♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 16 Februari 2012

Home » , » Bile Anak Murid Melawan Tok Guru HiHiHiHi.....

Bile Anak Murid Melawan Tok Guru HiHiHiHi.....

Assalamualaikum Semua...

Selamat petang... bile petang jer mulalah mata ni.. mengantuk, kudapan pun tak berapa nak ada... tibe² teringkatkan kuih talam yang hari tu (hari tu lah sangatkan.. dah beberapa minggu yang lepas) saya cuba² buat.. akhirnya sekarang dah jatuh cinta ohkeyyyy... suka sangat² makan.. walaupun saya melawan tok guru huhuhuhu....

Biaserlah saya ni.. pepandai jer nak buat ubah suai... itulah jadinya.. tapi yang penting sedap tau (hahahaha..... perasan.... tak mau mengaku kalah)... siap habis seloyang bagi mak, embah dengan mertua hihihihi...

Rupanya jangan cakaplah.. dah kalau melawan tok guru mestilah.. rupa pun tak berapa nak comeyyy...

Sebab tak sabar nak makan.. potongan yang pertama lupa nak sapu minyak kat pisau tu.. jadi potongan kuih pun tak cantik


Habis sepinggan amir makan.. siap cakap sedap.. anak ibu tu semua pun sedapp hahahaha... nak ambil hati ibulah tu kan... (memang sedap pun.. ) sebab saya pepandai tukar resepi... hihihihi... resepi asal tengoklah kat SiNi macam² kuih talam ade tau...


Nak Resepi Jugak ker???? Ok saya bagi yang versi saya buat yer.. memang sedapp cuma mungkin kene perbaiki lagi hihihihihi.....

BAHAN UNTUK LAPISAN ATAS:
  • 3 cawan santan kelapa.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
CARA²NYA :
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.


BAHAN UTK LAPISAN BAWAH :

  • 1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk (saya pakai yg readymade jer...)
  • 1 cwn air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan sederhana pekat
  • 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
  • 1 cwn gula halus
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna merah
CARA²NYA :
  1. Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
  2. Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
  3. Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
  4. Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
  5. Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
  6. Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.

Nanti cubalah tau... ikutlah cara² resepi TOK GURU
Kalau nak ikut resepi saya pun ok.. jangan lupa publish hihihi (^__^)v
 

17 ulasan:

Tie HT berkata...

melawan tok guru pn tetap nampak setapp..heheh :)

SYANI berkata...

Kuih feveret saya ni..... Sedapnya..

Salam perkenalan dari saya!

emarieys berkata...

rajin betul buat kuih

Ujie Othman berkata...

bila tau kcg merah..terus jadi teringin!

Liyana Anuar berkata...

Rajinnye wat kuih..sedap je tgk..terliur~~ :p

fieda berkata...

sedap ni..kak fieda suka mkn tp nk buat ntah bile la...heheh

eita berkata...

pandai nyer buat kuih talam.....ita tak pandai terus...
mintak sikit untuk makan petang....

Nyue berkata...

wahhh...mesti sedap..bdak xpandai nk menipu..he3..nak la rs ckit..he3

suhaina laui. berkata...

rajin betul buat kuih erk....bila la sue nk rajin mcm ni hehehe

dalila berkata...

wah.. menarik... dela x pandai sgt buat kuih talam... :(

mala berkata...

assalamualaikum masya - talam mala tak pernah cuba buat sebab tak ada peminat talam kat rumah ni. takut buat nanti jenoh la nak habis kan setalam hehehe

AdaM Hawa berkata...

lama dah nak buat.. tp x terbuat-buat.. M sangat beso.. hik!hik!hik!

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam
rajin mama Amir ni..
akak lum penah makan ni tp tgk je tau mesti sedap kan..

CtAyue berkata...

rajinnyer.. kuih talam mmg best.

umiawadah berkata...

kuih talam macam leceh je nak buat..pernah buat tak jadi..langsung malas nak buat...senang suruh jiran buatkan kalau nak makan..dia pandai..he he he

IntaNBerliaN berkata...

rupa tak penting.. rasa tu lagi penting.. msk mulut, rupa tu bertukar jugak..hihii

eija_sweetmama berkata...

yang penting rajin nak mencuba & memasak,
lama2 nnti bertmabah terror ler buat..

eija kuih ni ni mmg beli jerk la, x pernahnye buat..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...