Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Mengurangkan Berat Badan.
Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.
Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol. Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.
Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah. Jus Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
7 ulasan:
Pernah dgr tak org kata kalau mkn buah ni kena mkn 1 biji baru berkesan. Maksudnya tak boleh kongsi dgn org lain. Byk khasiatnya kn. Dlm al-Quran ada ttg buah delima ni.
Bagus kan..
Kena amalkan minum jus delima selalu ni :-)
Boleh kurus :-)
wah byk khasiat buah delima rupanya... kat sini banyak juga jual buah delima yg merah2 tu.. anak2 saya mmg suka sgt makan delima :)
delima memang bagus....
dah lama x mkn buah delima ni.. yg byk khasiat tu la ssh nk mkn..alahaii..
yer buah delima mmg banyak khasiat
Info yang sangat menarik dan berguna. terima kasih untuk perkongsian. :)
Catat Ulasan