Belikan hadiah lori sampah pagi tu jugak nak pujuk dia .. tak pasal lebur duit 7.50 tau huhuhuhuhu ... kalau lebih 10.00 pikir banyak kali ibu nak belikan.. memang pujuk beli bende lain jerlah... beli ini pun saya tak bagi bawak pergi tadika, main kat kereta jer.. nasib baiklah mendengar kata.
♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Isnin, 1 Julai 2013
Tuntut Hadiah Peperiksaan
Sudah Masuk Bulan Julai
Ahad, 30 Jun 2013
Bukan Kali Pertama
Sabtu, 29 Jun 2013
Keriuhan Dihujung Minggu
Jumaat, 28 Jun 2013
Amalan Agar Murah Rezeki
Khamis, 27 Jun 2013
Semakin Sihat Berkat Doa Semua
Nasihat Doktor mengenai sakit amir
Klinik Mesra, jenjarom tapi tidaklah semesra mana .. bolehlah ...
Bila masuk bilik doktor jer, doktor bagi salam.. eh² islam rupanya.. muka macam cina ... terus bagi tahu sakit amir, doktor cek ... siap seluk guna kapas telingga yang halus baby punya tu... amir dah menjeritlah masa tu... tapi doktor cakap tak ada apa², mungkin ada jangkitan kuman... atau hama .. nanti suruh buat kat rumah lagi ... selain itu doktor bagi tahu ni kes biasa budak lelaki baya amir, owhh baru tahu .. saya selalu risaukan angin pasang jer... rupanya jangkitan hama pun mudah .. nampaknya kenelah lebih prihatin lagi ... doktor bagi ubat sapu, antibiotik, tahan sakit semuanya 4 jenis ubat kot .. rm 70.00 owhhh.. mujurlah hubby baru gajikan. (^____^)v
Harap sangat semuanya okk selepas ni ... kalau tak okk jugak ibu akan bawak pergi jumpa pakar, hari ini ibu pulak cuti .. selepas 3 hari dengan ayah dan kebetulan ayah cuti, walaupun tadika dah bukak hari ni tapi ibu risaukan keselamatan amir kalau main dengan kawan² kat tadika, jadinya .. ibu rasa lebih selamat kalau amir dengan ibu.
Rabu, 26 Jun 2013
Penawar Penyakit - Air Kelapa Muda & Air Limau Nipis
== PENAWAR SEMULAJADI PENYAKIT AKIBAT JEREBU ==
Banyakkan minum air kelapa dan air limau nipis ketika bencana ini.
Air kelapa mengandungi oksigen mudah larut menembusi sel.
Cita - Cita Amir
Inilah hasil kreativitinya, korang bayangkan dia menulis ni kat rumah mak, dah siap .. dengan muka tak bersalah dan terujanya dia panggil saya suruh tengok ... cantikk tak ibu.. cantikk tak??? warna warnikan... amir dah pandai tulis huruf A tak sengget dah .. A kan amir huhuhuhu ....
Bila kita tanya kenapa tulis kat sini, kan kertas banyak... kan sini kan macam cikgu ain tulis .. erkkk sabar jerlah... cikgu selalu tulis kat papan kat depan ...
Alahai sayang itu cikgu.. amir tak bolehlah tiru gaya cikgu ... nampaknya dah ada tanda² nak ikut kerjaya ayahnya, tapi biarlah amir up sikit jadi pensyarah ker.. profesor ker hahahahaha ... apapun moga amir berjaya suatu hari nanti.
Perkembangan masih kanak² ni, kalau di tanya macam²lah jawapan cita² dia.. paling saya tak tahan bila dia kata nak jadi pemandu kereta bomba atau lori sampah ...
Bicara Hati : Hari ni amir masih kat rumah dengan hubby, pagi ni ada darah keluar sikit dari kemaluan dia.. kesan doktor bagi ubat semalam agaknya.
