♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 9 April 2013

Home » , , , , » Kelebihan Minyak Syifa

Kelebihan Minyak Syifa


Banyak Pilihan minyak wangi kat luar sana sama ada punya alkohol atau tidak sahaja, tapi.. pernah terdengar ceramah agama minyak wangi biasanya mempunyai kandungan alkohol yang boleh digunakan bukannya haram.. kerana alkohol untuk makanan dan bau² adalah satu perkara yang berbza.. itulah yang saya ingat ustzah tu bagi tahu.

Okk sekarang rasanya hati ni dah tertawan pada bauan minyak kasturi syifa ni, sejujurnya masa pergi kat kedai tu.. ada banyak pilihan warna.. tapi menurut budak yang jual tu.. ini yang terbaik untuk mengelakkan gangguan makhluk halus .. macam tu lah lebih kurangnya.

Jadi sekarang saya pergi kerja pun pakai minyak wangi ni sahaja, selalu pakaikan kat amir masa dia dah tidur... pernah pakaikan sebelum tidur.. banyak pulak pertanyaannya... saya pakaikan dekat dia sebab amir ni kalau tidur suka mengigau.. dah tu karang tetiba menangis.. takut saya dibuatnya... alhamdulillah pakaikan minyak ni sambil baca selawat dah kurang sikit, tapi tulah.. kadang² saya ni culas.. sedar² semua dah tertidur...





Bukan Sebarangan Minyak Dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran

  • Ayat-ayat syifa’
  • Ayat-ayat ruqyah
  • Al-Muawizat
  • As Maul Husna
  • Doa-doa syifa’
  • Selawat Tajrijiyyah
  • Istighfar
  • Solat Hajat
  • Dan lain-lain


Khasiat dan kegunaan minyak wangi ini, InsyaAllah sama seperti Kasturi Syifa’. Perbezaannya hanya pada harumannya. Ianya dikeluarkan hasil daripada maklumbalas daripada pengguna-pengguna Kasturi Syifa’ yang menginginkan haruman berbeza mengikut keselesaan mereka.


InsyaAllah ianya boleh digunakan sebagai terapi wangian sunnah yang berfungsi sebagai:

  • Perisai diri
  • Perisai tempat kediaman, tempat kerja, tempat perniagaan dan sebagainya
  • Memberi ketenangan jiwa
  • Mercerdaskan akal dan mencetuskan aura positif
  • Menangani masalah anak
  • Menghilangkan sejuk tubuh
  • Menghindarkan perasaan gemuruh dan gementar
  • Menghindarkan gangguan makhluk-makhluk halus, jin, hantu dan sebagainya
  • Doa perlindungan untuk ke tempat-tempat ‘keras’ seperti hutan, lautan yang luas, tasik-tasik, sungai-sungai, bangunan-bangunan tinggalan lama dan sebagainyaDoa perlindungan dari disihirkan orang, dicuba-cubakan orang, rasukan dan sebagainya



Berdiri menghadap kiblat, tarik nafas perlahan-lahan, santai dan tenang.
Beristigfarlah dan mulai membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
Berselawat 3x dan gemakan niat atau Doa ketika mulai menyapu kasturi
Gemakan niat seperti :Ya Allah jadikanlah usahaku yang sedikit ini asbab kepada penyembuhan ke atas rohani dan jasmani ku”.
Kemudian hidulah bau Kasturi itu sedalam-dalamnya.
Mudah-mudahan Allah memberi manfaat daripadanya.


Mulai menyapu kasturi pada kedua-dua belah kening dan di belakang telinga
Sapu di bahagian bahu kiri dan kanan
Tangan (urat nadi) di kiri dan kanan
Sapu juga pada leher serta hidulah bau Kasturi itu sedalam-dalamnya
Sekiranya terdapat kanak-kanak yang sering menangis di tengah malam, sapukan sedikit pada belakang telinga dan ubun-ubun kanak-kanak tersebut.


Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siap diruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.
Sediakan satu bekas yg telah diisi dengan air, sapu Kasturi Syifa’ pada jari telunjuk
Mulai dgn masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dgn jari anda mengikut pusingan tawaf (Anti-Clockwise).
Gemakan niat ketika itu, seperti:Ya Allah jadikanlah usahaku yang sedikit ini asbab kepada terlindungnyadiriku daripada kejahatan manusia dan jin”.
Baca 3 qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan.
Masukkan ke dalam botol spray kemudian semburkanlah didinding rumah atau di ruang pejabat atau di tempat-tempat perniagaan.


15 ulasan:

lia berkata...

wahhhh good info... nnt nak cari lah...

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau minyak wangi yg tak menyegat hidung memang suka tapi kalau yg keras tu sakit bila bau kan..

Nieyla Nadia berkata...

Tq sharing kak.. :)

eija_sweetmama berkata...

wah banyak kelebihan minyak ni, tq share, nnti boleh la g cari..

Ujie Othman berkata...

sbb tu kalau org jual ckp 'ni minyak wangi tanpa alkohol boleh bwk solat'..saya senyum je. Sbb alkohol dlm perfume bkn alkohol yg sama dlm arak. Proses penghasilan berbeza. Tak timbul soal ada alkohol atau tanpa alkohol.

Izan Ishak berkata...

bagus ye minyak kasturi syifa' ni. kat sini tak pasti pulak nak cari kat mana...

Ratu Hatiku berkata...

Bolehlah cuba nnt...

miss yatie berkata...

salam, KY juga ada beli hr tu, dah habis dah, nak kena beli lagi nanti

LiYa HaNiF :: berkata...

masya beli kat mana? kat klang mana ada juai yer?

dear anies berkata...

ada terjumpa aritu tp x sempat nk belek2

maszull berkata...

Assalamualaikum masya...mekacih info ni kena cari nanti...:)

ch@ berkata...

U jualla yana. Hiks...bisness. Bgs info ni...

Tie HT berkata...

menarik,rasa macam abang akak penah beli seblom ni..

Ibu Lala berkata...

Ooo ye ke. Minyak anugerah ke. Nak beli jugak untuk anak.

Puan Kutu berkata...

minyak wangi ni klu bau yg soft tu oklah..sy ni jenis tak suka bau macam2. dr sekolah smp skang guna minyak wangi yg sama..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...