♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 19 September 2012

Home » , , , , » Kes kecurian semakin berleluasa kat taman perumahan

Kes kecurian semakin berleluasa kat taman perumahan

 

Sejak akhir² ni .. macam dah tak berapa nak amanlah pulak dekat kawasan perumahan saya. Sebab ade jer kes kecurian mula² masa nak akhir² ramadhan lagi beberapa hari nak raya jiran saya paling hujung sebelah kiri rumah di masuki pencuri .. dengar kabarnya habis semua duit raya yang dah ditukar kene curi .... kebetulan jiran saya tu takde kat rumah.

Kes kedua pulak nak akhir syawal baru² ni ... jiran saya paling hujung sebelah kanan pulak ade pencuri masuk rumah siap potong pagar dawai lagi ... ape nak jadilah dengan pencuri ni tak takut langsung .. padehal rumah hujung tu ade lampu tnb terpacak memang terang benderang..... kalau ikutkan malam tu 2 buah rumah jiran saya buat open house.. tapi memang sorang pun tak perasan ade pencuri masuk rumah hujung licik betull mereka ni.

Kes paling terbaru pulak hari ahad baru² ni... bile jiran depan rumah (tak berapa depan sangatlah selang beberapa orang jiran jugak) buat kenduri aqiqah anaknya.... dah tentu²lah ramai jemputan sampai kemalam... tibe² waktu maghrib ade bunyi alarm kereta.. rupenya ade orang mencuri kat kereta tu ... kereta tetamu pulak tu yang datang kenduri grrrrrrrrrrrr ... saboo jerlah .. buat malu kami jer..

Serius macam dah tak amanlah kat taman ni.... kat padang pun budak² bujang bermotor dah mule melepak.. kadang² sampailah larut malam dengar bingit main enjin motor tu huhuhu.... nasib baiklah amir dah besar tak kesah sangat okk jer mata tu boleh tidur.. jiran² yang ade anak kecik kesian lah jugakkan tak boleh nak tidur.
 
 
Bicara Hati : Hubby suarakan hasrat hati nak buat rumah kat kampung (kat belakang rumah bapak mertua) huhuhuhu ... macam banyaklah duit tu nak buat rumahkan ... baru suarakan hasrat jer.. belum tentu lagi .. tapi kalau buat pun saya okk jer.... (^____^)v


12 ulasan:

Mrs Lurve berkata...

rumah kat kampung memg best, suasana pun tenang, nyaman..xde nak bsing2 dgr bunyi kete..lagi pun dkt kampung nie suasana kejiranan lbh meriah..

blog usang berkata...

pihak berkuasa pergi mengetatkan rondaan bagi mengatasi masalah ni...

Nieyl berkata...

itu la kan...bahaya...takut kan...
curi-curi nie...

IntaNBerliaN berkata...

skrg ni kecurian dah tak kira dkt mana kan...

LiYa HaNiF :: berkata...

klang area mana ni masya?

LYAfrina berkata...

mmg takut sekarang ni..kes jenayah berleluasa.. kes kecurian mkin meningkat..di kaw kejiranan y siap dgn security pon dh x slamat.. kalo stakat mcuri aje... blh la kira.. tp paling takot kalo smpai ke peringkat kejadian berdarah... itu y paling takot.

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Zaman sekarang ni memang takut taw..macam2...eiii..

fieda berkata...

sekarang ni mana perumahan byk betul kes pecah umah..takut betul kan..kat kawasan sini sebelum nak raya aritu bkn main rancak dorang pecah masuk umah org..

mamalieyna berkata...

huu~ kt mana2 pun pencuri bermaharaja lela kan.. tmpt eina pun sama, dah ada bukti pencurinya.. sbb ada rakaman cctv dia tak perasan, rupanya penduduk situ jgk, penyewa..tp tak leh buat apa dah, depa dah pindah..huu~ elok la dh beberapa rumah dah dia pecah masuk, macam tau2 je org dh ada bhn bukti..huu~

izan mama mia berkata...

sejak pindah ke klang,....saya jadi semakin berhati2...semua pintu pagar saya mangga....risau sgt...yana dok kalang gak kan..area mana...bukit rimau ker??

sal ya berkata...

sekarang ni kat mana2 tempat pun rasa tak selamat. alhamdulillah, ddk kampung walaupun tak ada grill still selamat je rasa.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

ermm.. dimana2 pun mmg byk berlaku kejadian kecurian ni, kita ni yg perlu lebih berhati2 kan, tp kadang2 kita dh amik langkah berhati2 pun, pencuri pulak lg cerdik ada jerk akal dia nak mencuri ni kan..mmg menakutkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...