Selasa, 25 Jun 2013
Setia Menanti Episod Akhir
Mengiurkan
Mengiurkan tak?? mengiurkan tak??? ... orang kata .. mengiurkan nampak makanan takpa.. jangan mengairahkan .. haru beb.. haru ... bila mata mengantuk .. tekak sakit, pagi tadi sarapan nasi dah ala² macam bubur makan dengan sup sayur .. petang ni pulak ada kawan opis hulur mangga, nampak mengiurkan sangat .. sudahlah lama tak makan .. memang tak tolaklah.. alaupun tekak tak berapa nak sihat hihihihihi .....
Sudah selamat pun ku makan semuanya kikikikiki .... tanpa sisa ... bahana² betul, bila ada yang membawa ke opis, bila ada pulak stok petis tu kat opis .... jadi sahaja kami baham.
Oic masya ko makan mangga dengan petis pun nak tulis kat blog eh .. hahahahaha .. ada yang baca mau pang kita sebab mengiurkan orang lain ...;p
Maaf yer buat kawan² yang sedang berpuasa ... melayankan entry meraban ku ini ....
Bicara Hati : Balik ni nak pergi klinik, hubby bagi tahu amir mengadu 'tut' dia sakit lagi... ibu dah risau ni kat opis, tu ... makan mangga tak sedar dah habis sebekas ni... huhuhuhu ....
Menu Sesuai Waktu Tak Sihat
Ampunkan Dosaku
Isnin, 24 Jun 2013
Akhirnya .. Bila keadaan dalam opis membimbangkan
Kesan Kesihatan Akibat Jerebu
2-Kurangkan aktiviti di luar rumah
3-Banyakkan tinggal dalam rumah atau bangunan
4-Gunakan penutup hidung (nasal mask)
5-Berhenti merokok
6-Gunakan hawa dingin sekiranya ada (kenderaan/bangunan)
7-Mereka yang berisiko tinggi, digalakkan keluar (bercuti dsb) daripada kawasan jerebu.
8-Datang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
Kesan Kesihatan Akibat Jerebu
Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik
Asma
Radang paru-paru
Sakit jantung
Sakit tekak
Sakit mata
Batuk
Selsema
Doa Minta Hujan
Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan pada jam 7 malam, 23 Jun 2013 mencatatkan 3 stesen pada tahap berbahaya, 2 stesen pada tahap sangat tidak sihat dan 14 stesen berada pada bacaan tahap tidak sihat iaitu;
3 stesen pada tahap berbahaya:
• Muar, Johor (IPU 456)
• Bukit Rambai, Melaka (IPU 432)
• Bandaraya Melaka (IPU 351)
2 stesen pada tahap sangat tidak sihat:
• Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 216)
• Port Dickson, N.Sembilan (IPU 295)
14 stesen pada tahap tidak sihat:
• Seri Manjung, Perak (IPU 110)
• Petaling Jaya, Selangor (IPU 157)
• Banting, Selangor (IPU 139)
• Shah Alam,Selangor (IPU 135)
• Kuala Selangor, Selangor (IPU 112)
• Batu Muda, KL (IPU 147)
• Cheras, KL (IPU 135)
• Putrajaya, W.Persekutuan (IPU 140)
• Nilai, N.Sembilan (IPU 136)
• Seremban, N.Sembilan (IPU 110)
• Kemaman, Terengganu (IPU 182)
• Paka, Terengganu (IPU 121)
• Indera Makota, Kuantan, Pahang (IPU 148)
• Balok Baru, Kuantan, Pahang (IPU 188)
Sumber: Jabatan Alam Sekitar
Bicara Hati : Diuji Allah , moga terhapuslah dosa² kecil sebelum ramandhan menjelang, salam nisfu syaaban buat kawan² blog semua..
Ahad, 23 Jun 2013
Garden Playground
Besar sungguhlah garden yang kat sini huhuhuhu ... berganda besar daripada yang kat care4 tu ... keroooo japlah mata ni, kalau dah semuanya amir nak main kan.. tu yang ibu saikoo dulu tu.. ibu cari akal jap camner.. amir jangan lama² kat sini kikikikiki ....
Hohohohoho ... banyak jugak dia main dalam ni.. hubby layankan jerlah ...
memang permainan dia lebih banyak pilihan daripada kat care4 tu ...
amir main bowling siap terkangkang .. penuh emosi .. gambar tu upload lain kali eh..
