♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 26 April 2013

Home » , , » Berita Gembira

Berita Gembira



Jam menunjukkan tepat pukul 4.40 petang, sms hubby memberitahu dah sampai kat bawah opis, jadi bolehlah saya lompat bintang yahuu mahu balik.... waktu paling seronok nak balik bila hubby amik sebab tak payah drive.

Ini bukanlah berita gembira saya mengandung yer.... jangan salah paham pulak, cuma baru² ni bila hubby ambil balik kerja masa nak naik kereta tu .. saya sajalah menegur 'ayah hisap rokok ker??' hubby kata .. mana ada hisap dah dah nak 4 bulan dah tak hisap rokok ni .... termanggu jap mendengarnya... patutlah kemas ruang parking kereta hari tu .. dah tak nampak bekas abu rokok (sebab dalam rumah memang diharamkan menghisap rokok) .. kat kampung pun macam dah tak nampak rokok² hubby selalu letak kat syiling pangkin rumah mertua.. rupanya hubby dah tak hisap rokok.. syukur sangat...
Bila hubby tanya balik kenapa tanya hisap rokok tak?? saya kata.. macam nampak abu rokok kat kusyen kereta ni.. (sebab dalam kereta pun saya haramkan hisap rokok hahaha.. kejam tak?? )  

itulah jerlah pun berita gembiranya.. syukur sangat dengan niat ikhlas hubby .. saya tak pernah paksa.. jauh sekali memaksa.. dan tak sukalah nak bebel.... tapi bila saya tanya hubby balik kenapa tak hisap rokok... dengan muka selambanya hubby kata.. takda bajet hahahahaha.... saboo jerlah.. niat kenalah betul saya cakap kat hubby .. insyaallah kalau niat ikhlas kerana Allah ianyan berkekalan hubby senyum aja.... dan jangan tak percaya .. amir kalau orang tanya ayah hisap rokok tak.. dia akan jawab tak hisap.. sebab dia tak pernah nampak ayah dia hisap rokok.

Tiba² teringat .. dulu masa nak mengandung kan amir macam tu jugak, hubby berhenti kejap.. dan kebetulan hubby kene batuk teruk masa tu.. tak lama lepas tu alhamdulillah dapat berita gembira saya mengandung.. tapi saya nampak dia hisap balik... walaupun saya tahu dia hisap bukanlah kategori tegar.... sekotak pun tak habis seminggu.


Bicara Hati : Moga niat hubby nak terus berhenti di makbuklkan.. kuatkan iman eh...

23 ulasan:

NinaAz berkata...

Wahhh. Alhamdulillahhh. Baguslah dqh boleh tinggal rokok

emma berkata...

alhamdulillah...
sy pn xsuke lelaki mrokok & alhamdulillah dpt suami x mrokok..

*azni* berkata...

semoga perubahan hubby awak berkekalan hendaknya.. :)

Ratu Hatiku berkata...

Tahniah hubby dah berhenti merokok. Semoga kekal begitu sampai bila-bila :D

Zee Suhaini berkata...

gud luck tuk hubby akak ye..

zee pon sama,dari couple lagi dah 'haramkan' hisap rokok didlm umah,depan zee ngan anak-anak..tak tahu la bila nak stop terus..

mama3heroo berkata...

Alhamdulillah dah berjaya ..

mama3heroo berkata...

Alhamdulillah dah berjaya ..

Nad MamaZN berkata...

In shaa Allah..
Hubby kite ni xtau la bile nak berenti...

izan mama mia berkata...

berentilah merokok bukan dapat apapun ... mg dapat berenti nnt

Ujie berkata...

Alhamdulillah...berkat doa isterinya jugak.
Moga berkekalan.

Suami saya mmg tak merokok, ayah mertua merokok. Tapi dia tau sgn, merokok jauh2 kat luar rumah. Tau2 masuk rumah ada bau rokok.

Fizah berkata...

semoga berjaya berenti ek..mula2 takpe klu sbb takde bajet...lama2 diri sendiri yg tak suka dah..=)

Tihara berkata...

alhamdulillah, memang berita gembira tu :)

lia berkata...

semoga kuat utk x merokok...

husband sy pon da x merokok 4bulan...tiba2 jer lpas demam teruk... Alhmdlh...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam.Alhamdulilahhh,HB dah brhenti merokok.Mmg byk keburukkan merokok ni..trutama dr segi kesihatan.
Alhamdulilah,HB K.atie dr zaman kenal mmg tak merokok.

Kakzakie berkata...

Betullah kakak yg mendengar ni pun dapat bayangkan betapa gembiranay Yana bila suami dah tak hisap rokok..

Fiza Rahman berkata...

Alhamdulillah.

Ummi Iman berkata...

:) ingatkan Amir nak dpt adik ;) alhamdulillah. Akak dulu nak tunggu AI berhenti merokok lama juga. Akhirnya kalau tak nak hisap boleh je berhenti.

NORSHAHFEZA HAMSAN berkata...

alhamdulilah,heheh moge usehe tu bpanjangan=)

nurbijen berkata...

Alhamdulillah.. saya dengar pun tumpang rasa bahagia, apatah lagi Masya as a wife :)

Puan Kutu berkata...

tanda baik amir nak dapat aadik ni.Insyaallah sy doakan.:)

en suami dulu tak hisap rokok,duatiga taun kami kawen menggatal hisap ikut kawan,kononnya nak hilangkan mengantuk time kerja..sudahnya smp skang dok hisap..tp skang hisap rokok daun ngan tembakau tu je..jimat!haha..

Ibu Lala berkata...

hubby sy penghisap rokok tegar. benti pun sejak kena heart attack thn 2009. kalau tak kena heart attack jgn harap nak benti.

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah.srookkan.
sy bersyukur sbb cik abe tak merokok :)

terus bagi semangat kat hubby ye kak

Sweetmama berkata...

Alhamdullillah,
hubby k.eija ni jenis tegar jgk merokok, bila x cukup budget sanggup pulak dia tukar isap rokok murah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...