♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 16 April 2013

Home » , , , » Keriuhan di Hari Sabtu

Keriuhan di Hari Sabtu



Cerita hujung minggu baru² ni, mengambil kesempatan hubby kesekolah dan kami pula tidak balik ke kampung, kepenatan habis mengemas rumah terutama bilik kedua... bilik tetamu, lepas ni bilik tu secara rasminya akan menjadi bilik kegemaran amir.. apa jua aktiviti amir akan lakukan disitu termasuklah barang² permainan pun terletak kat situ lebih memudahkan ibu mengemas.

Oleh kerana bilik tetamu jarang digunakan kami pilih untuk ubah suai, ialah tetamu datang pun jarang².. rasa macam membazir sahaja ada katil king disitu.. amir pun tak mahu tidur kat situ sorang... kalau tak berteman, sudahnya bilik itu hanya akan menjadi bilik hamparan baju bajan lepas diangkat dari ampaian.


 Batal yang sudah lama tidak berjemur.... 
Mahu hilangkan hama ...



Fuhhh lap peluh jugaklah... semua nak dipunggahkan, itu baru kemas bilik dan  mengemas sikit baju² amir yang sudah tidak sesuai, belum lagi baju bilik ibu yang 3 pintu tu ... gegegege.. belum lagi bukak kabinet dapurr.. yang sejak akhir² sudah dikunjungi lipas² huhuhuhuhu .. mujur lipas sahaja, kalau tikus.. pitam ooooo ....

Sedang elok mahu merehatkan badan, kedengaran kekekekekan diluar.. seperti ada yang mengelikan hati.. rupanya mesyuarat tingkap birai yer.. amir dengan cucu² mek sebelah.... penat ibu tak hilang lagi.. amir suarakan hasrat.. ibu lama atif tak datang rumah kitakan.. dia dengan kakak nak main kat rumah ibu.. bolehh lah.. bolehh lah..... penat ibu tak hilang lagi anak oiii... tapi saya bagilah kebenaran juga... cuma sebelum tu siap pesan awal² jangan buat sepah sangat.. janji awal memang lah semuanya ok.. sekali masuk 4 beradik dah tak hinggat dah pesanan ibu.


Muka tak bersalah.. bila kawan² dah balik dia duduk dalam kotak tu, ibu.. suruh kemas.. kejap lagi.. kejap lagi katanya... melayan kan kartun dulu...



Seronok jugak dibuatnya walaupun penat, bila nak masak dengar suara budak² main kat ruang tamu dan bilik.. terasa keriuhan macam punya anak ramai pula.. hahahahaha .... Tapi bila mereka balik nak makan tengahari ... memang terasalah sunyinya balikkan.. tingal kami dua beranak jer.




Bicara Hati : Anak² jiran korang pernah tak datang rumah main??







18 ulasan:

NinaAz berkata...

hehheee.comel jea. kerusi baru tuuuu a.k.a kotak :)

lia berkata...

anak jiran dtg main kalau kami buka kolam... mandi sama2...

Nieyla Nadia berkata...

amboi...dlm kotak pun jadi yea..:)

Zana Adieyza berkata...

comel jer dia duduk kat dalam kotak tu.. hehehe.. bilik tetamu zana pun kadang2 jadi tmpt hamparan kain lepas diangkat dr ampaian.. heheheh...

nad berkata...

Tak penah hihi
Masing masing dok dlm umah jek
Ptg baru jmpe hihi

Suliana berkata...

pernah.. tapi datang time petang2 lepas balik keje tu kan. nak main beskal aqil . hehehe...

Lynn Huraiza berkata...

salam...
dah lama x singgah sini...
anak-anak jiran majoriti lelaki...
anak lynn plak tiga-tiga puteri...
jadi memang x berkawan sangat ler dengan anak jiran...

dear anies berkata...

xskt pinggang ke ddk dlm kotak tu adik oiiii ;-)

Ratu Hatiku berkata...

Muat pulak Amir duduk dlm kotak tu ya... :D

Unknown berkata...

jarang lah anak2 jiran datang main kat rumah.. kalo ade pon anak2 bbsitter dorang jer.. tuh pon sembang2 kat luar rumah jer~

CtAyue berkata...

comel je amir duk dlm kota sambil layan kartun.. adam jugak yg takde jiran dtg rumah main..kalo nk ade kwn pun kena turun main kt taman br lah dia ade kwn main..seronok kan bila riuh rumah sekali sekala..tp bab nk kemas mainan dorang main tu tak tahan tu

::EIDA:: berkata...

muat pulak die duduk dlm kotak tu.... hikhikhikhk

IntaNBerliaN berkata...

alangkah bestnya kalau jiran2 saya ada anak2 kecik camni.. mesti saya dah ajak dorang dtg umah main dgn alisha.. hihi

Fiza Rahman berkata...

Comel tgk amir dok dalam kotak tu.

Saya lagi lah. Dah 3 tahun duduk. Jiran sebelah menyebelah pon masih tak berapa nak kenal. Masing2 jenis dok umah.

puanstoberi berkata...

comel je Amir duk dlm kotak tu ha.. rajin ngemas nih.. akak ari mggu tu ari cuci blik air ja. huhu

Puan Kutu berkata...

kt rumah sy ni pun ada sebuah bilik yg katilnya khas utk longgokkan baju bersih yg baru agkt dr ampai.haha..

anak kakak depan ni ada juga dtg main dengan aiman.tp bukan la selalu,jarang2..

Nastyna berkata...

Hahah kenapa yer budak2 ni suka duk dalam kotak. Btw tak pernh lagi anak2 jiran datang ke rumah.

eija_sweetmama berkata...

selalu sgt, sampai kan pantang kami buka pintu, tau2 muncul depan pintu, siap mkn tengahari sekali kat rumah dgn zaquan, mmg terasa mcm ada ramai anak, tp kadang2 tu tension gak bkn ape sbb dia buat mcm rumah sendiri siap buka peti ais minum air milo kotak zaquan, yg zaquan ni pulak mmg jenis kalau dgn kawan bkn main baik sgt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...