♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 23 Februari 2012

Home » » Dokumentari Khas Lisa Dan Yusri

Dokumentari Khas Lisa Dan Yusri

Assalamualaikum Semua....

Gambar Ihsan Google jer... so sweet....
Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam  
Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam

Bersempena dengan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang ditunggu-tunggu ini, Astro dengan bangganya membawa sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin, hanya di Astro Ria.

Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit  muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.

Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini. “
Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan. Untuk lebih lanjut boleh klik SiNi

Tak sabarnya nak tunggu malam esok nak tengok hihihihihi....

- Sweet jer -

Semoga ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.. dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah Amin... (^__^)v


4 ulasan:

IntaNBerliaN berkata...

Alaaa.. umah sy xda astro... xleh tgk..hihiii

aReLaN berkata...

siap ada dokumentari tu.hahaha..papepon moga berkekalan la hingga ke hujung nyawa

QasehnyaRania berkata...

mudah-mudahan kekal hingga hujung nyawa kali ni kan ..amin

Puan Kutu berkata...

sy tak dapat tgok mlm nie sbb FIL ada plak.beliau suka tgok hindustan.hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...