekerat2 je ritu...siang tadi baru abis tgk cite filipina endless love tu...hurmm pasni nk terbang ke mana plak..asik terbang ke indon borink...tgk cerita tempatan pun best jugak kan :)

IntaNBerliaN berkata...

sy pun lyn cite ni.. best.. hihii

sal ya berkata...

tajuk seindah sakura kalau buat kat Jepun baru best kan? kena la dengan sakuranya tu. hehehe

fieda berkata...

habis cite emelda aritu kak fieda tak tgk pun cite ni..dh nak abis dh ye..

mama aryan berkata...

tengok..x sabar nak tunggu akhirnya mcm mana,novel dia x penah baca lak

Ruse Sulaiman berkata...

Pernah sekali dua je tgk kt tv :( mcm saya bgtau.. Jarang tgk tv ;) nampak best cerita ni. Skrg byk cerita d adaptasikan dr novel. Novel yg best2. Dulu masa belajar rajin juga baca novel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...