Kalau nak main kat dalam ni ada 2 pilihan, buat kad macam ni .. atau nak token ...
Kalu kad smile ni harga 2 hinggit .. tapi kira macam token jugak .. maknanya lepas main .. kene pulangkan kad ni dan dapatlah balik rm 2.00.
untuk setiap permainan ada yang 1 hinggit, ada 2 hinggit, jadi ibu bayar lah rm 5.00 termasuklah kad ni dan bolehlah amir main 3 game ade 3 hinggit dalam tu...
Tu pun tak cukup ermmmm tambah lagi 2 hinggit sebab amir nak main bowling.
Bicara Hati : Habis main game ni, mereka berurut pulak ... lepas tu barulah balik ...
Western - Selera Orang Putih Pulak Makan Kat ' Food Court '
Tengoklah tu.. mee sizzling sampai .. tak nak pandang kamera dah ... hihihihihi .... ibu kongsi sikit dengan amir, itu pun tak habis ... banyak sangat .. amir kata kuah dia pahit hihihihihi ...;p
Harga mee sizling ni termasuk telur RM 5.90
Hubby makan chicken chop hohohoho... licin hubby kata sedapp sangat ...
Pada saya sos lada hitam dia pahit, sos cendawan dia sedapp .. korang tengokk tu.. sebab pertama kali kami cuba dua² sos kai mintak hihihihi ...
Harga RM 12.00
BERBALOI²LAH JUGAK.. MEMANG KENYANG SANGAT... TENGOK HUBBY MAKAN.. KALAU SAYA SORANG BELUM TENTU HABIS.. KENTANG PUN BESAR ..
Kami order chicken chop kat sini, dia ada jual jugak menu masakkan sup², tom yam dan makan bergoreng lain... mee sizling pulak kat sebelah kaunter air .. lupa nak amik gambar.
Kali pertama dulu hubby ada cuba asam pedas ka sini .. tapi rasa dia kurengg sikitlah .. macam lebih belacan .. saya tak boleh langsung nak makan ...
Bicara Hati : Dah makan dah kenyang .. elok lah pulak kat sini ada garden, hadoilah layankan dia kat sana pulak.. padahal sebelah food court tu ada jer playground percuma.. tapi amir tak puas.. sebab ramai orang.. tempat pun kecik jer...
Sabtu, 22 Jun 2013
Panorama Hujung Minggu Tanpa Arah Tuju
Kebetulan ramai jugak yang singgah, ada kapal terbang lalu ... sukalah amir, tapi dia nak jugak tengok layang² .. kat sini mana ada.. kat dalam taman² tu adalah .. tak tahulah taman apa.. tapi kami pernahlah jugakkkk lalu kat situ... memang ramai orang main layang².. ada orang jual layang² jugak.. tapi .. ntah hari tu lalu takda pulak.. dah pindah tempat lain agaknya.
Jumaat, 21 Jun 2013
Hari Floria Di Putrajaya 2013
Kebakaran di sana sini
Gambar kebakaran makin teruklah jerebu di tempat saya .....
Pagi ni amir dah moody takmoo pergi tadika, dia tak sihat .. dia ngadu nak duduk kat taska sahaja sakit tekak.... pujuk².. alhamdulillah ok.. jangan kata amir, ibu sendiri pun tak selesa sekarang ni .. iyerlah keluar rumah awal pagi ditambah cuaca macam ni badan pun lesu dibuatnya.. kalau boleh macam nak baring sahaja.
Sedikit Tips masa Jerebu ni .. harap membantu sangat :-
- Kurangkan aktiviti luar
- Jangan Merokok/ Jangan membakar sampah sesukahati
- Banyakkan minum air masak
- Membasuh tangan dan muka lepas keluar dari rumah
- Pergi klinik kalau demam teruk
- Pastikan persekitaran rumah bersih
- Pakai penutup hidung keluar rumah, itu langkah selamat juga.
Bicara Hati : Bila nak ada hujan tiruan ni...
Doa Pada Allah , Mengadu Pada Yang Maha Kuasa
Langgan:
Catatan (Atom)